Musim 7 : Hitam atau Putih
Musim 2019, MHM Barramundi Hunter berkongsi cerita tentang beberapa teori dan tips semasa memburu salah satu ikan idaman pemancing pada masa kini.
Kali ini MHM akan memberikan satu lagi cerita setahun dimana sesi kali ini dengan kesinambungan cerita yang telah dicatatkan tajuknya iaitu 'Hitam atau Putih', maksud tajuk kali ini adalah mengenai salah satu sistem suria kita yakni planet Marikh yang mana digelar Bulan melengkapkan panorama hakiki bumi sebagai salah satu ciptaan maha Esa yang sangat mengagumkan.
Tajuk yang ditetapkan berdasarkan apabila memilih pada satu - satu tarikh yang sesuai mengikut malapnya Anak Bulan ketika fasa gelap ataupun apabila Purnama penuh, maksudnya MHM memilih hari yang sesuai sahaja untuk memburu ikan Barramundi pada musim kali ini. Caranya ialah apabila Bulan pada kondisi gelap semasa peredarannya mengelilingi Bumi pada spot pemancingan terpilih MHM akan memilih tarikh tersedia berdasarkan coefficient yang tidak kurang 75%, manakala jika pada kondisi purnama penuh akan memilih pada coefficient tidak kurang pada 100%.
![]() |
Kredit dari mysite.wix.com |

Seterusnya MHM lebih spesifik tentang pendataan setiap tarikh yang dipilih bagi melakukan rutin pemancingan target ikan utama ini dan adalah perlu sama ada MHM berjaya atau tidak mendapatkan ikan Barramundi pada hari semasa memancing, dimana perlu membina satu cerita khusus dan merencanakan sebanyak mungkin agar kolibrasi data terhimpun dapat digabungkan hingga mendapat keputusan yang sesuai sama ada berjaya atau tidak mendapatkan ikan idaman ini.
Oleh kerana tajuk kali ini bersederhana dan tidak banyak tarikh yang benar - benar bermusim setelah dikaji sejak 18.12.2018 MHM telah mendapat jadual air pasang surut bagi tahun 2019 maka secara lazimnya MHM tidak menetapkan target bilangan tangkapan kali ini. Apa yang pasti pemilihan empat lokasi adalah tetap pada Lubuk pilihan MHM sejak 2012 hingga kini, dan kemeskian adalah MHM perlu mempertingkatkan lagi teknik pemancingan dan lokasi baru terutama pemilihan daerah yang berpotensi untuk dijadikan lubuk cerita Barramundi Hunter.
Berikut adalah lokasi pilihan kekal MHM untuk pancingan ikan Barramundi 2019.
1. Jambatan Gayang Tuaran. (JGT)
2. Jeti Ameng Sepanggar. (JAS)
3. Jambatan Kuala Penyu. (JKP)
4. Jambatan Yayasan Sabah. (JYS)
Peralatan dan teknik
MHM masih mengekalkan teknik utama 'bottom fishing' dimana peralatan masih juga dikekalkan iaitu:
Set 1 = Rod ATC Vanguard PE 2-4, Reel Rodford Chazer 5K, Iguana Braided 150lbs.
Set 2 = Rod Salta 68 RodFord PE 1-3, Reel Rodford Chazer 5K, Iguana braided 85lbs.
Set 3 = Rod Salta 68 Rodford PE 1-3, Reel Rodford Chazer 5K, Iguana braided 85lbs.
Set 4 = Rod Monster Buster Viper 10-16lbs, Reel Tica Screamstar 4500, Iguana 85lbs.
Oleh kerana Stok peralatan tambahan iaitu matakail dan perambut masih mencukupi, saya akan mempertingkatkan lagi dalam pengunaan produk lainnya kelak setelah kehabisan dua item tambahan ini.
Sumber rujukan bagi panduan pemancingan MHM adalah Jadual air pasang surut pada 3 jenis sumber iaitu Kota Kinabalu, Victoria Island (Labuan) dan Merudu Bay. Manakala sumber rujukan internet adalah tide4fishing serta rujukan catatan peribadi tahunan dari sejak 2013 hingga kini juga digunakan dalam sesi 2019.
Oleh kerana sesi pertama untuk pemancingan 2019, pada tarikh yang sesuai juga SBHG telah memilih pada sesi yang sesuai sinomin dengan pemburuan ikan idaman ini. Lokasi utama dimana MHM berpeluang memancing dilokasi Jambatan Gayang Tuaran bersama semua ahli SBHG untuk Pancing Santai sesi kedua kumpulan ini adakan.
Berikut perancangan MHM memilih pendataan yang sesuai pada kali ini.
Merujuk pada gambar diatas adalah 'screenshoot' daripada jadual air pasang surut Kota Kinabalu yang rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Meteorolgi dalam Sabah. Apa yang penting sekali adalah tarikh tersebut adalah tepat pada 5hb - 6hb. Januari 2019 ialah Anak Bulan berfasa gelap. Sinomin dengan pemilihan masa ini juga adalah pengenalan bagi kecenderungan ikan pada tahap air pasang yang sangat tinggi pada satu - satu spot pemancingan terpilih, membuatkan peluang mengenali ikan target lebih jitu.
Oleh kerana tarikh telah ditetapkan, maka rujukan seterusnya adalah berkaitan tentang 'Solunar activity'. Jelas pada gambar dibawah adalah jadual dari tide4fishing menyatakan rangkaian aktiviti ikan tinggi, manakala pada bahagian Coefficient juga pada dua tarikh cadangan adalah 77% & 78% bagi dua tarikh punyai satu malam 12 jam. Tarikh dikemukakan adalah baik untuk aktiviti riadah pancingan yang sesuai kelak.
Pada masa yang sama MHM gemar merancang tentang kesesuaian masa bersyarat dimana terdapat dua atau tiga tempoh satu malam berada kawasan spot merujuk pada bahagian Major Periods dan Minor Periods. Hal - hal ini adalah berkait rapat dengan suasana spot pemancingan dimana akan menerima aktiviti yang banyaknya sama ada ikan kecil atau ikan mega menghampiri kawasan pemancingan pilihan kelak. Gambar rajah dibawah adalah kesesuaian masa untuk fokus dalam memancing ikan target.
Seterusnya gambar rajah dibawah ini adalah tentang aktiviti yang tampak tinggi kebarangkalian ikan bersuasana renang bebas pada kawasan pemancingan air sungai yang bergraviti pasang surut dengan masa yang disarankan pada satu - satu ketika dalam satu malam yang baik. Manakala dalam pola graf tersebut juga MHM gemar memilih pada tarikh yang punyai aktiviti ikan bertanda hijau tua dalam graf. Ianya adalah ramalan kehadiran ikan mega bersaiz luar biasa pada satu - satu spot secara puratanya.
Bagi semasa memancing, selain mengunakan jadual air pasang surut Kota Kinabalu, MHM juga kerap mengunakan graf gambar rajah dibawah agar panduan semasa fokus pemancingan ikan target dapat ditentukan pada masa - masa yang diperuntukkan pada yang ditetapkan. Seperti yang kita lihat gambar dibawah, terdapat siri siang dan malam hari. Maka terdapat kolum - kolum yang memisahkan masa mengikut jam dan tahap kedalaman air sungai, juga kita nampak satu lakaran garisan melintang dalam rencana ramalan air pasang atau surut mengikut peredaran Bulan mengelilingi Bumi. Selain itu juga, ada Solunar activity didalam graf ini, maka mudah MHM membuat pemancingan secara ringkas dan teratur.
Gambar diatas seperti yang tertera bertarikh 5hb. Januari 2019, rujukan MHM bermula pada sekitar hadir lokasi pemancingan pada masa 5.00pm, kaedah terbaik semasa memancing adalah kenal pasti tempoh masa air pasang dan semasa air surut. Kesesuaian kedalaman sungai dan arus sangat dititik beratkan agar spot pemancingan menerima impak arus semasa surut sangat kuat pada tengah malam.
Manakala gambar dibawah adalah jadual bertarikh 6.1.2019, rujukan MHM hanya bermula 12.00am hinggalah 8.00am waktu tempatan. Bermula 11.00pm 5.1.2019, air surut perlahan hinggalah pada sekitar 1.00am impak tekanan air sungai menyusut surut yang laju. Adalah penting bagi MHM memilih spot pancingan tepat semasa fenomena pasang dan surut yang sesuai.
Gambar rajah dibawah adalah kondisi tahap penata cahaya daripada Bulan pada tarikh dinyatakan untuk pergi memancing, adalah perlu ketahui setiap pra-fungsi fasa - fasa Bulan punyai sifatnya tersendiri dalam memberikan impak hukum alam mengikut prasa Bumi mengelilingi Matahari dan Bulan mengelilingi Bumi dan Matahari sekaligus memberikan kesan baik untuk alam fauna berinteraksi dengan penghuni liarnya sama ada alam hutan ataupun alam didasar air semulajadi.
Bagi MHM, adalah perlu konteks dalam mengisi setiap masa semasa malam hari memancing, kadar untuk beraktiviti, membuat pengamatan, dan memerincikan suasana bagi catatan - catatan yang boleh dikaitkan dengan cara pemancingan moden ini berikutan berdepan alam fauna semulajadi agar ikan yang bakal ditarget dapat dipancing dengan jayanya.
Akhir sekali MHM perlu ketahui pada tarikh dipilih, membuat rujukan alternatif catatan - catatan lama akan ikan - ikan yang berada dalam sungai yang dipilih untuk sesi pemancingan kali ini. Biasanya, MHM sedaya upaya mengambil kira tentang kehadiran ikan kecil yang memasuki muara sungai kerana waktu - waktu ini menguatkan lagi keyakinan memancing mampu mendapatkan tangkapan ikan yang lumayan.
Musim - musim ikan kecil perlu dirujuk datanya kerana sesebuah sungai yang pemangkin sihat dan semulajadi memberikan kehadiran ikan bersaiz mega berkali - kali pada spot - spot tertentu yang mana ikan - ikan ini kerap rutinkan mengikut teras air pasang surut samada berteduh arus atau membuat pemburuan dietnya si ikan kecil sekitar spot - spot yang efektif.
S1/2019
Tarikh mula : 05.01.2019 Masa : 5.50pm
Tarikh selesai : 06.01.2019 Masa : 8.30am
Lokasi : Tiang 2, Jambatan Gayang Tuaran.
Bermula sekitar jam 4.30pm membeli umpan 1/2kilo udang putih hidup, tiba lokasi pemancingan jam 5.00pm. Bersama - sama dengan Mr. Hillary dari team SBHG, kami memilih tiang 2 sebagai spot pemancingan ikan target ini. Lemas kini peralatan selesai keseluruhan 6 set utama target Barramundi milik Saya dan Hillary punyai 6 set utama . Pada sekitar 6.30pm tiang 2 didatangi 9 orang pemancing lainnya dan kini jumlah 11 orang pada masa tersebut. Manakala, ahli SBHG lain turut hadir ialah Saudara Matt dan saudara Johari memilih spot tiang 4.
Air pasang perlahan sekitar masa 7.00pm hingga 10.00pm, pada masa 8.05pm salah satu pancing milik Hillary menerima tarikan ikan mega target, namun ikan lucut dari matakail. Pada sekitar jam 9.50pm ternampak kelibat ikan kecil dipermukaan air bermain - main. Suasana air sedikit tenang dan beberapa ikan Barracuda tampak bersiar - siar sekitar spot tiang 2. Pada suasana tenang ini, arus sangat perlahan - lahan dan pada permukaan sungai banyak sampah hanyut. Beberapa sampah menyangkut pada tali utama pancing kami. Pada tali utama saya, terdapat lendir lumpur yang sangat banyak, ertinya pada kedalaman sekitar 1.8/1.9m tanpa hujan pada siang hari, air berkeladak lumpur.
Sekitar jam 11.00pm, air mula berpatah balik surut, 3 orang pemancing pulang. Saya dan Hillary membuat formasi kembali menetapkan kedudukan stabil set pancing kami. Sekitar 12.00am, 6 orang pemancing juga pulang. Kini saya dan Hillary sahaja di tiang 2 jambatan Gayang. Jam 1.30am air sungai berarus laju hingga jam 4.45am air menyusut sekitar kedalaman 0.4/0.5m waktu ini. Pada jam 6.30am, pancing milik Hillary menerima tarikan ikan kerapu bersaiz sederhana.
Keputusan tarikh memancing kali ini, balik tanpa tangkapan ikan target. Kesimpulan juga, walaupun ikan terlepas dari matakail, kondisi air sekitar 1.6/1.7m sangat efektif untuk memancing ikan target.
Peruntukkan biaya memancing S1/2019
1. Umpan udang hidup = RM29.00
2. Ais beku = RM1.00
3. Bayaran Botman = RM5.00
***************************************************
S2/2019
Tarikh mula : 7.1.2019 Masa : 8.00pm
Tarikh selesai : 8.1.2019 Masa : 12.30am
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Kelapangan masa membuatkan diri ingin mencuba nasib untuk memancing dilokasi ini bagi target ikan idaman. Membeli udang hidup 6 ekor sahaja dan mengunakan 4 set pancing sahaja. Selesai menentukan pancing pada posisi spot di jeti bertiang lokasi ini. Pada air pasang sederhana laju tampak kelibat ikan kecil bermain atas permukaan air.
Melihat pada gambar diatas saya hanya ingin memancing sekitar 4 jam sahaja, sekitar 8.00 malam hingga 9.30 malam ada rangkaian ikan beraktiviti. Waktu diwarkan ini dalam skala 71% coefficient dan fasa bulan dalam keadaan malap 2% bercahaya.
Pada gambar diatas, ianya rujukan bagi peringkat Minor Periods pada sesi malam hari iaitu cadangan masa dalam gambar ialah 19.18pm hingga 20.18pm 7.1.2019. Rangkaian air pasang sederhana laju ini menjalinkan fauna dan hidupannya dalam memeriahkan spot pancingan.
Semasa memancing, dalam suasana spot ini kedalaman sungai jeti ini sangat baik, cuma sebilangan kecil sampah plastik botol dan lain - lain ikut mengalir hanyut dalam sungai. Ada pun kelibat ikan mega juga belum tampak membuat sesi rutinnya meletupkan permukaan air wakti ini. Sekitar jam 9.20pm salah satu pancing telah disentap kuat. Memeriksa kembali dapati udang umpan telah hilang, perambut keadaan baik tanpa kerosakkan, apa yang pasti ianya ikan mega yang berjaya mencuri umpan. Kebiasaan ikan ini adalah skala kecil dalam lingkungan 2.0kg kebawah kerana punyai rongga mulut yang masih kecil tidak mampu telan keseluruhan umpan lalu memberikan impak renangan kuat maka umpan udang terlepas dari matakail.
Selepas dari itu, terdapat satu letupan kuat pada tukun tengah - tengah jeti ini. Ianya sememangnya barramundi yang mengejar dan menyambar dietnya, waktu kemuncak sungai ini pada posisi kedalaman 2.0m 11.30pm.
Selesai pada tengah malam, saya menghimpunkan peralatan dan kembali kerumah tanpa tangkapan ikan mega pada sesi 4jam ini. Berikut adalah senarai pengunaan modal sesi S2/2019
1. Bayaran kemasukkan Jeti = RM15.00
2. Umpan udang hidup (6 ekor) = RM6.00
**************************************************************
S3/2019
Tarikh mula : 21.1.2019 Masa : 8.00pm
Tarikh selesai : 22.1.2019 Masa : 7.00am
Lokasi : Tiang 4, Jambatan Gayang Tuaran.
Untuk pancingan mengikut rancangan musim kali ini, MHM sekali lagi membina plot dalam membuat sesi hobi memancing dilokasi ketetapan umum, mengikut tatacara, kelengkapan peribadi alatan dan tarikh dan masa sesuai adalah penting juga mengetahui setiap strategi yang bakal ditautkan dalam sesi kali ini. Gambar rajah dibawah dimana 100% tahap kecerahan purnama berlangsung usia 15hari dalam 2019.
Oleh kerana tahap kecerahan purnama malam kali ini adalah baik, MHM merujuk juga pilihan dalam coefficient yang ideal untuk pancingan target. Terdapat 21hb hingga 23hb merujuk gambar dibawah yang mana melebihi 100% coefficient yang sesuai dalam rancangan kali ini.
Rujuk aliran arus juga sangat penting, gambar rajah dibawah adalah jadual air pasang surut bagi Kawasan Kota Kinabalu. Pada carta aliran ini, bertarikh 6.00pm 21.1.2019 hingga esoknya 22.1.2019 pada 7.00am air pasang besar pada malam senja dimana ukuran 2.2m adalah air pasang akhir berinteraksi dengan suasana sungai. Sekitar 11.40pm adalah aktiviti air mulai mengatur surut, hingga sekitar 1.15am impak air surut sangat laju dan air surut akhir pada sekitar 6.30am adalah tenang dengan kedalaman 0.2m.
Jadual air pasang surut dirujuk bagi memastikan setiap perancangan pemancingan lebih teratur, merujuk pada lampiran diatas pada 21hb apabila senja air dalam skala sesuai untuk pemancingan target, apabila waktu tengah malam kemuncak air pasang pada tahap 2.2m sekitar 11.30pm dan segera air menyinsing surut sederhana hinggalah pada 1.15am air surut terlalu laju hingga 4.50am.
Berikut gambar diatas adalah hasil tangkapan ikan, walaupun ikan target utama tidak berjaya dipujuk. Syukur kehadrat Ilahi, 3 ekor ikan merah (MJ) menemani diri untuk resepsi pada malam bulan purnama juga adalah baik untuk sesi pancingan yang ideal. Keseluruhan tangkapan ikan berjaya dijual RM35.00 dengan berat keseluruhan ikan ini 1.4kg.
Gambar diatas adalah pemandangan terbit matahari. Dalam sepanjang harian memancing, modal sarana adalah:
1. Bateri RM5.00
2. Ais pek kecil RM1.00
3. Umpan udang hidup RM29.00
4. Bayaran khidmat bot RM5.00
********************************************
S4/2019
Tarikh mula : 26.1.2019 Masa : 6.00pm
Tarikh selesai : 27.1.2019 Masa : 5.00pm
Lokasi : Jambatan Kuala Penyu
Trip pancingan kali ini MHM terjah tanpa perancangan rapi, namun begitu persediaan untuk sesi pemancingan seperti sebelumnya juga tak banyak perubahan dari segi peralatan dan teknikal semasa memburu ikan target. Satu hari yang panjang dalam sesi kali ini selama 23 jam memancing pada lokasi statik spot tiang jambatan Kuala Penyu.
Persediaan yang kerap adalah memastikan kenderaan dalam keadaan baik. Minyak mencukupi dan berikut adalah senarai sesi pengunaan dana pemancingan S4/2019.
1. Petrol Ron 95 = RM50.00
2. Umpan udang hidup = Rm29.00
3. Bateri saiz D = RM14.50
4. Makan dan minum = RM8.50
5. Sewa bot penghantaran ke tiang = RM10.00
6. Ais beku (besar) = RM3.80
Setibanya MHM dilokasi ini, kawasan lingkungan pemancingan telah menerima hujan renyai dan angin bertala sederhana, tahap warna sungai sedikit kabut dan kurang bermain ikan kecil pada spot - spot tertentu. Pada malam hari, 12 jam tanpa gangguan ikan mega yakni umpan hidup dalam keadaan baik. Namun, setiap 2 jam keadaan udang hidup kerap lemah, memaksa saya menukar umpan hidup pada pancingan utama.
Apapun rujukan saya pada jadual air pasang surut bahagian perairan Pulau Labuan sangat baik. Dibawah adalah rujukan tide4fishing agar pada setiap selaan jam dapat fokus untuk memujuk ikan - ikan yang berada kawasan tersebut.
Merujuk pada gambar diatas adalah tahap kecerahan pada bulan apabila usia 20 hari maksudnya kecerahan purnama mengurang hingga ke fasa anak bulan pada 10 hari mendatang. Terdapat 70% kecerahan bulan ini apabila diposisi perairan Labuan hinggalah kawasan Kuala Penyu. Ini penting dalam membantu data - data rujukan agar MHM merasai kecenderungan fenomena alam semula jadi berinterkasi alam angkasa raya.
Manakala rujukan saya seterusnya adalah 23 jam dalam meneliti jadual air pasang surut dikawasan ini, dua gambar rajah dibawah adalah kesinambungan dua hari yang berlainan tarikh dan hari.
Dalam meneliti dan memainkan peranan dalam sesi pemancingan target, kondisi dan kepekatan air sungai juga diambil kira, dalam istilah kondisi, keutamaan MHM akan memeriksa dua faktor utama iaitu warna air sungai, dan suhu air sungai. Konteks ini sangat perlu bagi memastikan kecenderungan ikan kecil dan besar berada posisi spot yang terjangka apabila ikan - ikan ini meneroka kawasan pemancingan.
Kondisi air pada talaan masa
6.00pm = air kehijauan / suhu suam
10.00pm = air jernih / suhu sejuk
2.00am = air sedikit keruh / suhu medium sejuk
6.00am = air hitam keruh / suhu sejuk
10.00am = air hitam / suhu suam
2.00pm = air hijau / suhu suam
4.00pm = air hijau keruh / suhu suam.
Pemerhatian semasa memancing
Pada malam hari 12 jam tanpa hinjutan strike. Pada sekitar awal pagi juga tanpa strike ikan mega. Hinggalah pada sekitar 12.50pm bertarikh 27.1.2019 seekor ikan Barramundi berjaya dipujuk. Cara terbaik semasa memburu pancingan ikan target ini, MHM punyai 4 set kukuh sama ada melawan arus dan ikut arus semasa berada spot statik telapak tiang jambatan ini. Setiap sudut pile cap ada set pancing tersendiri. Dua set merentas arus kuat manakala dua set mengikut arus tadahan.
Keputusan,
Ikan berjaya dipujuk ini pada posisi ketika air pasang, set pancing yang berjaya adalah salah satu yang merentas arus air pasang yang sederhana waktu itu, mengunakan tayar terpakai, diikat tali kekuatan 1000lbs (tali kerbau), manakala set pancing juga diikat pada klip keselamatan agar tidak hilang jika dihinjut ikan mega, sekitar 12.45pm, saya berehat melelapkan mata, tidak diketahui pancing ini telah menerima hinjutan ikan, tayar, pancing tergantung pada sisi lantai jambatan, mujurlah brided dan perambut utuh digunakan ikan berjaya dilemahkan segera.
Berat rasmi ikan kali ini adalah 4.58kilogram. Manakala bagi ukuran rasmi adalah seperti gambar rajah dibawah.
Mengunakan pita pengukur, panjang ikan B0096 ini adalah 745 milimeter. Manakala lilitan ikan adalah 434 milimeter. Syukur alhamdullilah, walaupun hasil kali ini sederhana, rasa berterima kasih sangat tinggi diberi kesempatan untuk menerima rezeki yang baik.
Secara rasmi ikan ini adalah nombor tag B0096 dan data gambar adalah JKP14. Bagi sesi jual dan beli, terima kasih pada Mr. Ah boon membeli ikan dengan harga Rm115.00.
***********************************************************
Perkakasan baru (perambut batu pancing MHM)
Tarikh : 3.2.2019
Kedai : Rich Trading Inanam.
Harga jumlah : RM18.00
Senarai alat belian :
1. Bossna swivel
2. Berkeley vanish line
3. K-Fish snap
Barangan diatas dibeli atas perkara membantu semasa perambut mata kail mudah mengikut arus air dan tidak berkulut sesama perambut mata kail dan tali utama pancing. Kesesuaian juga dimana kekuatan adalah kecil dicirikan, ini kerana jika perambut batu pancing terlalu kuat apabila tersangkut risiko didalam air, adalah sukar melepaskan perambut batu semasa pemancing, maka adalah saranan baik jika perambut batu pada talaan 30lbs sahaja.
**************************************************************
S5/2019
Tarikh mula : 4.2.2019 masa : 6.05pm
Tarikh selesai : 5.2.2019 masa : 8.00am
Lokasi : Tiang 2, Jambatan Gayang Tuaran
Febuari bertandang sesi awal bulan kali ini juga bagi kehadiran sesi Anak bulan dikawasan lingkungan Kota Kinabalu Sabah. Memilih lokasi Tiang 2, mengunakan set khusus dan secara teknikalnya cara terdahulu juga digunakan. Berikut senarai belian kelengkapan semasa memancing S5/2019 kali ini.
1. Ais beku saiz kecil = RM1.00
2. Umpan udang hidup = RM28.00
3. Bayaran sewa bot = RM5.00
Merujuk juga laman sesawang tide4fishing, kemeskian adalah tahap malapnya bulan pada malam hari.
Untuk pemancingan kali ini, MHM akan berusaha dalam memenuhi 2 hari pemancingan, 4hb hinggalah 6hb Febuari. Namun hanya waktu pilihan malam sahaja ingin mencari ikan target utama ini. Berikut adalah sumber rujukan MHM.
Berpandukan rajah diatas, pilihan keutamaan adalah sesi anak bulan, merujuk juga Coefficient adalah sinomin pilihan tidak kurang 75%.
Semasa memancing, spot tiang 2 ini sekitar 7.50pm didatangi 2 orang pemancing tempatan. Manakala Tiang 3 sekitar 5 orang memancing dan tiang 4 masih tiada pemancing memilih ke sana. Bagi aktiviti didalam sungai, tedapat beberapa bot nelayan yang ingin melabuhkan pukat pada kawasan tiang 4.
Keputusan
Semasa air pasang sekitar terbenam matahari, kelibat ikan mega kelihatan pada tepian sungai. Maka, adalah mudah bagi memujuk ikan ini jika mereka berhampiran dengan spot tiang pilihan. Beberapa letupan atas permukaan air kemungkinan ikan mega menyambar ikan kecil sekitar tebing sungai. Mengunakan kelebihan batu pancing, MHM kerap membunyikan batu pancing diatas permukaan air agar ikan mega terangsang menghampiri sekitar tiang jambatan. Maka sekitar 7.26pm, MHM memperolehi seekor ikan mega. Berikut adalah data yang diambil daripada ikan ini.
Berat ikan adalah 2.04kg
Manakala ukuran ikan juga diambil dimana
Panjang ikan adalah 560 milimeter, serta lilitan badan 362 milimeter.
Demikianlah ikan target pada kali ini diperolehi dengan keberkesanan teknik dan mengikut carta air yang sesuai. MHM mengambil gambar kenangan bersama dengan ikan ini dan bagi data gambar adalah JGT42, manakala nombor bilangan ikan adalah B0097.

S6/2019
Tarikh mula : 5.2.2019 Masa : 6.00pm
Tarikh selesai : 6.2.2019 Masa : 3.00am
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Pada asalnya MHM ingin memancing kembali di Jambatan Gayang Tuaran, namun kepadatan kenderaan meletak kereta di Jeti Pak cik Asang malah kesemua tiang - tiang jambatan dipenuhi kunjungan pemancing tempatan, faktor cuti umum ini sememangnya meriah, lalu MHM segera memilih spot kedua iaitu Jeti Ameng Sepanggar.
Hampir penuh juga orang berkunjung lokasi jeti Ameng, MHM memilih spot jeti Apungan. Mengunakan 4 set pancing utama. Dan teknik serta perancangan juga tiada beza. MHM membeli kelengkapan seperti berikut.
Ais beku = RM2.00
Umpan udang Hidup = RM12.00
Bayaran sewa jeti = RM15.00
Memandangkan perancangan bertukar lokasi, MHM sedikit kesukaran dalam mencari tindak tanduk kelibat ikan mega dilokasi ini. Mengamati suasana sekitar perairan di jeti ini. Kurangnya ikan kecil bermain atas permukaan air. Tiada pergerakan bebas ikan mega sejak mulanya melabuhkan pancing hinggalah pada tengah malam.
Seperti biasa MHM merujuk tide4fishing dan jadual air pasang sesuai bagi memastikan sesi dapat definasi dan praktikal.
Melihat pada gambar rajah diatas, adalah tahap coefficient pada sesi daerah lingkungan Kota Kinabalu, kesesuaian juga sempena fasa Anak Bulan pada kali ini. Manakala rajah dibawah adalah bagi jadual perjalanan bagi aliran keseluruhan carta air pasang surut.
Cuaca semasa memancing lokasi ini berkeadaan baik, pada siang hari kawasan lingkungan Sepanggar tiada menerima hujan sekata. Air sedikit suam dan jernih kehijauan.
Keputusan
Oleh kerana pada sekitar jam 6.00am lokasi jeti ini akan menerima tahap cetek melampau, ketidak sesuaian teknik pengumpanan dan arus surut kuat. Maka MHM hanya berkampung dilokasi ini selesai pada 3.00am sahaja. Tiada tangkapan ikan target dan kepuasan mencari data adalah maksima.
Berikut pengalaman lalu jika Jeti Ameng berada tahap cetek kurang 0.3m, kelihatan keseluruhan tukun - tukun pada lingkungan bawah jejambat dan posisi tengah kawasan ini.

S7/2019
Tarikh mula: 19.2.2019 Masa: 12.00pm
Tarikh akhir: 19.2.2019 Masa: 3.00pm
Lokasi: Jambatan Kuala Abai, Kota Belud
Setelah 14hari berlalu dari kiraan anak bulan, hari kali ini adalah malam kepurnamaan penuh bagi kali kedua bulan penuh tahun 2019. Dalam pemerhatian dan pembacaan, saya menyedari beberapa fakta tentang kehadiran fenomena Supermoon dengan cara mengenal pasti rujukan jadual air pasang surut dan laman sesawang tide4fishing. Tentang cara pemastian fenomena ini pada tarikh tibanya kepurnamaan ini, akan terdapat aktiviti kuat yakni air pasang surut kawasan yang mengalami fenomena ini. Dalam konteks ini merujuk pada jadual air pasang surut, akan ada bacaan tepat dan kedalaman sungai luar biasa dari kejadian-kejadian sebelum ini.
Apa yang MHM cuba sampaikan, apabila sumber rujukan tersebut dimanfaatkan, jesteru kiraan tepat dan kesesuaian melayani hobi memancing juga kita dapat tentukan. Namun, rujukan lain juga perlu diambil kira, iaitu pahaman dan lisan orang yang lebih arif seperti pertemuan kami dengan saudara Johari dan Pak cik Asang di jeti berhampiran jambatan Gayang tengahari 16.2.2019, perkongsian pengalaman dimana Pak cik Asang mengatakan kawasan pinggiran laut bermuara Tanjung Badak, terdapat musim udang kecil yakni udang bubuk. Secara terusnya, saya mengilhamkan bahawa jika merutinkan hobi memancing kawasan Jambatan Gayang, ia amat sukar untuk mendapatkan ikan mega sang selunsung.
Maka, dengan itu saya berperanan dan mencuba eksplotasi kawasan baru pada tarikh siang 19hb. Febuari ini dilokasi pemancingan Jambatan Kuala Abai, Kota belud.
Seperti gambar diatas adalah rujukan kawasan pemancingan MHM ingin adakan, dalam jadual tersebut sekitar jam 12.00pm hingga sekitar jam 2.50pm terdapat rangkaian aktiviti ikan dalam sungai. Maka MHM mengambil langkah pemancingan strategi mengikut saranan. Spot pilihan MHM ingin target ikan meganya pada lokasi dalam gambar dibawah.
Kawasan pilihan adalah pada sisi tiang jambatan tersebut, yang mana MHM perlu menyewa perahu bagi memancing kawasan tersebut. Mujur pihak jeti memancing D'Jetty membenarkan saya menyewa salah satu perahu milik mereka utk MHM meneruskan rancangan memancing kawasan pilihan.
Membawa 4 set pancing utama, MHM mengatur rancangan sebaiknya, merujuk cara dalam gambar diatas adalah MHM perlu berpaut perahu dengan tiang Jambatan tersebut. Rasanya kaedah digunakan juga seperti berada dijeti memancing apungan, walhal inilah pertama kali MHM melakukan sesi ini.
Keputusan,
Terdapat beberapa kali aktiviti ikan kecil sungai dan renangan kecil ikan kembura kawasan sungai, apa yang saya kagum tahap kebersihan sungai ini sangat memuaskan. Amat jarang nampak sampah hanyut kawasan ini. Syabas penduduk kampung sekitar sungai ini.
Pada sekitar jam 1.45pm, satu rentapan kuat pada salah satu pancing milik saya, apabila dilhat pada umpan seperti gambar diatas, kecederaan teruk bahagian ekor udang tersebut. Pada lukanya terdapat satu kasaran dari sentuhan jari jelas menyatakan ikan yang mampu mengigit udang ini tidak mempunyai gigi yang tajam. Perkara seterusnya MHM perlu pastikan adalah menghidu kawasan luka umpan yang cedera, pahaman MHM jika ikan Barramundi yang mengusik udang ini, akan meninggalkan sedikit bau lendirnya (air liur) pada luka tersebut. Ternyata, tepat sekali bahawa ikan yang berjaya melukakan umpan ini adalah seekor Barramundi namun MHM berpendapat ikan tersebut adalah bersaiz kecil sekitar 1kg - 2kg kerana tak mampu telan keseluruhan umpan ini.
Pada sekitar jam 2.45pm, MHM berkemas pulang bagi menamatkan sesi pemancingan kawasan ini. Syukur kehadrat Ilahi, masih berkeadaan baik dan selamat selepas melakukan sesi hobi sederhana ini. Manakala terdapat 3ekor udang hidup milik MHM masih hidup dan simpan bagi aktiviti pada satu pilihan lagi kawasan yang baik.
Berikut adalah modal sesi pemancingan seperti rancangan S7/2019.
1. Udang hidup 5 ekor = RM8.00
2. 3 jam menyewa perahu = RM15.00.

S8/2019
Tarikh Mula: 19.2.2019 Masa: 8.00pm
Tarikh akhir: 19.2.2019 Masa: 10.30pm
Lokasi: Jambatan Yayasan Sabah.
Oleh kerana pada malam hari kepurnamaan bagi sesi Supermoon kali ini. MHM dengan rasa degil hati, mencuba nasib kawasan pilihan iaitu Jambatan Yayasan Sabah. Walaupun MHM menyedari bahawa kesukaran memujuk dan mendapatkan ikan mega sang selunsung kerana kawasan ini menerima impak musim bubuk, salah seorang rakan MHM iaitu staf berkhidmat dengan PPNS iaitu saudara soufi ada memberitahu akan musim bubuk sangat banyak sekitar tepian pantai kawasan tersebut, langkah-langkah aturcara pemancingan diteruskan juga bagi memastikan MHM mengikuti rancangan tajuk musim kali ini 'Hitam atau Putih'.
Merujuk pada gambar diatas adalah tahap kecerahan kepurnamaan mengikut pilihan MHM. Usia bulan waktu ini 14hari, dan 99% adalah kondisi penuh cahaya bulan menerangi negara Malaysia.
Sekali lagi tahun ini menerima impak fenomena Supermoon, ciptaan Tuhan yang mengkagumkan kerana ianya jarang sekali diamati dan berlaku. Namun, sesi kali ini, MHM tidak dapat memfokuskan kerana kawasan pilihan iaitu Jambatan Gayang tidak memberangsangkan kerana MHM sedari kawasan ini terjejas oleh musim udang Bubuk yang membuatkan sedikit sukar sesi pemancingan target sang selunsung.
Merujuk pada jadual tide4fishing pada kawasan Kota kinabalu. MHM merujuk aktiviti ringkas ikan berinteraksi pada sungai adalah sekitar jam 6.30pm. Namun begitu, MHM hanya memilih masa sekitar 8.00pm kerana kawasan sungai tersebut mengalami kesesuaian kedalaman dasar dan permukaan lingkungkan 1.6m mengikut jadual air pasang surut.
Teknik pemancingan seperti biasa, set pancing teknik bottom hanya dua pancing dan umpan udang hidup hanya berbekalkan 3ekor sahaja dari baki pemancing di Kota Belud tengahari tadi.
Keputusan,
8.00pm air pasang dengan keadaan arus yang laju. Terdapat sampah yang banyak. Kualiti air sungai kian menjernih apabila air laut memasuki kawasan jambatan ini. Tiada hinjutan ikan mega sejak bermula pancingan hinggalah sekitar 10.30pm air beransur selesai sesi pasang. Kelihatan air sungai perlahan² seakan surut. Dan beberapa ketika, sungai dipenuhi sampah hanyut dan kemudian terdapat arus air kabut campuran air pasir merah. Tiada tangkapan ikan diperolehi kali ini.

