Musim 4 : Lagenda Jambatan Gayang

Lagenda Jambatan Gayang


Untuk musim 4 Barramundi Hunter kali ini, membina cerita tentang pengenalan lokasi pemancingan yang telah lama popular dalam negeri Sabah. Salah satu spot taman tema kaki pancing sama ada warga tempatan malah anglers dari rantau lainnya juga berkunjung lokasi ini.

Jambatan Gayang namanya diambil sempena perkampungan yang terdekat dengan aset perhubungan lebuhraya Kota Kinabalu dan ke pekan Tuaran hinggalah menyusuri ke daerah utara Kota Belud dan lain - lainnya. Apa yang menarik jambatan ini, ianya seperti juga lokasi dimana - mana negeri dan daerah segelintirnya boleh dijadikan spot pemancingan yang ideal pada masa kini. 

Jambatan Gayang dalam sekitar anggaran panjang 300 meter atau lebih, manakala terdapat 5 tiang Tunggal bersaiz besar mengukuhkan lagi jambatan ini, namun hanya 3 buah tiang sahaja benar - benar berada dalam aliran sungai Mengkabong dan bermuarakan diperkampungan Tanjung Badak yang lebih atau kurang dari jarak 2 kilometer. Pada setiap tiang tunggal ini, terdapat lantai berada dipermukaan sungai ini, 'Pile Cap' adalah pilihan pemancing yang ingin riadah memancing kawasan ini dengan membayar sebilangan kecil harga untuk sewa bot mengikut pilihan pemancing.

'Pile Cap' bersaiz lingkungan setiap satunya anggaran 30 kaki X 20 kaki persegi. Jarak antara sesama tiang Jambatan adalah lebih kurang 50 meter. Ketinggian mengikut lengkungan jambatan dalam 30 meter hinggalah 50 meter dari aras tanah. Sungai ini jika diamati sejajar dengan jambatan, jarak tebing ke tebing sungai ini lingkungan 100 meter atau lebih jika alami musim air pasang besar.

Oleh kerana Jambatan ini sangat berhampiran Muara sungai, terdapat juga aktiviti pasang surut yang sempurna aturan masanya. Sungai ini dipenuhi hidupan liar ikannya yang bermacam - macam sama ada kecil dan besar. Dan inilah salah satu lubuk kegemaran para pemancing yang ingin mencari ikan Barramundi liar dalam suasana sungai yang masih terjaga kualiti hutan hijau bakau serta mengalami beberapa jenis perairan mengikut pasang surut yang ekstrem mahupun sederhana penjadualannya.

Terdapat 2 jeti yang bergiat secara berniaga dalam membantu realisasikan hobi para pemancing masa kini. Samada ingin menduga pada jeti apungan mereka sediakan, mahupun meminta penghantaran ke tiang - tiang jambatan mengikut kemahuan. 

Jeti Asang


Jeti ini terletak bahagian barat setelah memasuki persimpangan jalan masuk bahagian bawah jambatan Gayang, mereka menyediakan jeti apungan untuk sesi pemancingan tepian sungai dan juga ada perkhidmatan hantar para pemancing ke tiang kaki jambatan mengikut pilihan masing - masing. 

Anjung Gayang Fishing Centre



Jeti Anjung Gayang ini terletak pada sebelah timur sisi jambatan Gayang ini, terdapat Jeti apungan untuk riadah pemancingan santai dan juga khidmat penghantaran ke tiang jambatan jika pemancing ingin santai, kemudahan asas sangat mencukupi, AGFC juga adalah salah satu ejen dalam merealisasikan para pelancong luar negara menikmati panorama flora fauna, melihat matahari terbenam di muara sungai dan melihat waktu malam serangga kelip - kelip dalam menaiki bot setiap pakej tersedia.

****************************************************
Barramundi Hunter 2016 kali ini akan menceritakan sedikit sebanyak cara pemancingan Bottom fishing secara ideal, dan membina plot dalam mencari sedikit sebanyak info lama dan baru sejarah pemancingan di lokasi ini. Sebilangan besar pemancingan dikawasan ini mampu mencerminkan dunia alam haiwan dan tumbuhan sekitar kawasan ini menperkasakan kepesatan alam semulajadi bersinambungan dengan sesi naik taraf kawasan seperti kewujudan jambatan ini sebagai perumah yakni lubuk, kestabilan hidupan atas darat dan dalam air serta keseimbangan juga memainkan peranan kualiti sungai dan habitat ini terjamin kualiti air dan tanah yang sesuai didiami masyarakat masa kini dimana perkampungan berhampiran serta hutan paya bakau yang luas mampu berinteraksi dengan baik.

Dalam sesi pemancingan saya pula, memastikan penyediaan data rujukan, penjadualan air pasang surut, memperuntukkan sedikit sebanyak teori mengikut pahaman dan rujukan ilmiah serta pengalaman orang yang lebih lama menghobikan pancingan dilokasi ini sangat dititik beratkan dalam membina plot ringkas hobi ini bakal dideskripsikan dengan baik.