S9/2019
Tarikh mula: 8.3.2019 Masa: 6.00pm
Tarikh selesai: 9.3.2019 Masa: 8.00am.
Lokasi: Jeti Ameng Sepanggar.
Bersua lagi pada siri 3 pemancingan dikala waktu Anak Bulan dalam bulan Mac tahun ini. Oleh kerana banyak faktor dirujuk dan menilai data-data terkumpul. Yang mana lazim, kali ini Sabah menerima impak cuaca panas yang melampau dan terdapat musim - musim haiwan yang berinteraksi kali ini seperti Febuari menerima kala himpunan besar musim Udang Bubuk dan musim sotong, dan kali ini Mac akan menerima musim Obor - obor bagi sesetengah perairan kawasan Pantai Barat Selatan.
Yang pasti MHM akan mengikut spesifikasi tajuk utama, lokasi pemancingan strategi dan menilai satu - satu prestektif musim kemarau punyai lazim ikan bermusim yang mana kawasan efektif sang Barramundi gemar waktu-waktu kemuncak. Berikut adalah pilihan MHM dalam misi kali ini lokasi dan tarikh ideal memancing target utama Selunsung Sabah.
Tiada banyak beza perancangan pada sebelum ini, apa yang pasti pilihan tarikh bersesuaian dengan masa kelapangan dan kemeskian untuk mengumpul data. Merujuk gambar diatas adalah data yang melibatkan fenomena Anak bulan menghiasi alam angkasa raya Sabah. Ini penting bagi satu-satu kaedah sampingan, bahawa adakah ikan mega berinteraksi pada satu-satu kawasan apa lagi punyai impak siang yang mana waktu musim kemarau yang dikatakan panas di siang hari.
Seperti dirujuk, minor dan major periods tide mesti MHM amalkan konsep aktiviti ikan kecilnya, selaras juga pahaman aras kedalaman sungai dan galak suhu air sungai mesti dikaitkan bagi mengesan aktiviti ikan sama ada besar atau kecil pada satu-satu spot pemancingan.
Bermula sekitar jam 6.00pm, persediaan awal perlu dalam fokus pada masa 7.50pm hinggalah sekitar jam 9.10pm, terdapat aktiviti kecil ketika ini seperti ditunjukkan dalam gambar rajah diatas, kebarangkalian untuk mendapatkan tangkapan ikan mega juga berhasil jika bersesuaian kaedah dan teknik pengumpanan pancingan statik ini.
Manakala dalam gambar rajah diatas adalah bakal dihadapi MHM baki 6jam memancing dan ianya panduan dimana sekitar 2.00am hingga 4.15am adalah masa keutamaan MHM memancing untuk kali ini. Apa yang penting kaedah dan posisi pancingan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya agar target sang Barramundi berhasil. Waktu tertera dan terdapat Major period ketika ini MHM perlu fokus agar teknikal target sang mega berhasil hendaknya.
Pemerhatian semasa memancing dan keputusan tangkapan ikan target,
Bertapak di spot jeti apungan dan mendapat posisi pondok pertama, sekitar jam 6.00pm. Mengunakan 5 set pancing sahaja dengan kaedah rasmi teknik pengumpanan dan lain-lain, sekitar jam 8.00pm terdapat kelibat kecil anak ikan bermain berhampiran tukun tayar tengah jeti ini. Tiada kelibat ikan mega menyambar permukaan air. Air pasang sangat perlahan, sekitar jam 12.00am air telah pada kemuncak pasang, kedalaman sungai sederhana. Sekitar 12.30am air surut sgt perlahan juga diamati kelibat ikan kecil sangat kurang bermain atas permukaan air. Oleh kerana terlalu penat, MHM melelapkan mata berbaring pada kerusi pondok rehat. Sekitar 2.07am ikan B0098 berjaya dipujuk. Dengan berat rasmi 2.00 kilogram.
Selepas ikan ini berjaya dipancing, MHM mengatur kembali kaedah dan posisi pemancingan. Hanya mampu bertahan mata sedar 1jam, MHM kembali merehatkan diri lelap hinggalah ke siang hari sekitar 6.00am mengatur kembali perancangan pancingan target. Sekitar jam 6.45am pada tengah-tengah sungai, terdapat aktiviti ikan kecil bermain dipermukaan air. MHM beberapa kali membetulkan posisi pengumpanan dan meransang ikan mega mengunakan batu pancing diletuskan dipermukaam air agar ikan ini cenderung untuk menghampiri spot pemancingan. Sekitar 7.26am, MHM berjaya memujuk ikan kedua B0099 dengan berat rasmi 3.82kilogram.
8.00am MHM telah berkemas pulang bagi selesainya misi pemancingan kali ini, dengan jayanya dengan jumlah 5.82 kilogram. Ikan berjaya dijual dengan harga RM140.00. Manakala senarai berikut adalah modal pemancingan kali ini.
1. Umpan udang hidup RM29.00
2. Bayaran sewa tapak jeti RM15.00
3. Ais beku kecil RM1.00
4. Beteri saiz D RM4.45
Dibawah adalah gambar kenangan bersama ikan pancingan pada masa kali ini.
**************************************************************
S10/2019
Tarikh mula: 21.3.2019 Masa: 6.00pm
Tarikh selesai: 22.3.2019 Masa: 8.30am
Lokasi: Tiang 4, Jambatan Gayang Tuaran.
Siri kepurnamaan penuh kali ketiga untuk tahun 2019. MHM memancing kali ke 10.
MHM memilih lokasi Jambatan Gayang pada kali ini bagi memburu ikan target utama. Oleh itu, strategi diatur bagi melicinkan lagi perjalanan kali ini. Pemilihan tahap coefficient juga ditelitikan seperti berikut,
Oleh kerana pemilihan spot memancing ini ditentukan bagi memastikan musim obor - obor sama ada selesai atau masih berinteraksi dengan sungai mengkabong. Dengan itu, rujuk jadual air pasang surut dan tide4fishing digunakan bagi membantu proses kerja lapangan ini. Berikut adalah graf bagi tinjauan masa yang sesuai bagi pemancingan 14 jam untuk kali ini.
Adalah dititik beratkan MHM memilih masa-masa ikan seperti dalam graf berinteraksi pada masa tertentu, maka MHM dapat fokus menentukan masa memancing dan berehat semasa memancing. Minor dan major tide periods amat berpontensi dijadikan rujukan yang baik.
Merujuk jadual air pasang diatas, ianya penting bagi MHM menentukan pilihan spot kesesuaian dalam air maximum dan minimum sama ada pasang atau surut semasa memancing dilokasi pilihan.
Pemerhatian semasa memancing,
Tiba dilokasi sekitar 6.00pm tiang 4 Jambatan Gayang. Apa yang MHM lakukan adalah memeriksa tahap warna air sungai adalah hijau dan kabut sedikit, kelibat obor-obor juga banyak bersaiz bola sepak dan ada juga saiz kecil. Sekitar jam 6.24pm hujan renyai dikawasan ini.
Melihat juga kondisi sungai terdapat sampah-sampah buangan hanyut mengikut arus pasang air yang sederhana. Dikawasan berhampiran tiang 2, jeti Anjung Gayang dan jeti pelancongan menerima kunjungan para pelancong untuk melihat panorama matahari terbenam menaiki bot untuk ke muara sungai.
Waktu ini sering kali bunyi lonceng pancing berbunyi, terdapat adanya ikan mega berada berhampiran umpan tersebut. Sekitar ini juga dua orang nelayan mengunakan perahu untuk merambat dikawasan Jeti sangkar perikanan, amat hampir lokasi pemancingan tiang 4 ini. Oleh kerana air pasang sederhana arus, MHM perbanyakkan memeriksa umpan kerap agar udang hidup berkeadaan baik. Pada 6.43pm, Telah berjaya memujuk ikan no tag B0100. Kembali mengatur strategi pemancingan, namun sekitar jam 7.00pm bot - bot pelancong amat banyak dari muara memasuki sungai Mengkabong bagi sesi melihat kelip - kelip.
Takkala juga itu kelihatan disebalik liputan awan hitam, Bulan Purnama kelihatan terbit dan terdapat aktiviti ikan kecil bermain-main dipermukaan air. MHM kerapkan lagi pemeriksaan umpan agar dalam posisi sihat dan baik. Pada 7.34pm pada sisi dinding menghadap utara, letupan kuat ikan mega hadir pada masa ini. Pada posisi pemancingan yang baik, sekitar 8.00mlm nelayan-nelayan yang turun kelaut pulang kerumah masing-masing, Kg. Terayung yang sangat hampir dengan tiang ini juga para nelayan melakukan pembersihan perahu dan mencuci peralatan pukat dan lain-lain sehinggalah 9.30mlm.
MHM memeriksa kembali setiap pancing mendapati tali utama pancing dipenuhi satu spesis tumbuhan bermusim, ianya algae seakan-akan helaian rambut yang hanyut mengikut arus pasang air pada masa ini. Merujuk pada saintifik algae ini adalah Ordo Chamaesiphonales. Mengatur strategi dengan baik meletakkan pancing pada posisi yang kurang mengena pada himpunan algae ini. MHM merehatkan mata dan lelah hingga 11.50mlm, kedalaman sungai sangat baik sekitar 1.8m maximum tide untuk hari tersebut. Terdapat banyak aktiviti ikan kecil berhampiran tiang ini. Namun kelibat sang ikan mega tidak kelihatan atau membuat bising tempat-tempat sepatutnya mereka berhimpun.
Pada jam 1.00pagi, air berpatah balik untuk sesi surut, aktiviti ikan hanya sedikit dan masih tiada kelibat ikan mega kelihatan. Manakala, MHM bergelut dengan algae yang kian membanyak. Oleh kerana itu, MHM mengunakan 2 set pancing sahaja agar mudah kendalikan teknik dan risiko kerosakkan peralatan menahan beban dan menerima impak arus ditambah himpunan yang banyak.algae pada braided dan umpan. Jam 2.30 pagi, MHM melelapkan mata berehat dan pada jam 6.00 pagi bangun dan mengatur strategi pemancingan mendapati air telah rendah sekitar 0.5m kedalaman dasar dan permukaan dikatakan Kecil. Mengatur posisi pancing dan menukar umpan hidup, merujuk jadual graf terdapat aktiviti kecil pada 7.00pagi hingga 8.00pagi. Sekitar jam 7.25am, salah satu pancing telah dimakan umpannya, namun ikan berjaya memuntahkan umpan.
Melihat pada umpan ini, bahagian tanduk telah dipatahkan dan kelihatan ekor udang juga hancur. Jelas menyatakan ikan Barramundi berjaya melakukan umpan ini. Oleh kerana masa telah tamat pemancingan. 8.00 pagi berkemas pulang.
Keputusan,
B0100 ikan pada kali ini seberat 3.6kilogram
Manakala untuk sesi ukuran pula adalah seperti berikut,
* ukuran panjang = 665 milimeter
* ukuran lilitan badan = 393 milimeter
Modal dan pembelian
1. Umpan udang hidup = Rm29.00
2. Ais plastik kecil = Rm1.00
3. Bayaran sewa bot = Rm5.00
Kenangan bergambar dengan hasil tangkapan kali ini dan nombor bil. gambar adalah JGT43. Terima kasih kepada Mr. Ah boon, membeli ikan ini dengan RM90.00.
**************************************************************
S11/2019
Tarikh mula: 5.4.2019 Masa: 5.30pm
Tarikh selesai: 6.4.2019 Masa: 8.30am
Lokasi: Tiang 4, Jambatan Gayang Tuaran
Edisi kali ke-sebelas MHM memancing bagi sesi keempat pada kondisi Bulan Gelap dikawasan perairan Tuaran. Tiada banyak beza pada pemancingan kali ini, hanya MHM memeriksa lokasi pemancingan yang punyai musim Obor-obor disungai mengkabong ini. Sementara itu, bagi pembelian dan modal-modal persediaan pemancingan kali ini adalah seperti berikut:
1. Bateri saiz D = RM4.75
2. Ais batu jecil = RM1.00
3. Umpan udang hidup = RM29.00
4. Bayaran sewa bot penghantaran = RM5.00
Suasana daerah Tuaran masih dalam keadaan kering yakni kemarau, namun dalam tempoh seminggu sekali terdapat hujan sekata sesekali dikawasan-kawasan tertentu. Aktiviti sungai pilihan spot pemancingan ini masih dalam keadaan baik. Pelancongan, nelayan dan suasana air dan perhutanan bakau kekal dan baik. Gambar rajah dibawah adalah jadual air pasang surut Kota Kinabalu bagi rujuk April 2019.
Oleh kerana MHM memilih Jambatan Gayang dalam tujuan pemancingan kali ini, berikut adalah strategi pemancingan yang bakal diadakan.
Sebermulanya 5.30pm MHM telah berada dilokasi Tiang 4. Memasang pancing dan meneliti suasana sungai berhampiran pemancingan, terdapat masih musim Obor-obor dalam air arus sungai ini, namun ianya tidak banyak pada sekitar ini.
Saiz anggaran obor-obor dalam gambar ini adalah sebiji bola sepak. Ketika ini kedalaman sungai adalah sekitar 0.9m mengikut aliran jadual air pasang surut. Sekitar 5.45pm salah seorang nelayan yang tinggal Kg. Terayung, mengambil pukat yang dipasang berhampiran tiang 4 ini. Merujuk pada jadual tide4fising MHM akan fokus dalam masa 6.30pm hinggalah 7.50pm kerana aktiviti air pasang perlahan dalam aliran 0.9m - 1.0m - 1.1m pada waktu tersebut. Terdapat aktiviti ikan kecil bermain pada masa ditetapkan. Sambil menyiapkan memasang pancing, MHM juga meniliti tahap warna air singai ini, warna hijau dan sedikit kabut. Terdapat juga ikan kecil bilis sungai bermain-main pada sisi tiang jambatan ini.
Sekitar 5.50pm salah satu pancing berbunyi malar lonceng, aktiviti pelancongan juga giat waktu ini, dan pada jam 6.00pm Tiang 3 didatangi 4 orang pemancing. Pada sekitar 6.24pm pancing yang sama juga lonceng dimalarkan berbunyi. Oleh kerana aktiviti pelancongan giat pada waktu ini, serta nelayan juga kerap mengunakan bot berulang alik dalam sungai. MHM mengurangkan aktiviti pemeriksaan umpan.
6.50pm pemeriksaan umpan dilakukan pada 4 set pancing target selunsung yang mana ditelitikan pada umpan dan perambut serta tali utama, terdapat algae yang pernah MHM laporkan pada sesi pemancingan ke-10 lepas masih terdapat dalam arus sungai ini. Ianya mudah sangkut dan menghimpun pada tali pancing ketika ini.
Pada 7.01pm terdapat satu perahu berhampiran dengan jeti sangkar kayu berhampiran sangkar kayu Jabatan Perikanan. Pada sisi tebing berbatu kawasan Kg. Terayung 3 orang sedang mencari ketam atau apa sahaja tangkapan mereka lakukan kaedah Bujak besi dan mengunakan Siud kecil. 7.10pm air pasang perlahan-lahan dan kelibat ikan kecil bermain dipermukaan air sungai juga kerap pada kawasan cerah dalam air sungai yang disinari lampu jalan raya. Sekitar 7.30pm pada perantaraan tiang 3 dan tiang 4, terdapat satu bot nelayan sedang memunggah bintur perangkap ketam waktu ini.
Pada 8.10am pancing yang sama berbunyi lonceng tadi kembali berbunyi, segera MHM lakukan pemujukan pengumpanan, memeriksa hayat umpan dan buang kembali dalam air sungai, 8.14pm seekor barramundi dengan nombor tag B0101 berjaya didaratkan. Ukuran rasmi panjang ikan ini adalah 588 milimeter, manakala lilitan badan adalah 373 milimeter.
Manakala berat rasmi ikan ini adalah 2.41kg
8.30pm seorang rakan pancing yang pernah memancing bersama-sama di Jambatan Yayasan Sabah, saudara Syafik turut memancing di tiang 4.
9.44pm pancing yang sama juga dimakan umpannya, namun ikan tersebut tidak memakan terus, ditelitikan terdapat pada umpan yang mengena tersebut patah tanduk dan kecederaan teruk pada kepala udang tersebut.
Meneruskan sesi pemancingan, sekitar 10.05pm, kawasan berhampiran dengan sisi tiang 4 ini, pada tadahan arus ketika air pasang terdapat jutaan ikan kecil berhimpun kawasan tersebut. Terdapat sambaran-sambaran kecil oleh ikan yang ingin memakan ikan-ikan kecil ini.
Pada sekitar 11.44pm kawasan batuan tebing berhampiran rumah-rumah Kg. Terayung terdapat aktiviti besar ikan kembura dan ikan kecil lainnya. Sambaran besar juga kelihatan pada kawasan tersebut. Dan pada 12.20am terdapat sambaran besar sang mega Barramundi kelihatan akrobatik diatas permukaan air sungai.
Bagi strategi seterusnya MHM akan fokus pada sekitar 12.30am 6.4.2019. Seperti gambar jadual tide4fishing dibawah, pada sekitar 11.00pm 5.4.2019 air pasang pada kemuncak dalam kedalaman sungai 1.5m, dan sekitar jam 1.00am 6.4.2019 air surut sederhana arus sehinggalah pada terbit matahari kondisi sungai dalam kedalaman 0.8m setelah selesai aktiviti surutnya.
Oleh kerana sekitar jam 2.00am MHM terlalu penat, dan tidur sehingga jam 6.25am. Saudara Syafik juga masih memancing bersama-sama dan mengemas peralatan memancingnya untuk pulang. Dengan besar hati, persetujuan kami berdua ikan nombor tag B0101 dijual dengan harga RM50.00. Sebelum ikan B0101 dibawa pulang, MHM mengambil gambar kenang-kenangan.
6.45am MHM masih memancing dan membuat strategi kembali menyusun setiap pancing dan menukar umpan yang telah lemah. Pada jam 7.46am, seekor Barramundi dengan nombor tag B0102 berjaya didaratkan. Syukur kehadrat Ilahi. Berikut data ukuran bagi ikan kedua iaitu panjang ikan 668 milimeter dan manakala ukuran lilit badan ialah 395 milimeter.
Manakala bagi berat ikan kedua B0102 ini adalah 3.01 kilogram (seperti gambar dibawah)
Oleh kerana sesi memancing telah selesai, MHM berkemas pulang dan tiba didarat sekitar 9.20am. Bagi ikan B0102 juga disematkan gambar kenang-kenangan untuk kali ini. Terima kasih juga pada saudara Ah boon sudi membeli ikan kedua ini dengan harga RM75.00. Syukur alhamdulillah diberikan rezeki dan selamat sampai dirumah.

Pembelian peralatan
14.4.2019
Carabiner hook (not for climbing)
RM6.00 X 2 unit = RM12.00

S12/2019
Tarikh mula: 19.4.2019 Masa: 4.45pm
Tarikh selesai: 20.4.2019 Masa: 9.30am
Lokasi: Tiang 4, Jambatan Gayang Tuaran
Pemancingan target siri purnama penuh kali keempat bagi April 2019. Seperti gambar rajah dibawah adalah sumber rujukan bagi pemilihan tarikh, masa dan lokasi yang sesuai pemancingan yang diadakan mengikut tahap kecenderungan interaksi ikan pada spot lubuk dan keberkesanan pemancingan target ikan mega. Mengikut fasa bulan pada malam ini adalah tahap 100% cerah bagi menerangi kawasan daerah Kota Kinabalu dan sekitar sama waktu dengannya.
Berikut adalah persiapan dan peralatan serta pembelian bagi pemancingan kali ke-12 kali ini.
1. Umpan Udang hidup = RM29.00
2. Ais beku (kecil) = RM1.00
3. Bayaran sewa bot = RM5.00
Mengikut pada jadual carta pasang surut mengikut masa dan tahap kedalaman perairan dinyatakan daripada tide4fishing dibawah, perancangan masa dan kesesuaian fokus semasa memancing dapat ditentukan ketika ini. Namun begitu, MHM juga merujuk jadual air pasang surut keluaran Jabatan Mateorlogi Sabah bagi menguatkan lagi pahaman dan tahap kesesuaian air punyai aktiviti arus pasang mahupun surut mampu mengesan kehadiran ikan mega. Berikut strategi pancingan MHM dalam siri kali ini diadakan:
MHM juga meneliti jadual air pasang surut keluaran Jabatan Mateorlogi Sabah dan mengabungkan data tide4fishing serta catatan lama tentang keberkesanan pemancingan pada spot pilihan ini. Dengan itu kesesuaian masa dan pilihan waktu fokus dapat mengimbangi kebarangkalian untuk mendapatkan ikan idaman jika dipermudahkan rezeki. Berikut adalah catatan dan penilaian waktu-waktu sesuai pemancingan strategi bagi memburu ikan mega Barramundi kali ini.
Pada tarikh 19.4.2019 sekitar 5.20pm telah berada lokasi Tiang 4, Jambatan Gayang. Mengunakan 4 set pancing khas selunsung. Sambil menyediakan peralatan pada posisi kawasan pancingan, MHM juga memantau periksa keadaan sungai sekitar ini. Didapati dalam kedalaman sungai yang rendah, kurang tampak kehadiran Obor-obor. Pada sebelah petang sekitar jam 2.00pm - 3.30pm terdapat hujan sekitar daerah berhampiran spot pemancingan ini, maka suhu sekitar juga bersederhana sahaja.
5.00pm = 0.7m,
Keadaan sungai seperti selalunya, aktiviti nelayan, pelancongan masih kekal rancak dalam sungai ini. Sambil memasang pancing, 5.50pm satu renjatan kuat pada salah satu pancing utama, dipahamkan bahawa memang ikan selunsung kerana perambut pancing telah menerima geseran kasar.
6.00pm = 0.8m
Pada posisi berhampiran jeti sangkar kayu berhampiran spot tiang 4 ini, seorang nelayan mengunakan rambat bagi sesi mencari ikan sekitar ini. Kehadiran Saudara Indra turut memancing dilokasi Tiang 4 kali ini.
7.00pm = 0.9m
Mengikut jadual tide4fishing seperti dalam gambar diatas, sekitar jam 7.00pm bermulanya aktiviti ikan berinteraksi dengan suasana sungai dan air pasang sedikit laju. Waktu ini terdapat aktiviti ikan bermain dipermukaan air dan kesesuaian masa ini juga akan terdapat tali arus yang muncul dipermukaan air.
7.44pm seorang nelayan muda, mengunakan perahu kecil untuk memasang pukat bagi tangkapan ikan, ianya terlalu hampir dan menutup sisian tebing sungai ini dimana nelayan ini meletakkan pada kawasan sungai perantaraan tiang 4 dan tebing sungai.
8.00pm = 1.1m
Air pasang sedikit laju, kelihatan orang kampung sekitar yang mengikuti latihan 'perahu naga' berada kawasan berhampiran tiang 2 dan tiang 3. Sekitar masa ini juga, terdapat hujan namun sekejap sahaja.
9.00pm = 1.3m
Kelihatan obor-obor kian membanyak mengikuti arus sungai, perantaraan tiang 3 dan tiang 4 seorang nelayan sedang memasang bintur ketam pada sekitar jambatan ini.
10.00pm = 1.5m
Sejak jam 8.00mlm, aktiviti ikan kecil sangat kurang, kelibat ikan mega juga kurang.
11.00pm = 1.6m
Pada kemuncak air pasang penuh kali ini, tidak banyak kelibat sang mega mahupun ikan kecil berinteraksi dengan sungai, manakala kelihatan Bulan Purnama menerangi angkasaraya dengan cantiknya. Saudara Indra memaklumkan bahawa dia ternampak kelibat sang barramundi pada sisi tiang 4 waktu ini.
Bertarikh 20.4.2019 berikut adalah rujukan dan catatan air pasang surut dan kesesuaian mengikut gambar rajah diatas iaitu tide4fishing.
12.00am = 1.6m
Pada masih tahap kemuncak air ini, terdapat satu bot pemancing berada hampir tiang 3. Biasanya mengunakan teknik pancingan 'handline'.
1.00am = 1.5m
Air kelihatan mulai surut, sedikit aktiviti ikan kecil dikawasan berhampiran sangkar perikanan.
2.00am = 1.3m
3.00am = 1.1m
4.00am = 1.0m
5.00am = 0.9m
Bermula 2.30am hinggalah 5.45am, MHM Berehat dan tidur, manakala set pancing masih dikekalkan pada posisi spot yang baik.
6.00am = 0.9m
Sekitar masa ini, nelayan muda yang memasang pukat berhampiran tiang 4 mengambil pukatnya. Kelibat ikan kecil pada kawasan sangkar perikanan kelihatan meriah. MHM kembali menyusun formasi pemancingan.
7.00am = 1.0m
Oleh kerana air masih rendah dan kedalaman sungai bersederhana. MHM Kerap menukarkan umpan hidup kerana kerap mati dimata kail umpan pada kali ini. Sekitar masa
7.45am salah satu pancing direnjat kuat, dan ikan tersebut berjaya mencuri umpan. Terdapat kesan geseran kasar pada tali perambut, menandakan ikan mega tersebut adalah ikan Barramundi.
8.00am, MHM dan saudara Indra berkemas untuk pulang. Tiada tangkapan ikan target pada misi kali ini. Syukur selamat pergi memancing dan selamat kembali pulang rumah bagi bersama keluarga tercinta.
***************************************************
S13/2019
Tarikh mula: 4hb. Mei 2019 Masa: 5.30pm
Tarikh selesai: 5hb. Mei 2019 Masa: 9.00am
Lokasi: Tiang4, Jambatan Gayang Tuaran
Pemancingan sempena ketibaan Ramadhan pada tahun ini. MHM memilih untuk memancing ke Kuala Penyu, namun benerapa faktor menjejaskan persiapan untuk pemancingan ke lokasi tersebut. Maka bagi melengkapkan tajuk utama kali ini MHM memilih kembali spot Jambatan Gayang
Secara ringkas adalah penulisan semasa pemancingan dilakukan pada kali ini. Pada catatan kali ini, semasa memancing pemerhatian dijalankan mengikut apa yang dilihat dan disimpulkan dalam catatan kali ini. MHM membuat strategi pemancingan seperti berikut.
1. Setiap bucuan tepian Pile cap diletakkan satu set pancing sahaja. Terdapat 4 bucu utama tiang ini maka MHM mengunakan 4 set pancing utama sahaja.
2. MHM melakukan rutin mengikut terdapatnya rangkaian aktiviti ikan pada masa - masa tertentu sahaja.
3. MHM melakukan rutin pemeriksaan pancing dan umpan masih baik dan hidup dalm selaan 20minit sepanjang pemancingan berlangsung.
Pada gambar rajah diatas adalah rujukan tide4fishing dan MHM juga mengunakan data carta air pasang surut Kota Kinabalu serta catatan lama bagi membantu pemancingan lebih baik dan teratur.
5.15pm = 0.7m
MHM tiba dilokasi pilihan kali ini, tiada pemancing lain ketika ini, dan terdapat beberapa ekor obor-obor dalam air sungai sekitar jambatan ini. Namun, angin kuat bertiup kencang, pada permukaan air sungai berombak-ombak dan aktiviti ikan kecil juga tidak kelihatan
5.30pm = 0.7m
Sedikit hujan pada masa ini, keadaan angin bertiup masih kuat, pemancingan pada pilihan strategi telah dicaturkan.
6.30pm = 0.7m
Sekitar masa ini, seorang nelayan dari Kg. Terayung memasng pukat hanyut dihadapan semasa air menyising perlahan pasang bermula kawasan tiang 4 hingga hadapan tiang 3. Aktiviti pelancongan dari Jeti Anjung Gayang serta jeti jirannya ligat masing-masing dengan super bot memanduboelancong ke dalam hutan bakau sungai sekitar. Dan terdpat aktiviti latihan perahu naga sekitar tiang 2.
7.08pm = 0.8m
Seorang nelayan muda mengunakan perahu berdayung sambil memeriksa bintur perangkap ketam diperantaraan tiang 3 dan tiang 4.
7.30pm = 0.8m
Air perlahan-lahan pasang, hujan gerimis telah reda, manakala kawasan sungai berhampiran tiang 4 ini terdapat aktiviti ikan kecil pada sisian dinding pile cap dan kawasan jeti sangkar milik Jabatan Perikanan.
9.05pm = 1.0m
Seorang lagi nelayan memasang pukat dasar yang kekal pada kawasan perantaraan tiang 3 dan tiang 4. Air pasang sederhana laju dan kian ternampak obor-obor mengikut arus sungai dan bilangannya tak banyak seperti bulan lepas.
11.05pm = 1.4m
Salah satu pancing utama telah mengena, namun ikan tersebut berjaya mencuri umpan, belum sempat mengambil pancing.
11.17pm = 1.4m
Pada sekitar masa ini, 8 orang pemancing lingkungan umur remaja datang untuk memancing di tiang ini.
11.50pm = 1.4m
Salah satu pancing menghadap barat menerima renjatan ikan mega, namun ikan berjaya meloloskan diri. Gambar dibawah adalah umpan yang telah dicederakan teruk.
5hb. Mei 2019, gambar dibawah adalah rujukan bagi pemancingan strategi. Disamping itu, catatan.rasmi sepanjang pemancingan ini diteruskan.
Oleh kerana peralihan air pasang waktu kali ini, sekitar tengah malam, terdapat kembali aktiviti ikan kecilnya. Merujuk kembali jadual air pasang dan surut dan membuat andaian pemancingan ideal. Dalam gambar diatas, dimaklumkan bahawa sekitar 12.00 tengah malam hingga 2.00am akan terdapat pergerakan ikan mega pada sisian tiang ini.
12.01am = 1.4m
Masih kekal memancing bersama 8 orang, air pada kemuncak pasang dan bila-bila masa akan beralih surut. Sangat kurang ikan kecil dan besar beraktiviti sekitar tiang jambatan ini. Obor-obor juga banyak ketika ini.
1.45am = 1.3m
Para 8 orang pemancing, membuat bising yang malar sejak kedatangan, kerap menyuluh permukaan air sungai. Waktu ini, air mulai surut perlahan-lahan dan sedikit aktiviti ikan kecil berada kawasan dinding tiang jambatan ini.
2.30am = 1.2m
3.00am = 1.1m
4.00am = 1.0m
5.00am = 1.0m
Bermula 2.30am hingga 5.50am MHM berehat.
6.00am = 1.1m
Kelihatan ikan kecil beraktiviti besar ditepian sungai berhampiran sangkar perikanan. 8 orang pemancing masih bersama di tiang 4. Semasa mengambil dan memeriksa salah satu pancing, hampir timbul umpan berkenaan seekor ikan mega menyambar umpan tersebut.
7.00am = 1.2m
Memasang pancing mengikuti arus waktu ini pasang sederhana kelajuan air, pada sisi bucu masing-masing diletakkan 2 pancing digandingkan. Baru selesai membuang umpan, pancing ditekan kuat oleh ikan mega, dalam 20saat memecut, ikan berjaya melucutkan matakail dari mulutnya.
8.00am = 1.4m
Berkemas pulang. Air sangat laju kelihatan juga aktiviti ikan kecil kian mengurang kawasan-kawasan sepatutnya.
Pembelian dan modal,
1. Umpan udang hidup = RM29.00
2. Ais beku = RM1.00
3. Bayaran bot = RM5.00

S14/2019
Tarikh mula: 18.5.2019 Masa: 8.00pm
Tarikh selesai: 19.5.2019 Masa: 2.00pm
Lokasi: Tiang Jambatan Kuala Penyu
Pemancingan kali 14 dalam sesi kepurnamaan penuh ke-5 dalam tahun 2019. MHM memilih lokasi strategi dalam melengkapkan jutfikasi tajuk pilihan musim ini. Pada ketika ini, jelas ketara kegelisah MHM dalam mencari ikan pancingan target sang Barramundi, sejak pertengahan bulan April hingga kini, beberapa siri sudah dilakukan, masih juga belum mendapatkan ikan idaman. Jesteru, MHM bercadang juga melengkapkan rutin penhadualan pemancingan terancang bagi tajuk tahun ini, memilih kali ke-14 telah turun memancing dan lokasi adalah di jambatan Kuala Penyu.
Dalam pemancingan kali ini, MHM mengajak seorang kawan karib iaitu Saudara Jesse Stafino kawan seperumahan untuk memancing pada spot ditetapkan, strategi dan masa serta kelengkapan lainnya diatur dengan baik. Berikut adalah senarai pembelian dan pengunaan dana sepanjang hari memancing.
1. Umpan udang hidup = RM29.00
2. Kos Ron95 = RM30.00
3. Bayaran sewa bot penghantaran = RM10.00
4. Makanan dan minuman = RM7.00
5. Ais kiub beku = RM4.00
Jadual diatas adalah rujukan bagi rancangan pancingan bermula 10.00pm hinggalah 12.00am.
10.00pm, strategi atur set pancing, pada setiap sudut lantai tiang jambatan ini 4 set pancing pada posisi ditetapkan.
11.30pm, salah satu set pancing menerima serangan pertama, namun ikan sangat berkuasa memecut hingga memaksa MHM menambahsikit kekuatan drag reel. Masih juga dilarikan dengan pecutan penuh anggaran 50 meter kehilangan tali pancing, ikan terlepas dari matakail dan diperiksa dapati matakail terkangkang.
11.50pm, berjaya mendapatkan seekor ikan tambung (jenahak) saiz 600gram.
19.5.2019, 12.30am MHM mengatur kembali formasi dan memfokuskan pemancingan target. Merujuk jadual diatas, ikan beraktiviti dari masa 12.00am hinggalah 2.15am.
3.00am, tiada tanda-tanda ikan mega hadir, MHM berehat dan makan hinggalah 6.00am.
6.00am, menukar umpan dan menentukan kesesuaian set pancing pada posisi yang baik. MHM pada sekitar 6.20am mendapatkan seekor ikan Kerapu bersaiz 350gram.
10.00am, air pasang kelihatan laju, juga kehadiran Obor-obor bersaiz sederhana tetapi bilangannya sedikit sahaja.
11.15am, gambar diatas adalah sekumpulan pemancing mencuba nasib dalam pemancingan santai mengunakan bot pada sisian sungai kawasan tebing. Beberapa jenis ikan tangkapan berjaya dipancing oleh mereka.
1.30pm berkemas untuk pulang.
Hasil pemancingan, walaupun kurang bernasib baik pada tangkapan ikan yang diperolehi juga memberikan kepuasan, MHM berhasil dalam mendapatkan seekor ikan Jenahak (Golden snapper) sekitar saiz 600gram dan seekor kerapu skala saiz 350gram. Maaf sangat-sangat terlupa mengambil gambar hasil pancingan kali ini, selain itu MHM juga memancing ikan kecil seperti Ketambak, belais dan pisang-pisang bagi mengisi simpanan stok ikan yang bakal dijuadahkan keluarga.

S15/2019
Tarikh mula: 30.5.2019 Masa: 6.00pm
Tarikh selesai: 31.5.2019 Masa: 8.00am
Lokasi: Tiang 3 Jambatan Gayang Tuaran.
Pemancingan siri ke-15 bagi target ikan Barramundi, MHM memilih lokasi bersesuaian air pasang surut yang bersederhana dan keterpaksaan menetapkan tarikh awal pemancingan kerana tepat anak bulan kali ini adalah tibanya Aidilfitri dalam tahun ini. Oleh itu MHM tidak membuatkan aktiviti hobi dan bersama keluarga bagi persediaan perayaan kelak agar rapi dan tidak menganggu kewajiban Ramadhan.
Berikut adalah pilihan rujukan bagi strategi pemancingan MHM. Sebelum itu, MHM mendapat info bahawa sejak 19hb bulan ini, tiang - tiang Jambatan Gayang telah diganggu perairannya dimana kehadiran penyelam pemanah ikan kerap datang kawasan pemancingan ini.
MHM fokus hanya pada waktu kemuncak ikan beraktiviti sahaja dimana merujuk panduan gambar rajah diatas, sekitar masa 9.40pm hingga 11.15pm waktu terbaik bagi mendapatkan pancingan ikan mega. Namun, pada masa tersebut gangguan Sotong kerap kali memakan umpan hidup, kerap menukar umpan hidup pada masa yang disyorkan dan tiada tanda-tanda ikan mega hadir pada spot pemancingan ini.
Ketika waktu air surut berlaku MHM gagal memujuk ikan mega, bagi tarikh baru dan seperti rujukan diatas dari gambar rajah, MHM akan fokus pada masa air pasang perlahan dan ketika kemuncak ikan beraktiviti sekitar masa 3.20am hinggalah 4.30am pada masa ini seakan sukar untuk membuat pemancingan target kerana waktu ini kekerapan bot para nelayang dari perkampungan Mengkabong pergi ke laut menangkap ikan. Gangguan-gangguan kecil ini sedikit sebanyak juga menakutkan ikan mega menghampiri tiang 3 kerana sangat hampir dengan laluan bot-bot yang laju.
Hinggalah sekitar 6.45am MHM berjaya memancing ikan Jenahak bersaiz 600gram seperti gambar rajah dibawah.
Manakala bagi biaya modal pemancingan kali ini adalah seperti berikut:
1. Ais beku RM2.00
2. Umpan udang hidup RM29.00
3. Bayaran sewa bot RM5.00

S16/2019
Tarikh mula: 15.6.2019 Masa: 6.00pm
Tarikh selesai: 16.6.2019 Masa: 7.00am
Lokasi: Tiang Jambatan Kuala Penyu.
Rancangan pemancingan kali ini adalah diawalkan sehari sebelum tarikh Purnama penuh bagi sesi ke 6 dalam tahun ini, ditelitikan segala bacaan rujukan dan pemahaman jadual air pasang surut yang seimbang, bagi kondisi alam semulajadi pada gala malam hari, MHM dapati kedalaman sungai bersederhana dan arus sungai yang dan tidak banyak waktu yang punyai arus yang beroksigen. Berikut adalah isi penting rujukan MHM gunakan dalam pemancingan kali ini.
MHM memilih harian pancingan kali ini kesesuaian masa dan tidak menganggu hal peribadi lainnya. Berdasarkan pengunaan tarikh juga sesuai dimana kedalaman sungai dimalam hari sesuai dan tidak terlalu dalam ketika kemuncak air pasangnya dan tidak terlalu cetek ketika air surutnya. Namun, tahap kejernihan air sungai, cuaca daerah didatakan, musim ikan kecil sekitarnya memainkan peranan penting agar kolibrasi keseluruhan himpunan cerita pemancingan strategi dapat dihimpunkan dengan lebih baik dan dijadikan saatu cabang sumber pemancingan ideal masa kini. Dua gambar - gambar dibawah adalah rujukan bagi tide4fishing dan MHM juga merujuk penulisan lama serta berpandukan jadual air pasang surut mengikut tertibnya pemancingan dan keserasian semua kaedah kali ini.
Selain rujukan diatas MHM juga mengunakan tahap kecenderungan ikan pada sekitar habitatnya dan kesesuaian hukum pasang surut agar dapat memahami rutin ikan mega ini berinteraksi pada lubuk didiaminya, rujukan dibawah adalah tahap coefficient sesuai bagi data lainnya dapat ditentukan agar pemancingan lebih terancang.
Semasa pemancingan MHM dijalankan, lokasi tiang jambatan juga telah dihidupkan lampu berkuasa tinggi menerangi suasana sungai dan jambatan ini. MHM sempat mengambil gambar suasana ini ianaya seperti gambar dibawah.
Tentang strategi pemancingan MHM Semasa berada lokasi spot, tidak banyak berubah dan penelitian masa sepanjang pemancingan juga kekal sama dengan kaedah sejak dahulu lagi. MHM hanya menjalankan keseluruhan rutin ini agar ianya kekal dan dapat menentukan teknik pemancingan lebih jitu dan lebih komprehensif ianya sesuai dilakukan berkali- kali semasa pemancingan target ikan idaman.
Berikut adalah pengunaan kewangan modal sepanjang pemancingan berlangsung.
1. Umpan udang hidup = RM29.00
2. Ais beku saiz sederhana = RM2.00
3. Bayaran sewa khidmat bot penghantaran = RM10.00
Manakala keputusan pemancingan MHM berjaya lakukan adalah hasil berikut.
Ikan strike dan nombor tag B0103 berjaya didaratkan pada masa 2.38am. Manakala gambar dibawah adalah berat rasmi ikan ini setelah ditimbang.
MHM berjaya selesaikan sesi kali ini, dan sekitar jam 7.00am berkemas pulang.
Terima kasih kepada saudara sepupu En. Awang Hadi berminat membeli ikan kali ini dengan harga RM30.00.
Manakala MHM masih banyak berbaki umpan dan ada sedikit sebanyak mencari ikan kecil bagi santapan keluarga.
****************************************************
Pembelian peralatan baru
1. Perambut Yu-zori 50lbs (Soft) Fluorocarbon line Pink
2. Swivel 115kg size 7 MegaPro brand
3. Harga jumlah = RM53.30

S17/2019
Tarikh mula : 2.7.2019 Masa: 8.00pm
Tarikh selesai: 3.7.2019 Masa: 7.00am
Lokasi: Tiang 4, Jambatan Gayang
Pemancingan siri anak bulan berkondisi gelap pada Julai tahun ini. MHM pada kali ini memilih lokasi utama Jambatang Gayang meneruskan efektifnya tajuk musim kali ini. Seperti biasa, persediaan dan kaedah tidak jauh berbeza, berikut adalah pembelian semasa ingin melakukan kerja lapangan ini.
1. Ais beku (kecil) = RM1.00
2. Umpan udang Hidup = RM29.00
3. Sewaan bot = RM5.00
2.7.2019
8.00pm = 0.5m
Sekitar waktu ini, dapat ketiga-tiga tiang utama jambatan ini tiada kehadiran pemancing. Aktiviti pelancongan sekitar jambatan meriah. Bot nelayan sering kali berulang alik silih berganti.
9.00pm = 0.7m
Air pasang bersederhana arus, sekitar masa ini kerap menerima gangguan ketam dan sotong merosakkan kaedah pemancingan sama ada udang umpan dimakan dan dimatikan.
10.00pm = 0.9m
Air pasang kian laju, gangguan sotong dan ketam semakin kerap, memaksa MHM berhat dan akan mengatur strategi sekitar tengah malam.
3.7.2019
12.00am
MHM mengatur kembali posisi pancing dan pengumpanan. Waktu ini meriah keadaan sungai dan sekitarnya. Ikan kecil kerap bermain dipermukaan dan dikejar oleh ikan barracuda berkali-kali membiat aksi tarpedo akrobatik dipermukaan. Merujuk jadual tide4fishing MHM fokus pada 12.00am - 2.30am. Waktu ini adalah rutin sifat ikan mega Barramundi mencari mangsanya.
1.00am = 1.3m
Pada waktu ini, air sungai kian perlahan, aktiviti ikan kecil kian rancak, terdapat seorang nelayan mengunakan kaedah pukat hanyut mengunakan bot dan ada sebuah lagi bot memancing berhampiran tiang 3. Akhirnya, setelah beberapa kali menukar umpan dan membetulkan posisi spot balingan, ikan tag nombor B0104 berjaya dipancing pada masa 1.35am.
2.00am = 01.3m
Memeriksa kondisi air pasang pada masa ini.arua sungai kian lemah, namun kelibat ikan kecil rancak ketika ini. Berkali-kali membetulkan posisi pemancingan, MHM masih fokus dan pada 2.30am hinggalah 5.50am berehat.
6.00am = 1.6m
Kelihatan air bergerak laju pasang dan MHM segera mengatur rancangan pemancingan. Namun, keadaan lebih susah kerana kehadiran kelompok ikan buntal merosakkan formasi pemancingan pilihan spot dan masa. Waktu sekitar ini umpan MHM telah habis.
7.00am = 1.7m
MHM selesai laksanakan pemancingan, dan berkemas pulang.
Strategi,
Pemancingan kali ini, merujuk pada masa fenomena air pasang kali adalah selama 12 jam berikutan waktu malam adalah kemalaran air Pasang sahaja. Jadi MHM hnya mengunakan sudut kiri meletakkan 2 set pancing khas target Barramundi dan satu set pancing bagi pancingan ikan lainnya. Begitu jua posisi sudut kanan, 2 set khas target ikan mega dan satu set bagi pancingan biasa-biasa sahaja. MHM hanya fokus pada kemuncak ikan beraktiviti sahaja dan melakukan kekerapan memeriksa umpan. Selebihnya masa lain adalah berehat tidur. Memandangkan MHM ada membeli produk perambut baru, jadi mengunakan sisa 2 set perambut D.A.M dan dua set Perambut Pink bagi melaksanakan pemancingan kali ini. Perambut pink berjaya membuat pujukan yang baik pada kali ini.
Hasil kali ini hanya pulangan modal dan terima kasih pada saudara Ah boon membeli ikan kali ini dengan harga langsam RM35.00. Gambar dibawah adalah bernombor JGT46.

S18/2019
Tarikh mula: 15.7.2019 Masa: 8.45pm
Tarikh selesai: 16.7.2019 Masa: 2.10am
Lokasi: Jeti Ameng Sepanggar.
Pemancingan siri kedua dalam bulan Julai 2019, pilihan tarikh berdasarkan cadangan coefficient dinyatakan oleh laman tide4fishing dimana kesesuaian skala 77% sahaja. Jika diikutkan ianya rendah kerana kekurangan aktiviti ikan kecil akan menjejaskan spot pemancingan yang bersistem. Berikut adalah rujukan dan fasa sesuai kepurnamaan bagi pemancingan kali ini. Mengikut perancangan mulanya, pemilihan spot pemancingan adalah Jambatan Gayang di tiang 2, setelah sampai di Jeti Asang dapati tiang 4 telah diduduki Saudara Muhamad Asri dan tiang 2 diduduki oleh Saudara Akid, manakala tiang 3 terdapat 2 orang pemancing tak dikenal pasti. MHM segera ke Jeti Ameng meneruskan sesi kali ini.
Pada siang hari, kawasan lingkungan daerah Telipok hinggalah Kota Kinabalu mengalami musim hujan dan angin kuat, kawasan pemancingan Gayang dan Sepanggar juga menerima limpahan hujan ini, skala masa hujan dikawasan ini dalam 3 jam berlanjutan dan hujan kuat yang memberikan sedikit angin kuat dan suhu air sejuk melampau. Manakala berikut adalah tatacara pemancingan MHM lakukan merujuk jadual air pasang surut dan rangkaian graf dari tide4fishing.
15.7.2019
9.00pm = 0.8m
Berada pada spot jeti apungan, MHM mengunakan 4 set pancing utama sahaja. Suasana kawasan jeti sunyi tanpa kehadiran pemancing lain. Manakala persekitaran perairan kawasan ini dimana air bersederhana arus kian menghidupkan suasana hening ikan kecil namun kecil sahaja kelihatan anak - anak kembura bermain berhampiran tukun tayar dan tepian jeti apungan. Tepay jam 9.30pm kehadiran kawan karib Saudara Johari datang juga turut memancing dan memilih spot jeti bertiang. Dia juga mengunakan 4 set utama pancing miliknya.
10.00pm = 1.0m
Sekitar pada masa ini, MHM hadir ke kawasan Johari untuk mengisi perbualan dan santai lepak. Sekitar 10.35pm salah satu pancing miliknya asalnya diganggu seakan-akan gangguan sotong yang ingin mencuri umpan. Apabila MHM cuba wink sedikit bagi tegangkan kedudukan main line, secara tiba - tiba ikan tersebut terus memecut dan tidak mengena mata kail. Apa yang pasti, mengikut pengalaman ikan ini bersaiz sederhana dan ianya dipastikan sang selunsung kerana cara pecutan dan lokasi ikan ini membawa ke kawasan terbuka meyakinkan lagi ianya mega yang berjaya
mencuri umpan udang.
11.00pm = 1.1m
Oleh kerana masa ini adalah kemuncak dan coefficient terbaik malam ini, MHM mengatur setiap aturcara pemancingan. Kelihatan ikan kecil kian betmain dengan banyak. Sesekali kelihatan letupan kecil dibawah jejantas jeti bertiang. MHM membuat selaan 15 minit bagi pemeriksaan umpan.
16.7.2019
12.00am = 1.2m
Mendapati selepas pemeriksaan umpan dimatakail telah mati, lalu MHM menukar umpan baru yang sihat dan cergas. Sekitar 12.45am, umpan yang baru ditukar juga telah lemah dan nyawa - nyawa ikan. Ianya tidak sesuai digunakan kerana tidak mahu berenang lagi. MHM segera membuat pemeriksaan lokasi spot pemancing dan dapati kemungkinan
1. Air keruh berkeladak lumpur ditambah hujan.
2. Kedalaman sungai bersederhana, hujan kuat petang hari lebih banyak dari air sungai paya bakau, ketumpatan masin bakau berada dasar sungai sahaja.
3. Suasana air dan arus yang lemah daya alur semasa air pasang ini tidak kelihatan.
1.00am = 1.2m
Satu persatu umpan udang kian mati, ada beberapa sotong berjaya memakan umpan dimatakail. Salah satu pancing dimana perambut telah rosak oleh kertipan sang ketam. Sekitar 1.15am, MHM berbaki satu umpan hidup sahaja. Mengunakan set pancing terakhir mengekalkan formasi, manakala set pancing lainnya MHM telah berkemas. 1.45am mendapat umpan telah dimakan sang sotong. Ini menjadikan MHM menutup sesi pancingan malam ini.
2.00am, Berkemas dan pulang tanpa tangkapan ikan.
Pengunaan modal
1. Bateri saiz D = RM4.00
2. Umpan hidup = RM13.00
3. Sewaan prabayar jeti = RM15.00.

S19/2019
Tarikh mula : 3.8.2019 Masa : 6.00pm
Tarikh selesai : 4.8.2019 Masa : 8.00am
Lokasi : Jambatan Kuala Penyu.
Sekali lagi, pemancingan siri ke-19 MHM lakukan bagi melengkapkan sesi tajuk utama musim kali ini. Seperti biasa, teknik, peranan, tatacara pemancingan khusus tiada perubahan langsung dan dirutinkan sepanjang perjalanan melakukan hobi riadah bagi memburu ikan idaman sang Barramundi.
Pada asalnya, MHM ingin bercuti seketika kerana terjejas kesihatan dimana menghidapi sakit gigi yang mana gigi bongsu mulai merosak dan memberikan kesakitan yang kurang menyenangkan. Namun, ditelitikan panduan jadual dan perjanjian MHM perlu juga turun padang bagi meneruskan sesi kali ini. Mengikut kalendar peredaran Bulan bagi kondisi gelap, tarikh jatuhnya kiraan tepat bermulanya sesi ke-8 pada tahun ini adalah 2.8.2019. Tercatat juga pemilihan pemancingan sepatutnya MHM perlu ke Tiang 4, Jambatan Gayang Tuaran. Oleh kerana kurang sihat, MHM berhasrat ingin berehat sahaja. Tetapi, melihat catatan kalender milik MHM telah sepakat bersama saudara Encik Jesse Angit untuk melakukan pemancingan bersama. Jesteru, MHM dan Jesse memilih Spot Utama Jambatan Kuala penyu bagi melakukan pemancingan kali ini bersama-sama seperti dirancang sejak 2 bulan lepas.
MHM dan Jesse berangkat dari Tuaran sekitar 1.40pm seteru juga mencari umpan udang hidup, mengisi minyak Ron, pembelian makan minum, ais beku. Setibanya pada spot transit botman Rahman sekitar 5.40pm. Dan berada di tiang jambatan Kuala Penyu tepat 6.00pm.
Bagi data rujukan kali ini adalah MHM perlu merujuk kondisi Anak bulan seperti rajah disertakan.
Perancangan ini terlewat sehari sepatutnya mengikut tajuk utama musim kali ini, namun ianya tidak ditegaskan mengikuti tarikh sepatutnya. Hanya perlu memberikan satu tarikh pemancingan ideal asalkan peratusan 'Lighting' tidak melebihi 10% mengikut rajah diatas. Manakala, MHM perlu mengetahui kondisi coefficient yang baik dan masa yang tepat untuk menentukan pancingan target ikan mega.
Seperti rajah diatas MHM perlu mengetahui tahap kemalaran dan rangkaian interaksi ikan - ikan berada spot pilihan pemancingan kali ini. Kondisi 96% adalah siri terbaik untuk membuat pancingan target. Seterusnya, MHM perlu mengetahui pergerakan air pasang surut yang ideal bagi melaksanakan pancingan kali ini.
Merujuk jadual graf diatas yang telah disetkan mengikut kotak-kotak masa/kedalaman semasa spot sungai dilaksanakan hobinya MHM dapat peka sesetengah perkara yang bakal dilalui masa pemancingan berlangsung. Iaitu bermula 9.20pm akan bermula lagi kitaran air pasang secara perlahan-lahan hinggalah sekitar 10.40pm air berarus laju sehinggalah tengah malam. Walaupun kondisi air pasang baik, tetapi impak arus ini membuatkan ikan mega bersembunyi dahulu atau yang ikan berada dimuara untuk menghadirkan diri ke spot ini memakan masa. Jesteru itu, MHM perlu bersedia sahaja dan berehat. Jika diperhatikan dalam graf sekitar 9.15pm ada tandaan ikan 2 unit tersebut adalah interaksi ikan sekitar spot memulai mencari makanan sekitar pemancingan MHM jalankan.
Semasa pemancingan dilakukan, pemerhatian dijalankan bahawa kualiti air sungai dititik beratkan. Kondisi sekitar jam 6.00pm hingga 7.30pm asalnya sangat cetek pada surutnya sungai ini, akan memberikan air kabut selut lumpur bakau. Ternyata tepat jangkaan MHM 4 set utama pancing yang telah berada posisi semua sudut lantai tiang jambatan ini menerima pada tali utama dan perambut himpunan kecil lendir dan selut lumpur bakau. Namun ianya tidak merumitkan keadaan kerana sungai ini berada kondisi baik dimana anak ikan memulai bermain sekitar tebing sungai.
Sekitar masa 9.00mlm, kehadiran 3 pemancing berasal dari Penampang turut memeriahkan suasana pemancingan kali ini bersama-sama.
Oleh kerana MHM perlu laksanakan pemilihan masa ideal fokus untuk mencari sang mega memulai peranan untuk mengambil alih spot ini. Rujukan jadual dibawah bagi mengetahui masa sesuai yang bakal difokuskan rutin pancingan MHM.
Merujuk graf diatas MHM dapat membuat kesimpulan awal sekitar 12.10am sungai ini akan berada kondisi air bersederhana kedalaman, dan sesi air pasang mulai perlahan-lahan selesai peringkat statik selama satu jam anggarannya. Waktu tersebut kemungkinan air selut bakau kian mengurang kerana kesesuaian air jenis waktu itu adalah air sungai bakau bercampur dengan nisbah besar air laut. Melihat graf diatas kondisi dan interaksi ikan adalah waktu 2.55am hinggalah 5.05am anggarannya. Maka MHM jelas mengatur strategi utama bagi fokus masa yang ditetapkan mengikut diwartakan.
Aktiviti pemancingan
Saudara Jesse membawa lebih kurang 7 set pancing, beliau punyai cara tersendiri bagi pemancingan secara umum meluas skillnya. Dia berminat memancing ikan apa jua jenis spesisnya.
Manakala 3 sekawan yang hadir juga membawa set pancing lebih kurang 6 set sahaja. Teknik umum dan melakukan sesi tersendiri. Umpan hidup juga digunakan adalah udang putih bersaiz sederhana.
MHM punyai 6 set pancing, manakala set utama buruan Barramundi hanya 4 set cukup memadai. Sekitar jam 10.30pm MHM mengunakan set pancing kecil bagi melakukan pancingan ikan kecil dengan teknik appollo perambut yang dibeli. Memulai juga satu set pancing berbaki, MHM mengunakan teknik bottom bagi carian ikan bersaiz kecil.
Suasana spot pemancingan
Jambatan Kuala Penyu, sekitar 6.00pm lampu berkuasa tinggi automatik dinyalakan menerangi aset jambatan ini keseluruhannya.
Kelihatan bot nelayan berulang alik ke pekan dan ada yang pergi ke laut.
Sekitar 8.50pm, satu bot kecil punyai 4 orang pemancing ingin melabuhkan bot pada sisi tebing sungai dan berhampiran spot tiang ini. Mereka juga melakukan pemancingan bottom, sekitar jam 10.50pm mereka berpindah mencari spot baru.
Pada sekitar 6.50am waktu fajar terbit sepatutnya, daerah ini juga menerima impak angin kuat disusuli hujan lebat. MHM dan semua pemancing lainnya segera mengemas peralatan untuk menamatkan sesi pancingan.
Keputusan memancing
Selesai pemancingan kali ini, MHM berjaya mendapatkan seekor sahaja ikan Barramundi dengan nombor tag B0105 dan serial nombor gambar adalah JKP16. Berat ikan kali ini adalah 3.21kilogram, ikan ini berjaya didaratkan pada sekitar masa 4.55am bertarikh 4.8.2019.
Manakala ukuran ikan adalah 667 milimeter panjang, dan lilitan badan ikan ini adalah 427milimeter. Gambar rajah dibawah disertakan dengan pembaris ukuran.
Oleh kerana keluarga MHM ingin menikmati hasil pancingan kali ini, Ikan ini menjadi lauk kegemaran bagi memeriahkan harmoni kekeluargaan kecil kami. Syukur kehadrat Ilahi atas rezeki dikurniakan. Gambar dibawah adalah sesi kenang-kenangan bersama trofi Barramundi kali 105 ekor.

S20/2019
Tarikh mula : 17.8.2019 masa : 8.00am
Tarikh selesai : 17.8.2019 masa : 6.00pm
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Sesi memancing sempena purnama ke-8 bagi tahun ini. Namun, pada kali ini MHM membuat kelainan sedikit dalam sesi pemancingan secara santai dan meninjau suasana sungai spot pilihan bagi mendapatkan terperinci data-data diperlukan bagi proses yang bakal dihadapi musim ikan mega pada akhiran bulan-bulan pada tahun ini.
Merujuk pada gambar rajah diatas adalah kesinambungan purnama dihadapi pada kawasan daerah Kota Kinabalu. Kondisi kebiasaan apabila purnama penuh adalah ciri terbaik bagi mencari data - data diperlukan untuk dilalui 2 hari penuh MHM berada dilokasi ini sewajarnya dalam memastikan suasana sungai dalam keadaan baik.
MHM perlu mengutip 3 jenis utama data yang sesuai spot pemancingan ini. Iaitu:
1. Kondisi air sungai dan tahap rangkaian arusnya.
2. Aktiviti ikan kecilnya serta penghuninya.
3. Suasana perniagaan umpan hidup udang dan para pemancing.
Merujuk gambar dibawah adalah jadual pasang surut disertakan coefficient sesuai pemancingan santai MHM adakan hari ini. Membawa satu set pancing utama sahaja, dan berbekalkan tiga ekor udang tiger saiz ibu jari mampu menjalankan aktiviti ini sambil melengkaokan data yang diperlukan kelak. Apa yang penting kondisi siang dan malam hari perlu dalam memastikan kawasan spot penancingan dalam keadaan baik dari mampu diaktivitikan juga pada pemancing lain.
Pada gambar rajah diatas ini adalah tahap coefficient daerah pilihan. Walaupun pada malam hari ikut versi tajuk utama, namun keadaan data ini adalah bukan pilihan rasmi pemancingan MHM. Namun, yang penting adalah bagaimana menghimpun data yang jitu agar lebih spesifik dan terjadual kelak jika mendapatkan satu - satu pengenalan tentang spot ini kelak didatangi musim ikan meganya.
Merujuk gambar jadual diatas, MHM mengatur strategi pada waktu sesuainya ikan berinteraksi dengan pasang air sungai ini sekitar awal pagi dan meletakkan pancing 7.50am hingga 8.20am. Waktu yang baik bagi pemancingan target. Dan juga bakal pada sekitar 1.48pm hingga 3.05pm juga kemuncak ikan mega dan ikan kecil berinteraksi semasa surutnya air sungai kawasan ini.
Pilihan MHM adalah jeti apungan dan meletakkan satu set pancing pada sudut stand pancing kawasan ini. Waktu ini juga beberapa orang pemancing hadir untuk jalankan aktiviti pemancingan. Cuaca yang baik, suhu air sungai yang bersahaja, dan walaupun begitu sungai ini hadapi warna keruh dan tidak berarus kuat aliran pasang surutnya.
Manakala, gambar rajah diatas adalah milik pancing penjaga jeti ini. Dia juga ikut mencuba nasib bagi pemancingan pada posisi hampir bilik mereka. Tampak pada sisi pancing dilabuhkan, warna air sungai keruh dan dipenuhi daun-daun yang banyaknya. Suhu air sungai juga medium pada aras selesa ikan dan penghuni lainnya beraktiviti kawasan ini.
Pemerhatian selesai bagi pemancingan santai dilokaai ini, keadaan sungai bebas dan kualiti masih terjaga alam semula jadinya. Jika berpeluang kita akan menyaksikan beberapa pemancinga tegar akan mendapatkan ikan bersaiz lumayan dikawasan ini kelak. Sesi kali ini, MHM kumpau tanpa mendapatkan hasil target utama.

S21/2019
Edisi khas (pP vs Magic)
Tarikh mula: 1.9.2019 Masa: 5.30pm
Tarikh selesai: 2.9.2019 Masa: 5.00pm
Loksi: Tiang Jambatan Kuala Penyu.
Pemancingan sempena siri Anak bulan dalam September 2019. MHM mengadakan pemancingan santai dengan menjemput guru memancingku dalam memburu ikan Barramundi bagi ke lokasi Tiang Jambatan Kuala Penyu. Oleh kerana musim cuti maka, senanglah membuat penjadualan masa dan membuat perancangan rapi bagi pemancingan kali ini. Untuk kali ini, MHM melewati 2 hari daripada usia anak bulan ini berlangsung. Apa yang penting coefficient dan ketinggian aras pasang dan surut sungai dipilih harus seimbang dan mampu dilakukan rutin pemancingan kali ini.
Pad gambar rajah diatas, walapun MHM melewat 2 hari sepatutnya, namun peratusan coefficient adalah terbaik. MHM bukan sekadar kali ini mengambil kesempatan memancing ikan selunsung sahaja, tetapi jua memancing ikan lainnya yang banyak berhampiran lokasi tiang ini. Oleh itu, berikut adalah senarai pengunaan duit semasa pemancingan ini berlangsung:
1. Umpan udang hidup = RM 29.00
2. Ais beku = RM4.00
3. Ron 95 = RM20.00
4. Makan/ minum = RM10.00
Manakala bagi gambar diatas adalah tahap coefficient yg bakal dilalui kami berdua sepanjang masa pemancingan kali ini. Ini amat penting untuk kami menentukan masa dan keadaan pasang surut sekitar sungai yang bakasl dikunjungi. Adalah penting bagi satu - satu spot pemancingan adanya aktiviti ikan kecil maka, ada juga ikan besar dalam kawasan tersebut.
Bagi perancangan pemancingan kali, Muhamad Asri membawa 9 set pancing dan MHM membawa 6 set pancing sahaja, random dengan kepelbagaian jenis teknik dan lokasi pemasangan pancing mengunakan set stand pancing. MHM membuat taktik lama juga dalam memburu ikan kali ini. Apa yang penting sekali pemerhatian dan tatacara sungai kawaan pemancingan ini perlu dikenal pasti kehadiran ikan kecilnya dahulu, maka boleh sudah memburu ikan meganya kali ini.
Bagi perjalanan kali ini, MHM membiayai seai kali ini adalah seperti berikut:
1. Umpan udang hidup = RM29.00
2. Ais beku = RM4.00
3. Sewa bot ke tiang jambatan = RM10.00
4. Makan dan minuman ringkas = RM10.00
5. Minyak Ron95 = RM20.00
Pemerhatian dan pembelajaran bersama Muhamad Asri semasa rutin diadakan:
Sekitar 5.40pm hingga 8.30pm, mendapati sungai bersederhana kedalaman dan saudara MA menjelaskan bahawa air sungai waktu ini berkeladak lumpur, ini kerana tali utama dan perambut diseluti lumpur yang melekat pada tali pancing. Ini kerana juga adalah kurang menyerlah spot ini jika keadaan air yang berlumpur mengurangkan aktiviti ikan sama ada saiz kecil mahupun besar.
Tepat 6.00pm lampu berkuasa tinggi hidup menerangi suasana sungai dan tiang - tiang jambatan ini.
Pada sekitar 7.05pm MHM mendapatkan seekor kerapu bersaiz 0.700gram.
Sekitar masa 7.45pm, salah satu pancing milik saudara MA direntap kuat ketika air mulai ansur selesai surut.
Sehingga jam 9.20pm, air mulai pasang perlahan - lahan, berhampiran dinding kawasan tadahan spot ini dipenuhi ikan kecil dan ikan Tulai yang mengelilingi tiang jambatan ini. MHM segera mengunakan teknik appolo pemancingan santai mendapatkan strike ikan kecil tersebut.
9.50pm empat sekawan dari pemancing berasal daerah Papar bertandang untuk turut memancing spot tiang ini.
Sehinggalah 12.06am hari berikutnya, terdapat gerimis pada sekitar waktu ini. Pada waktu ini, pan hidupku kian lama kian banyak yang mati, anat risau jika 24jam perlu memancing jika umpan segera habis mati adalah amat sukar untuk mendapatkan sang mega utama.
MHM mengatur formasi pemancingan target utama, dimana mengunakan 2 set perambut D.A.M clear dan perambut pink bagi pemancingan ideal.
Sesekali MHM dan MA bergilir - gilir untuk rehat atau tidur. Namun, pemancingan bagi teknik appolo dari kami masih dikekalkan agar mendapatkan hasil yang mencukupi.
Sehingga pada waktu kemuncak pada masa 2.00am hingga 4.15am, waktu air bersederhana aras yang mulai surut pada awal subuh. Masih tiada tanda - tanda ikan mega mengusik umpan kami gunakan.
Pada 5.30am, ikan tulai yang mengelilingi tiang ini kian mengurang, MHM berjaya mendapatkan keseluruhan jenis ikan ini sahaja seberat 1.71kilogram.
Saudara MA memberikan pendapat bahawa pada kemuncaknya air pasang tengah malam, air sungai kian menjernih, namun selut berlumpur air sungai kian reda, tetapi diganti denfan cabaran baru iaitu beliau mendapati terdapat lendir air melekat pada tali pancing dan perambut. Dipahamkan seperti kes - kes sebelum ini, ianya menandakan daerah ini kurang menerima hujan sekata hinggakan sungai ini kurang bergaul dengan air bakau serta laut. Memaksa kami membuat formasi teknik terkini.
Pada 6.30am. MHM mengambil gambar kenanfan semasa aktiviti masih berlangsung.
Bagi suasana pemancingan kali ini, sempat merakamkan suasana pada awal pagi bagi photo rawak bagi sesi pemancingan kali ini. Ketika ini seramai 6 orang kekal bersama - sama memancing ikan di tiang jambatan ini. Tiada ikan mega didapati masa ini, namun sesi memancing ikan kecil kekal sementara pancing utama dijamah umpan oleh ikan target.
Manakala seterusnya, MHM dan Saudara MA bersetuju untuk meneruskan 24jam memancing pada spot ini. Perlahan - lahan kami mengisi tong ikan dengan tangkapan ikan kecil kami. Waktu siang ketika air bersederhana surut sekitar 5.00am hingga 8.00am air sungai berkeadaan baik, masih kekal dengan air berlendir memenuhi tali utama dan perambut.
7.30am MHM berjaya memujuk kerapu minyak bersaiz 600gram anggaran.
Sekitar 7.45am 4 sekawan berasal Papar menyelesaikan sesi mereka dan pulang. Kami berdua kekal untuk teruskan pemburuan ikan mega kali ini. Selama 24jam bakal kami lalui untuk mencari strike utama.
Sekitar jam 8.20am, juga 4 sekawan berasal daerah Putatan turut memancing bagi ke siang hari mereka adakan. Tak banyak set pancing mereka bawa untuk melakukan pancingan mereka.
Pada sekitar masa ini, umpan milikku telah habis guna, dan kebanyakkanya telah mati. Tetapi adalah juga udang mati kami potong kecil - kecil bagi teknik pemancingan appolo.
Sekitar 9.00am hingga 10.20am kami berdua merehatkan diri untuk melelapkan mata agar tidak mudah mengantuk kelak. Selesainya kami berehat, 11.00am kami mengatur kembali formasi pemancingan utama kami.
Sekitar 12.06pm salah satu pancing utamaku direnjat kuat oleh ikan mega, tetapi tiada mengena matakail. MHM segera memberikan umpan dan meletakkan kembali pancingan tersebut.
Walaupun kepayahan memujuk ikan target utama, kami masih teruskan menangkap ikan kecil bagi memenuhkan peti ais masing - masing. Sehingga jam 1.24pm pancing MHM direnjat kuat lagi tetapi ikan berjaya mencuri umpan sahaja. Memasang kembali umpan, MHM teruskan formasi agar mampu memujuk kelak sang mega.
Pada 2.10pm, MHM berjaya mendapatkan ikan putih bersaiz anggaran 300/400gram, ikan tersebut tidak bolt kerana matakail melekat pada badan ikan.
2.25pm sekali lagi ikan Putih bersaiz 1.12kg berjaya didaratkan oleh MHM
Dan pada 2.37pm sekali lagi saiz 600gram ikan putih berjaya didaratkan.
Meneruskan sesi pemancingan ikan kecil, MHM dan Saudara MA teruskan sesi pemancingan target, tepat pada 4.15pm salah satu pancing utama milik Saudara MA strike ikan Barramundi
Berat ikan milik saudara MA rasmi dan kami berdua mengambil gambar kenangan bersama - sama dengan hasil tangkapan.
Pada sekitar 4.30pm, kami semua mulai mengemas peralatan memancing bagi sesi bakal ditamatkan dengan jayanya.
Berikut adalah strike peribadi milik MHM setelah sampai dirumah.
Lumayan sang ikan putih.
Keseluruhan tangkapan milik MHM kali ini. Walaupun bersederhana, syukur dan amat berpuas hati dengan hasil kali ini.

S22/2019
Tarikh mula: 14.9.2019 masa: 10.00pm
Tarikh selesai: 15.9.2019 masa: 12.00am
Lokasi: Jeti Balairaya Kg. Contoh Petagas.
Pemancing siri seterusnya kali ini, MHM ingin mencuba nasib pada sungai berpotensi habitat sang Barramundi salah satu daerah pilihan utama Barramundi Hunter. Lokasi sungai benar-benar berhadapan muara sungai Petagas, kelihatan serta kedengaran angin dan ombak kuat jelas dari jeti ini. Spot pemancingan ini adalah umum, tiada bayaran sewa dikenakan. Namun begitu, ianya amat terhad kerana tapak berlantai semen dan ukuran anggaran kawasan ini hanya 30kaki persegi sahaja. Jeti ini benar-benar berada ditepian sungai Petagas ini. Namun begitu, sesi perkenalan dengan spot pemancingan ini kurang bernasib baik, kerana beberapa hari selepas kedatangan kemari kawasan pantai barat selatan mengalami ribut angin dan hujan kuat. Namun begitu, MHM menduga dengan 2 set pancing sahaja untuk memancing kali ini.
Seperti gambar rajah diatas, sedia maklum ada dua set pancing digunakan. Manakala stand pancing tersebut adalah diikat mengunakan tali yang kuat dan MHM membawanya sendiri bagi memudahkan kerja-kerja lapangan. Spot ini adalah rangkaian jeti diusahakan orang kampung sekitar dan ianya jeti mini pasar bagi nelayan yang ke laut boleh mengunakan kemudahan ini menjual tangkapan ikan laut. Terdapat petak meja yang selesa disediakan dan ruangan jeti ini sungguh luas. Bekalan elektrik seperti dalam gambar menunjukkan orang kampung prihatin sama ada kemudahan asas nelayan ingin bekerja malam, mahupun orang awam hadir ke lokasi ini dengan suasana terang dan selesa.
Sebagai pengenalan, sungai muara Petagas ini adalah lingkungan sungai yang sangat panjang hingga ke hulu didaerah utama Penampang. Sungai ini tidak sebesar atau seluas dari tebing ke tebing daripada gayang. Tetapi tampak kelihatan perahu dan bot yang banyaknya sememangnya kawasan sungai ini adalah penghubung yang baik nelayan ke laut mencari rezeki.
Oleh kerana pemancingan diteruskan dan bersahaja, MHM tahu dalam keadaan sungai yang sangat keruh ini akan menyukarkan pemancingan yang boleh dapatkan ikan target. Memaksa jua diri bagi memastikan sedikit sebanyak kawasan ini bakal pilihan utama memburu sang selunsung bagi mendiskripsi perihal ikan ini mampu berinteraksi dengan dunia moden. Heboh dalam Ogos dan awal bulan September tahun ini, kawasan ini sangat memberikan fenomena kehadiran raja sungai tersebut berjaya dipancing oleh pemancing tempatan. Sesi perkenalan dengan salah seorang pemancing berpengalaman teknik caster iaitu Saudara Didie dari Putatan dan saudara Cudi sememangnya anak jadi Kg ini memberikan pengalaman dan tips yyang sangat mengujakan dan berguna kelak. Apa yang penting MHM tetap berpendirian akan memiliki ikan tangkapan utama kawasan ini kelak sebagai set pancingan strategi dan lengkapkan misi utama.
Seperti gambar rajah diatas sungai ini mengalami mendapan lumpur dan keruhan air yang mungkin mengambil sekurangnya tanpa hujan kembali dalam 4 hingga 5 hari untuk pulih. Itu pun jika benar air pasang surut merangkumi keddalaman sungai yang baik mampu menjernihkan kawasan ini. MHM tidak dapat lakukan banyak pendataan kerana kawasan balairaya ini juga amat bergampuran rumah orang kampung, hormati hak mereka juga agar tidak mampu MHM mengambil gambar yang tidak boleh diwaetakan dalam cerita. Apa yang pasti, kedalaman dasar sungai ini sangat baik, suasana muara dan bersebelahan tebing ada sedikit huran bakau, ianya spot pemancingan yang berpotensi mendapat ikan mega sungai ini. MHM menamatkan pemancingan hanya guna 2 jam sahaja kerana air sungai kali ini tidak mengizinkan misi kali ini. Apapun MHM akan kembali bagi memancing strategi dan mangambil pelyang sesi tangkapan Selunsung Daerah Petagas / Penampang. Bagi menutup sesi ksli ini, MHM pulang tanpa tangkapan ikan kali ini.
Modal pemancingan kali ini,
1. Umpan udang Hidup = RM29.00
2. Ais beku = RM2.00