Berikut adalah hasil pancingan target ikan idaman Sang Selunsung berjaya saya dapatkan untuk dipialakan dalam cerita ini.

****************************************************
B0024, ikan pertama dalam sesi musim kali ini, berjaya didaratkan pada 16.1.2016 masa 10.58pm. Berat ikan ini adalah 3.04kg dan ukuran panjang badan ikan 624 milimeter dan ukuran lilitan badan 413 milimeter, lokasi pemancingan di tiang 4 Jambatan Gayang. Mengunakan kaedah umpan hidup, bottom fishing.


****************************************************
B0025, alkisahnya memancing di Tiang 4, jambatan Gayang, sewaktu memancing saya berada dispot tiang ini pada awalnya seorang, beberapa jam kemudian didatangi 2 orang remaja bawah 18 tahun lingkungan turut memancing. Dalam satu malam itu, mereka juga mendapatkan strike ikan lainnya iaitu kerapu. Tak tersangka pada sekitar 5.00am subuh, 2 remaja ini membawa lari salah seekor ikan Barramundi milik saya yang ditambat ikat dalam sungai. Saya mengejar hingga ke jeti AGFC agar mereka kembalikan ikan tersebut tetapi enggan.

Pada hari yang sama, sebelah petang pihak AGFC menelefon saya akan menjumpai ikan saya telah disembunyikan dibawah perahu yang dibaiki oleh pekerja jeti tersebut. 


B0025, ikan ini dengan berat setelah didaratkan didatakan dalam buku seberat 2.3 kilogram, masa diperolehi 4.07am tarikh 17.1.2016, kaedah Bottom fishing umpan udang hidup.

****************************************************
B0026, pada tarikh 23.1.2016 memancing dilokasi tiang 2 Jambatan Gayang, mengunakan teknik bottom fishing udang hidup, berjaya memujuk ikan seberat 7.04 kilogram dengan data ukuran panjang ikan ini 804 milimeter dan ukuran lilit badan 558 milimeter. Masa ikan ini berjaya didaratkan pada 10.54pm. 


****************************************************
B0027, pada akhir bulan Januari tarikh 31. Sekali lagi saya mencuba nasib mencari strike di tiang 4 Jambatan Gayang Tuaran, berjaya dalam teknik bottom fishing umpan udang hidup, ikan ini seberat 3.87 kilogram. 672 milimeter adalah ukuran panjang ikan manakala 417 milimeter lilitan badan ikan. Waktu ikan ini berjaya didaratkan 2.05am.


****************************************************
Dalam membina cerita tentang Musim 2016 ini tentang dunia jambatan Gayang, sesekali saya juga memancing pada lokasi lain - lainnya yang pernah saya kunjungi untuk mencari ikan target untuk dipialakan dalam cerita ringkas ini. Pilihan Utama adalah Tiang Jambatan Kuala Penyu.

Pada 26 - 27 haribulan febuari 2016, saya menduga mencari rezeki ikan Barramundi di tiang Jambatan Kuala Penyu, hanya beroleh 2 ekor sahaja ikan ini, dan beberapa jenis ikan lainnya juga untuk dibawa pulang. Berikut adalah data ikan seperti dalam gambar dibawah.

B0028, berat ikan 3.38 kilogram masa strike 1.55am 
B0029, berat ikan 3.89 kilogram masa strike 7.52am

****************************************************
Kembali ke rancangan asal, saya memancing di tiang 4 Jambatan Gayang, berhasil mendapatkan ikan dengan berat 3.41 kilogram, dengan ukuran panjang ikan 625 milimeter dan 447 milimeter lilitan badan, tarikh memancing bersama seorang kawan En. Abdul muzzamil pada 24.3.2016 dan masa ikan berjaya didaratkan 12.30am, mengunakan teknik bottom fishing udang hidup. No bilangan ikan B0030

****************************************************
B0031, tarikh memancing pada 29.3.2016, masa ikan strike 12.06am dan lokasi tiang 3, Jambatan Gayang Tuaran. Ukuran panjang ikan adalah 718 milimeter dan lilitan badan 436 milimeter. Kaedah yang sama iaitu bottom fishing udang hidup. 



****************************************************
Pada 20. 5. 2016 jam 5.00pm hingga 8.00am memancing di tiang 4 Jambatan Gayang Tuaran, saya beroleh strike ikan mega sebanyak dua ekor mengunakan teknik Bottom fishing udang hidup. Berikut adalah data sesama ikan yang telah diambil setelah didaratkan.

B0032, masa 11.07pm tarikh 20.5.2016, berat ikan 5.1 kilogram dengan ukuran panjang 785 milimeter dan lilitan badan 463 milimeter. 