S23/2019
Tarikh mula: 15.9.2019 Masa: 8.00pm
Tarikh selesai: 16.9.2019 masa:7.30am
Lokasi: Tiang 3, Jambatan Gayang Tuaran.
Pemancingan sempena purnama ke-9 dalam tahun ini, MHM kali ini banyak menerima khabar kurang senang kerana musim jerebu dan lokasi spot pemancingan utama ini telah melebihi 2 bulan tidak punyai bekalan elektrik bagi lampu asas jalan raya jambatan ini tidak menyala.
Pada gambar rujukan diatas adalah tahap penuhnya kepurnamaan yang dilalui bagi daerah dalam kawasan pantai barat selatan Sabah. Kebiasaan MHM mampu mendapatkan ikan target utama jika cukup besar bulan ini ketika mengambang. Namun begitu, apa yang pasti kesukaran pemancingan kali ini adalah bukan mudah, kerana info rakan pemancing lain yang kerap datang memancing di jambatan ini kurang mendapatkan ikan yang dihajati ketika waktu malam. Oleh itu, MHM sendiri ingin merasai suasana kali ini agar dapat kolibrasi data-data sesuai dan info baik agar menjadi rujukan yang berguna kelak. Pada sekitar minggu lepas, kawasan pantai barat selatan mengalami ribut kuat dan hujan yang kerap. Tambahan lagi jerebu melanda Sabah ini juga bakal menyukarkan pemancingan yang dikenaskini.
Hari ini, sebagai data gambar diatas adalah tahap coefficient yang baik untuk memancing. Ini kerana peratusan ikan berinteraksi dengan suasana spot lubuk juga bakal dapat dirasai kerana merujuk jadual pasang surut berkala dikeluarkan oleh jabatan mateorlogi Sabah. Air pasang siang dan malam sangat baik, sungai berarus sederhana dan kemampuan ini bakal mendapatkan ikan strike yang sesuai dalam tangkapan target.
Namun begitu, info dari kawan-kawan memberikan pada awal bulan lepas dimana sungai ini juga dilanda rumpai laut yang seperti gambar dibawah, sangat banyak dalam aliran sungai mengkabong ini.
Masa MHM merutinkan hari pilihan untuk datang memancing tumbuhan seperti gambar diatas sudah berkurang dan tidak kelihatan sepanjang pemancingan berlangsung. MHM memilih tiang 3 pada posisi tengah sungai agar dapat menentukan pemancingan mengikut syarat dan jadual ditetapkan. Manakala terdapat kenalan rapat turut memancing di Jambatan ini, iaitu En. Johari Tasin memilih tiang 4 dan En. Will Juel memilih tiang 2. Maka saya boleh mendiskripsikan apa yang boleh diwartakan kerana tiga tiang utama jambatan ini punyai pemancing mampu target ikan mega sungai ini.
Masa pemancingan berlangsung, memilih tiang 3 jambatan ini terdapat 4 orang sedang memancing santai pada spot yang sama. Jam bermula 8.15pm dan lebih kurang 20minit kemudian, mereka berkemas untuk menamatkan sesi pemancingan mereka kerana datang sejak 3.00pm lagi. Semasa memasang pancing, sekitar 8.45pm salah satu pancing milik MHM direntap kuat. Setelah diperiksa, tiada kerosakkan optimum pada perambut, disyaki ikan Merah atau kerapu yang memakan umpan. Sekitar 9.00pm, MHM keseorang pada spot ini. Merujuk juga jadual diatas rangkaian ikan berinteraksi pada sekitar 7.30pm hinggalah 8.45pm. Waktu sesuai MHM fokus memancing.
Pada sekitar 10.00 malam, 3 orang pemancing datang ke spot ini. Namun hingga jam 12.00 tengah malam sahaja, mereka memancing. Merujuk pada jadual diatas, sekitar 1.50am hinggalah 4.10am ikan berinteraksi dengan suasana sungai ini. Tetapi pada kawasa tadahan air, semasa ianya berlangsung adalah sangat kurang. Pada tengah malam sepatutnya kelibat sang mega meletupkan air permukaan sungai kerap dapat dilihat. Namun, malam kali ini ikan mega tidak muncul dan sukar dapatkan pemerhatian untuk menentukan pemancingan kali ini. Oleh itu, MHM mendapatkan butiran awal dimana sebelum hadir pada spot hinggalah selesai pemancingan, sesi gambar dilakukan bagi mengukuhkan bahawa lokasi ini kurang menerima kehadiran ikan bersaiz luar biasa.
Malam sekitar 8.08pm, seperti gambar rajah diatas, ialah persimpangan masuk ke lokasi jeti pemancingan jambatan gayang, sangat gelap kerana lampu jalan raya khusus jambatan ini tidak menyala. Sangat rumit dan pemandu perlu berhati-hati bagi melintasi jambatan ini.
Pemandangan ini dimana MHM berada kawasan letak kereta kawasan rumah jeti Asang, sepatutnya gambar diatas adalah jambatan gayang, namun begitu ianya sangat gelap dan sukar untuk para pengunjung untuk melakukan aktiviti pada waktu malam.
Dan pada gambar diatas, adalah suasana terbitnya purnama pada sisi timur Sabah. Kelihatan warna bulan kemerahan dan akibat jerebu melanda negeri ini sejak 1 minggu lalu. Semasa kerja lapangan berlangsung, MHM sangat berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam sungai. Suasana sangat suram dan jerebu kian menebal malah kurangnya angin darat bertiup pada malam hari menyukarkan suasana ini menerima sinaran purnama bagi membantu menerangi kawasan pemancingan ini.
Pada sekitar 5.30am, sekali lagi MHM mendapakan gambaran suasana purnama malam hari, tampak jerebu tebal masih mengurangi cahaya bulan dan warna masih kuning kemerahan. Sangat menyukarkan pemancingan strategi dan suasana sungai sangat suram tanpa anak ikan bermain-main pada spot tadahan sungai. Ini jelas bagi tanpa kehadiran kecil, maka ikan mega juga tiada menghampiri spot tadahan pemancingan ini.
Mengambil lagi gambar pada sekitar jam 6.00am sepatutnya matahari sudah terbit diufuk timur. Gambar rajah diatas tampak suasana perkampungan Gayang diselubungi jerebu yang teruk. Selain itu, pada posisi jeti pak cik Asang ada satu kapal persiaran menyewa letak kawasan tersebut telah genap 2minggu mereka berada spot jeti.
Begitu juga kawasan perkampungan terayung, diselubungi jerebu yang teruk. Gambar rajah diatas memberikan suasana yang kurang memuaskan kerana awal pagi yang sepatutnya disirami cahaya matahari juga seakan waktu mendung walhal ramalan cuaca mengesahkan tiada hujan mahupun mendung kawasan daerah ini terima pada hari ini.
Keadaan suasana gambar diatas, sepatutnya masa ini matahari terbit, dan selalunya sebelum fajar timbul, gunung kinabalu akan tersergam indah pada tengah posisi dalam gamvar seperti diatas. Jerebu yang kuat ini asalnya dari Kalimantan selatan dimana ribuan hektar tanah dan hutan simpan mereka terbakar yang sukar dikawal oleh agensi mereka.
Pemandangan jeti perikanan Sabah, dilahat pada posisi tiang 4 sudut air pasang kawasan tadahan tersebut, terdapat 2 buah pelampung yang dikatakan milik nelayan menempatkan bubu besi ikan bagi tangkapan mereka lakukan, sudah lama mereka meletakkan bubu tersebut pada posisi tersebut. Ini membuatkan tiang 4 dimana ikan mega sukar dipancing kerana takut pada aset ini berada dasar sungai.
Nota: sebelum mengakhiri penulisan ini, MHM alami kesusahan untuk berkerja kerana sesak nafas dan cepat lelah. Adalah disarankan jika berlakunya fenomena jerebu, pemancing yang tidak sihat dan alah pada asap tidak dan amat ditegah untuk melakukan aktiviti luar. Manakala spot pemancingan jambatan gayang ini secara sahnya kurang kehadiran ikan mega pada waktu malam dan ianya bahaya juga pada pemancingan veteran yang sakit mata atau rabun.
Secara ilmiahnya, setelah 11jam melalui pemancingan posisi kali ini, MHM tidak memperolehi tangkapan ikan dan berikut adalah biaya modal yang dikeluarkan bagi pemancingan kali ini.
1. Ais beku saiz kecil = RM2.00
2. Umpan udang hidup = RM29.00
3. Sewa penghantaran bot = RM5.00
4. Bateri saiz D = Rm2.00
****************************************
S24/2019
Tarikh mula : 28.9.2019 Masa : 12.15am
Tarikh selesai : 28.9.2019 Masa : 7.00am
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Pemancingan siri ke-24 untuk 2019 dalam tahun ini. Jika diikutkan bahawa, MHM mempunyai rancangan khusus memancing di Jambatan Kuala Penyu bersama kawan karib iaitu En. Johari ribuan kemaafan kepada rakan ku Johari, MHM telah menarik diri menyertai pancingan yang telah kami rancangkan, ini akibat beberapa kesilapan semasa menduga sehari awal untuk memancing di Jeti Ameng, MHM mengalami trauma demam kerana mengadakan pemancingan 'tangkap terjun' yang diikutkan tiada dalam senarai kali ini untuk sesi pemancingan berjadual, MHM tidak memakai pakaian tebal mahupun berseluar dan berstokin, akibatnya badan menerima sejuk lebihan dan ketidak sesuaian diri hadapi suasana angin malam berda kawasan sungai. Namun apa yang pasti, sesudah mencuba dan beroleh strike luar biasa, MHM adalah perlu mengatur strategi dan penceritaan khusus sesi yang telah dilanjutkan pemancingannya.
11.00malam 27.9.2019, MHM tiba dilokasi jeti ameng sepanggar, melawat rakan-rakan memancing sedia ada disitu. Bersua muka dan bercerita hinggalah sekitar jam 12.00am, MHM menyediakan satu set pancing sahaja, dengan membawa umpan hidup serta satu siud khas milik untuk pemancingan santai dilokasi ini. Jika diikutkan, semua pondok utama jeti ini dipenuhi oleh pemancing tempatan. Maka, MHM melakukan sesi dikawasan jambatan jeti bertiang sahaja.
MHM mengunakan set pancing terpilih iaitu RodFord Salta68, manakala reel adalah Chazer 5K yang baru diservis dan tukar washer carbontex. Disamping itu juga, MHM membawa siud khas bagi pancingan lebih efisyen. Gambar rajah dibawah adalah set pancing kesayangan MHM gunakan. Selalunya, jika MHM serius memburu ikan target ini. Sekurangnya 6 set pancing difokuskan. Tetapi hasrat hati hanya gunakan satu sahaja kali ini santai di jeti Ameng untuk pancingan segera.
Walaupun pemancingan bersahaja dan mengunakan satu set pancing. MHM tetap membuat rujukan terhadap jadual air pasang surut, graf coefficient, dan aktiviti ikan kecil serta lain - lainnya. Apa yang utama adalah seperti dibawah,
Merujuk pada graf coefficient diatas, kadar beraktiviti ikan pada spot pilihan pemancingan adalah peratusan tinggi dan sangat kuat. MHM bermungkinan akan mendapatkan ikan target yang sesuai dan mampu didaratkan. Maka, MHM memberikan satu formasi pemancingan khusus bagi aturcara ikan mega mampu ditrofikan malam hari tersebut. Selain itu, MHM merujuk tindak tanduk arus pasang surut dan penglibatan ikan kecil dan besar berinteraksi dengan lubuk pilihan. Berikut adalah jadual berkala yang baik untuk diikuti.
Bermula 12.15am MHM kerap membuat pemeriksaan umpan dan membetulkan posisi pancing diletakkan. Kesesuaian arus dan lokasi sangat dititik beratkan. Adalah penting umpan hidup, sentiasa cergas dan kuat hayatnya. Selain itu juga, MHM menitik beratkan kehadiran pada lokasi pemancingan yang mana jangan kerap berhampiran spot diletakkan set pancing. MHM sentiasa bersedia agar mampu melawan ikan yang mampu dipancing kali ini.
2.15am, pada waktu ini telah selesainya air surut dan arus sungai sangat lemah, secara tiba - tiba satu hinjutan kasar pancing dicuri umpan udang hidup. MHM memasang kembali umpan dan akhirnya 3.04am. Ikan berjaya didaratkan atas bantuan pemancing kenalan baru yang sudi bantu siud ikan ini, dan ada kawan lain sudi buat video pendek semasa ikan ini berjaya dipancing. Berikut adalah data ikan diukur dan ditimbang agar rasmi ikan ini berjaya dipancing dan direkodkan.
MHM dan kawan kenalan baru, membuat kerja timbangan berat ikan berjaya didaratkan.
Secara rasmi, ikan ini ditimbang seberat 15.42kilogram. Seterusnya, MHM membuat kerja - kerja pengukuran ikan ini.
Ikan ini adalah ukuran mengunakan pita ukuran iaitu 1.193meter panjang bersamaan 1193milimeter. Manakala bagi ukuran lilitan ikan ini adalah 0.843meter bersamaan 843milimeter lilitan badan. Jika dilihat, bahagian abdomen perut ikan ini mengempis, manakala MHM memeriksa bahagian kemaluan ikan ini dapati telah susut warna merah yang telah pulih. Jika dipahami, ikan ini telah selesai melepaskan telur dan ia seakan sangat kurus tanpa isi perut yang masih kosong.
Candid bersama ikan ini, benarlah orang kata, jika dalam gambar ikan ini hanya biasa-biasa sahaja. Jika ia berhadapan dengan kita, memang mengkagumkan saiz ini.
Sementara itu, MHM terus membuat gambar trofi rasmi bersuasanakan spot pemancingan Jeti Ameng Sepanggar dengan data tangkapan ikan ini adalah B0106.A. alhamdulillah, dipermudahkan urusan dan ikan ini dibeli oleh Mr. Ah boon dengan harga langsam RM300.00 seekor.
Matakail MHM gunakan adalah Expert jig hook saiz 1/0, hampir terlucut ikan jika lebih lama lagi berlawan wink dengan big mama ini. Apapun syukur akur jua ikan ini memasuki siud milikku.

S25/2019
Tarikh mula : 12.10.2019 Masa : 6.00pm
Tarikh selesai : 13.10.2019 Masa : 5.00pm
Lokasi : Tiang Jambatan Kuala Penyu
Pemancingan siri ke-25 Sempena purnama penuh bagi bulan Oktober dalam memburu ikan Barramundi dilokasi - lokasi terpilih. Apa yang dirancang kali ini, MHM membawa kembali kawan pemancingan iaitu Saudara Johari untuk menganti perjanjian lama pemancingan lalu MHM tangguhkan. Berikut adalah carta digunakan rujukan web tide4fishing bagi pendataan dan pengkhususan strategi serta maklumat berguna, kami datang dua hari awal dari tarikh kepurnamaan penuh.
Rujukan coefficient perlu kami lakukan agar strategi pemancingan kami lakukan lancar, berikut adalah tahap kecenderungan ikan kecil dan mega berinteraksi dengan sungai sekitar spot pemancingan kami adakan.
Setibanya lokasi pemancingan, adalah kami mengenal pasti sesuainya air pada tahap kejernihan, kesesuaian juga posisi alatan pancing diatur dan persediaan menghadapi air pasang setibanya lokasi ini kami kerja lapangan.
12.10.2019, MHM dan Johari melakukan rujukan agar jadual dibawah mampu membantu penancingan lebih spesifikasi dan terancang baik.
7.00pm
Selesai memasang pancing dan posisi sesuai. Kami berusaha dalam membuat sedikit sebanyak pengenalan tentang air sungai ini, tiada sampah sarap yang hanyut, keadaan air sungai, waktu ini pada tahap kepekatan air paya bakau dimana keruhan lumpur bakau dalam aliran sungai ini. Talaan pemeriksaan pancing yang diusahakan untuk memburu juga diperiksa tiap masa setengah jam dan MHM dapat air sungai ini alami hanyutan lendir air paya bakau yang mampu berpaut pada tali utama brided dipenuhi lendiran.
8.30pm
5 orang pemancing asalan daripada Kg. Benoni Papar turut memeriahkan pemancingan santai di tiang jambatan ini.
8.50pm
Air berarus kuat, sungai kian tampak dalam skala air bersederhana pasang dalam keadaan 1.4m (kota kinabalu) ketika ini, ikan kecil jutaan kumpulan memenuhi kawasan tadahan arus tiang jambatan ini. Cenderung oleh lampu spotlight yang berkuasa kecerahannya, mampu memanggil sebilangan besar micro macro hidupan sungai serta ditambah lagi, air kian berkurang lendiran dan kian jernihan air laut.
9.30pm
Salah satu pancing MHM mengena ikan mega, sekitar 3 minit berentap wink, ikan timbul dipermukaan Barramundi lebih bijak dapat melucutkan diri dari matakail.
10.00pm
Seorang pekerja sangkar yang berhampiran tiang ini datang dengan botnya. Oleh kerana dia berminat ingin merambat ikan jutaan saiz kecil tersebut. Beberapa kali MHM meminta agar dia jangan lakukan perkara tersebut kerana sangat hampir dengan cara pemancingan kami. Dia tidak endahkan permintaan kami lalu merambat sesuka hati kawasan yang sangat hampir dengan tiang jambatan ini.
Oleh kerana orang ini tidak mempedulikan permintaan kami agar memberikan peluang pemancingan dengan telah datang sejauh Tuaran dengan modal ratusan ringgit. Kami yang pemancing statik pasrah kerana kedegilan dan tambahan lagi hadir sebuah bot lagi dengan membawa 2 set rambat bagi mereka lakukan sesi tangkapan ikan kecil jutaan pada sisian tadahan arus sungai tiang jambatan ini. MHM mengatur kembali formasi pemancingan dan berbincang dengan Johari agar memilih pada siang hari untuk memancing lagi melengkapkan 24jam berada ditiang ini memburu ikan target sang Barramundi. Berikut adalah rujukan jadual bagi pemancingan seterusnya.
13.10.2019, sekitar 6.00am hingga 7.30am kami boleh mendapatkan ikan dihajati jika berpeluang kerana tahap period tide adalah baik waktu tersebut, telah mereka selesai sekitar 3.00am merambat berhampiran spot pemancingan ini. Dengan harapan ikan yang berbaki berhampiran spot ini tidak trauma dengan aktiviti nelayan merambat lebih kurang 5 jam kawasan ini. Manakala, 5 sekawan pemancing dari Kg. Benoni telah pun pulang 7.00am hanya mampu mendapatkan strike seekor tambung sahaja dan mereka mampu dapat ikan kecil hsil teknik appolo.
10.10am tiada kelibat ikan mega sang Barramundi berjaya dipujuk, nyata trauma ikan tersebut kemungkinan menjauh pada spot tiang jambatan kami memancing. Hanya mampu memancing ikan saiz kecil yang sesuai dijadikan stok makanan kami bawa untuk pulang kelak. Semasa kami memancing ikan kecil, formasi untuk pancing target sang mega diatur baik. Datang lagi sebuah bot pemancing untuk bertambat dengan sisian tiang jambatan ini, kecewa sangat kami berdua kerana selama 24jam menerima gangguan serupa ini semasa memancing. Ternyata sudah modal kami salurkan tidak akan membuahkan hasil, lebih - lebih lagi, kali ini pemancing mengunakan bot bertambat dengan sisi dinding tiang jambatan ini ( suami isteri ) melakukan pemancingan selama lebih 6 jam. Seringkali pancing milik Johari sangkut dan berbelit dengan pemancing perempuan tersebut. Tanpa rasa ikhsan dan rasa bersalah walaupun tahu kesalahan mereka lakukan tetap berada disisi tiang ini selama mereka mahukan.
Tiada apa - apa yang perlu diterangkan, misi pemancingan kami sangat merugikan dan kecewa dengan sikap para mereka yang punyai bot dan set rambat serta pasangan suami isteri seperti cerita diatas. Kami tak minta besar sangat pun, cuma dalam kondisi kerugian kami adalah modal kewangan yang besar, jarak Tuaran untuk kesini ulang alik 300km serta masa 24jam terbuang begitu sahaja.
Hasil pemancingan kami, setibanya dirumah sejak 5.00pm tiba didarat, pulang masing - masing ke rumah selama 3 jam selesai memandu. Lalu dimulai saudara Johari berkongsi hasil tangkapan seperti dibawah. Syukur Johari berjaya memujuk seekor ikan Putih saiz lumayan 700gram dan seekor ikan alivio 400gram. Dalam gambar adalah hasil sintakkan appolo ikan kecil dia berjaya dapat.
Manakala, bagi MHM hanya mampu mendapatkan ikan dari sintakan appolo sahaja seperti gambar rajah dibawah, walaupun begitu melengkapkan stok makanan dirumah, MHM membeli 3 bungkus siput sedut dan tangkapan ikan kecil ditimbang jumlah 3.03kilogram. Apapun, syukur alhamdulillah, selamat datang dan selamat pulang dalam keadaan sihat walafiat hendakNya.

Pembelian Baru
1. Jigging hook, Expert brand saiz 5/0 = RM24.00

S26/2019
Tarikh mula : 29.10.2019 Masa : 9.00pm
Tarikh Selesai : 30.10.2019 Masa : 3.30am
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Pemancingan siri ke-26 sempena Anak Bulan ke 10 dalam tahun ini. MHM membuat pemancingan santai dilokasi terpilih bagi melengkapkan set tajuk tahun kali ini.
Oleh kerana misi pemancingan kali ini bottom fishing, wajib bagi MHM menjalankan aktiviti secara santai dilokasi Jeti Ameng Sepanggar. Berbeza kali ini, MHM mengunakan 2 set pancing utama dan mengunakan umpan yang sesuai. Berikut adalah tahap keyakinan bagi coefficient dilokasi daerah yang mana mampu memberikan rentapan joran dan umpan.
Melihat pada tahap diatas, MHM juga merujuk tahap aras pasang surut yang sesuai dirutinkan dengan merujuk jadual air pasang surut bagi daerah Kota Kinabalu. Terdapat pada kemuncak air pasang tinggi pada sekitar masa 10.30pm. Manakala berikut adalah carta graf altiviti pasang surut dan kelibat aktiviti ikannya.
29.10.2019
8.45pm = MHM tiba dilokasi bagi khusus mengenal pasti posisi baik untuk pemancingan strategi kali ini.
9.00pm = Selesai memasang hanya dua set pancing utama pada spot ikan yang kerap datang sudut yang mampu ditelitikan. Setiap 30minit, MHM akan membuat pemeriksaan umpan dan usaha memujuk ikan juga diadakan.
10.00pm = Hujan kuat ketika ini, air sungai kian berkeladak lumpur dan sedikit keruh. Kelibat ikan kecil dan besar tiada dipersekitaran spot pemancingan ini kerana sementara hujan, terdapat juga angin membuatkan permukaan air berombak - ombak kecil.
11.00pm = waktu ini, masih kekal juga hujan. Formasi MHM terjejas kerana sulit untuk melakukan pemeriksaan umpan mengikut terjadual. Air permukaan sungai masih berkocak ombak.
30.10.2019
12.00am = oleh kerana hujan kuat dan sekitar masa 1 jam 45minit berlangsung. MHM berpendapat, tahap suhu air adalah sejuk, manakala permukaan air sungai menjadi tawar akan mengakibatkan ikan kurang bermain dipermukaan sungai pada spot pemancingan. Jelas bahawa jika kurang aktiviti ikan, target ikan utama juga menjadi sukar.
1.00am = MHM masih kekalkan formasi pemancingan, 30minit memeriksa umpan dan mengunakan baja ayam serbuk bagi taburan (rasuah) agar hadirnya ikan kecil bermain kawasan pemancingan ini.
2.00am = penelitian terhadap spot pemancing, tahap air kian menyurut juga dimana keruh yang bersederhana. Namun, suhu air terlalu sejuk. Ini membataskan pergerakan ikan kecil berinteraksi spot pemancingan ini.
3.00am = bersiap kemas peralatan pancing. Dan menamatkan sesi kali ini tanpa tangkapan ikan target yang diperlukan data tahunan ini.

S27/2019
Tarikh mula : 10.11.2019 Masa : 12.00am
Tarikh selesai : 10.11.2019 Masa : 8.00am
Lokasi : Tiang 4, Jambatan Gayang.
Pemancingan sempena siri ketibaan purnama penuh dalam bulan November. MHM mengadakan sesi pemancingan pengesahan lokasi utama dimana sejak 3 atau 4 bulan lalu, jambatan dan jalan raya sekitar lubuk pemancingan ini, lampu jalan raya pada waktu malam tidak menyala dikala waktu malam. Oleh itu, informasi kawan - kawan dan saya sendiri datang berjumpa botman Pacik Asang menyatakan telah 4 hari berlangsung lampu jalan dan kini Jambatan Gayang kembali pulih setelah pihak Majlis Daerah bertungkus lumus memperbaiki dan mempertingkatkan mutu fasiliti kemudahan asas dinyatakan.
MHM juga memilih tarikh pemancingan hujung minggu dan setelah pulihnya bencana alam kecil hujan dan angin kuat kawasan pantai barat selatan Sabah alami. Berikut adalah data yang diperlukan MHM bagi melengkapkan siri pemancingan pendek kali ini.
Manakala bagi tahap kecenderungan fasa interaksi dan coefficient, beriut adaah tahap dikala purnama yang hampir penuh berada dilangit Sabah.
Mengukur kemampuan sungai Mengkabong dan yang ini, MHM mengunakan graf tide4fishing dan mengabungkan data jadual air pasang dan surut dari Jabatan Meteorlogi Sabah. MHM mebut satu kesimpulan khusus agar pemancingan ini walaupun sedikit masa dogunakan tetap mengatur strategi pemancingan. Bagi pengenalan pula, pada siang hari Kota Kinabalu dan Tuaran dilanda hujan kuat beserta angin kencang. Setibanya dilokasi ini, terdapat 5 orang pemancing telah menjalankan aktiviti memancing di tiang 3, manakala tiang 2 tiada kehadiran pemancing. MHM memilih tiang 4 kerana tiada pemancing lain ketika ini.
10.11.2019
12.00am = 1.5m
Waktu ini, MHM selesai mengunakan 5 setpancing utama bagi menjalankan kerja lapangan bagi target ikan mega Barramundi. Tepat atas kepala bulan yang hampir purnama menyinari kawasan daerah ini. Air sungai telah memulai fasa surut, kemungkinan MHM datang lewat, kawasan ini telah didatangi bot dalam kegunaan rasmi penghantaran MHM sewa, maka tiada kedengaran ikan mega membuat dan mencari makan sekitar tiang 4 ini.
1.00am = 1.4m
Stiap sudut ada set pancing diletakkan. Walaupun arus sedikit kuat, MHM tetap melakukan sesi set pancing kedudukan pemancingan bottom melawan arus sungai yang surut. Masih tiada kelibat sang mega bermain, kelibat ikan kecil juga amat kurang. MHM melakukan rutin pemeriksaan umpan selaan 30minit.
2.00am = 1.2m
Air surut kian laju, formasi tetap kekal, sekitar masa ini, salah satu udang hidup tiger telah digigit sotong, menukar umpan segera. Tiada aktiviti ikan mega meletuskan air permukaan sungai.
3.00am = 1.1m
Air surut kian perlahan. Gangguan ikan kecilemakan umpan udang dimana terdapat semasa peneriksaan umpan hidup, kaki - kaki udang telah dimakan oleh ikan kecil. Masih juga tiada letusan daripada ikan mega. Fotmasi pemancingan masih kekal semua sudut lantai terdapat set pancing.
4.00am = 1.1m
Waktu ini, air sungai sekitar berada keadaan tenang, sedikit arus kecil seakan - akan surut masih mengalir. MHM berehat bagi merehatkan diri.
5.00am = 1.2m
Secara perlahan - lahan air pasang memulakan sesinya subuh. Tiada pergerakan ikan mega diperhatikan. Himpunan ikan kecil berada tadahan arus jyga kurang. Pada sekitar masa ini, gangguan ikan buntal memutuskan perambut dan pancing lain diganggu umpannya sotong lalu umpan mati.
6.00am = 1.2m
Air pasang bertali arus yang sangat lemah. Tiada kelubat ikan mega target. Terdapat banyak aktiviti ikan kecil dipermukaan air sungai. Sekitar masa ini, MHM mendapat ikan putih bersaiz 250gram.
7.00am = 1.3m
MHM berkemas pulang.
Modal pemancingan kali ini.
1. Umpan udang hidup = RM20.00
2. Sewa botman = RM5.00
3. Bateri= RM5.50

S28/2019
Tarikh mula :
Tarikh selesai :
Lokasi : Tiang Jambatan Kuala Penyu.
Pemancingan siri ke-28 dalam bulan November dikala hampirnya fenomena bulan gelap kali ke-11 dalam tahun ini.
Pemancingan dari MHM kali ini, membawa kembali pada spot pilihan utama iaitu daerah Kuala Penyu. Berikut adalah persediaan dan pembelian bagi melicinkan proses kerja lapangan sepanjang rancangan diadakan kali ini.
1. Umpan udang hidup = RM29.60 (setengah kilo)
2. Bateri saiz D = RM5.00
3. Minyak Ron95 = RM15.00
4. Makanan segera dan minuman = RM16.00
5. Sewa khidmat botman = RM10.00.
6. Ais batu = RM3.60
Pada kali ini, MHM sekali membawa seorang rakan sama hobi memancing ke daerah pilihan. Saudara JS suka cita mengikuti aktiviti ini dan kami bersetuju berbagi bayar beberapa perkara seperti Ron95 dan lain-lain. Bermula dari Rumah masing-masing, mengunakan kenderaan milik MHM. Sekitar jam 2.00pm bertolak terus ke daerah ini. Cuaca sekitar masa 3.15pm bermula dari jalan by-pass Penampang hingga Kawang terus ke persimpangan Benoni. Laluan persimpangan Membakut/Pimping hingga Binsuluk terus ke Kuala Penyu, daerah-daerah disebutkan mengalami hujan kuat. Setibanya sekitar 5.20pm kami menghadapi hujan kuat dan terus ke tiang Jambatan Kuala Penyu. Sebelum memulakan sesi pemancingan, suka benar MHM membuat rujukan dan kaji selidik rujukan efektif tide4fishing, dan jadual air pasang surut malah berkaitan juga catitan lama yang pernah MHM lakukan sebelum ini. Semuanya dirujuk agar mampu buat kerja lapangan yang sesuai dan licin dilaksanakan.
Pada kali ini, siri pemancingan dilakukan anggaran aktif coefficient dikra sangat tinggi, apa yang pasti rujukan major dan minor periods tide juga dikesan agar pemancingan dapat ditentukan dengan lebih lancar lebih efektif. MHM melakukan rutin seperti biasa pada kebiasaan sebelumnya, setiap penjuru lantai terdapat set khusus bagi target ikan Barramundi, dua set pancing berbaki digunakan sesi pemancingan ikan kecil. Manakala, saudara JS secara random dan mengikut arus pasang atau surut melakukan sesi pemancingannya.
Seperti jadual tertera, bermula senja dan air pasang berakhir sehingga sekitar 10.00mlm. Selebihnya surut secara perlahan-lahan. MHM siap memasang pancing sekitar 6.10pm, waktu tersebut kami hadapi hujan lebat, tiada kelibat sang mega berada spot tertentu dalam mengeluarkan letupan - letupan dipermukaan. Sepanjang hujan berlaku, MHM memancing ikan kecil bagi melengkapkan sesi pengenalan kawasan ini sama ada efektif kehadiran ikan kecilnya, mengunakan appolo set berbulu putih dan hijau, tangkas menipu sang ikan kecil seperti tulai, ikan putih kecil, dan banyak lagi.
8.20pm hujan kian reda dan tiada lagi. Namun begitu, terdapat suasana berangin membuatkan permukaan sungai berombak kecil. Air sungai dipermukaan sangat keruh, pasir putih kelihatan dalam arus ritma tersendiri.
8.50pm salah satu pancing milik saudara JS direntap pada sisi mengikut arus oleh ikan mega Barramundi skala saiz 2kg.
Dan sekitar 9.45pm sekali lagi pancing milik saudara JS dihinjut bersederhana pada posisi sisi menghadap tebing. Ikan berjaya didaratkan sekitar 1.5kg skala saiz.
Meneruskan sesi kami, sungai bertukar arus kepada surut. Satu jam selepas air surut bermula, MHM mengambil air sungai pada permukaan terdapat selut lumpur pasir kuning. Manakala pengambilan air sungai didasar juga perlu dan dapati juga keruh air selut bakau sedikit hitam. Ini adalah tidak baik bagi pemancingan ikan mega, dikala minor periods air sungai telah keruh oleh bahan lumpur bakau sungai ini. Impaknya, ikan mega tiada melakukan aktiviti rutin dan tidak kelihatan kawasan tempat ia mencari makanan.
24.11.2019
Berbincang dengan saudara JS kami meneruskan dengan tarikh baru dimasa tengah malam bermula, akan memancing selama 18jam berbaki. Dengan ini, Kami dapat memenuhkan tong simpanan ikan agar pulang dengan hasil ikan yang baik sama ada saiz kecil mahupun besar.
Maka, setelah kami bersetuju pada siang hari memancing selama 12jam. Menangkap sebanyak mungkin ikan untuk dijadikan stok musim tengkujuh. Bermula tarikh baru, hari ini kekal masih memancing ikan kecil mengunakan appolo. Sungai pada sisi surut kian menampakkan kepekatan air paya bakau, sangat hitam dan kurang permainan ikan kecil dipermukaan. 2.30am secara tiba-tiba lampu berkuasa tinggi yang menerangi jambatan ini terpadam tidak nyala. Hampir keseluruhan jambatan ini keadaan gelap gelita, di pusingan bulatan berhampiran stesen minyak Petronas sahaja menerangi jalan raya kawasan tersebut.
Tiada kelibat sang mega meletupkan air sungai. Tiada juga ikan jutaan mengelilingi tiang jambatan ini. Maka inisiatif kami berehat sekwtika melelapkan mata. Sekitar 6.30am memulakan sesi pemancingan apolo buatan sendiri, mengunakan umpan udang mati dipotong kecil. Banyak juga hasil, tetapi ala kadar. Formasi memancing ikan selunsung kekal, namun tiada tanda-tanda ikan mega menghadirkan diri kawasan ini. 4.00pm kami berkemas untuk pulang kerana banyak gangguan ikan buntal waktu sekitar tersebut. Berikut adalah hasil pemancingan kami adakan.
Kali ini, rezeki saudara JS berhasil dapatkan ikan mega selunsung. Manakala, MHM berhempas pulas mencari ikan kecil dan terdapat juga saiz baik. Berikut adalah hasil tangkapan bersederhana.
Pertama kali mendapat ikan buna (telinga gajah) syukur.
Memorendom Rasmi.
Seperti surat rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah, terdapat dua lokasi disahkan menghadapi ancaman semulajadi iaitu Air Merah. Berikut adalah surat dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi kawasan terjejas agar lebih penduduknya berhati-hati dalam memakan hasil laut.
Bagi kurang tempoh 2 minggu selepas daerah Kuala Penyu dan sekitarnya alami Air Merah. Kini, sungai mewakili daerah Tuaran iaitu perairan sungai Mengkabong hinggalah ke muara Tanjung Badak telah alami musim ancaman semulajadi ini.
Oleh kerana dua daerah ini telah menerima fenomena alam ini. Dalam sketsa Musim : Hitam atau Putih menerima impak secara langsung. Pemburuan Barramundi pada lokasi terpilih berkemungkinan terjejas dalam tempoh masa yang panjang.
Lawatan 2 lokasi pemancingan pilihan MHM
Oleh kerana surat amaran telah dikeluarkab oleh pihak berwajib, MHM segera membuat kemas kini perincian sungai yang pernah dijadikan set lengkap dokumentasi kerja lapangan memburu ikan idaman sang Barramundi. Fasa pertama musim Red Tide dikenal pasti berikut adalah gambar-gambar rujukan sempena kejadian air merah berlangsung.
Fasa awal.
Tarikh : 12.12.2019
Lokasi : Jambatan Gayang Tuaran
Fasa awal jelas kelihatan perairan sungai Gayang didapati air keruh kehijauan. Peringkat bermula dimana air ini sebaran dari PSP kerang - kerangan dan lain - lain sumber mengakibatkan kejadian ini berlangsung.
Gambar diambil pada sisian kawasan jeti Pak cik Asang.
PSP Hijau air, peringkat Fasa awal kejadian air merah bakal berlangsung.
Perairan kawasan jeti pelancongan, jiran sebelah Jeti Pak cik Asang.
Fasa awal
Tarikh : 12.12.2019
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Lokasi perairan Teluk Salut hinggalah ke sungai Kaping. Jua menerima impak pemula Air Merah. Berrikut adalah gambar. Sempat diwartakan.
Kelihatan juga air red tide pemula keruhan hijau merebak kawasan ini.
Gambaran diambil ketika tengah hari matahari memancar terik.
Keruhan Air pemula Red Tide Dis 2019.

Lawatan spot pemancingan MHM kali ke-dua fenomena Air Merah.
Secara amnya, kejadian air merah adalah perakara yang tidak boleh diambil ringan, beberapa kes berat telah dilaporkan terdahulu fenomena ini berlangsung pernah meragut warga Sabah yang kurangnya pengetahuan tentang bahana fenomena ini. Namun begitu, sebagai salah seorang pemancing adalah dedikasi MHM wajib berkongsi cara dan data akan catatan dan pemerhatian moga berakhirnya musim air merah ini direncanakan bersiri dan berkongsi kelak agar semua orang mampu melakukan rutin hobi dengan baik dan yakin. Berikut adalah gambar-gambar yang membantu sesi mengenal pasti fenomena ini berlangsung agar dapat ketahui tahap kualiti sungai mampu menghadirkan banyak subjek dan data membantu agar kelak fenomena ini berakhir dapat ketahui jumlah harian digunakan musim ini berlangsung. (tarikh lawatan MHM pada setiap gambar dinyatakan).
Suasana Jambatan Gayang Tuaran dan dari perkarangan Jeti Pacik Asang.
Tahap warna air pada sisi tadahan air arus pada jeti apungan.
Walaupun tidak seteruk 2014/2015 air merah kali ini tetap memberikan keruhan air yang meragukan untuk target ikan pancingan mega.
Sebagai pemancing adalah perlu peka dan sensetif pada spot pilihan anda pilih, kenali sungai dan perlu tahu tahap cenderung interaksi penghuni sungai sekitar pemancingan anda lakukan kerap. Berikut adalah senarai cara MHM mengenal pasti kualiti air merah dan ketahui bahawa kurangnya ikan mega pada spot pemancingan ini.
1. Perhatikan setiap gambar, terdapat warna air hijau keruh yang padat.
2. Walaupun keruh, terdapat jernihan permukaan, setiap gambar pernah kongsi sebelum ini adalah tempat bermainnya anak ikan kecil berteduh arus dan mencari makan pada sisian jeti. Nyata amt kurang dan tidak kelihatan. Hanya anak ikan julung-julung sahaja ada pada sekitaran jeti ini.
3. Perhatikan pada sisi tong drum, tali jangkar atau bot. Akan terdapat lumut dan lumpur berpaut kuat dengan statik subjek. Jika air sungai yang sihat, lumpur dan lumut amat kurang dan tidak terlalu banyak.
4. Tahap air merah kali ini adalah aras berjaga-jaga. Tidak dibenarkan memakan hidupan bercengkerang dan merayap dan berpaut pada sisian tiram atau apa sahaja statik kawasan.
Lawatan ke lokasi Jeti Ameng.
Tarikh yang sama lawatan ke Gayang, kali ini juga mencari maklumat penting sesi fenomena air merah dikawasan spot pemancingan ini.
Berbeza dengan perairan Jambatan Gayang, air sungai sekitar Jeti Ameng dilanda musim hujan dan akibatnya terlalu keruh lumpur air darat ditambah lagi air merah. Sebagaimana dalam gambar diberikan suasana permukaan air sangat kurang ikan kecil yang kerap nampak bermain dipermukaan kini amat kurang berinteraksi pada masa - masa tertentu.
Jelas ketara, tadahan ini dahulu amat banyak ikan bilis sungai dan kembura boleh nampak bermain main pada tadahan kawasan ini.
Pemerhatian bahwa air sungai waktu ini keruh lumpur dan air merah (hijau tua) pada aliran sungai ini.

S29/2019
Tarikh : 26.12.2019
Masa : 5.30pm - 7.45pm
Lokasi : Jambatan Yayasan Sabah
Pemancingan sempena fenomena Gerhana Matahari, MHM telah melawat spot - spot pemancingan pilihan masih terjejas akibat air merah melanda sungai - sungai seperti diwartakan oleh Jabatan Laut Negeri Sabah. Oleh demikian, MHM membuat pemancingan santai dimana kali ini mengambil masa sekitar 2 - 3jam sahaja. Berikut adalah sumber rujukan dan pemancingan sempena anak bulan terakhir dalam tahun 2019.
Manakala, tahap coefficient juga diambil kira bagi memastikan kolibrasi pemancingan kali ini dapat dilakukan dengan yakin baik.
Jika merujuk pada jadual air pasang surut keluaran jabatan meteorlogi Negeri ini, pada massa pilihan MHM adakan pemancingan dimana kondisi kedalaman sungai pilihan pada waktu 5.30pm - 8.00pm hanya ukuran 1.5-1.7m sahaja. Ianya baik untuk sesi pemancingan statik. Manakala jadual dibawah rujukan pada masa pilihan terdapat aktiviti ikan didalam graf masa memancing MHM adakan.
Oleh kerana kali ini pemancingan santai, ketika ini tiada pemancing lain hadir untuk memancing kawasan ini. Pada masa ini kenderaan lalu lalang agak sibuk dan lancar. MHM membeli dua ekor umpan udang hidup saiz RM1.00 seekor dan membawa hanya dua set pancing sahaja.
Sepanjang masa pemancingan, tiada gangguan dan tiada kelibat ikan kecil pada masa priod tide berlangsung. Sungai ini agakkotor kerana terdapat banyak sampah hanyut mengikut arus pasang. Namun begitu, terhadap pemerhatian MHM lakukan ialah kondisi air sungai yang mana kabut gelap persekitaran sungai ini.
Oleh kerana masa memancing telah ditetapkan 7.45pm MHMberkemas pulang, umpan hidup amat segar dan masih hidup. Tiada gangguan dan kelibat ikan mega hador kawasan ini. Tiada tangkapan dan pemancingan MHM kali ini pulang tanpa ikan target.
Berikut adalah lokasi pilihan kekal MHM untuk pancingan ikan Barramundi 2019.
1. Jambatan Gayang Tuaran. (JGT)
2. Jeti Ameng Sepanggar. (JAS)
3. Jambatan Kuala Penyu. (JKP)
4. Jambatan Yayasan Sabah. (JYS)
Peralatan dan teknik
MHM masih mengekalkan teknik utama 'bottom fishing' dimana peralatan masih juga dikekalkan iaitu:
Set 1 = Rod ATC Vanguard PE 2-4, Reel Rodford Chazer 5K, Iguana Braided 150lbs.
Set 2 = Rod Salta 68 RodFord PE 1-3, Reel Rodford Chazer 5K, Iguana braided 85lbs.
Set 3 = Rod Salta 68 Rodford PE 1-3, Reel Rodford Chazer 5K, Iguana braided 85lbs.
Set 4 = Rod Monster Buster Viper 10-16lbs, Reel Tica Screamstar 4500, Iguana 85lbs.
Oleh kerana Stok peralatan tambahan iaitu matakail dan perambut masih mencukupi, saya akan mempertingkatkan lagi dalam pengunaan produk lainnya kelak setelah kehabisan dua item tambahan ini.
![]() |
Matakail Expert EJ-35 saiz 1/0 |
![]() |
D.A.M Fluorocarbon 50lbs |
Sumber rujukan bagi panduan pemancingan MHM adalah Jadual air pasang surut pada 3 jenis sumber iaitu Kota Kinabalu, Victoria Island (Labuan) dan Merudu Bay. Manakala sumber rujukan internet adalah tide4fishing serta rujukan catatan peribadi tahunan dari sejak 2013 hingga kini juga digunakan dalam sesi 2019.
********************************************
(Perancangan pemancingan S1/2019, catatan 30.12.2018)
(Perancangan pemancingan S1/2019, catatan 30.12.2018)
Oleh kerana sesi pertama untuk pemancingan 2019, pada tarikh yang sesuai juga SBHG telah memilih pada sesi yang sesuai sinomin dengan pemburuan ikan idaman ini. Lokasi utama dimana MHM berpeluang memancing dilokasi Jambatan Gayang Tuaran bersama semua ahli SBHG untuk Pancing Santai sesi kedua kumpulan ini adakan.
Berikut perancangan MHM memilih pendataan yang sesuai pada kali ini.
Merujuk pada gambar diatas adalah 'screenshoot' daripada jadual air pasang surut Kota Kinabalu yang rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Meteorolgi dalam Sabah. Apa yang penting sekali adalah tarikh tersebut adalah tepat pada 5hb - 6hb. Januari 2019 ialah Anak Bulan berfasa gelap. Sinomin dengan pemilihan masa ini juga adalah pengenalan bagi kecenderungan ikan pada tahap air pasang yang sangat tinggi pada satu - satu spot pemancingan terpilih, membuatkan peluang mengenali ikan target lebih jitu.
Oleh kerana tarikh telah ditetapkan, maka rujukan seterusnya adalah berkaitan tentang 'Solunar activity'. Jelas pada gambar dibawah adalah jadual dari tide4fishing menyatakan rangkaian aktiviti ikan tinggi, manakala pada bahagian Coefficient juga pada dua tarikh cadangan adalah 77% & 78% bagi dua tarikh punyai satu malam 12 jam. Tarikh dikemukakan adalah baik untuk aktiviti riadah pancingan yang sesuai kelak.
Pada masa yang sama MHM gemar merancang tentang kesesuaian masa bersyarat dimana terdapat dua atau tiga tempoh satu malam berada kawasan spot merujuk pada bahagian Major Periods dan Minor Periods. Hal - hal ini adalah berkait rapat dengan suasana spot pemancingan dimana akan menerima aktiviti yang banyaknya sama ada ikan kecil atau ikan mega menghampiri kawasan pemancingan pilihan kelak. Gambar rajah dibawah adalah kesesuaian masa untuk fokus dalam memancing ikan target.
Seterusnya gambar rajah dibawah ini adalah tentang aktiviti yang tampak tinggi kebarangkalian ikan bersuasana renang bebas pada kawasan pemancingan air sungai yang bergraviti pasang surut dengan masa yang disarankan pada satu - satu ketika dalam satu malam yang baik. Manakala dalam pola graf tersebut juga MHM gemar memilih pada tarikh yang punyai aktiviti ikan bertanda hijau tua dalam graf. Ianya adalah ramalan kehadiran ikan mega bersaiz luar biasa pada satu - satu spot secara puratanya.
Bagi semasa memancing, selain mengunakan jadual air pasang surut Kota Kinabalu, MHM juga kerap mengunakan graf gambar rajah dibawah agar panduan semasa fokus pemancingan ikan target dapat ditentukan pada masa - masa yang diperuntukkan pada yang ditetapkan. Seperti yang kita lihat gambar dibawah, terdapat siri siang dan malam hari. Maka terdapat kolum - kolum yang memisahkan masa mengikut jam dan tahap kedalaman air sungai, juga kita nampak satu lakaran garisan melintang dalam rencana ramalan air pasang atau surut mengikut peredaran Bulan mengelilingi Bumi. Selain itu juga, ada Solunar activity didalam graf ini, maka mudah MHM membuat pemancingan secara ringkas dan teratur.
Gambar diatas seperti yang tertera bertarikh 5hb. Januari 2019, rujukan MHM bermula pada sekitar hadir lokasi pemancingan pada masa 5.00pm, kaedah terbaik semasa memancing adalah kenal pasti tempoh masa air pasang dan semasa air surut. Kesesuaian kedalaman sungai dan arus sangat dititik beratkan agar spot pemancingan menerima impak arus semasa surut sangat kuat pada tengah malam.
Manakala gambar dibawah adalah jadual bertarikh 6.1.2019, rujukan MHM hanya bermula 12.00am hinggalah 8.00am waktu tempatan. Bermula 11.00pm 5.1.2019, air surut perlahan hinggalah pada sekitar 1.00am impak tekanan air sungai menyusut surut yang laju. Adalah penting bagi MHM memilih spot pancingan tepat semasa fenomena pasang dan surut yang sesuai.
Gambar rajah dibawah adalah kondisi tahap penata cahaya daripada Bulan pada tarikh dinyatakan untuk pergi memancing, adalah perlu ketahui setiap pra-fungsi fasa - fasa Bulan punyai sifatnya tersendiri dalam memberikan impak hukum alam mengikut prasa Bumi mengelilingi Matahari dan Bulan mengelilingi Bumi dan Matahari sekaligus memberikan kesan baik untuk alam fauna berinteraksi dengan penghuni liarnya sama ada alam hutan ataupun alam didasar air semulajadi.
Bagi MHM, adalah perlu konteks dalam mengisi setiap masa semasa malam hari memancing, kadar untuk beraktiviti, membuat pengamatan, dan memerincikan suasana bagi catatan - catatan yang boleh dikaitkan dengan cara pemancingan moden ini berikutan berdepan alam fauna semulajadi agar ikan yang bakal ditarget dapat dipancing dengan jayanya.
Akhir sekali MHM perlu ketahui pada tarikh dipilih, membuat rujukan alternatif catatan - catatan lama akan ikan - ikan yang berada dalam sungai yang dipilih untuk sesi pemancingan kali ini. Biasanya, MHM sedaya upaya mengambil kira tentang kehadiran ikan kecil yang memasuki muara sungai kerana waktu - waktu ini menguatkan lagi keyakinan memancing mampu mendapatkan tangkapan ikan yang lumayan.
Musim - musim ikan kecil perlu dirujuk datanya kerana sesebuah sungai yang pemangkin sihat dan semulajadi memberikan kehadiran ikan bersaiz mega berkali - kali pada spot - spot tertentu yang mana ikan - ikan ini kerap rutinkan mengikut teras air pasang surut samada berteduh arus atau membuat pemburuan dietnya si ikan kecil sekitar spot - spot yang efektif.
S1/2019
Tarikh mula : 05.01.2019 Masa : 5.50pm
Tarikh selesai : 06.01.2019 Masa : 8.30am
Lokasi : Tiang 2, Jambatan Gayang Tuaran.
Bermula sekitar jam 4.30pm membeli umpan 1/2kilo udang putih hidup, tiba lokasi pemancingan jam 5.00pm. Bersama - sama dengan Mr. Hillary dari team SBHG, kami memilih tiang 2 sebagai spot pemancingan ikan target ini. Lemas kini peralatan selesai keseluruhan 6 set utama target Barramundi milik Saya dan Hillary punyai 6 set utama . Pada sekitar 6.30pm tiang 2 didatangi 9 orang pemancing lainnya dan kini jumlah 11 orang pada masa tersebut. Manakala, ahli SBHG lain turut hadir ialah Saudara Matt dan saudara Johari memilih spot tiang 4.
Air pasang perlahan sekitar masa 7.00pm hingga 10.00pm, pada masa 8.05pm salah satu pancing milik Hillary menerima tarikan ikan mega target, namun ikan lucut dari matakail. Pada sekitar jam 9.50pm ternampak kelibat ikan kecil dipermukaan air bermain - main. Suasana air sedikit tenang dan beberapa ikan Barracuda tampak bersiar - siar sekitar spot tiang 2. Pada suasana tenang ini, arus sangat perlahan - lahan dan pada permukaan sungai banyak sampah hanyut. Beberapa sampah menyangkut pada tali utama pancing kami. Pada tali utama saya, terdapat lendir lumpur yang sangat banyak, ertinya pada kedalaman sekitar 1.8/1.9m tanpa hujan pada siang hari, air berkeladak lumpur.
Sekitar jam 11.00pm, air mula berpatah balik surut, 3 orang pemancing pulang. Saya dan Hillary membuat formasi kembali menetapkan kedudukan stabil set pancing kami. Sekitar 12.00am, 6 orang pemancing juga pulang. Kini saya dan Hillary sahaja di tiang 2 jambatan Gayang. Jam 1.30am air sungai berarus laju hingga jam 4.45am air menyusut sekitar kedalaman 0.4/0.5m waktu ini. Pada jam 6.30am, pancing milik Hillary menerima tarikan ikan kerapu bersaiz sederhana.
Keputusan tarikh memancing kali ini, balik tanpa tangkapan ikan target. Kesimpulan juga, walaupun ikan terlepas dari matakail, kondisi air sekitar 1.6/1.7m sangat efektif untuk memancing ikan target.
Peruntukkan biaya memancing S1/2019
1. Umpan udang hidup = RM29.00
2. Ais beku = RM1.00
3. Bayaran Botman = RM5.00
***************************************************
S2/2019
Tarikh mula : 7.1.2019 Masa : 8.00pm
Tarikh selesai : 8.1.2019 Masa : 12.30am
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Kelapangan masa membuatkan diri ingin mencuba nasib untuk memancing dilokasi ini bagi target ikan idaman. Membeli udang hidup 6 ekor sahaja dan mengunakan 4 set pancing sahaja. Selesai menentukan pancing pada posisi spot di jeti bertiang lokasi ini. Pada air pasang sederhana laju tampak kelibat ikan kecil bermain atas permukaan air.
Pada gambar diatas, ianya rujukan bagi peringkat Minor Periods pada sesi malam hari iaitu cadangan masa dalam gambar ialah 19.18pm hingga 20.18pm 7.1.2019. Rangkaian air pasang sederhana laju ini menjalinkan fauna dan hidupannya dalam memeriahkan spot pancingan.
Semasa memancing, dalam suasana spot ini kedalaman sungai jeti ini sangat baik, cuma sebilangan kecil sampah plastik botol dan lain - lain ikut mengalir hanyut dalam sungai. Ada pun kelibat ikan mega juga belum tampak membuat sesi rutinnya meletupkan permukaan air wakti ini. Sekitar jam 9.20pm salah satu pancing telah disentap kuat. Memeriksa kembali dapati udang umpan telah hilang, perambut keadaan baik tanpa kerosakkan, apa yang pasti ianya ikan mega yang berjaya mencuri umpan. Kebiasaan ikan ini adalah skala kecil dalam lingkungan 2.0kg kebawah kerana punyai rongga mulut yang masih kecil tidak mampu telan keseluruhan umpan lalu memberikan impak renangan kuat maka umpan udang terlepas dari matakail.
Selepas dari itu, terdapat satu letupan kuat pada tukun tengah - tengah jeti ini. Ianya sememangnya barramundi yang mengejar dan menyambar dietnya, waktu kemuncak sungai ini pada posisi kedalaman 2.0m 11.30pm.
Selesai pada tengah malam, saya menghimpunkan peralatan dan kembali kerumah tanpa tangkapan ikan mega pada sesi 4jam ini. Berikut adalah senarai pengunaan modal sesi S2/2019
1. Bayaran kemasukkan Jeti = RM15.00
2. Umpan udang hidup (6 ekor) = RM6.00
**************************************************************
S3/2019
Tarikh mula : 21.1.2019 Masa : 8.00pm
Tarikh selesai : 22.1.2019 Masa : 7.00am
Lokasi : Tiang 4, Jambatan Gayang Tuaran.
Untuk pancingan mengikut rancangan musim kali ini, MHM sekali lagi membina plot dalam membuat sesi hobi memancing dilokasi ketetapan umum, mengikut tatacara, kelengkapan peribadi alatan dan tarikh dan masa sesuai adalah penting juga mengetahui setiap strategi yang bakal ditautkan dalam sesi kali ini. Gambar rajah dibawah dimana 100% tahap kecerahan purnama berlangsung usia 15hari dalam 2019.
Oleh kerana tahap kecerahan purnama malam kali ini adalah baik, MHM merujuk juga pilihan dalam coefficient yang ideal untuk pancingan target. Terdapat 21hb hingga 23hb merujuk gambar dibawah yang mana melebihi 100% coefficient yang sesuai dalam rancangan kali ini.
Rujuk aliran arus juga sangat penting, gambar rajah dibawah adalah jadual air pasang surut bagi Kawasan Kota Kinabalu. Pada carta aliran ini, bertarikh 6.00pm 21.1.2019 hingga esoknya 22.1.2019 pada 7.00am air pasang besar pada malam senja dimana ukuran 2.2m adalah air pasang akhir berinteraksi dengan suasana sungai. Sekitar 11.40pm adalah aktiviti air mulai mengatur surut, hingga sekitar 1.15am impak air surut sangat laju dan air surut akhir pada sekitar 6.30am adalah tenang dengan kedalaman 0.2m.
Jadual air pasang surut dirujuk bagi memastikan setiap perancangan pemancingan lebih teratur, merujuk pada lampiran diatas pada 21hb apabila senja air dalam skala sesuai untuk pemancingan target, apabila waktu tengah malam kemuncak air pasang pada tahap 2.2m sekitar 11.30pm dan segera air menyinsing surut sederhana hinggalah pada 1.15am air surut terlalu laju hingga 4.50am.
Gambar diatas adalah pemandangan terbit matahari. Dalam sepanjang harian memancing, modal sarana adalah:
1. Bateri RM5.00
2. Ais pek kecil RM1.00
3. Umpan udang hidup RM29.00
4. Bayaran khidmat bot RM5.00
********************************************
S4/2019
Tarikh mula : 26.1.2019 Masa : 6.00pm
Tarikh selesai : 27.1.2019 Masa : 5.00pm
Lokasi : Jambatan Kuala Penyu
Trip pancingan kali ini MHM terjah tanpa perancangan rapi, namun begitu persediaan untuk sesi pemancingan seperti sebelumnya juga tak banyak perubahan dari segi peralatan dan teknikal semasa memburu ikan target. Satu hari yang panjang dalam sesi kali ini selama 23 jam memancing pada lokasi statik spot tiang jambatan Kuala Penyu.
Persediaan yang kerap adalah memastikan kenderaan dalam keadaan baik. Minyak mencukupi dan berikut adalah senarai sesi pengunaan dana pemancingan S4/2019.
1. Petrol Ron 95 = RM50.00
2. Umpan udang hidup = Rm29.00
3. Bateri saiz D = RM14.50
4. Makan dan minum = RM8.50
5. Sewa bot penghantaran ke tiang = RM10.00
6. Ais beku (besar) = RM3.80
Setibanya MHM dilokasi ini, kawasan lingkungan pemancingan telah menerima hujan renyai dan angin bertala sederhana, tahap warna sungai sedikit kabut dan kurang bermain ikan kecil pada spot - spot tertentu. Pada malam hari, 12 jam tanpa gangguan ikan mega yakni umpan hidup dalam keadaan baik. Namun, setiap 2 jam keadaan udang hidup kerap lemah, memaksa saya menukar umpan hidup pada pancingan utama.
Apapun rujukan saya pada jadual air pasang surut bahagian perairan Pulau Labuan sangat baik. Dibawah adalah rujukan tide4fishing agar pada setiap selaan jam dapat fokus untuk memujuk ikan - ikan yang berada kawasan tersebut.
Merujuk pada gambar diatas adalah tahap kecerahan pada bulan apabila usia 20 hari maksudnya kecerahan purnama mengurang hingga ke fasa anak bulan pada 10 hari mendatang. Terdapat 70% kecerahan bulan ini apabila diposisi perairan Labuan hinggalah kawasan Kuala Penyu. Ini penting dalam membantu data - data rujukan agar MHM merasai kecenderungan fenomena alam semula jadi berinterkasi alam angkasa raya.
Manakala rujukan saya seterusnya adalah 23 jam dalam meneliti jadual air pasang surut dikawasan ini, dua gambar rajah dibawah adalah kesinambungan dua hari yang berlainan tarikh dan hari.
Dalam meneliti dan memainkan peranan dalam sesi pemancingan target, kondisi dan kepekatan air sungai juga diambil kira, dalam istilah kondisi, keutamaan MHM akan memeriksa dua faktor utama iaitu warna air sungai, dan suhu air sungai. Konteks ini sangat perlu bagi memastikan kecenderungan ikan kecil dan besar berada posisi spot yang terjangka apabila ikan - ikan ini meneroka kawasan pemancingan.
Kondisi air pada talaan masa
6.00pm = air kehijauan / suhu suam
10.00pm = air jernih / suhu sejuk
2.00am = air sedikit keruh / suhu medium sejuk
6.00am = air hitam keruh / suhu sejuk
10.00am = air hitam / suhu suam
2.00pm = air hijau / suhu suam
4.00pm = air hijau keruh / suhu suam.
Pemerhatian semasa memancing
Pada malam hari 12 jam tanpa hinjutan strike. Pada sekitar awal pagi juga tanpa strike ikan mega. Hinggalah pada sekitar 12.50pm bertarikh 27.1.2019 seekor ikan Barramundi berjaya dipujuk. Cara terbaik semasa memburu pancingan ikan target ini, MHM punyai 4 set kukuh sama ada melawan arus dan ikut arus semasa berada spot statik telapak tiang jambatan ini. Setiap sudut pile cap ada set pancing tersendiri. Dua set merentas arus kuat manakala dua set mengikut arus tadahan.
Keputusan,
Ikan berjaya dipujuk ini pada posisi ketika air pasang, set pancing yang berjaya adalah salah satu yang merentas arus air pasang yang sederhana waktu itu, mengunakan tayar terpakai, diikat tali kekuatan 1000lbs (tali kerbau), manakala set pancing juga diikat pada klip keselamatan agar tidak hilang jika dihinjut ikan mega, sekitar 12.45pm, saya berehat melelapkan mata, tidak diketahui pancing ini telah menerima hinjutan ikan, tayar, pancing tergantung pada sisi lantai jambatan, mujurlah brided dan perambut utuh digunakan ikan berjaya dilemahkan segera.
Berat rasmi ikan kali ini adalah 4.58kilogram. Manakala bagi ukuran rasmi adalah seperti gambar rajah dibawah.
Mengunakan pita pengukur, panjang ikan B0096 ini adalah 745 milimeter. Manakala lilitan ikan adalah 434 milimeter. Syukur alhamdullilah, walaupun hasil kali ini sederhana, rasa berterima kasih sangat tinggi diberi kesempatan untuk menerima rezeki yang baik.
Secara rasmi ikan ini adalah nombor tag B0096 dan data gambar adalah JKP14. Bagi sesi jual dan beli, terima kasih pada Mr. Ah boon membeli ikan dengan harga Rm115.00.
***********************************************************
Perkakasan baru (perambut batu pancing MHM)
Tarikh : 3.2.2019
Kedai : Rich Trading Inanam.
Harga jumlah : RM18.00
Senarai alat belian :
1. Bossna swivel
2. Berkeley vanish line
3. K-Fish snap
Barangan diatas dibeli atas perkara membantu semasa perambut mata kail mudah mengikut arus air dan tidak berkulut sesama perambut mata kail dan tali utama pancing. Kesesuaian juga dimana kekuatan adalah kecil dicirikan, ini kerana jika perambut batu pancing terlalu kuat apabila tersangkut risiko didalam air, adalah sukar melepaskan perambut batu semasa pemancing, maka adalah saranan baik jika perambut batu pada talaan 30lbs sahaja.
**************************************************************
S5/2019
Tarikh mula : 4.2.2019 masa : 6.05pm
Tarikh selesai : 5.2.2019 masa : 8.00am
Lokasi : Tiang 2, Jambatan Gayang Tuaran
Febuari bertandang sesi awal bulan kali ini juga bagi kehadiran sesi Anak bulan dikawasan lingkungan Kota Kinabalu Sabah. Memilih lokasi Tiang 2, mengunakan set khusus dan secara teknikalnya cara terdahulu juga digunakan. Berikut senarai belian kelengkapan semasa memancing S5/2019 kali ini.
1. Ais beku saiz kecil = RM1.00
2. Umpan udang hidup = RM28.00
3. Bayaran sewa bot = RM5.00
Merujuk juga laman sesawang tide4fishing, kemeskian adalah tahap malapnya bulan pada malam hari.
Untuk pemancingan kali ini, MHM akan berusaha dalam memenuhi 2 hari pemancingan, 4hb hinggalah 6hb Febuari. Namun hanya waktu pilihan malam sahaja ingin mencari ikan target utama ini. Berikut adalah sumber rujukan MHM.
Berpandukan rajah diatas, pilihan keutamaan adalah sesi anak bulan, merujuk juga Coefficient adalah sinomin pilihan tidak kurang 75%.
Semasa memancing, spot tiang 2 ini sekitar 7.50pm didatangi 2 orang pemancing tempatan. Manakala Tiang 3 sekitar 5 orang memancing dan tiang 4 masih tiada pemancing memilih ke sana. Bagi aktiviti didalam sungai, tedapat beberapa bot nelayan yang ingin melabuhkan pukat pada kawasan tiang 4.
Keputusan
Semasa air pasang sekitar terbenam matahari, kelibat ikan mega kelihatan pada tepian sungai. Maka, adalah mudah bagi memujuk ikan ini jika mereka berhampiran dengan spot tiang pilihan. Beberapa letupan atas permukaan air kemungkinan ikan mega menyambar ikan kecil sekitar tebing sungai. Mengunakan kelebihan batu pancing, MHM kerap membunyikan batu pancing diatas permukaan air agar ikan mega terangsang menghampiri sekitar tiang jambatan. Maka sekitar 7.26pm, MHM memperolehi seekor ikan mega. Berikut adalah data yang diambil daripada ikan ini.
Berat ikan adalah 2.04kg
Manakala ukuran ikan juga diambil dimana
Panjang ikan adalah 560 milimeter, serta lilitan badan 362 milimeter.
Demikianlah ikan target pada kali ini diperolehi dengan keberkesanan teknik dan mengikut carta air yang sesuai. MHM mengambil gambar kenangan bersama dengan ikan ini dan bagi data gambar adalah JGT42, manakala nombor bilangan ikan adalah B0097.
**************************************************************
S6/2019
Tarikh mula : 5.2.2019 Masa : 6.00pm
Tarikh selesai : 6.2.2019 Masa : 3.00am
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Pada asalnya MHM ingin memancing kembali di Jambatan Gayang Tuaran, namun kepadatan kenderaan meletak kereta di Jeti Pak cik Asang malah kesemua tiang - tiang jambatan dipenuhi kunjungan pemancing tempatan, faktor cuti umum ini sememangnya meriah, lalu MHM segera memilih spot kedua iaitu Jeti Ameng Sepanggar.
Hampir penuh juga orang berkunjung lokasi jeti Ameng, MHM memilih spot jeti Apungan. Mengunakan 4 set pancing utama. Dan teknik serta perancangan juga tiada beza. MHM membeli kelengkapan seperti berikut.
Ais beku = RM2.00
Umpan udang Hidup = RM12.00
Bayaran sewa jeti = RM15.00
Memandangkan perancangan bertukar lokasi, MHM sedikit kesukaran dalam mencari tindak tanduk kelibat ikan mega dilokasi ini. Mengamati suasana sekitar perairan di jeti ini. Kurangnya ikan kecil bermain atas permukaan air. Tiada pergerakan bebas ikan mega sejak mulanya melabuhkan pancing hinggalah pada tengah malam.
Seperti biasa MHM merujuk tide4fishing dan jadual air pasang sesuai bagi memastikan sesi dapat definasi dan praktikal.
Melihat pada gambar rajah diatas, adalah tahap coefficient pada sesi daerah lingkungan Kota Kinabalu, kesesuaian juga sempena fasa Anak Bulan pada kali ini. Manakala rajah dibawah adalah bagi jadual perjalanan bagi aliran keseluruhan carta air pasang surut.
Cuaca semasa memancing lokasi ini berkeadaan baik, pada siang hari kawasan lingkungan Sepanggar tiada menerima hujan sekata. Air sedikit suam dan jernih kehijauan.
Keputusan
Oleh kerana pada sekitar jam 6.00am lokasi jeti ini akan menerima tahap cetek melampau, ketidak sesuaian teknik pengumpanan dan arus surut kuat. Maka MHM hanya berkampung dilokasi ini selesai pada 3.00am sahaja. Tiada tangkapan ikan target dan kepuasan mencari data adalah maksima.
Berikut pengalaman lalu jika Jeti Ameng berada tahap cetek kurang 0.3m, kelihatan keseluruhan tukun - tukun pada lingkungan bawah jejambat dan posisi tengah kawasan ini.
**************************************************************
S7/2019
Tarikh mula: 19.2.2019 Masa: 12.00pm
Tarikh akhir: 19.2.2019 Masa: 3.00pm
Lokasi: Jambatan Kuala Abai, Kota Belud
Setelah 14hari berlalu dari kiraan anak bulan, hari kali ini adalah malam kepurnamaan penuh bagi kali kedua bulan penuh tahun 2019. Dalam pemerhatian dan pembacaan, saya menyedari beberapa fakta tentang kehadiran fenomena Supermoon dengan cara mengenal pasti rujukan jadual air pasang surut dan laman sesawang tide4fishing. Tentang cara pemastian fenomena ini pada tarikh tibanya kepurnamaan ini, akan terdapat aktiviti kuat yakni air pasang surut kawasan yang mengalami fenomena ini. Dalam konteks ini merujuk pada jadual air pasang surut, akan ada bacaan tepat dan kedalaman sungai luar biasa dari kejadian-kejadian sebelum ini.
Apa yang MHM cuba sampaikan, apabila sumber rujukan tersebut dimanfaatkan, jesteru kiraan tepat dan kesesuaian melayani hobi memancing juga kita dapat tentukan. Namun, rujukan lain juga perlu diambil kira, iaitu pahaman dan lisan orang yang lebih arif seperti pertemuan kami dengan saudara Johari dan Pak cik Asang di jeti berhampiran jambatan Gayang tengahari 16.2.2019, perkongsian pengalaman dimana Pak cik Asang mengatakan kawasan pinggiran laut bermuara Tanjung Badak, terdapat musim udang kecil yakni udang bubuk. Secara terusnya, saya mengilhamkan bahawa jika merutinkan hobi memancing kawasan Jambatan Gayang, ia amat sukar untuk mendapatkan ikan mega sang selunsung.
Maka, dengan itu saya berperanan dan mencuba eksplotasi kawasan baru pada tarikh siang 19hb. Febuari ini dilokasi pemancingan Jambatan Kuala Abai, Kota belud.
Seperti gambar diatas adalah rujukan kawasan pemancingan MHM ingin adakan, dalam jadual tersebut sekitar jam 12.00pm hingga sekitar jam 2.50pm terdapat rangkaian aktiviti ikan dalam sungai. Maka MHM mengambil langkah pemancingan strategi mengikut saranan. Spot pilihan MHM ingin target ikan meganya pada lokasi dalam gambar dibawah.
Kawasan pilihan adalah pada sisi tiang jambatan tersebut, yang mana MHM perlu menyewa perahu bagi memancing kawasan tersebut. Mujur pihak jeti memancing D'Jetty membenarkan saya menyewa salah satu perahu milik mereka utk MHM meneruskan rancangan memancing kawasan pilihan.
Membawa 4 set pancing utama, MHM mengatur rancangan sebaiknya, merujuk cara dalam gambar diatas adalah MHM perlu berpaut perahu dengan tiang Jambatan tersebut. Rasanya kaedah digunakan juga seperti berada dijeti memancing apungan, walhal inilah pertama kali MHM melakukan sesi ini.
![]() |
Menghadap muara |
![]() |
Spot tadahan arus |
![]() |
Spot tadahan arus |
Keputusan,
Terdapat beberapa kali aktiviti ikan kecil sungai dan renangan kecil ikan kembura kawasan sungai, apa yang saya kagum tahap kebersihan sungai ini sangat memuaskan. Amat jarang nampak sampah hanyut kawasan ini. Syabas penduduk kampung sekitar sungai ini.
Pada sekitar jam 1.45pm, satu rentapan kuat pada salah satu pancing milik saya, apabila dilhat pada umpan seperti gambar diatas, kecederaan teruk bahagian ekor udang tersebut. Pada lukanya terdapat satu kasaran dari sentuhan jari jelas menyatakan ikan yang mampu mengigit udang ini tidak mempunyai gigi yang tajam. Perkara seterusnya MHM perlu pastikan adalah menghidu kawasan luka umpan yang cedera, pahaman MHM jika ikan Barramundi yang mengusik udang ini, akan meninggalkan sedikit bau lendirnya (air liur) pada luka tersebut. Ternyata, tepat sekali bahawa ikan yang berjaya melukakan umpan ini adalah seekor Barramundi namun MHM berpendapat ikan tersebut adalah bersaiz kecil sekitar 1kg - 2kg kerana tak mampu telan keseluruhan umpan ini.
Pada sekitar jam 2.45pm, MHM berkemas pulang bagi menamatkan sesi pemancingan kawasan ini. Syukur kehadrat Ilahi, masih berkeadaan baik dan selamat selepas melakukan sesi hobi sederhana ini. Manakala terdapat 3ekor udang hidup milik MHM masih hidup dan simpan bagi aktiviti pada satu pilihan lagi kawasan yang baik.
Berikut adalah modal sesi pemancingan seperti rancangan S7/2019.
1. Udang hidup 5 ekor = RM8.00
2. 3 jam menyewa perahu = RM15.00.
**************************************************************
S8/2019
Tarikh Mula: 19.2.2019 Masa: 8.00pm
Tarikh akhir: 19.2.2019 Masa: 10.30pm
Lokasi: Jambatan Yayasan Sabah.
Oleh kerana pada malam hari kepurnamaan bagi sesi Supermoon kali ini. MHM dengan rasa degil hati, mencuba nasib kawasan pilihan iaitu Jambatan Yayasan Sabah. Walaupun MHM menyedari bahawa kesukaran memujuk dan mendapatkan ikan mega sang selunsung kerana kawasan ini menerima impak musim bubuk, salah seorang rakan MHM iaitu staf berkhidmat dengan PPNS iaitu saudara soufi ada memberitahu akan musim bubuk sangat banyak sekitar tepian pantai kawasan tersebut, langkah-langkah aturcara pemancingan diteruskan juga bagi memastikan MHM mengikuti rancangan tajuk musim kali ini 'Hitam atau Putih'.
Merujuk pada gambar diatas adalah tahap kecerahan kepurnamaan mengikut pilihan MHM. Usia bulan waktu ini 14hari, dan 99% adalah kondisi penuh cahaya bulan menerangi negara Malaysia.
Sekali lagi tahun ini menerima impak fenomena Supermoon, ciptaan Tuhan yang mengkagumkan kerana ianya jarang sekali diamati dan berlaku. Namun, sesi kali ini, MHM tidak dapat memfokuskan kerana kawasan pilihan iaitu Jambatan Gayang tidak memberangsangkan kerana MHM sedari kawasan ini terjejas oleh musim udang Bubuk yang membuatkan sedikit sukar sesi pemancingan target sang selunsung.
Merujuk pada jadual tide4fishing pada kawasan Kota kinabalu. MHM merujuk aktiviti ringkas ikan berinteraksi pada sungai adalah sekitar jam 6.30pm. Namun begitu, MHM hanya memilih masa sekitar 8.00pm kerana kawasan sungai tersebut mengalami kesesuaian kedalaman dasar dan permukaan lingkungkan 1.6m mengikut jadual air pasang surut.
Teknik pemancingan seperti biasa, set pancing teknik bottom hanya dua pancing dan umpan udang hidup hanya berbekalkan 3ekor sahaja dari baki pemancing di Kota Belud tengahari tadi.
Keputusan,
8.00pm air pasang dengan keadaan arus yang laju. Terdapat sampah yang banyak. Kualiti air sungai kian menjernih apabila air laut memasuki kawasan jambatan ini. Tiada hinjutan ikan mega sejak bermula pancingan hinggalah sekitar 10.30pm air beransur selesai sesi pasang. Kelihatan air sungai perlahan² seakan surut. Dan beberapa ketika, sungai dipenuhi sampah hanyut dan kemudian terdapat arus air kabut campuran air pasir merah. Tiada tangkapan ikan diperolehi kali ini.
**************************************************************
S9/2019
Tarikh mula: 8.3.2019 Masa: 6.00pm
Tarikh selesai: 9.3.2019 Masa: 8.00am.
Lokasi: Jeti Ameng Sepanggar.
Bersua lagi pada siri 3 pemancingan dikala waktu Anak Bulan dalam bulan Mac tahun ini. Oleh kerana banyak faktor dirujuk dan menilai data-data terkumpul. Yang mana lazim, kali ini Sabah menerima impak cuaca panas yang melampau dan terdapat musim - musim haiwan yang berinteraksi kali ini seperti Febuari menerima kala himpunan besar musim Udang Bubuk dan musim sotong, dan kali ini Mac akan menerima musim Obor - obor bagi sesetengah perairan kawasan Pantai Barat Selatan.
Yang pasti MHM akan mengikut spesifikasi tajuk utama, lokasi pemancingan strategi dan menilai satu - satu prestektif musim kemarau punyai lazim ikan bermusim yang mana kawasan efektif sang Barramundi gemar waktu-waktu kemuncak. Berikut adalah pilihan MHM dalam misi kali ini lokasi dan tarikh ideal memancing target utama Selunsung Sabah.
Seperti dirujuk, minor dan major periods tide mesti MHM amalkan konsep aktiviti ikan kecilnya, selaras juga pahaman aras kedalaman sungai dan galak suhu air sungai mesti dikaitkan bagi mengesan aktiviti ikan sama ada besar atau kecil pada satu-satu spot pemancingan.
Bermula sekitar jam 6.00pm, persediaan awal perlu dalam fokus pada masa 7.50pm hinggalah sekitar jam 9.10pm, terdapat aktiviti kecil ketika ini seperti ditunjukkan dalam gambar rajah diatas, kebarangkalian untuk mendapatkan tangkapan ikan mega juga berhasil jika bersesuaian kaedah dan teknik pengumpanan pancingan statik ini.
Pemerhatian semasa memancing dan keputusan tangkapan ikan target,