B0033, masa 12.05am tarikh 21.5.2016, berat ikan 5.74 kilogram ukuran panjang 803 milimeter dan lilitan badan 492 milimeter. 

****************************************************
Kembali memancing dilokasi Jambatan Kuala Penyu, pada tarikh 18hb hinggalah esoknya 19hb. Jun 2016, beroleh ikan sebanyak tiga ekor dengan kaedah efektif bottom fishing umpan udang hidup. 
B0034 ikan seberat 2.97 kilogram
B0035 ikan seberat 3.98 kilogram
B0036 ikan seberat 4.44 kilogram.


****************************************************
Pada 16 - 17.7.2018 sekali lagi memancing di Jambatan Kuala Penyu dan kali ini trip bersama kawan - kawan GPFC. Saya berjaya memujuk ikan Barramundi ini dengan berat 2.64 kilogram kaedah botton fishing udang hidup. Data bilangan B0037.


****************************************************
B0038, memancing di tiang 4, Jambatan Gayang, memperolehi seekor ikan mega dengan berat 3.57 kilogram, ukuran panjang ikan 695 milimeter dan lilitan badan 438 milimeter, ikan ini dipancing pada 7.10.2016 masa didaratkan 11.34pm. Mengunakan kaedah efektif bottom fishing udang hidup.


****************************************************
Misi terperinci pada November, target utama setelah beberapa bulan membina data dan teori dalam mengenal pasti ikan bersaiz besar memasuki lubuk sungai. Memilih tarikh sesuai dan pemancingan terancang, oleh kerana musim ikan - ikan di daerah Kuala Penyu bermula, saya bergegas mencari ikan yang bakal dibawa balik.

Mengunakan teknik udang hidup bottom fishing, dua ekor Barramundi berjaya didaratkan dan berikut adalah data diambil.
B0039, ikan seberat 11.2 kilogram masa didaratkan 6.12pm
B0040, ikan seberat 11.77 kilogram dan masa 7.20pm
Tarikh memancing 26.11.2016 hingga 27.11.2016.


****************************************************

Dalam hobi memancing ini, terdapat ramai rakan dan pesaing yang baik memancing target ikan Barramundi, malah lebih gah saiz ikan mereka berjaya dapatkan sepanjang musim 2016. Berikut adalah rakan - rakan yang berjaya mendapatkan ikan bersaiz luar biasa semasa tajuk utama ini berlangsung.


Muhamad Asri
Merupakan mentor yang lebih arif dan lebih awal memancing ikan Barramundi sebelum kedatangan saya. Semasa sesi musim 2016, berjaya mendapatkan 41 ekor ikan Barramundi.


**************************************
Udin Maiwa
Salah seorang mentor dalam memancing target ikan Barramundi, beliau pada musim 2016 berjaya strike  15 ekor Barramundi di Jambatan Gayang.


**************************************
Mazlan Ibrahim
Senior saya dalam berhobi sama memburu ikan Barramundi di Jambatan Gayang Tuaran. Sebanyak 7 ekor Selunsung berjaya dipancing beliau pada tahun ini.


**************************************
Mohd. Asri
Salah seorang rakan memancing di Jambatan ini, berjaya menawan ikan ini dengan kaedah Bottom fishing.


**************************************
Gry Alexander
Salah seorang rakan pemburu ikan pancingan sang Barramundi, beliau pada tahun ini berjaya tawan ikan ini sebanyak 6 ekor.


**************************************
Will Juel
Rakan memancing di Jambatan ini, berjaya menawan ikan Barramundi sebilangan besar hasil beliau dari tiang 2. 


**************************************
Juin Chai
Rakan wakil dari GPFC, turut memancing di Jambatan Gayang. Dan semasa sesi 2016 ini berlangsung berjaya dapatkan 4 ekor Barramundi.





****************************************************
Pada sepanjang Jambatan Gayang beroperasi dan membuka umum sebagai kawasan pemancingan, terdapat beberapa siri tangkapan ikan bersaiz luar biasa. Berikut adalah ikan tersenarai sebagai acara tahunan terberat berjaya oleh pemancing - pemancing berkunjung di Jambatan ini.

Ash Rawk
2013
Ikan Kerapu Naga dengan berat 18.7 kilogram



**************************************
Jounis Mosesak
2014
Ikan Pari Ayam dengan berat rasmi 22 kilogram.


**************************************
Mazlan Ibrahim
2015
Ikan Pari Ayam seberat 24 kilogram.



**************************************
Azrul Aminur
2016
Ikan Pari Ayam dengan berat rasmi 18.6 kilogram.



**************************************
Muhamad Asri
2017 
Ikan Selunsung dengan berat rasmi 10.00 kilogram.



**************************************
Muhamad Asri
2018
Ikan Pari Ayam dengan berat rasmi 33.38 kilogram.



Comments

Post a Comment

Artikel Barramundi Hunter

Musim 7 : Hitam atau Putih

Musim 6 : Firasat si Barramundi