Bertapak di spot jeti apungan dan mendapat posisi pondok pertama, sekitar jam 6.00pm. Mengunakan 5 set pancing sahaja dengan kaedah rasmi teknik pengumpanan dan lain-lain, sekitar jam 8.00pm terdapat kelibat kecil anak ikan bermain berhampiran tukun tayar tengah jeti ini. Tiada kelibat ikan mega menyambar permukaan air. Air pasang sangat perlahan, sekitar jam 12.00am air telah pada kemuncak pasang, kedalaman sungai sederhana. Sekitar 12.30am air surut sgt perlahan juga diamati kelibat ikan kecil sangat kurang bermain atas permukaan air. Oleh kerana terlalu penat, MHM melelapkan mata berbaring pada kerusi pondok rehat. Sekitar 2.07am ikan B0098 berjaya dipujuk. Dengan berat rasmi 2.00 kilogram.
Selepas ikan ini berjaya dipancing, MHM mengatur kembali kaedah dan posisi pemancingan. Hanya mampu bertahan mata sedar 1jam, MHM kembali merehatkan diri lelap hinggalah ke siang hari sekitar 6.00am mengatur kembali perancangan pancingan target. Sekitar jam 6.45am pada tengah-tengah sungai, terdapat aktiviti ikan kecil bermain dipermukaan air. MHM beberapa kali membetulkan posisi pengumpanan dan meransang ikan mega mengunakan batu pancing diletuskan dipermukaam air agar ikan ini cenderung untuk menghampiri spot pemancingan. Sekitar 7.26am, MHM berjaya memujuk ikan kedua B0099 dengan berat rasmi 3.82kilogram.
8.00am MHM telah berkemas pulang bagi selesainya misi pemancingan kali ini, dengan jayanya dengan jumlah 5.82 kilogram. Ikan berjaya dijual dengan harga RM140.00. Manakala senarai berikut adalah modal pemancingan kali ini.
1. Umpan udang hidup RM29.00
2. Bayaran sewa tapak jeti RM15.00
3. Ais beku kecil RM1.00
4. Beteri saiz D RM4.45
Dibawah adalah gambar kenangan bersama ikan pancingan pada masa kali ini.
**************************************************************
S10/2019
Tarikh mula: 21.3.2019 Masa: 6.00pm
Tarikh selesai: 22.3.2019 Masa: 8.30am
Lokasi: Tiang 4, Jambatan Gayang Tuaran.
Siri kepurnamaan penuh kali ketiga untuk tahun 2019. MHM memancing kali ke 10.
MHM memilih lokasi Jambatan Gayang pada kali ini bagi memburu ikan target utama. Oleh itu, strategi diatur bagi melicinkan lagi perjalanan kali ini. Pemilihan tahap coefficient juga ditelitikan seperti berikut,
Oleh kerana pemilihan spot memancing ini ditentukan bagi memastikan musim obor - obor sama ada selesai atau masih berinteraksi dengan sungai mengkabong. Dengan itu, rujuk jadual air pasang surut dan tide4fishing digunakan bagi membantu proses kerja lapangan ini. Berikut adalah graf bagi tinjauan masa yang sesuai bagi pemancingan 14 jam untuk kali ini.
Adalah dititik beratkan MHM memilih masa-masa ikan seperti dalam graf berinteraksi pada masa tertentu, maka MHM dapat fokus menentukan masa memancing dan berehat semasa memancing. Minor dan major tide periods amat berpontensi dijadikan rujukan yang baik.
Merujuk jadual air pasang diatas, ianya penting bagi MHM menentukan pilihan spot kesesuaian dalam air maximum dan minimum sama ada pasang atau surut semasa memancing dilokasi pilihan.
Pemerhatian semasa memancing,
Tiba dilokasi sekitar 6.00pm tiang 4 Jambatan Gayang. Apa yang MHM lakukan adalah memeriksa tahap warna air sungai adalah hijau dan kabut sedikit, kelibat obor-obor juga banyak bersaiz bola sepak dan ada juga saiz kecil. Sekitar jam 6.24pm hujan renyai dikawasan ini.
Melihat juga kondisi sungai terdapat sampah-sampah buangan hanyut mengikut arus pasang air yang sederhana. Dikawasan berhampiran tiang 2, jeti Anjung Gayang dan jeti pelancongan menerima kunjungan para pelancong untuk melihat panorama matahari terbenam menaiki bot untuk ke muara sungai.
Takkala juga itu kelihatan disebalik liputan awan hitam, Bulan Purnama kelihatan terbit dan terdapat aktiviti ikan kecil bermain-main dipermukaan air. MHM kerapkan lagi pemeriksaan umpan agar dalam posisi sihat dan baik. Pada 7.34pm pada sisi dinding menghadap utara, letupan kuat ikan mega hadir pada masa ini. Pada posisi pemancingan yang baik, sekitar 8.00mlm nelayan-nelayan yang turun kelaut pulang kerumah masing-masing, Kg. Terayung yang sangat hampir dengan tiang ini juga para nelayan melakukan pembersihan perahu dan mencuci peralatan pukat dan lain-lain sehinggalah 9.30mlm.
![]() |
Ordo Chamaesiphonales |
MHM memeriksa kembali setiap pancing mendapati tali utama pancing dipenuhi satu spesis tumbuhan bermusim, ianya algae seakan-akan helaian rambut yang hanyut mengikut arus pasang air pada masa ini. Merujuk pada saintifik algae ini adalah Ordo Chamaesiphonales. Mengatur strategi dengan baik meletakkan pancing pada posisi yang kurang mengena pada himpunan algae ini. MHM merehatkan mata dan lelah hingga 11.50mlm, kedalaman sungai sangat baik sekitar 1.8m maximum tide untuk hari tersebut. Terdapat banyak aktiviti ikan kecil berhampiran tiang ini. Namun kelibat sang ikan mega tidak kelihatan atau membuat bising tempat-tempat sepatutnya mereka berhimpun.
Pada jam 1.00pagi, air berpatah balik untuk sesi surut, aktiviti ikan hanya sedikit dan masih tiada kelibat ikan mega kelihatan. Manakala, MHM bergelut dengan algae yang kian membanyak. Oleh kerana itu, MHM mengunakan 2 set pancing sahaja agar mudah kendalikan teknik dan risiko kerosakkan peralatan menahan beban dan menerima impak arus ditambah himpunan yang banyak.algae pada braided dan umpan. Jam 2.30 pagi, MHM melelapkan mata berehat dan pada jam 6.00 pagi bangun dan mengatur strategi pemancingan mendapati air telah rendah sekitar 0.5m kedalaman dasar dan permukaan dikatakan Kecil. Mengatur posisi pancing dan menukar umpan hidup, merujuk jadual graf terdapat aktiviti kecil pada 7.00pagi hingga 8.00pagi. Sekitar jam 7.25am, salah satu pancing telah dimakan umpannya, namun ikan berjaya memuntahkan umpan.
Melihat pada umpan ini, bahagian tanduk telah dipatahkan dan kelihatan ekor udang juga hancur. Jelas menyatakan ikan Barramundi berjaya melakukan umpan ini. Oleh kerana masa telah tamat pemancingan. 8.00 pagi berkemas pulang.
Keputusan,
B0100 ikan pada kali ini seberat 3.6kilogram
Manakala untuk sesi ukuran pula adalah seperti berikut,
* ukuran panjang = 665 milimeter
* ukuran lilitan badan = 393 milimeter
Modal dan pembelian
1. Umpan udang hidup = Rm29.00
2. Ais plastik kecil = Rm1.00
3. Bayaran sewa bot = Rm5.00
Kenangan bergambar dengan hasil tangkapan kali ini dan nombor bil. gambar adalah JGT43. Terima kasih kepada Mr. Ah boon, membeli ikan ini dengan RM90.00.
**************************************************************
S11/2019
Tarikh mula: 5.4.2019 Masa: 5.30pm
Tarikh selesai: 6.4.2019 Masa: 8.30am
Lokasi: Tiang 4, Jambatan Gayang Tuaran
Edisi kali ke-sebelas MHM memancing bagi sesi keempat pada kondisi Bulan Gelap dikawasan perairan Tuaran. Tiada banyak beza pada pemancingan kali ini, hanya MHM memeriksa lokasi pemancingan yang punyai musim Obor-obor disungai mengkabong ini. Sementara itu, bagi pembelian dan modal-modal persediaan pemancingan kali ini adalah seperti berikut:
1. Bateri saiz D = RM4.75
2. Ais batu jecil = RM1.00
3. Umpan udang hidup = RM29.00
4. Bayaran sewa bot penghantaran = RM5.00
Suasana daerah Tuaran masih dalam keadaan kering yakni kemarau, namun dalam tempoh seminggu sekali terdapat hujan sekata sesekali dikawasan-kawasan tertentu. Aktiviti sungai pilihan spot pemancingan ini masih dalam keadaan baik. Pelancongan, nelayan dan suasana air dan perhutanan bakau kekal dan baik. Gambar rajah dibawah adalah jadual air pasang surut Kota Kinabalu bagi rujuk April 2019.
Oleh kerana MHM memilih Jambatan Gayang dalam tujuan pemancingan kali ini, berikut adalah strategi pemancingan yang bakal diadakan.
Sebermulanya 5.30pm MHM telah berada dilokasi Tiang 4. Memasang pancing dan meneliti suasana sungai berhampiran pemancingan, terdapat masih musim Obor-obor dalam air arus sungai ini, namun ianya tidak banyak pada sekitar ini.
Saiz anggaran obor-obor dalam gambar ini adalah sebiji bola sepak. Ketika ini kedalaman sungai adalah sekitar 0.9m mengikut aliran jadual air pasang surut. Sekitar 5.45pm salah seorang nelayan yang tinggal Kg. Terayung, mengambil pukat yang dipasang berhampiran tiang 4 ini. Merujuk pada jadual tide4fising MHM akan fokus dalam masa 6.30pm hinggalah 7.50pm kerana aktiviti air pasang perlahan dalam aliran 0.9m - 1.0m - 1.1m pada waktu tersebut. Terdapat aktiviti ikan kecil bermain pada masa ditetapkan. Sambil menyiapkan memasang pancing, MHM juga meniliti tahap warna air singai ini, warna hijau dan sedikit kabut. Terdapat juga ikan kecil bilis sungai bermain-main pada sisi tiang jambatan ini.
Sekitar 5.50pm salah satu pancing berbunyi malar lonceng, aktiviti pelancongan juga giat waktu ini, dan pada jam 6.00pm Tiang 3 didatangi 4 orang pemancing. Pada sekitar 6.24pm pancing yang sama juga lonceng dimalarkan berbunyi. Oleh kerana aktiviti pelancongan giat pada waktu ini, serta nelayan juga kerap mengunakan bot berulang alik dalam sungai. MHM mengurangkan aktiviti pemeriksaan umpan.
6.50pm pemeriksaan umpan dilakukan pada 4 set pancing target selunsung yang mana ditelitikan pada umpan dan perambut serta tali utama, terdapat algae yang pernah MHM laporkan pada sesi pemancingan ke-10 lepas masih terdapat dalam arus sungai ini. Ianya mudah sangkut dan menghimpun pada tali pancing ketika ini.
Pada 7.01pm terdapat satu perahu berhampiran dengan jeti sangkar kayu berhampiran sangkar kayu Jabatan Perikanan. Pada sisi tebing berbatu kawasan Kg. Terayung 3 orang sedang mencari ketam atau apa sahaja tangkapan mereka lakukan kaedah Bujak besi dan mengunakan Siud kecil. 7.10pm air pasang perlahan-lahan dan kelibat ikan kecil bermain dipermukaan air sungai juga kerap pada kawasan cerah dalam air sungai yang disinari lampu jalan raya. Sekitar 7.30pm pada perantaraan tiang 3 dan tiang 4, terdapat satu bot nelayan sedang memunggah bintur perangkap ketam waktu ini.
Pada 8.10am pancing yang sama berbunyi lonceng tadi kembali berbunyi, segera MHM lakukan pemujukan pengumpanan, memeriksa hayat umpan dan buang kembali dalam air sungai, 8.14pm seekor barramundi dengan nombor tag B0101 berjaya didaratkan. Ukuran rasmi panjang ikan ini adalah 588 milimeter, manakala lilitan badan adalah 373 milimeter.
Manakala berat rasmi ikan ini adalah 2.41kg
8.30pm seorang rakan pancing yang pernah memancing bersama-sama di Jambatan Yayasan Sabah, saudara Syafik turut memancing di tiang 4.
9.44pm pancing yang sama juga dimakan umpannya, namun ikan tersebut tidak memakan terus, ditelitikan terdapat pada umpan yang mengena tersebut patah tanduk dan kecederaan teruk pada kepala udang tersebut.
Meneruskan sesi pemancingan, sekitar 10.05pm, kawasan berhampiran dengan sisi tiang 4 ini, pada tadahan arus ketika air pasang terdapat jutaan ikan kecil berhimpun kawasan tersebut. Terdapat sambaran-sambaran kecil oleh ikan yang ingin memakan ikan-ikan kecil ini.
Pada sekitar 11.44pm kawasan batuan tebing berhampiran rumah-rumah Kg. Terayung terdapat aktiviti besar ikan kembura dan ikan kecil lainnya. Sambaran besar juga kelihatan pada kawasan tersebut. Dan pada 12.20am terdapat sambaran besar sang mega Barramundi kelihatan akrobatik diatas permukaan air sungai.
Bagi strategi seterusnya MHM akan fokus pada sekitar 12.30am 6.4.2019. Seperti gambar jadual tide4fishing dibawah, pada sekitar 11.00pm 5.4.2019 air pasang pada kemuncak dalam kedalaman sungai 1.5m, dan sekitar jam 1.00am 6.4.2019 air surut sederhana arus sehinggalah pada terbit matahari kondisi sungai dalam kedalaman 0.8m setelah selesai aktiviti surutnya.
Oleh kerana sekitar jam 2.00am MHM terlalu penat, dan tidur sehingga jam 6.25am. Saudara Syafik juga masih memancing bersama-sama dan mengemas peralatan memancingnya untuk pulang. Dengan besar hati, persetujuan kami berdua ikan nombor tag B0101 dijual dengan harga RM50.00. Sebelum ikan B0101 dibawa pulang, MHM mengambil gambar kenang-kenangan.
6.45am MHM masih memancing dan membuat strategi kembali menyusun setiap pancing dan menukar umpan yang telah lemah. Pada jam 7.46am, seekor Barramundi dengan nombor tag B0102 berjaya didaratkan. Syukur kehadrat Ilahi. Berikut data ukuran bagi ikan kedua iaitu panjang ikan 668 milimeter dan manakala ukuran lilit badan ialah 395 milimeter.
Manakala bagi berat ikan kedua B0102 ini adalah 3.01 kilogram (seperti gambar dibawah)
Oleh kerana sesi memancing telah selesai, MHM berkemas pulang dan tiba didarat sekitar 9.20am. Bagi ikan B0102 juga disematkan gambar kenang-kenangan untuk kali ini. Terima kasih juga pada saudara Ah boon sudi membeli ikan kedua ini dengan harga RM75.00. Syukur alhamdulillah diberikan rezeki dan selamat sampai dirumah.
**************************************************************
Pembelian peralatan
14.4.2019
Carabiner hook (not for climbing)
RM6.00 X 2 unit = RM12.00
**************************************************************
S12/2019
Tarikh mula: 19.4.2019 Masa: 4.45pm
Tarikh selesai: 20.4.2019 Masa: 9.30am
Lokasi: Tiang 4, Jambatan Gayang Tuaran
Pemancingan target siri purnama penuh kali keempat bagi April 2019. Seperti gambar rajah dibawah adalah sumber rujukan bagi pemilihan tarikh, masa dan lokasi yang sesuai pemancingan yang diadakan mengikut tahap kecenderungan interaksi ikan pada spot lubuk dan keberkesanan pemancingan target ikan mega. Mengikut fasa bulan pada malam ini adalah tahap 100% cerah bagi menerangi kawasan daerah Kota Kinabalu dan sekitar sama waktu dengannya.
Berikut adalah persiapan dan peralatan serta pembelian bagi pemancingan kali ke-12 kali ini.
1. Umpan Udang hidup = RM29.00
2. Ais beku (kecil) = RM1.00
3. Bayaran sewa bot = RM5.00
Mengikut pada jadual carta pasang surut mengikut masa dan tahap kedalaman perairan dinyatakan daripada tide4fishing dibawah, perancangan masa dan kesesuaian fokus semasa memancing dapat ditentukan ketika ini. Namun begitu, MHM juga merujuk jadual air pasang surut keluaran Jabatan Mateorlogi Sabah bagi menguatkan lagi pahaman dan tahap kesesuaian air punyai aktiviti arus pasang mahupun surut mampu mengesan kehadiran ikan mega. Berikut strategi pancingan MHM dalam siri kali ini diadakan:
MHM juga meneliti jadual air pasang surut keluaran Jabatan Mateorlogi Sabah dan mengabungkan data tide4fishing serta catatan lama tentang keberkesanan pemancingan pada spot pilihan ini. Dengan itu kesesuaian masa dan pilihan waktu fokus dapat mengimbangi kebarangkalian untuk mendapatkan ikan idaman jika dipermudahkan rezeki. Berikut adalah catatan dan penilaian waktu-waktu sesuai pemancingan strategi bagi memburu ikan mega Barramundi kali ini.
Pada tarikh 19.4.2019 sekitar 5.20pm telah berada lokasi Tiang 4, Jambatan Gayang. Mengunakan 4 set pancing khas selunsung. Sambil menyediakan peralatan pada posisi kawasan pancingan, MHM juga memantau periksa keadaan sungai sekitar ini. Didapati dalam kedalaman sungai yang rendah, kurang tampak kehadiran Obor-obor. Pada sebelah petang sekitar jam 2.00pm - 3.30pm terdapat hujan sekitar daerah berhampiran spot pemancingan ini, maka suhu sekitar juga bersederhana sahaja.
5.00pm = 0.7m,
Keadaan sungai seperti selalunya, aktiviti nelayan, pelancongan masih kekal rancak dalam sungai ini. Sambil memasang pancing, 5.50pm satu renjatan kuat pada salah satu pancing utama, dipahamkan bahawa memang ikan selunsung kerana perambut pancing telah menerima geseran kasar.
6.00pm = 0.8m
Pada posisi berhampiran jeti sangkar kayu berhampiran spot tiang 4 ini, seorang nelayan mengunakan rambat bagi sesi mencari ikan sekitar ini. Kehadiran Saudara Indra turut memancing dilokasi Tiang 4 kali ini.
7.00pm = 0.9m
Mengikut jadual tide4fishing seperti dalam gambar diatas, sekitar jam 7.00pm bermulanya aktiviti ikan berinteraksi dengan suasana sungai dan air pasang sedikit laju. Waktu ini terdapat aktiviti ikan bermain dipermukaan air dan kesesuaian masa ini juga akan terdapat tali arus yang muncul dipermukaan air.
7.44pm seorang nelayan muda, mengunakan perahu kecil untuk memasang pukat bagi tangkapan ikan, ianya terlalu hampir dan menutup sisian tebing sungai ini dimana nelayan ini meletakkan pada kawasan sungai perantaraan tiang 4 dan tebing sungai.
8.00pm = 1.1m
Air pasang sedikit laju, kelihatan orang kampung sekitar yang mengikuti latihan 'perahu naga' berada kawasan berhampiran tiang 2 dan tiang 3. Sekitar masa ini juga, terdapat hujan namun sekejap sahaja.
9.00pm = 1.3m
Kelihatan obor-obor kian membanyak mengikuti arus sungai, perantaraan tiang 3 dan tiang 4 seorang nelayan sedang memasang bintur ketam pada sekitar jambatan ini.
10.00pm = 1.5m
Sejak jam 8.00mlm, aktiviti ikan kecil sangat kurang, kelibat ikan mega juga kurang.
11.00pm = 1.6m
Pada kemuncak air pasang penuh kali ini, tidak banyak kelibat sang mega mahupun ikan kecil berinteraksi dengan sungai, manakala kelihatan Bulan Purnama menerangi angkasaraya dengan cantiknya. Saudara Indra memaklumkan bahawa dia ternampak kelibat sang barramundi pada sisi tiang 4 waktu ini.
Bertarikh 20.4.2019 berikut adalah rujukan dan catatan air pasang surut dan kesesuaian mengikut gambar rajah diatas iaitu tide4fishing.
12.00am = 1.6m
Pada masih tahap kemuncak air ini, terdapat satu bot pemancing berada hampir tiang 3. Biasanya mengunakan teknik pancingan 'handline'.
1.00am = 1.5m
Air kelihatan mulai surut, sedikit aktiviti ikan kecil dikawasan berhampiran sangkar perikanan.
2.00am = 1.3m
3.00am = 1.1m
4.00am = 1.0m
5.00am = 0.9m
Bermula 2.30am hinggalah 5.45am, MHM Berehat dan tidur, manakala set pancing masih dikekalkan pada posisi spot yang baik.
6.00am = 0.9m
Sekitar masa ini, nelayan muda yang memasang pukat berhampiran tiang 4 mengambil pukatnya. Kelibat ikan kecil pada kawasan sangkar perikanan kelihatan meriah. MHM kembali menyusun formasi pemancingan.
7.00am = 1.0m
Oleh kerana air masih rendah dan kedalaman sungai bersederhana. MHM Kerap menukarkan umpan hidup kerana kerap mati dimata kail umpan pada kali ini. Sekitar masa
7.45am salah satu pancing direnjat kuat, dan ikan tersebut berjaya mencuri umpan. Terdapat kesan geseran kasar pada tali perambut, menandakan ikan mega tersebut adalah ikan Barramundi.
8.00am, MHM dan saudara Indra berkemas untuk pulang. Tiada tangkapan ikan target pada misi kali ini. Syukur selamat pergi memancing dan selamat kembali pulang rumah bagi bersama keluarga tercinta.
***************************************************
S13/2019
Tarikh mula: 4hb. Mei 2019 Masa: 5.30pm
Tarikh selesai: 5hb. Mei 2019 Masa: 9.00am
Lokasi: Tiang4, Jambatan Gayang Tuaran
Pemancingan sempena ketibaan Ramadhan pada tahun ini. MHM memilih untuk memancing ke Kuala Penyu, namun benerapa faktor menjejaskan persiapan untuk pemancingan ke lokasi tersebut. Maka bagi melengkapkan tajuk utama kali ini MHM memilih kembali spot Jambatan Gayang
Secara ringkas adalah penulisan semasa pemancingan dilakukan pada kali ini. Pada catatan kali ini, semasa memancing pemerhatian dijalankan mengikut apa yang dilihat dan disimpulkan dalam catatan kali ini. MHM membuat strategi pemancingan seperti berikut.
1. Setiap bucuan tepian Pile cap diletakkan satu set pancing sahaja. Terdapat 4 bucu utama tiang ini maka MHM mengunakan 4 set pancing utama sahaja.
2. MHM melakukan rutin mengikut terdapatnya rangkaian aktiviti ikan pada masa - masa tertentu sahaja.
3. MHM melakukan rutin pemeriksaan pancing dan umpan masih baik dan hidup dalm selaan 20minit sepanjang pemancingan berlangsung.
Pada gambar rajah diatas adalah rujukan tide4fishing dan MHM juga mengunakan data carta air pasang surut Kota Kinabalu serta catatan lama bagi membantu pemancingan lebih baik dan teratur.
5.15pm = 0.7m
MHM tiba dilokasi pilihan kali ini, tiada pemancing lain ketika ini, dan terdapat beberapa ekor obor-obor dalam air sungai sekitar jambatan ini. Namun, angin kuat bertiup kencang, pada permukaan air sungai berombak-ombak dan aktiviti ikan kecil juga tidak kelihatan
5.30pm = 0.7m
Sedikit hujan pada masa ini, keadaan angin bertiup masih kuat, pemancingan pada pilihan strategi telah dicaturkan.
6.30pm = 0.7m
Sekitar masa ini, seorang nelayan dari Kg. Terayung memasng pukat hanyut dihadapan semasa air menyising perlahan pasang bermula kawasan tiang 4 hingga hadapan tiang 3. Aktiviti pelancongan dari Jeti Anjung Gayang serta jeti jirannya ligat masing-masing dengan super bot memanduboelancong ke dalam hutan bakau sungai sekitar. Dan terdpat aktiviti latihan perahu naga sekitar tiang 2.
7.08pm = 0.8m
Seorang nelayan muda mengunakan perahu berdayung sambil memeriksa bintur perangkap ketam diperantaraan tiang 3 dan tiang 4.
7.30pm = 0.8m
Air perlahan-lahan pasang, hujan gerimis telah reda, manakala kawasan sungai berhampiran tiang 4 ini terdapat aktiviti ikan kecil pada sisian dinding pile cap dan kawasan jeti sangkar milik Jabatan Perikanan.
9.05pm = 1.0m
Seorang lagi nelayan memasang pukat dasar yang kekal pada kawasan perantaraan tiang 3 dan tiang 4. Air pasang sederhana laju dan kian ternampak obor-obor mengikut arus sungai dan bilangannya tak banyak seperti bulan lepas.
11.05pm = 1.4m
Salah satu pancing utama telah mengena, namun ikan tersebut berjaya mencuri umpan, belum sempat mengambil pancing.
11.17pm = 1.4m
Pada sekitar masa ini, 8 orang pemancing lingkungan umur remaja datang untuk memancing di tiang ini.
11.50pm = 1.4m
Salah satu pancing menghadap barat menerima renjatan ikan mega, namun ikan berjaya meloloskan diri. Gambar dibawah adalah umpan yang telah dicederakan teruk.
5hb. Mei 2019, gambar dibawah adalah rujukan bagi pemancingan strategi. Disamping itu, catatan.rasmi sepanjang pemancingan ini diteruskan.
Oleh kerana peralihan air pasang waktu kali ini, sekitar tengah malam, terdapat kembali aktiviti ikan kecilnya. Merujuk kembali jadual air pasang dan surut dan membuat andaian pemancingan ideal. Dalam gambar diatas, dimaklumkan bahawa sekitar 12.00 tengah malam hingga 2.00am akan terdapat pergerakan ikan mega pada sisian tiang ini.
12.01am = 1.4m
Masih kekal memancing bersama 8 orang, air pada kemuncak pasang dan bila-bila masa akan beralih surut. Sangat kurang ikan kecil dan besar beraktiviti sekitar tiang jambatan ini. Obor-obor juga banyak ketika ini.
1.45am = 1.3m
Para 8 orang pemancing, membuat bising yang malar sejak kedatangan, kerap menyuluh permukaan air sungai. Waktu ini, air mulai surut perlahan-lahan dan sedikit aktiviti ikan kecil berada kawasan dinding tiang jambatan ini.
2.30am = 1.2m
3.00am = 1.1m
4.00am = 1.0m
5.00am = 1.0m
Bermula 2.30am hingga 5.50am MHM berehat.
6.00am = 1.1m
Kelihatan ikan kecil beraktiviti besar ditepian sungai berhampiran sangkar perikanan. 8 orang pemancing masih bersama di tiang 4. Semasa mengambil dan memeriksa salah satu pancing, hampir timbul umpan berkenaan seekor ikan mega menyambar umpan tersebut.
7.00am = 1.2m
Memasang pancing mengikuti arus waktu ini pasang sederhana kelajuan air, pada sisi bucu masing-masing diletakkan 2 pancing digandingkan. Baru selesai membuang umpan, pancing ditekan kuat oleh ikan mega, dalam 20saat memecut, ikan berjaya melucutkan matakail dari mulutnya.
8.00am = 1.4m
Berkemas pulang. Air sangat laju kelihatan juga aktiviti ikan kecil kian mengurang kawasan-kawasan sepatutnya.
Pembelian dan modal,
1. Umpan udang hidup = RM29.00
2. Ais beku = RM1.00
3. Bayaran bot = RM5.00
***************************************************
S14/2019
Tarikh mula: 18.5.2019 Masa: 8.00pm
Tarikh selesai: 19.5.2019 Masa: 2.00pm
Lokasi: Tiang Jambatan Kuala Penyu
Pemancingan kali 14 dalam sesi kepurnamaan penuh ke-5 dalam tahun 2019. MHM memilih lokasi strategi dalam melengkapkan jutfikasi tajuk pilihan musim ini. Pada ketika ini, jelas ketara kegelisah MHM dalam mencari ikan pancingan target sang Barramundi, sejak pertengahan bulan April hingga kini, beberapa siri sudah dilakukan, masih juga belum mendapatkan ikan idaman. Jesteru, MHM bercadang juga melengkapkan rutin penhadualan pemancingan terancang bagi tajuk tahun ini, memilih kali ke-14 telah turun memancing dan lokasi adalah di jambatan Kuala Penyu.
Dalam pemancingan kali ini, MHM mengajak seorang kawan karib iaitu Saudara Jesse Stafino kawan seperumahan untuk memancing pada spot ditetapkan, strategi dan masa serta kelengkapan lainnya diatur dengan baik. Berikut adalah senarai pembelian dan pengunaan dana sepanjang hari memancing.
1. Umpan udang hidup = RM29.00
2. Kos Ron95 = RM30.00
3. Bayaran sewa bot penghantaran = RM10.00
4. Makanan dan minuman = RM7.00
5. Ais kiub beku = RM4.00
Jadual diatas adalah rujukan bagi rancangan pancingan bermula 10.00pm hinggalah 12.00am.
10.00pm, strategi atur set pancing, pada setiap sudut lantai tiang jambatan ini 4 set pancing pada posisi ditetapkan.
11.30pm, salah satu set pancing menerima serangan pertama, namun ikan sangat berkuasa memecut hingga memaksa MHM menambahsikit kekuatan drag reel. Masih juga dilarikan dengan pecutan penuh anggaran 50 meter kehilangan tali pancing, ikan terlepas dari matakail dan diperiksa dapati matakail terkangkang.
11.50pm, berjaya mendapatkan seekor ikan tambung (jenahak) saiz 600gram.
19.5.2019, 12.30am MHM mengatur kembali formasi dan memfokuskan pemancingan target. Merujuk jadual diatas, ikan beraktiviti dari masa 12.00am hinggalah 2.15am.
3.00am, tiada tanda-tanda ikan mega hadir, MHM berehat dan makan hinggalah 6.00am.
6.00am, menukar umpan dan menentukan kesesuaian set pancing pada posisi yang baik. MHM pada sekitar 6.20am mendapatkan seekor ikan Kerapu bersaiz 350gram.
10.00am, air pasang kelihatan laju, juga kehadiran Obor-obor bersaiz sederhana tetapi bilangannya sedikit sahaja.
11.15am, gambar diatas adalah sekumpulan pemancing mencuba nasib dalam pemancingan santai mengunakan bot pada sisian sungai kawasan tebing. Beberapa jenis ikan tangkapan berjaya dipancing oleh mereka.
1.30pm berkemas untuk pulang.
Hasil pemancingan, walaupun kurang bernasib baik pada tangkapan ikan yang diperolehi juga memberikan kepuasan, MHM berhasil dalam mendapatkan seekor ikan Jenahak (Golden snapper) sekitar saiz 600gram dan seekor kerapu skala saiz 350gram. Maaf sangat-sangat terlupa mengambil gambar hasil pancingan kali ini, selain itu MHM juga memancing ikan kecil seperti Ketambak, belais dan pisang-pisang bagi mengisi simpanan stok ikan yang bakal dijuadahkan keluarga.
***************************************************
S15/2019
Tarikh mula: 30.5.2019 Masa: 6.00pm
Tarikh selesai: 31.5.2019 Masa: 8.00am
Lokasi: Tiang 3 Jambatan Gayang Tuaran.
Pemancingan siri ke-15 bagi target ikan Barramundi, MHM memilih lokasi bersesuaian air pasang surut yang bersederhana dan keterpaksaan menetapkan tarikh awal pemancingan kerana tepat anak bulan kali ini adalah tibanya Aidilfitri dalam tahun ini. Oleh itu MHM tidak membuatkan aktiviti hobi dan bersama keluarga bagi persediaan perayaan kelak agar rapi dan tidak menganggu kewajiban Ramadhan.
Berikut adalah pilihan rujukan bagi strategi pemancingan MHM. Sebelum itu, MHM mendapat info bahawa sejak 19hb bulan ini, tiang - tiang Jambatan Gayang telah diganggu perairannya dimana kehadiran penyelam pemanah ikan kerap datang kawasan pemancingan ini.
MHM fokus hanya pada waktu kemuncak ikan beraktiviti sahaja dimana merujuk panduan gambar rajah diatas, sekitar masa 9.40pm hingga 11.15pm waktu terbaik bagi mendapatkan pancingan ikan mega. Namun, pada masa tersebut gangguan Sotong kerap kali memakan umpan hidup, kerap menukar umpan hidup pada masa yang disyorkan dan tiada tanda-tanda ikan mega hadir pada spot pemancingan ini.
Ketika waktu air surut berlaku MHM gagal memujuk ikan mega, bagi tarikh baru dan seperti rujukan diatas dari gambar rajah, MHM akan fokus pada masa air pasang perlahan dan ketika kemuncak ikan beraktiviti sekitar masa 3.20am hinggalah 4.30am pada masa ini seakan sukar untuk membuat pemancingan target kerana waktu ini kekerapan bot para nelayang dari perkampungan Mengkabong pergi ke laut menangkap ikan. Gangguan-gangguan kecil ini sedikit sebanyak juga menakutkan ikan mega menghampiri tiang 3 kerana sangat hampir dengan laluan bot-bot yang laju.
Hinggalah sekitar 6.45am MHM berjaya memancing ikan Jenahak bersaiz 600gram seperti gambar rajah dibawah.
Manakala bagi biaya modal pemancingan kali ini adalah seperti berikut:
1. Ais beku RM2.00
2. Umpan udang hidup RM29.00
3. Bayaran sewa bot RM5.00
***************************************************
S16/2019
Tarikh mula: 15.6.2019 Masa: 6.00pm
Tarikh selesai: 16.6.2019 Masa: 7.00am
Lokasi: Tiang Jambatan Kuala Penyu.
Rancangan pemancingan kali ini adalah diawalkan sehari sebelum tarikh Purnama penuh bagi sesi ke 6 dalam tahun ini, ditelitikan segala bacaan rujukan dan pemahaman jadual air pasang surut yang seimbang, bagi kondisi alam semulajadi pada gala malam hari, MHM dapati kedalaman sungai bersederhana dan arus sungai yang dan tidak banyak waktu yang punyai arus yang beroksigen. Berikut adalah isi penting rujukan MHM gunakan dalam pemancingan kali ini.
MHM memilih harian pancingan kali ini kesesuaian masa dan tidak menganggu hal peribadi lainnya. Berdasarkan pengunaan tarikh juga sesuai dimana kedalaman sungai dimalam hari sesuai dan tidak terlalu dalam ketika kemuncak air pasangnya dan tidak terlalu cetek ketika air surutnya. Namun, tahap kejernihan air sungai, cuaca daerah didatakan, musim ikan kecil sekitarnya memainkan peranan penting agar kolibrasi keseluruhan himpunan cerita pemancingan strategi dapat dihimpunkan dengan lebih baik dan dijadikan saatu cabang sumber pemancingan ideal masa kini. Dua gambar - gambar dibawah adalah rujukan bagi tide4fishing dan MHM juga merujuk penulisan lama serta berpandukan jadual air pasang surut mengikut tertibnya pemancingan dan keserasian semua kaedah kali ini.
Selain rujukan diatas MHM juga mengunakan tahap kecenderungan ikan pada sekitar habitatnya dan kesesuaian hukum pasang surut agar dapat memahami rutin ikan mega ini berinteraksi pada lubuk didiaminya, rujukan dibawah adalah tahap coefficient sesuai bagi data lainnya dapat ditentukan agar pemancingan lebih terancang.
Semasa pemancingan MHM dijalankan, lokasi tiang jambatan juga telah dihidupkan lampu berkuasa tinggi menerangi suasana sungai dan jambatan ini. MHM sempat mengambil gambar suasana ini ianaya seperti gambar dibawah.
Tentang strategi pemancingan MHM Semasa berada lokasi spot, tidak banyak berubah dan penelitian masa sepanjang pemancingan juga kekal sama dengan kaedah sejak dahulu lagi. MHM hanya menjalankan keseluruhan rutin ini agar ianya kekal dan dapat menentukan teknik pemancingan lebih jitu dan lebih komprehensif ianya sesuai dilakukan berkali- kali semasa pemancingan target ikan idaman.
Berikut adalah pengunaan kewangan modal sepanjang pemancingan berlangsung.
1. Umpan udang hidup = RM29.00
2. Ais beku saiz sederhana = RM2.00
3. Bayaran sewa khidmat bot penghantaran = RM10.00
Manakala keputusan pemancingan MHM berjaya lakukan adalah hasil berikut.
Ikan strike dan nombor tag B0103 berjaya didaratkan pada masa 2.38am. Manakala gambar dibawah adalah berat rasmi ikan ini setelah ditimbang.
MHM berjaya selesaikan sesi kali ini, dan sekitar jam 7.00am berkemas pulang.
Terima kasih kepada saudara sepupu En. Awang Hadi berminat membeli ikan kali ini dengan harga RM30.00.
Manakala MHM masih banyak berbaki umpan dan ada sedikit sebanyak mencari ikan kecil bagi santapan keluarga.
****************************************************
Pembelian peralatan baru
1. Perambut Yu-zori 50lbs (Soft) Fluorocarbon line Pink
2. Swivel 115kg size 7 MegaPro brand
3. Harga jumlah = RM53.30
****************************************************
S17/2019
Tarikh mula : 2.7.2019 Masa: 8.00pm
Tarikh selesai: 3.7.2019 Masa: 7.00am
Lokasi: Tiang 4, Jambatan Gayang
Pemancingan siri anak bulan berkondisi gelap pada Julai tahun ini. MHM pada kali ini memilih lokasi utama Jambatang Gayang meneruskan efektifnya tajuk musim kali ini. Seperti biasa, persediaan dan kaedah tidak jauh berbeza, berikut adalah pembelian semasa ingin melakukan kerja lapangan ini.
1. Ais beku (kecil) = RM1.00
2. Umpan udang Hidup = RM29.00
3. Sewaan bot = RM5.00
2.7.2019
8.00pm = 0.5m
Sekitar waktu ini, dapat ketiga-tiga tiang utama jambatan ini tiada kehadiran pemancing. Aktiviti pelancongan sekitar jambatan meriah. Bot nelayan sering kali berulang alik silih berganti.
9.00pm = 0.7m
Air pasang bersederhana arus, sekitar masa ini kerap menerima gangguan ketam dan sotong merosakkan kaedah pemancingan sama ada udang umpan dimakan dan dimatikan.
10.00pm = 0.9m
Air pasang kian laju, gangguan sotong dan ketam semakin kerap, memaksa MHM berhat dan akan mengatur strategi sekitar tengah malam.
3.7.2019
12.00am
MHM mengatur kembali posisi pancing dan pengumpanan. Waktu ini meriah keadaan sungai dan sekitarnya. Ikan kecil kerap bermain dipermukaan dan dikejar oleh ikan barracuda berkali-kali membiat aksi tarpedo akrobatik dipermukaan. Merujuk jadual tide4fishing MHM fokus pada 12.00am - 2.30am. Waktu ini adalah rutin sifat ikan mega Barramundi mencari mangsanya.
1.00am = 1.3m
Pada waktu ini, air sungai kian perlahan, aktiviti ikan kecil kian rancak, terdapat seorang nelayan mengunakan kaedah pukat hanyut mengunakan bot dan ada sebuah lagi bot memancing berhampiran tiang 3. Akhirnya, setelah beberapa kali menukar umpan dan membetulkan posisi spot balingan, ikan tag nombor B0104 berjaya dipancing pada masa 1.35am.
2.00am = 01.3m
Memeriksa kondisi air pasang pada masa ini.arua sungai kian lemah, namun kelibat ikan kecil rancak ketika ini. Berkali-kali membetulkan posisi pemancingan, MHM masih fokus dan pada 2.30am hinggalah 5.50am berehat.
6.00am = 1.6m
Kelihatan air bergerak laju pasang dan MHM segera mengatur rancangan pemancingan. Namun, keadaan lebih susah kerana kehadiran kelompok ikan buntal merosakkan formasi pemancingan pilihan spot dan masa. Waktu sekitar ini umpan MHM telah habis.
7.00am = 1.7m
MHM selesai laksanakan pemancingan, dan berkemas pulang.
Strategi,
Pemancingan kali ini, merujuk pada masa fenomena air pasang kali adalah selama 12 jam berikutan waktu malam adalah kemalaran air Pasang sahaja. Jadi MHM hnya mengunakan sudut kiri meletakkan 2 set pancing khas target Barramundi dan satu set pancing bagi pancingan ikan lainnya. Begitu jua posisi sudut kanan, 2 set khas target ikan mega dan satu set bagi pancingan biasa-biasa sahaja. MHM hanya fokus pada kemuncak ikan beraktiviti sahaja dan melakukan kekerapan memeriksa umpan. Selebihnya masa lain adalah berehat tidur. Memandangkan MHM ada membeli produk perambut baru, jadi mengunakan sisa 2 set perambut D.A.M dan dua set Perambut Pink bagi melaksanakan pemancingan kali ini. Perambut pink berjaya membuat pujukan yang baik pada kali ini.
Hasil kali ini hanya pulangan modal dan terima kasih pada saudara Ah boon membeli ikan kali ini dengan harga langsam RM35.00. Gambar dibawah adalah bernombor JGT46.
***************************************************
S18/2019
Tarikh mula: 15.7.2019 Masa: 8.45pm
Tarikh selesai: 16.7.2019 Masa: 2.10am
Lokasi: Jeti Ameng Sepanggar.
Pemancingan siri kedua dalam bulan Julai 2019, pilihan tarikh berdasarkan cadangan coefficient dinyatakan oleh laman tide4fishing dimana kesesuaian skala 77% sahaja. Jika diikutkan ianya rendah kerana kekurangan aktiviti ikan kecil akan menjejaskan spot pemancingan yang bersistem. Berikut adalah rujukan dan fasa sesuai kepurnamaan bagi pemancingan kali ini. Mengikut perancangan mulanya, pemilihan spot pemancingan adalah Jambatan Gayang di tiang 2, setelah sampai di Jeti Asang dapati tiang 4 telah diduduki Saudara Muhamad Asri dan tiang 2 diduduki oleh Saudara Akid, manakala tiang 3 terdapat 2 orang pemancing tak dikenal pasti. MHM segera ke Jeti Ameng meneruskan sesi kali ini.
Pada siang hari, kawasan lingkungan daerah Telipok hinggalah Kota Kinabalu mengalami musim hujan dan angin kuat, kawasan pemancingan Gayang dan Sepanggar juga menerima limpahan hujan ini, skala masa hujan dikawasan ini dalam 3 jam berlanjutan dan hujan kuat yang memberikan sedikit angin kuat dan suhu air sejuk melampau. Manakala berikut adalah tatacara pemancingan MHM lakukan merujuk jadual air pasang surut dan rangkaian graf dari tide4fishing.
15.7.2019
9.00pm = 0.8m
Berada pada spot jeti apungan, MHM mengunakan 4 set pancing utama sahaja. Suasana kawasan jeti sunyi tanpa kehadiran pemancing lain. Manakala persekitaran perairan kawasan ini dimana air bersederhana arus kian menghidupkan suasana hening ikan kecil namun kecil sahaja kelihatan anak - anak kembura bermain berhampiran tukun tayar dan tepian jeti apungan. Tepay jam 9.30pm kehadiran kawan karib Saudara Johari datang juga turut memancing dan memilih spot jeti bertiang. Dia juga mengunakan 4 set utama pancing miliknya.
10.00pm = 1.0m
Sekitar pada masa ini, MHM hadir ke kawasan Johari untuk mengisi perbualan dan santai lepak. Sekitar 10.35pm salah satu pancing miliknya asalnya diganggu seakan-akan gangguan sotong yang ingin mencuri umpan. Apabila MHM cuba wink sedikit bagi tegangkan kedudukan main line, secara tiba - tiba ikan tersebut terus memecut dan tidak mengena mata kail. Apa yang pasti, mengikut pengalaman ikan ini bersaiz sederhana dan ianya dipastikan sang selunsung kerana cara pecutan dan lokasi ikan ini membawa ke kawasan terbuka meyakinkan lagi ianya mega yang berjaya
mencuri umpan udang.
11.00pm = 1.1m
Oleh kerana masa ini adalah kemuncak dan coefficient terbaik malam ini, MHM mengatur setiap aturcara pemancingan. Kelihatan ikan kecil kian betmain dengan banyak. Sesekali kelihatan letupan kecil dibawah jejantas jeti bertiang. MHM membuat selaan 15 minit bagi pemeriksaan umpan.
16.7.2019
12.00am = 1.2m
Mendapati selepas pemeriksaan umpan dimatakail telah mati, lalu MHM menukar umpan baru yang sihat dan cergas. Sekitar 12.45am, umpan yang baru ditukar juga telah lemah dan nyawa - nyawa ikan. Ianya tidak sesuai digunakan kerana tidak mahu berenang lagi. MHM segera membuat pemeriksaan lokasi spot pemancing dan dapati kemungkinan
1. Air keruh berkeladak lumpur ditambah hujan.
2. Kedalaman sungai bersederhana, hujan kuat petang hari lebih banyak dari air sungai paya bakau, ketumpatan masin bakau berada dasar sungai sahaja.
3. Suasana air dan arus yang lemah daya alur semasa air pasang ini tidak kelihatan.
1.00am = 1.2m
Satu persatu umpan udang kian mati, ada beberapa sotong berjaya memakan umpan dimatakail. Salah satu pancing dimana perambut telah rosak oleh kertipan sang ketam. Sekitar 1.15am, MHM berbaki satu umpan hidup sahaja. Mengunakan set pancing terakhir mengekalkan formasi, manakala set pancing lainnya MHM telah berkemas. 1.45am mendapat umpan telah dimakan sang sotong. Ini menjadikan MHM menutup sesi pancingan malam ini.
2.00am, Berkemas dan pulang tanpa tangkapan ikan.
Pengunaan modal
1. Bateri saiz D = RM4.00
2. Umpan hidup = RM13.00
3. Sewaan prabayar jeti = RM15.00.
***************************************************
S19/2019
Tarikh mula : 3.8.2019 Masa : 6.00pm
Tarikh selesai : 4.8.2019 Masa : 8.00am
Lokasi : Jambatan Kuala Penyu.
Sekali lagi, pemancingan siri ke-19 MHM lakukan bagi melengkapkan sesi tajuk utama musim kali ini. Seperti biasa, teknik, peranan, tatacara pemancingan khusus tiada perubahan langsung dan dirutinkan sepanjang perjalanan melakukan hobi riadah bagi memburu ikan idaman sang Barramundi.
Pada asalnya, MHM ingin bercuti seketika kerana terjejas kesihatan dimana menghidapi sakit gigi yang mana gigi bongsu mulai merosak dan memberikan kesakitan yang kurang menyenangkan. Namun, ditelitikan panduan jadual dan perjanjian MHM perlu juga turun padang bagi meneruskan sesi kali ini. Mengikut kalendar peredaran Bulan bagi kondisi gelap, tarikh jatuhnya kiraan tepat bermulanya sesi ke-8 pada tahun ini adalah 2.8.2019. Tercatat juga pemilihan pemancingan sepatutnya MHM perlu ke Tiang 4, Jambatan Gayang Tuaran. Oleh kerana kurang sihat, MHM berhasrat ingin berehat sahaja. Tetapi, melihat catatan kalender milik MHM telah sepakat bersama saudara Encik Jesse Angit untuk melakukan pemancingan bersama. Jesteru, MHM dan Jesse memilih Spot Utama Jambatan Kuala penyu bagi melakukan pemancingan kali ini bersama-sama seperti dirancang sejak 2 bulan lepas.
MHM dan Jesse berangkat dari Tuaran sekitar 1.40pm seteru juga mencari umpan udang hidup, mengisi minyak Ron, pembelian makan minum, ais beku. Setibanya pada spot transit botman Rahman sekitar 5.40pm. Dan berada di tiang jambatan Kuala Penyu tepat 6.00pm.
Bagi data rujukan kali ini adalah MHM perlu merujuk kondisi Anak bulan seperti rajah disertakan.
Perancangan ini terlewat sehari sepatutnya mengikut tajuk utama musim kali ini, namun ianya tidak ditegaskan mengikuti tarikh sepatutnya. Hanya perlu memberikan satu tarikh pemancingan ideal asalkan peratusan 'Lighting' tidak melebihi 10% mengikut rajah diatas. Manakala, MHM perlu mengetahui kondisi coefficient yang baik dan masa yang tepat untuk menentukan pancingan target ikan mega.
Seperti rajah diatas MHM perlu mengetahui tahap kemalaran dan rangkaian interaksi ikan - ikan berada spot pilihan pemancingan kali ini. Kondisi 96% adalah siri terbaik untuk membuat pancingan target. Seterusnya, MHM perlu mengetahui pergerakan air pasang surut yang ideal bagi melaksanakan pancingan kali ini.
Merujuk jadual graf diatas yang telah disetkan mengikut kotak-kotak masa/kedalaman semasa spot sungai dilaksanakan hobinya MHM dapat peka sesetengah perkara yang bakal dilalui masa pemancingan berlangsung. Iaitu bermula 9.20pm akan bermula lagi kitaran air pasang secara perlahan-lahan hinggalah sekitar 10.40pm air berarus laju sehinggalah tengah malam. Walaupun kondisi air pasang baik, tetapi impak arus ini membuatkan ikan mega bersembunyi dahulu atau yang ikan berada dimuara untuk menghadirkan diri ke spot ini memakan masa. Jesteru itu, MHM perlu bersedia sahaja dan berehat. Jika diperhatikan dalam graf sekitar 9.15pm ada tandaan ikan 2 unit tersebut adalah interaksi ikan sekitar spot memulai mencari makanan sekitar pemancingan MHM jalankan.
Semasa pemancingan dilakukan, pemerhatian dijalankan bahawa kualiti air sungai dititik beratkan. Kondisi sekitar jam 6.00pm hingga 7.30pm asalnya sangat cetek pada surutnya sungai ini, akan memberikan air kabut selut lumpur bakau. Ternyata tepat jangkaan MHM 4 set utama pancing yang telah berada posisi semua sudut lantai tiang jambatan ini menerima pada tali utama dan perambut himpunan kecil lendir dan selut lumpur bakau. Namun ianya tidak merumitkan keadaan kerana sungai ini berada kondisi baik dimana anak ikan memulai bermain sekitar tebing sungai.
Sekitar masa 9.00mlm, kehadiran 3 pemancing berasal dari Penampang turut memeriahkan suasana pemancingan kali ini bersama-sama.
Oleh kerana MHM perlu laksanakan pemilihan masa ideal fokus untuk mencari sang mega memulai peranan untuk mengambil alih spot ini. Rujukan jadual dibawah bagi mengetahui masa sesuai yang bakal difokuskan rutin pancingan MHM.
Merujuk graf diatas MHM dapat membuat kesimpulan awal sekitar 12.10am sungai ini akan berada kondisi air bersederhana kedalaman, dan sesi air pasang mulai perlahan-lahan selesai peringkat statik selama satu jam anggarannya. Waktu tersebut kemungkinan air selut bakau kian mengurang kerana kesesuaian air jenis waktu itu adalah air sungai bakau bercampur dengan nisbah besar air laut. Melihat graf diatas kondisi dan interaksi ikan adalah waktu 2.55am hinggalah 5.05am anggarannya. Maka MHM jelas mengatur strategi utama bagi fokus masa yang ditetapkan mengikut diwartakan.
Aktiviti pemancingan
Saudara Jesse membawa lebih kurang 7 set pancing, beliau punyai cara tersendiri bagi pemancingan secara umum meluas skillnya. Dia berminat memancing ikan apa jua jenis spesisnya.
Manakala 3 sekawan yang hadir juga membawa set pancing lebih kurang 6 set sahaja. Teknik umum dan melakukan sesi tersendiri. Umpan hidup juga digunakan adalah udang putih bersaiz sederhana.
MHM punyai 6 set pancing, manakala set utama buruan Barramundi hanya 4 set cukup memadai. Sekitar jam 10.30pm MHM mengunakan set pancing kecil bagi melakukan pancingan ikan kecil dengan teknik appollo perambut yang dibeli. Memulai juga satu set pancing berbaki, MHM mengunakan teknik bottom bagi carian ikan bersaiz kecil.
Suasana spot pemancingan
Jambatan Kuala Penyu, sekitar 6.00pm lampu berkuasa tinggi automatik dinyalakan menerangi aset jambatan ini keseluruhannya.
Kelihatan bot nelayan berulang alik ke pekan dan ada yang pergi ke laut.
Sekitar 8.50pm, satu bot kecil punyai 4 orang pemancing ingin melabuhkan bot pada sisi tebing sungai dan berhampiran spot tiang ini. Mereka juga melakukan pemancingan bottom, sekitar jam 10.50pm mereka berpindah mencari spot baru.
Pada sekitar 6.50am waktu fajar terbit sepatutnya, daerah ini juga menerima impak angin kuat disusuli hujan lebat. MHM dan semua pemancing lainnya segera mengemas peralatan untuk menamatkan sesi pancingan.
Keputusan memancing
Selesai pemancingan kali ini, MHM berjaya mendapatkan seekor sahaja ikan Barramundi dengan nombor tag B0105 dan serial nombor gambar adalah JKP16. Berat ikan kali ini adalah 3.21kilogram, ikan ini berjaya didaratkan pada sekitar masa 4.55am bertarikh 4.8.2019.
Manakala ukuran ikan adalah 667 milimeter panjang, dan lilitan badan ikan ini adalah 427milimeter. Gambar rajah dibawah disertakan dengan pembaris ukuran.
Oleh kerana keluarga MHM ingin menikmati hasil pancingan kali ini, Ikan ini menjadi lauk kegemaran bagi memeriahkan harmoni kekeluargaan kecil kami. Syukur kehadrat Ilahi atas rezeki dikurniakan. Gambar dibawah adalah sesi kenang-kenangan bersama trofi Barramundi kali 105 ekor.
***************************************************
S20/2019
Tarikh mula : 17.8.2019 masa : 8.00am
Tarikh selesai : 17.8.2019 masa : 6.00pm
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Sesi memancing sempena purnama ke-8 bagi tahun ini. Namun, pada kali ini MHM membuat kelainan sedikit dalam sesi pemancingan secara santai dan meninjau suasana sungai spot pilihan bagi mendapatkan terperinci data-data diperlukan bagi proses yang bakal dihadapi musim ikan mega pada akhiran bulan-bulan pada tahun ini.
Merujuk pada gambar rajah diatas adalah kesinambungan purnama dihadapi pada kawasan daerah Kota Kinabalu. Kondisi kebiasaan apabila purnama penuh adalah ciri terbaik bagi mencari data - data diperlukan untuk dilalui 2 hari penuh MHM berada dilokasi ini sewajarnya dalam memastikan suasana sungai dalam keadaan baik.
MHM perlu mengutip 3 jenis utama data yang sesuai spot pemancingan ini. Iaitu:
1. Kondisi air sungai dan tahap rangkaian arusnya.
2. Aktiviti ikan kecilnya serta penghuninya.
3. Suasana perniagaan umpan hidup udang dan para pemancing.
Merujuk gambar dibawah adalah jadual pasang surut disertakan coefficient sesuai pemancingan santai MHM adakan hari ini. Membawa satu set pancing utama sahaja, dan berbekalkan tiga ekor udang tiger saiz ibu jari mampu menjalankan aktiviti ini sambil melengkaokan data yang diperlukan kelak. Apa yang penting kondisi siang dan malam hari perlu dalam memastikan kawasan spot penancingan dalam keadaan baik dari mampu diaktivitikan juga pada pemancing lain.
Pada gambar rajah diatas ini adalah tahap coefficient daerah pilihan. Walaupun pada malam hari ikut versi tajuk utama, namun keadaan data ini adalah bukan pilihan rasmi pemancingan MHM. Namun, yang penting adalah bagaimana menghimpun data yang jitu agar lebih spesifik dan terjadual kelak jika mendapatkan satu - satu pengenalan tentang spot ini kelak didatangi musim ikan meganya.
Merujuk gambar jadual diatas, MHM mengatur strategi pada waktu sesuainya ikan berinteraksi dengan pasang air sungai ini sekitar awal pagi dan meletakkan pancing 7.50am hingga 8.20am. Waktu yang baik bagi pemancingan target. Dan juga bakal pada sekitar 1.48pm hingga 3.05pm juga kemuncak ikan mega dan ikan kecil berinteraksi semasa surutnya air sungai kawasan ini.
Pilihan MHM adalah jeti apungan dan meletakkan satu set pancing pada sudut stand pancing kawasan ini. Waktu ini juga beberapa orang pemancing hadir untuk jalankan aktiviti pemancingan. Cuaca yang baik, suhu air sungai yang bersahaja, dan walaupun begitu sungai ini hadapi warna keruh dan tidak berarus kuat aliran pasang surutnya.
Manakala, gambar rajah diatas adalah milik pancing penjaga jeti ini. Dia juga ikut mencuba nasib bagi pemancingan pada posisi hampir bilik mereka. Tampak pada sisi pancing dilabuhkan, warna air sungai keruh dan dipenuhi daun-daun yang banyaknya. Suhu air sungai juga medium pada aras selesa ikan dan penghuni lainnya beraktiviti kawasan ini.
Pemerhatian selesai bagi pemancingan santai dilokaai ini, keadaan sungai bebas dan kualiti masih terjaga alam semula jadinya. Jika berpeluang kita akan menyaksikan beberapa pemancinga tegar akan mendapatkan ikan bersaiz lumayan dikawasan ini kelak. Sesi kali ini, MHM kumpau tanpa mendapatkan hasil target utama.
***************************************************
S21/2019
Edisi khas (pP vs Magic)
Tarikh mula: 1.9.2019 Masa: 5.30pm
Tarikh selesai: 2.9.2019 Masa: 5.00pm
Loksi: Tiang Jambatan Kuala Penyu.
Pemancingan sempena siri Anak bulan dalam September 2019. MHM mengadakan pemancingan santai dengan menjemput guru memancingku dalam memburu ikan Barramundi bagi ke lokasi Tiang Jambatan Kuala Penyu. Oleh kerana musim cuti maka, senanglah membuat penjadualan masa dan membuat perancangan rapi bagi pemancingan kali ini. Untuk kali ini, MHM melewati 2 hari daripada usia anak bulan ini berlangsung. Apa yang penting coefficient dan ketinggian aras pasang dan surut sungai dipilih harus seimbang dan mampu dilakukan rutin pemancingan kali ini.
Pad gambar rajah diatas, walapun MHM melewat 2 hari sepatutnya, namun peratusan coefficient adalah terbaik. MHM bukan sekadar kali ini mengambil kesempatan memancing ikan selunsung sahaja, tetapi jua memancing ikan lainnya yang banyak berhampiran lokasi tiang ini. Oleh itu, berikut adalah senarai pengunaan duit semasa pemancingan ini berlangsung:
1. Umpan udang hidup = RM 29.00
2. Ais beku = RM4.00
3. Ron 95 = RM20.00
4. Makan/ minum = RM10.00
Manakala bagi gambar diatas adalah tahap coefficient yg bakal dilalui kami berdua sepanjang masa pemancingan kali ini. Ini amat penting untuk kami menentukan masa dan keadaan pasang surut sekitar sungai yang bakasl dikunjungi. Adalah penting bagi satu - satu spot pemancingan adanya aktiviti ikan kecil maka, ada juga ikan besar dalam kawasan tersebut.
Bagi perancangan pemancingan kali, Muhamad Asri membawa 9 set pancing dan MHM membawa 6 set pancing sahaja, random dengan kepelbagaian jenis teknik dan lokasi pemasangan pancing mengunakan set stand pancing. MHM membuat taktik lama juga dalam memburu ikan kali ini. Apa yang penting sekali pemerhatian dan tatacara sungai kawaan pemancingan ini perlu dikenal pasti kehadiran ikan kecilnya dahulu, maka boleh sudah memburu ikan meganya kali ini.
Bagi perjalanan kali ini, MHM membiayai seai kali ini adalah seperti berikut:
1. Umpan udang hidup = RM29.00
2. Ais beku = RM4.00
3. Sewa bot ke tiang jambatan = RM10.00
4. Makan dan minuman ringkas = RM10.00
5. Minyak Ron95 = RM20.00
Pemerhatian dan pembelajaran bersama Muhamad Asri semasa rutin diadakan:
Sekitar 5.40pm hingga 8.30pm, mendapati sungai bersederhana kedalaman dan saudara MA menjelaskan bahawa air sungai waktu ini berkeladak lumpur, ini kerana tali utama dan perambut diseluti lumpur yang melekat pada tali pancing. Ini kerana juga adalah kurang menyerlah spot ini jika keadaan air yang berlumpur mengurangkan aktiviti ikan sama ada saiz kecil mahupun besar.
Tepat 6.00pm lampu berkuasa tinggi hidup menerangi suasana sungai dan tiang - tiang jambatan ini.
Pada sekitar 7.05pm MHM mendapatkan seekor kerapu bersaiz 0.700gram.
Sekitar masa 7.45pm, salah satu pancing milik saudara MA direntap kuat ketika air mulai ansur selesai surut.
Sehingga jam 9.20pm, air mulai pasang perlahan - lahan, berhampiran dinding kawasan tadahan spot ini dipenuhi ikan kecil dan ikan Tulai yang mengelilingi tiang jambatan ini. MHM segera mengunakan teknik appolo pemancingan santai mendapatkan strike ikan kecil tersebut.
9.50pm empat sekawan dari pemancing berasal daerah Papar bertandang untuk turut memancing spot tiang ini.
Sehinggalah 12.06am hari berikutnya, terdapat gerimis pada sekitar waktu ini. Pada waktu ini, pan hidupku kian lama kian banyak yang mati, anat risau jika 24jam perlu memancing jika umpan segera habis mati adalah amat sukar untuk mendapatkan sang mega utama.
MHM mengatur formasi pemancingan target utama, dimana mengunakan 2 set perambut D.A.M clear dan perambut pink bagi pemancingan ideal.
Sesekali MHM dan MA bergilir - gilir untuk rehat atau tidur. Namun, pemancingan bagi teknik appolo dari kami masih dikekalkan agar mendapatkan hasil yang mencukupi.
Sehingga pada waktu kemuncak pada masa 2.00am hingga 4.15am, waktu air bersederhana aras yang mulai surut pada awal subuh. Masih tiada tanda - tanda ikan mega mengusik umpan kami gunakan.
Pada 5.30am, ikan tulai yang mengelilingi tiang ini kian mengurang, MHM berjaya mendapatkan keseluruhan jenis ikan ini sahaja seberat 1.71kilogram.
Saudara MA memberikan pendapat bahawa pada kemuncaknya air pasang tengah malam, air sungai kian menjernih, namun selut berlumpur air sungai kian reda, tetapi diganti denfan cabaran baru iaitu beliau mendapati terdapat lendir air melekat pada tali pancing dan perambut. Dipahamkan seperti kes - kes sebelum ini, ianya menandakan daerah ini kurang menerima hujan sekata hinggakan sungai ini kurang bergaul dengan air bakau serta laut. Memaksa kami membuat formasi teknik terkini.
Pada 6.30am. MHM mengambil gambar kenanfan semasa aktiviti masih berlangsung.
Bagi suasana pemancingan kali ini, sempat merakamkan suasana pada awal pagi bagi photo rawak bagi sesi pemancingan kali ini. Ketika ini seramai 6 orang kekal bersama - sama memancing ikan di tiang jambatan ini. Tiada ikan mega didapati masa ini, namun sesi memancing ikan kecil kekal sementara pancing utama dijamah umpan oleh ikan target.
Manakala seterusnya, MHM dan Saudara MA bersetuju untuk meneruskan 24jam memancing pada spot ini. Perlahan - lahan kami mengisi tong ikan dengan tangkapan ikan kecil kami. Waktu siang ketika air bersederhana surut sekitar 5.00am hingga 8.00am air sungai berkeadaan baik, masih kekal dengan air berlendir memenuhi tali utama dan perambut.
7.30am MHM berjaya memujuk kerapu minyak bersaiz 600gram anggaran.
Sekitar 7.45am 4 sekawan berasal Papar menyelesaikan sesi mereka dan pulang. Kami berdua kekal untuk teruskan pemburuan ikan mega kali ini. Selama 24jam bakal kami lalui untuk mencari strike utama.
Sekitar jam 8.20am, juga 4 sekawan berasal daerah Putatan turut memancing bagi ke siang hari mereka adakan. Tak banyak set pancing mereka bawa untuk melakukan pancingan mereka.
Pada sekitar masa ini, umpan milikku telah habis guna, dan kebanyakkanya telah mati. Tetapi adalah juga udang mati kami potong kecil - kecil bagi teknik pemancingan appolo.
Sekitar 9.00am hingga 10.20am kami berdua merehatkan diri untuk melelapkan mata agar tidak mudah mengantuk kelak. Selesainya kami berehat, 11.00am kami mengatur kembali formasi pemancingan utama kami.
Sekitar 12.06pm salah satu pancing utamaku direnjat kuat oleh ikan mega, tetapi tiada mengena matakail. MHM segera memberikan umpan dan meletakkan kembali pancingan tersebut.
Walaupun kepayahan memujuk ikan target utama, kami masih teruskan menangkap ikan kecil bagi memenuhkan peti ais masing - masing. Sehingga jam 1.24pm pancing MHM direnjat kuat lagi tetapi ikan berjaya mencuri umpan sahaja. Memasang kembali umpan, MHM teruskan formasi agar mampu memujuk kelak sang mega.
Pada 2.10pm, MHM berjaya mendapatkan ikan putih bersaiz anggaran 300/400gram, ikan tersebut tidak bolt kerana matakail melekat pada badan ikan.
2.25pm sekali lagi ikan Putih bersaiz 1.12kg berjaya didaratkan oleh MHM
Dan pada 2.37pm sekali lagi saiz 600gram ikan putih berjaya didaratkan.
Meneruskan sesi pemancingan ikan kecil, MHM dan Saudara MA teruskan sesi pemancingan target, tepat pada 4.15pm salah satu pancing utama milik Saudara MA strike ikan Barramundi
Berat ikan milik saudara MA rasmi dan kami berdua mengambil gambar kenangan bersama - sama dengan hasil tangkapan.
Pada sekitar 4.30pm, kami semua mulai mengemas peralatan memancing bagi sesi bakal ditamatkan dengan jayanya.
Berikut adalah strike peribadi milik MHM setelah sampai dirumah.
Lumayan sang ikan putih.
Keseluruhan tangkapan milik MHM kali ini. Walaupun bersederhana, syukur dan amat berpuas hati dengan hasil kali ini.
***************************************************
S22/2019
Tarikh mula: 14.9.2019 masa: 10.00pm
Tarikh selesai: 15.9.2019 masa: 12.00am
Lokasi: Jeti Balairaya Kg. Contoh Petagas.
Pemancing siri seterusnya kali ini, MHM ingin mencuba nasib pada sungai berpotensi habitat sang Barramundi salah satu daerah pilihan utama Barramundi Hunter. Lokasi sungai benar-benar berhadapan muara sungai Petagas, kelihatan serta kedengaran angin dan ombak kuat jelas dari jeti ini. Spot pemancingan ini adalah umum, tiada bayaran sewa dikenakan. Namun begitu, ianya amat terhad kerana tapak berlantai semen dan ukuran anggaran kawasan ini hanya 30kaki persegi sahaja. Jeti ini benar-benar berada ditepian sungai Petagas ini. Namun begitu, sesi perkenalan dengan spot pemancingan ini kurang bernasib baik, kerana beberapa hari selepas kedatangan kemari kawasan pantai barat selatan mengalami ribut angin dan hujan kuat. Namun begitu, MHM menduga dengan 2 set pancing sahaja untuk memancing kali ini.
Seperti gambar rajah diatas, sedia maklum ada dua set pancing digunakan. Manakala stand pancing tersebut adalah diikat mengunakan tali yang kuat dan MHM membawanya sendiri bagi memudahkan kerja-kerja lapangan. Spot ini adalah rangkaian jeti diusahakan orang kampung sekitar dan ianya jeti mini pasar bagi nelayan yang ke laut boleh mengunakan kemudahan ini menjual tangkapan ikan laut. Terdapat petak meja yang selesa disediakan dan ruangan jeti ini sungguh luas. Bekalan elektrik seperti dalam gambar menunjukkan orang kampung prihatin sama ada kemudahan asas nelayan ingin bekerja malam, mahupun orang awam hadir ke lokasi ini dengan suasana terang dan selesa.
Sebagai pengenalan, sungai muara Petagas ini adalah lingkungan sungai yang sangat panjang hingga ke hulu didaerah utama Penampang. Sungai ini tidak sebesar atau seluas dari tebing ke tebing daripada gayang. Tetapi tampak kelihatan perahu dan bot yang banyaknya sememangnya kawasan sungai ini adalah penghubung yang baik nelayan ke laut mencari rezeki.
Oleh kerana pemancingan diteruskan dan bersahaja, MHM tahu dalam keadaan sungai yang sangat keruh ini akan menyukarkan pemancingan yang boleh dapatkan ikan target. Memaksa jua diri bagi memastikan sedikit sebanyak kawasan ini bakal pilihan utama memburu sang selunsung bagi mendiskripsi perihal ikan ini mampu berinteraksi dengan dunia moden. Heboh dalam Ogos dan awal bulan September tahun ini, kawasan ini sangat memberikan fenomena kehadiran raja sungai tersebut berjaya dipancing oleh pemancing tempatan. Sesi perkenalan dengan salah seorang pemancing berpengalaman teknik caster iaitu Saudara Didie dari Putatan dan saudara Cudi sememangnya anak jadi Kg ini memberikan pengalaman dan tips yyang sangat mengujakan dan berguna kelak. Apa yang penting MHM tetap berpendirian akan memiliki ikan tangkapan utama kawasan ini kelak sebagai set pancingan strategi dan lengkapkan misi utama.
Seperti gambar rajah diatas sungai ini mengalami mendapan lumpur dan keruhan air yang mungkin mengambil sekurangnya tanpa hujan kembali dalam 4 hingga 5 hari untuk pulih. Itu pun jika benar air pasang surut merangkumi keddalaman sungai yang baik mampu menjernihkan kawasan ini. MHM tidak dapat lakukan banyak pendataan kerana kawasan balairaya ini juga amat bergampuran rumah orang kampung, hormati hak mereka juga agar tidak mampu MHM mengambil gambar yang tidak boleh diwaetakan dalam cerita. Apa yang pasti, kedalaman dasar sungai ini sangat baik, suasana muara dan bersebelahan tebing ada sedikit huran bakau, ianya spot pemancingan yang berpotensi mendapat ikan mega sungai ini. MHM menamatkan pemancingan hanya guna 2 jam sahaja kerana air sungai kali ini tidak mengizinkan misi kali ini. Apapun MHM akan kembali bagi memancing strategi dan mangambil pelyang sesi tangkapan Selunsung Daerah Petagas / Penampang. Bagi menutup sesi ksli ini, MHM pulang tanpa tangkapan ikan kali ini.
Modal pemancingan kali ini,
1. Umpan udang Hidup = RM29.00
2. Ais beku = RM2.00
***************************************************
S23/2019
Tarikh mula: 15.9.2019 Masa: 8.00pm
Tarikh selesai: 16.9.2019 masa:7.30am
Lokasi: Tiang 3, Jambatan Gayang Tuaran.
Pemancingan sempena purnama ke-9 dalam tahun ini, MHM kali ini banyak menerima khabar kurang senang kerana musim jerebu dan lokasi spot pemancingan utama ini telah melebihi 2 bulan tidak punyai bekalan elektrik bagi lampu asas jalan raya jambatan ini tidak menyala.
Pada gambar rujukan diatas adalah tahap penuhnya kepurnamaan yang dilalui bagi daerah dalam kawasan pantai barat selatan Sabah. Kebiasaan MHM mampu mendapatkan ikan target utama jika cukup besar bulan ini ketika mengambang. Namun begitu, apa yang pasti kesukaran pemancingan kali ini adalah bukan mudah, kerana info rakan pemancing lain yang kerap datang memancing di jambatan ini kurang mendapatkan ikan yang dihajati ketika waktu malam. Oleh itu, MHM sendiri ingin merasai suasana kali ini agar dapat kolibrasi data-data sesuai dan info baik agar menjadi rujukan yang berguna kelak. Pada sekitar minggu lepas, kawasan pantai barat selatan mengalami ribut kuat dan hujan yang kerap. Tambahan lagi jerebu melanda Sabah ini juga bakal menyukarkan pemancingan yang dikenaskini.
Hari ini, sebagai data gambar diatas adalah tahap coefficient yang baik untuk memancing. Ini kerana peratusan ikan berinteraksi dengan suasana spot lubuk juga bakal dapat dirasai kerana merujuk jadual pasang surut berkala dikeluarkan oleh jabatan mateorlogi Sabah. Air pasang siang dan malam sangat baik, sungai berarus sederhana dan kemampuan ini bakal mendapatkan ikan strike yang sesuai dalam tangkapan target.
Namun begitu, info dari kawan-kawan memberikan pada awal bulan lepas dimana sungai ini juga dilanda rumpai laut yang seperti gambar dibawah, sangat banyak dalam aliran sungai mengkabong ini.
Masa MHM merutinkan hari pilihan untuk datang memancing tumbuhan seperti gambar diatas sudah berkurang dan tidak kelihatan sepanjang pemancingan berlangsung. MHM memilih tiang 3 pada posisi tengah sungai agar dapat menentukan pemancingan mengikut syarat dan jadual ditetapkan. Manakala terdapat kenalan rapat turut memancing di Jambatan ini, iaitu En. Johari Tasin memilih tiang 4 dan En. Will Juel memilih tiang 2. Maka saya boleh mendiskripsikan apa yang boleh diwartakan kerana tiga tiang utama jambatan ini punyai pemancing mampu target ikan mega sungai ini.
Masa pemancingan berlangsung, memilih tiang 3 jambatan ini terdapat 4 orang sedang memancing santai pada spot yang sama. Jam bermula 8.15pm dan lebih kurang 20minit kemudian, mereka berkemas untuk menamatkan sesi pemancingan mereka kerana datang sejak 3.00pm lagi. Semasa memasang pancing, sekitar 8.45pm salah satu pancing milik MHM direntap kuat. Setelah diperiksa, tiada kerosakkan optimum pada perambut, disyaki ikan Merah atau kerapu yang memakan umpan. Sekitar 9.00pm, MHM keseorang pada spot ini. Merujuk juga jadual diatas rangkaian ikan berinteraksi pada sekitar 7.30pm hinggalah 8.45pm. Waktu sesuai MHM fokus memancing.
Pada sekitar 10.00 malam, 3 orang pemancing datang ke spot ini. Namun hingga jam 12.00 tengah malam sahaja, mereka memancing. Merujuk pada jadual diatas, sekitar 1.50am hinggalah 4.10am ikan berinteraksi dengan suasana sungai ini. Tetapi pada kawasa tadahan air, semasa ianya berlangsung adalah sangat kurang. Pada tengah malam sepatutnya kelibat sang mega meletupkan air permukaan sungai kerap dapat dilihat. Namun, malam kali ini ikan mega tidak muncul dan sukar dapatkan pemerhatian untuk menentukan pemancingan kali ini. Oleh itu, MHM mendapatkan butiran awal dimana sebelum hadir pada spot hinggalah selesai pemancingan, sesi gambar dilakukan bagi mengukuhkan bahawa lokasi ini kurang menerima kehadiran ikan bersaiz luar biasa.
Malam sekitar 8.08pm, seperti gambar rajah diatas, ialah persimpangan masuk ke lokasi jeti pemancingan jambatan gayang, sangat gelap kerana lampu jalan raya khusus jambatan ini tidak menyala. Sangat rumit dan pemandu perlu berhati-hati bagi melintasi jambatan ini.
Pemandangan ini dimana MHM berada kawasan letak kereta kawasan rumah jeti Asang, sepatutnya gambar diatas adalah jambatan gayang, namun begitu ianya sangat gelap dan sukar untuk para pengunjung untuk melakukan aktiviti pada waktu malam.
Dan pada gambar diatas, adalah suasana terbitnya purnama pada sisi timur Sabah. Kelihatan warna bulan kemerahan dan akibat jerebu melanda negeri ini sejak 1 minggu lalu. Semasa kerja lapangan berlangsung, MHM sangat berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam sungai. Suasana sangat suram dan jerebu kian menebal malah kurangnya angin darat bertiup pada malam hari menyukarkan suasana ini menerima sinaran purnama bagi membantu menerangi kawasan pemancingan ini.
Pada sekitar 5.30am, sekali lagi MHM mendapakan gambaran suasana purnama malam hari, tampak jerebu tebal masih mengurangi cahaya bulan dan warna masih kuning kemerahan. Sangat menyukarkan pemancingan strategi dan suasana sungai sangat suram tanpa anak ikan bermain-main pada spot tadahan sungai. Ini jelas bagi tanpa kehadiran kecil, maka ikan mega juga tiada menghampiri spot tadahan pemancingan ini.
Mengambil lagi gambar pada sekitar jam 6.00am sepatutnya matahari sudah terbit diufuk timur. Gambar rajah diatas tampak suasana perkampungan Gayang diselubungi jerebu yang teruk. Selain itu, pada posisi jeti pak cik Asang ada satu kapal persiaran menyewa letak kawasan tersebut telah genap 2minggu mereka berada spot jeti.
Begitu juga kawasan perkampungan terayung, diselubungi jerebu yang teruk. Gambar rajah diatas memberikan suasana yang kurang memuaskan kerana awal pagi yang sepatutnya disirami cahaya matahari juga seakan waktu mendung walhal ramalan cuaca mengesahkan tiada hujan mahupun mendung kawasan daerah ini terima pada hari ini.
Keadaan suasana gambar diatas, sepatutnya masa ini matahari terbit, dan selalunya sebelum fajar timbul, gunung kinabalu akan tersergam indah pada tengah posisi dalam gamvar seperti diatas. Jerebu yang kuat ini asalnya dari Kalimantan selatan dimana ribuan hektar tanah dan hutan simpan mereka terbakar yang sukar dikawal oleh agensi mereka.
Pemandangan jeti perikanan Sabah, dilahat pada posisi tiang 4 sudut air pasang kawasan tadahan tersebut, terdapat 2 buah pelampung yang dikatakan milik nelayan menempatkan bubu besi ikan bagi tangkapan mereka lakukan, sudah lama mereka meletakkan bubu tersebut pada posisi tersebut. Ini membuatkan tiang 4 dimana ikan mega sukar dipancing kerana takut pada aset ini berada dasar sungai.
Nota: sebelum mengakhiri penulisan ini, MHM alami kesusahan untuk berkerja kerana sesak nafas dan cepat lelah. Adalah disarankan jika berlakunya fenomena jerebu, pemancing yang tidak sihat dan alah pada asap tidak dan amat ditegah untuk melakukan aktiviti luar. Manakala spot pemancingan jambatan gayang ini secara sahnya kurang kehadiran ikan mega pada waktu malam dan ianya bahaya juga pada pemancingan veteran yang sakit mata atau rabun.
Secara ilmiahnya, setelah 11jam melalui pemancingan posisi kali ini, MHM tidak memperolehi tangkapan ikan dan berikut adalah biaya modal yang dikeluarkan bagi pemancingan kali ini.
1. Ais beku saiz kecil = RM2.00
2. Umpan udang hidup = RM29.00
3. Sewa penghantaran bot = RM5.00
4. Bateri saiz D = Rm2.00
****************************************
S24/2019
Tarikh mula : 28.9.2019 Masa : 12.15am
Tarikh selesai : 28.9.2019 Masa : 7.00am
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Pemancingan siri ke-24 untuk 2019 dalam tahun ini. Jika diikutkan bahawa, MHM mempunyai rancangan khusus memancing di Jambatan Kuala Penyu bersama kawan karib iaitu En. Johari ribuan kemaafan kepada rakan ku Johari, MHM telah menarik diri menyertai pancingan yang telah kami rancangkan, ini akibat beberapa kesilapan semasa menduga sehari awal untuk memancing di Jeti Ameng, MHM mengalami trauma demam kerana mengadakan pemancingan 'tangkap terjun' yang diikutkan tiada dalam senarai kali ini untuk sesi pemancingan berjadual, MHM tidak memakai pakaian tebal mahupun berseluar dan berstokin, akibatnya badan menerima sejuk lebihan dan ketidak sesuaian diri hadapi suasana angin malam berda kawasan sungai. Namun apa yang pasti, sesudah mencuba dan beroleh strike luar biasa, MHM adalah perlu mengatur strategi dan penceritaan khusus sesi yang telah dilanjutkan pemancingannya.
11.00malam 27.9.2019, MHM tiba dilokasi jeti ameng sepanggar, melawat rakan-rakan memancing sedia ada disitu. Bersua muka dan bercerita hinggalah sekitar jam 12.00am, MHM menyediakan satu set pancing sahaja, dengan membawa umpan hidup serta satu siud khas milik untuk pemancingan santai dilokasi ini. Jika diikutkan, semua pondok utama jeti ini dipenuhi oleh pemancing tempatan. Maka, MHM melakukan sesi dikawasan jambatan jeti bertiang sahaja.
MHM mengunakan set pancing terpilih iaitu RodFord Salta68, manakala reel adalah Chazer 5K yang baru diservis dan tukar washer carbontex. Disamping itu juga, MHM membawa siud khas bagi pancingan lebih efisyen. Gambar rajah dibawah adalah set pancing kesayangan MHM gunakan. Selalunya, jika MHM serius memburu ikan target ini. Sekurangnya 6 set pancing difokuskan. Tetapi hasrat hati hanya gunakan satu sahaja kali ini santai di jeti Ameng untuk pancingan segera.
Walaupun pemancingan bersahaja dan mengunakan satu set pancing. MHM tetap membuat rujukan terhadap jadual air pasang surut, graf coefficient, dan aktiviti ikan kecil serta lain - lainnya. Apa yang utama adalah seperti dibawah,
Merujuk pada graf coefficient diatas, kadar beraktiviti ikan pada spot pilihan pemancingan adalah peratusan tinggi dan sangat kuat. MHM bermungkinan akan mendapatkan ikan target yang sesuai dan mampu didaratkan. Maka, MHM memberikan satu formasi pemancingan khusus bagi aturcara ikan mega mampu ditrofikan malam hari tersebut. Selain itu, MHM merujuk tindak tanduk arus pasang surut dan penglibatan ikan kecil dan besar berinteraksi dengan lubuk pilihan. Berikut adalah jadual berkala yang baik untuk diikuti.
Bermula 12.15am MHM kerap membuat pemeriksaan umpan dan membetulkan posisi pancing diletakkan. Kesesuaian arus dan lokasi sangat dititik beratkan. Adalah penting umpan hidup, sentiasa cergas dan kuat hayatnya. Selain itu juga, MHM menitik beratkan kehadiran pada lokasi pemancingan yang mana jangan kerap berhampiran spot diletakkan set pancing. MHM sentiasa bersedia agar mampu melawan ikan yang mampu dipancing kali ini.
2.15am, pada waktu ini telah selesainya air surut dan arus sungai sangat lemah, secara tiba - tiba satu hinjutan kasar pancing dicuri umpan udang hidup. MHM memasang kembali umpan dan akhirnya 3.04am. Ikan berjaya didaratkan atas bantuan pemancing kenalan baru yang sudi bantu siud ikan ini, dan ada kawan lain sudi buat video pendek semasa ikan ini berjaya dipancing. Berikut adalah data ikan diukur dan ditimbang agar rasmi ikan ini berjaya dipancing dan direkodkan.
MHM dan kawan kenalan baru, membuat kerja timbangan berat ikan berjaya didaratkan.
Secara rasmi, ikan ini ditimbang seberat 15.42kilogram. Seterusnya, MHM membuat kerja - kerja pengukuran ikan ini.
Ikan ini adalah ukuran mengunakan pita ukuran iaitu 1.193meter panjang bersamaan 1193milimeter. Manakala bagi ukuran lilitan ikan ini adalah 0.843meter bersamaan 843milimeter lilitan badan. Jika dilihat, bahagian abdomen perut ikan ini mengempis, manakala MHM memeriksa bahagian kemaluan ikan ini dapati telah susut warna merah yang telah pulih. Jika dipahami, ikan ini telah selesai melepaskan telur dan ia seakan sangat kurus tanpa isi perut yang masih kosong.
Candid bersama ikan ini, benarlah orang kata, jika dalam gambar ikan ini hanya biasa-biasa sahaja. Jika ia berhadapan dengan kita, memang mengkagumkan saiz ini.
Sementara itu, MHM terus membuat gambar trofi rasmi bersuasanakan spot pemancingan Jeti Ameng Sepanggar dengan data tangkapan ikan ini adalah B0106.A. alhamdulillah, dipermudahkan urusan dan ikan ini dibeli oleh Mr. Ah boon dengan harga langsam RM300.00 seekor.
Matakail MHM gunakan adalah Expert jig hook saiz 1/0, hampir terlucut ikan jika lebih lama lagi berlawan wink dengan big mama ini. Apapun syukur akur jua ikan ini memasuki siud milikku.
****************************************
S25/2019
Tarikh mula : 12.10.2019 Masa : 6.00pm
Tarikh selesai : 13.10.2019 Masa : 5.00pm
Lokasi : Tiang Jambatan Kuala Penyu
Pemancingan siri ke-25 Sempena purnama penuh bagi bulan Oktober dalam memburu ikan Barramundi dilokasi - lokasi terpilih. Apa yang dirancang kali ini, MHM membawa kembali kawan pemancingan iaitu Saudara Johari untuk menganti perjanjian lama pemancingan lalu MHM tangguhkan. Berikut adalah carta digunakan rujukan web tide4fishing bagi pendataan dan pengkhususan strategi serta maklumat berguna, kami datang dua hari awal dari tarikh kepurnamaan penuh.
Rujukan coefficient perlu kami lakukan agar strategi pemancingan kami lakukan lancar, berikut adalah tahap kecenderungan ikan kecil dan mega berinteraksi dengan sungai sekitar spot pemancingan kami adakan.
Setibanya lokasi pemancingan, adalah kami mengenal pasti sesuainya air pada tahap kejernihan, kesesuaian juga posisi alatan pancing diatur dan persediaan menghadapi air pasang setibanya lokasi ini kami kerja lapangan.
12.10.2019, MHM dan Johari melakukan rujukan agar jadual dibawah mampu membantu penancingan lebih spesifikasi dan terancang baik.
7.00pm
Selesai memasang pancing dan posisi sesuai. Kami berusaha dalam membuat sedikit sebanyak pengenalan tentang air sungai ini, tiada sampah sarap yang hanyut, keadaan air sungai, waktu ini pada tahap kepekatan air paya bakau dimana keruhan lumpur bakau dalam aliran sungai ini. Talaan pemeriksaan pancing yang diusahakan untuk memburu juga diperiksa tiap masa setengah jam dan MHM dapat air sungai ini alami hanyutan lendir air paya bakau yang mampu berpaut pada tali utama brided dipenuhi lendiran.
8.30pm
5 orang pemancing asalan daripada Kg. Benoni Papar turut memeriahkan pemancingan santai di tiang jambatan ini.
8.50pm
Air berarus kuat, sungai kian tampak dalam skala air bersederhana pasang dalam keadaan 1.4m (kota kinabalu) ketika ini, ikan kecil jutaan kumpulan memenuhi kawasan tadahan arus tiang jambatan ini. Cenderung oleh lampu spotlight yang berkuasa kecerahannya, mampu memanggil sebilangan besar micro macro hidupan sungai serta ditambah lagi, air kian berkurang lendiran dan kian jernihan air laut.
9.30pm
Salah satu pancing MHM mengena ikan mega, sekitar 3 minit berentap wink, ikan timbul dipermukaan Barramundi lebih bijak dapat melucutkan diri dari matakail.
10.00pm
Seorang pekerja sangkar yang berhampiran tiang ini datang dengan botnya. Oleh kerana dia berminat ingin merambat ikan jutaan saiz kecil tersebut. Beberapa kali MHM meminta agar dia jangan lakukan perkara tersebut kerana sangat hampir dengan cara pemancingan kami. Dia tidak endahkan permintaan kami lalu merambat sesuka hati kawasan yang sangat hampir dengan tiang jambatan ini.
Oleh kerana orang ini tidak mempedulikan permintaan kami agar memberikan peluang pemancingan dengan telah datang sejauh Tuaran dengan modal ratusan ringgit. Kami yang pemancing statik pasrah kerana kedegilan dan tambahan lagi hadir sebuah bot lagi dengan membawa 2 set rambat bagi mereka lakukan sesi tangkapan ikan kecil jutaan pada sisian tadahan arus sungai tiang jambatan ini. MHM mengatur kembali formasi pemancingan dan berbincang dengan Johari agar memilih pada siang hari untuk memancing lagi melengkapkan 24jam berada ditiang ini memburu ikan target sang Barramundi. Berikut adalah rujukan jadual bagi pemancingan seterusnya.
13.10.2019, sekitar 6.00am hingga 7.30am kami boleh mendapatkan ikan dihajati jika berpeluang kerana tahap period tide adalah baik waktu tersebut, telah mereka selesai sekitar 3.00am merambat berhampiran spot pemancingan ini. Dengan harapan ikan yang berbaki berhampiran spot ini tidak trauma dengan aktiviti nelayan merambat lebih kurang 5 jam kawasan ini. Manakala, 5 sekawan pemancing dari Kg. Benoni telah pun pulang 7.00am hanya mampu mendapatkan strike seekor tambung sahaja dan mereka mampu dapat ikan kecil hsil teknik appolo.
10.10am tiada kelibat ikan mega sang Barramundi berjaya dipujuk, nyata trauma ikan tersebut kemungkinan menjauh pada spot tiang jambatan kami memancing. Hanya mampu memancing ikan saiz kecil yang sesuai dijadikan stok makanan kami bawa untuk pulang kelak. Semasa kami memancing ikan kecil, formasi untuk pancing target sang mega diatur baik. Datang lagi sebuah bot pemancing untuk bertambat dengan sisian tiang jambatan ini, kecewa sangat kami berdua kerana selama 24jam menerima gangguan serupa ini semasa memancing. Ternyata sudah modal kami salurkan tidak akan membuahkan hasil, lebih - lebih lagi, kali ini pemancing mengunakan bot bertambat dengan sisi dinding tiang jambatan ini ( suami isteri ) melakukan pemancingan selama lebih 6 jam. Seringkali pancing milik Johari sangkut dan berbelit dengan pemancing perempuan tersebut. Tanpa rasa ikhsan dan rasa bersalah walaupun tahu kesalahan mereka lakukan tetap berada disisi tiang ini selama mereka mahukan.
Tiada apa - apa yang perlu diterangkan, misi pemancingan kami sangat merugikan dan kecewa dengan sikap para mereka yang punyai bot dan set rambat serta pasangan suami isteri seperti cerita diatas. Kami tak minta besar sangat pun, cuma dalam kondisi kerugian kami adalah modal kewangan yang besar, jarak Tuaran untuk kesini ulang alik 300km serta masa 24jam terbuang begitu sahaja.
Hasil pemancingan kami, setibanya dirumah sejak 5.00pm tiba didarat, pulang masing - masing ke rumah selama 3 jam selesai memandu. Lalu dimulai saudara Johari berkongsi hasil tangkapan seperti dibawah. Syukur Johari berjaya memujuk seekor ikan Putih saiz lumayan 700gram dan seekor ikan alivio 400gram. Dalam gambar adalah hasil sintakkan appolo ikan kecil dia berjaya dapat.
Manakala, bagi MHM hanya mampu mendapatkan ikan dari sintakan appolo sahaja seperti gambar rajah dibawah, walaupun begitu melengkapkan stok makanan dirumah, MHM membeli 3 bungkus siput sedut dan tangkapan ikan kecil ditimbang jumlah 3.03kilogram. Apapun, syukur alhamdulillah, selamat datang dan selamat pulang dalam keadaan sihat walafiat hendakNya.
****************************************
Pembelian Baru
1. Jigging hook, Expert brand saiz 5/0 = RM24.00
****************************************
S26/2019
Tarikh mula : 29.10.2019 Masa : 9.00pm
Tarikh Selesai : 30.10.2019 Masa : 3.30am
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Pemancingan siri ke-26 sempena Anak Bulan ke 10 dalam tahun ini. MHM membuat pemancingan santai dilokasi terpilih bagi melengkapkan set tajuk tahun kali ini.
Oleh kerana misi pemancingan kali ini bottom fishing, wajib bagi MHM menjalankan aktiviti secara santai dilokasi Jeti Ameng Sepanggar. Berbeza kali ini, MHM mengunakan 2 set pancing utama dan mengunakan umpan yang sesuai. Berikut adalah tahap keyakinan bagi coefficient dilokasi daerah yang mana mampu memberikan rentapan joran dan umpan.
Melihat pada tahap diatas, MHM juga merujuk tahap aras pasang surut yang sesuai dirutinkan dengan merujuk jadual air pasang surut bagi daerah Kota Kinabalu. Terdapat pada kemuncak air pasang tinggi pada sekitar masa 10.30pm. Manakala berikut adalah carta graf altiviti pasang surut dan kelibat aktiviti ikannya.
29.10.2019
8.45pm = MHM tiba dilokasi bagi khusus mengenal pasti posisi baik untuk pemancingan strategi kali ini.
9.00pm = Selesai memasang hanya dua set pancing utama pada spot ikan yang kerap datang sudut yang mampu ditelitikan. Setiap 30minit, MHM akan membuat pemeriksaan umpan dan usaha memujuk ikan juga diadakan.
10.00pm = Hujan kuat ketika ini, air sungai kian berkeladak lumpur dan sedikit keruh. Kelibat ikan kecil dan besar tiada dipersekitaran spot pemancingan ini kerana sementara hujan, terdapat juga angin membuatkan permukaan air berombak - ombak kecil.
11.00pm = waktu ini, masih kekal juga hujan. Formasi MHM terjejas kerana sulit untuk melakukan pemeriksaan umpan mengikut terjadual. Air permukaan sungai masih berkocak ombak.
30.10.2019
12.00am = oleh kerana hujan kuat dan sekitar masa 1 jam 45minit berlangsung. MHM berpendapat, tahap suhu air adalah sejuk, manakala permukaan air sungai menjadi tawar akan mengakibatkan ikan kurang bermain dipermukaan sungai pada spot pemancingan. Jelas bahawa jika kurang aktiviti ikan, target ikan utama juga menjadi sukar.
1.00am = MHM masih kekalkan formasi pemancingan, 30minit memeriksa umpan dan mengunakan baja ayam serbuk bagi taburan (rasuah) agar hadirnya ikan kecil bermain kawasan pemancingan ini.
2.00am = penelitian terhadap spot pemancing, tahap air kian menyurut juga dimana keruh yang bersederhana. Namun, suhu air terlalu sejuk. Ini membataskan pergerakan ikan kecil berinteraksi spot pemancingan ini.
3.00am = bersiap kemas peralatan pancing. Dan menamatkan sesi kali ini tanpa tangkapan ikan target yang diperlukan data tahunan ini.
****************************************
S27/2019
Tarikh mula : 10.11.2019 Masa : 12.00am
Tarikh selesai : 10.11.2019 Masa : 8.00am
Lokasi : Tiang 4, Jambatan Gayang.
Pemancingan sempena siri ketibaan purnama penuh dalam bulan November. MHM mengadakan sesi pemancingan pengesahan lokasi utama dimana sejak 3 atau 4 bulan lalu, jambatan dan jalan raya sekitar lubuk pemancingan ini, lampu jalan raya pada waktu malam tidak menyala dikala waktu malam. Oleh itu, informasi kawan - kawan dan saya sendiri datang berjumpa botman Pacik Asang menyatakan telah 4 hari berlangsung lampu jalan dan kini Jambatan Gayang kembali pulih setelah pihak Majlis Daerah bertungkus lumus memperbaiki dan mempertingkatkan mutu fasiliti kemudahan asas dinyatakan.
MHM juga memilih tarikh pemancingan hujung minggu dan setelah pulihnya bencana alam kecil hujan dan angin kuat kawasan pantai barat selatan Sabah alami. Berikut adalah data yang diperlukan MHM bagi melengkapkan siri pemancingan pendek kali ini.
Manakala bagi tahap kecenderungan fasa interaksi dan coefficient, beriut adaah tahap dikala purnama yang hampir penuh berada dilangit Sabah.
Mengukur kemampuan sungai Mengkabong dan yang ini, MHM mengunakan graf tide4fishing dan mengabungkan data jadual air pasang dan surut dari Jabatan Meteorlogi Sabah. MHM mebut satu kesimpulan khusus agar pemancingan ini walaupun sedikit masa dogunakan tetap mengatur strategi pemancingan. Bagi pengenalan pula, pada siang hari Kota Kinabalu dan Tuaran dilanda hujan kuat beserta angin kencang. Setibanya dilokasi ini, terdapat 5 orang pemancing telah menjalankan aktiviti memancing di tiang 3, manakala tiang 2 tiada kehadiran pemancing. MHM memilih tiang 4 kerana tiada pemancing lain ketika ini.
10.11.2019
12.00am = 1.5m
Waktu ini, MHM selesai mengunakan 5 setpancing utama bagi menjalankan kerja lapangan bagi target ikan mega Barramundi. Tepat atas kepala bulan yang hampir purnama menyinari kawasan daerah ini. Air sungai telah memulai fasa surut, kemungkinan MHM datang lewat, kawasan ini telah didatangi bot dalam kegunaan rasmi penghantaran MHM sewa, maka tiada kedengaran ikan mega membuat dan mencari makan sekitar tiang 4 ini.
1.00am = 1.4m
Stiap sudut ada set pancing diletakkan. Walaupun arus sedikit kuat, MHM tetap melakukan sesi set pancing kedudukan pemancingan bottom melawan arus sungai yang surut. Masih tiada kelibat sang mega bermain, kelibat ikan kecil juga amat kurang. MHM melakukan rutin pemeriksaan umpan selaan 30minit.
2.00am = 1.2m
Air surut kian laju, formasi tetap kekal, sekitar masa ini, salah satu udang hidup tiger telah digigit sotong, menukar umpan segera. Tiada aktiviti ikan mega meletuskan air permukaan sungai.
3.00am = 1.1m
Air surut kian perlahan. Gangguan ikan kecilemakan umpan udang dimana terdapat semasa peneriksaan umpan hidup, kaki - kaki udang telah dimakan oleh ikan kecil. Masih juga tiada letusan daripada ikan mega. Fotmasi pemancingan masih kekal semua sudut lantai terdapat set pancing.
4.00am = 1.1m
Waktu ini, air sungai sekitar berada keadaan tenang, sedikit arus kecil seakan - akan surut masih mengalir. MHM berehat bagi merehatkan diri.
5.00am = 1.2m
Secara perlahan - lahan air pasang memulakan sesinya subuh. Tiada pergerakan ikan mega diperhatikan. Himpunan ikan kecil berada tadahan arus jyga kurang. Pada sekitar masa ini, gangguan ikan buntal memutuskan perambut dan pancing lain diganggu umpannya sotong lalu umpan mati.
6.00am = 1.2m
Air pasang bertali arus yang sangat lemah. Tiada kelubat ikan mega target. Terdapat banyak aktiviti ikan kecil dipermukaan air sungai. Sekitar masa ini, MHM mendapat ikan putih bersaiz 250gram.
7.00am = 1.3m
MHM berkemas pulang.
Modal pemancingan kali ini.
1. Umpan udang hidup = RM20.00
2. Sewa botman = RM5.00
3. Bateri= RM5.50
****************************************
S28/2019
Tarikh mula :
Tarikh selesai :
Lokasi : Tiang Jambatan Kuala Penyu.
Pemancingan siri ke-28 dalam bulan November dikala hampirnya fenomena bulan gelap kali ke-11 dalam tahun ini.
Pemancingan dari MHM kali ini, membawa kembali pada spot pilihan utama iaitu daerah Kuala Penyu. Berikut adalah persediaan dan pembelian bagi melicinkan proses kerja lapangan sepanjang rancangan diadakan kali ini.
1. Umpan udang hidup = RM29.60 (setengah kilo)
2. Bateri saiz D = RM5.00
3. Minyak Ron95 = RM15.00
4. Makanan segera dan minuman = RM16.00
5. Sewa khidmat botman = RM10.00.
6. Ais batu = RM3.60
Pada kali ini, MHM sekali membawa seorang rakan sama hobi memancing ke daerah pilihan. Saudara JS suka cita mengikuti aktiviti ini dan kami bersetuju berbagi bayar beberapa perkara seperti Ron95 dan lain-lain. Bermula dari Rumah masing-masing, mengunakan kenderaan milik MHM. Sekitar jam 2.00pm bertolak terus ke daerah ini. Cuaca sekitar masa 3.15pm bermula dari jalan by-pass Penampang hingga Kawang terus ke persimpangan Benoni. Laluan persimpangan Membakut/Pimping hingga Binsuluk terus ke Kuala Penyu, daerah-daerah disebutkan mengalami hujan kuat. Setibanya sekitar 5.20pm kami menghadapi hujan kuat dan terus ke tiang Jambatan Kuala Penyu. Sebelum memulakan sesi pemancingan, suka benar MHM membuat rujukan dan kaji selidik rujukan efektif tide4fishing, dan jadual air pasang surut malah berkaitan juga catitan lama yang pernah MHM lakukan sebelum ini. Semuanya dirujuk agar mampu buat kerja lapangan yang sesuai dan licin dilaksanakan.
Pada kali ini, siri pemancingan dilakukan anggaran aktif coefficient dikra sangat tinggi, apa yang pasti rujukan major dan minor periods tide juga dikesan agar pemancingan dapat ditentukan dengan lebih lancar lebih efektif. MHM melakukan rutin seperti biasa pada kebiasaan sebelumnya, setiap penjuru lantai terdapat set khusus bagi target ikan Barramundi, dua set pancing berbaki digunakan sesi pemancingan ikan kecil. Manakala, saudara JS secara random dan mengikut arus pasang atau surut melakukan sesi pemancingannya.
Seperti jadual tertera, bermula senja dan air pasang berakhir sehingga sekitar 10.00mlm. Selebihnya surut secara perlahan-lahan. MHM siap memasang pancing sekitar 6.10pm, waktu tersebut kami hadapi hujan lebat, tiada kelibat sang mega berada spot tertentu dalam mengeluarkan letupan - letupan dipermukaan. Sepanjang hujan berlaku, MHM memancing ikan kecil bagi melengkapkan sesi pengenalan kawasan ini sama ada efektif kehadiran ikan kecilnya, mengunakan appolo set berbulu putih dan hijau, tangkas menipu sang ikan kecil seperti tulai, ikan putih kecil, dan banyak lagi.
8.20pm hujan kian reda dan tiada lagi. Namun begitu, terdapat suasana berangin membuatkan permukaan sungai berombak kecil. Air sungai dipermukaan sangat keruh, pasir putih kelihatan dalam arus ritma tersendiri.
8.50pm salah satu pancing milik saudara JS direntap pada sisi mengikut arus oleh ikan mega Barramundi skala saiz 2kg.
Dan sekitar 9.45pm sekali lagi pancing milik saudara JS dihinjut bersederhana pada posisi sisi menghadap tebing. Ikan berjaya didaratkan sekitar 1.5kg skala saiz.
Meneruskan sesi kami, sungai bertukar arus kepada surut. Satu jam selepas air surut bermula, MHM mengambil air sungai pada permukaan terdapat selut lumpur pasir kuning. Manakala pengambilan air sungai didasar juga perlu dan dapati juga keruh air selut bakau sedikit hitam. Ini adalah tidak baik bagi pemancingan ikan mega, dikala minor periods air sungai telah keruh oleh bahan lumpur bakau sungai ini. Impaknya, ikan mega tiada melakukan aktiviti rutin dan tidak kelihatan kawasan tempat ia mencari makanan.
24.11.2019
Berbincang dengan saudara JS kami meneruskan dengan tarikh baru dimasa tengah malam bermula, akan memancing selama 18jam berbaki. Dengan ini, Kami dapat memenuhkan tong simpanan ikan agar pulang dengan hasil ikan yang baik sama ada saiz kecil mahupun besar.
Maka, setelah kami bersetuju pada siang hari memancing selama 12jam. Menangkap sebanyak mungkin ikan untuk dijadikan stok musim tengkujuh. Bermula tarikh baru, hari ini kekal masih memancing ikan kecil mengunakan appolo. Sungai pada sisi surut kian menampakkan kepekatan air paya bakau, sangat hitam dan kurang permainan ikan kecil dipermukaan. 2.30am secara tiba-tiba lampu berkuasa tinggi yang menerangi jambatan ini terpadam tidak nyala. Hampir keseluruhan jambatan ini keadaan gelap gelita, di pusingan bulatan berhampiran stesen minyak Petronas sahaja menerangi jalan raya kawasan tersebut.
Tiada kelibat sang mega meletupkan air sungai. Tiada juga ikan jutaan mengelilingi tiang jambatan ini. Maka inisiatif kami berehat sekwtika melelapkan mata. Sekitar 6.30am memulakan sesi pemancingan apolo buatan sendiri, mengunakan umpan udang mati dipotong kecil. Banyak juga hasil, tetapi ala kadar. Formasi memancing ikan selunsung kekal, namun tiada tanda-tanda ikan mega menghadirkan diri kawasan ini. 4.00pm kami berkemas untuk pulang kerana banyak gangguan ikan buntal waktu sekitar tersebut. Berikut adalah hasil pemancingan kami adakan.
Kali ini, rezeki saudara JS berhasil dapatkan ikan mega selunsung. Manakala, MHM berhempas pulas mencari ikan kecil dan terdapat juga saiz baik. Berikut adalah hasil tangkapan bersederhana.
Pertama kali mendapat ikan buna (telinga gajah) syukur.
Memorendom Rasmi.
Seperti surat rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah, terdapat dua lokasi disahkan menghadapi ancaman semulajadi iaitu Air Merah. Berikut adalah surat dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi kawasan terjejas agar lebih penduduknya berhati-hati dalam memakan hasil laut.
Bagi kurang tempoh 2 minggu selepas daerah Kuala Penyu dan sekitarnya alami Air Merah. Kini, sungai mewakili daerah Tuaran iaitu perairan sungai Mengkabong hinggalah ke muara Tanjung Badak telah alami musim ancaman semulajadi ini.
Oleh kerana dua daerah ini telah menerima fenomena alam ini. Dalam sketsa Musim : Hitam atau Putih menerima impak secara langsung. Pemburuan Barramundi pada lokasi terpilih berkemungkinan terjejas dalam tempoh masa yang panjang.
Lawatan 2 lokasi pemancingan pilihan MHM
Oleh kerana surat amaran telah dikeluarkab oleh pihak berwajib, MHM segera membuat kemas kini perincian sungai yang pernah dijadikan set lengkap dokumentasi kerja lapangan memburu ikan idaman sang Barramundi. Fasa pertama musim Red Tide dikenal pasti berikut adalah gambar-gambar rujukan sempena kejadian air merah berlangsung.
Fasa awal.
Tarikh : 12.12.2019
Lokasi : Jambatan Gayang Tuaran
Fasa awal jelas kelihatan perairan sungai Gayang didapati air keruh kehijauan. Peringkat bermula dimana air ini sebaran dari PSP kerang - kerangan dan lain - lain sumber mengakibatkan kejadian ini berlangsung.
Gambar diambil pada sisian kawasan jeti Pak cik Asang.
PSP Hijau air, peringkat Fasa awal kejadian air merah bakal berlangsung.
Perairan kawasan jeti pelancongan, jiran sebelah Jeti Pak cik Asang.
Fasa awal
Tarikh : 12.12.2019
Lokasi : Jeti Ameng Sepanggar.
Lokasi perairan Teluk Salut hinggalah ke sungai Kaping. Jua menerima impak pemula Air Merah. Berrikut adalah gambar. Sempat diwartakan.
Kelihatan juga air red tide pemula keruhan hijau merebak kawasan ini.
Gambaran diambil ketika tengah hari matahari memancar terik.
Keruhan Air pemula Red Tide Dis 2019.
****************************************
Lawatan spot pemancingan MHM kali ke-dua fenomena Air Merah.
Secara amnya, kejadian air merah adalah perakara yang tidak boleh diambil ringan, beberapa kes berat telah dilaporkan terdahulu fenomena ini berlangsung pernah meragut warga Sabah yang kurangnya pengetahuan tentang bahana fenomena ini. Namun begitu, sebagai salah seorang pemancing adalah dedikasi MHM wajib berkongsi cara dan data akan catatan dan pemerhatian moga berakhirnya musim air merah ini direncanakan bersiri dan berkongsi kelak agar semua orang mampu melakukan rutin hobi dengan baik dan yakin. Berikut adalah gambar-gambar yang membantu sesi mengenal pasti fenomena ini berlangsung agar dapat ketahui tahap kualiti sungai mampu menghadirkan banyak subjek dan data membantu agar kelak fenomena ini berakhir dapat ketahui jumlah harian digunakan musim ini berlangsung. (tarikh lawatan MHM pada setiap gambar dinyatakan).
Suasana Jambatan Gayang Tuaran dan dari perkarangan Jeti Pacik Asang.
Tahap warna air pada sisi tadahan air arus pada jeti apungan.
Walaupun tidak seteruk 2014/2015 air merah kali ini tetap memberikan keruhan air yang meragukan untuk target ikan pancingan mega.
Sebagai pemancing adalah perlu peka dan sensetif pada spot pilihan anda pilih, kenali sungai dan perlu tahu tahap cenderung interaksi penghuni sungai sekitar pemancingan anda lakukan kerap. Berikut adalah senarai cara MHM mengenal pasti kualiti air merah dan ketahui bahawa kurangnya ikan mega pada spot pemancingan ini.
1. Perhatikan setiap gambar, terdapat warna air hijau keruh yang padat.
2. Walaupun keruh, terdapat jernihan permukaan, setiap gambar pernah kongsi sebelum ini adalah tempat bermainnya anak ikan kecil berteduh arus dan mencari makan pada sisian jeti. Nyata amt kurang dan tidak kelihatan. Hanya anak ikan julung-julung sahaja ada pada sekitaran jeti ini.
3. Perhatikan pada sisi tong drum, tali jangkar atau bot. Akan terdapat lumut dan lumpur berpaut kuat dengan statik subjek. Jika air sungai yang sihat, lumpur dan lumut amat kurang dan tidak terlalu banyak.
4. Tahap air merah kali ini adalah aras berjaga-jaga. Tidak dibenarkan memakan hidupan bercengkerang dan merayap dan berpaut pada sisian tiram atau apa sahaja statik kawasan.
Lawatan ke lokasi Jeti Ameng.
Tarikh yang sama lawatan ke Gayang, kali ini juga mencari maklumat penting sesi fenomena air merah dikawasan spot pemancingan ini.
Berbeza dengan perairan Jambatan Gayang, air sungai sekitar Jeti Ameng dilanda musim hujan dan akibatnya terlalu keruh lumpur air darat ditambah lagi air merah. Sebagaimana dalam gambar diberikan suasana permukaan air sangat kurang ikan kecil yang kerap nampak bermain dipermukaan kini amat kurang berinteraksi pada masa - masa tertentu.
Jelas ketara, tadahan ini dahulu amat banyak ikan bilis sungai dan kembura boleh nampak bermain main pada tadahan kawasan ini.
Pemerhatian bahwa air sungai waktu ini keruh lumpur dan air merah (hijau tua) pada aliran sungai ini.
****************************************
S29/2019
Tarikh : 26.12.2019
Masa : 5.30pm - 7.45pm
Lokasi : Jambatan Yayasan Sabah
Pemancingan sempena fenomena Gerhana Matahari, MHM telah melawat spot - spot pemancingan pilihan masih terjejas akibat air merah melanda sungai - sungai seperti diwartakan oleh Jabatan Laut Negeri Sabah. Oleh demikian, MHM membuat pemancingan santai dimana kali ini mengambil masa sekitar 2 - 3jam sahaja. Berikut adalah sumber rujukan dan pemancingan sempena anak bulan terakhir dalam tahun 2019.
Manakala, tahap coefficient juga diambil kira bagi memastikan kolibrasi pemancingan kali ini dapat dilakukan dengan yakin baik.
Jika merujuk pada jadual air pasang surut keluaran jabatan meteorlogi Negeri ini, pada massa pilihan MHM adakan pemancingan dimana kondisi kedalaman sungai pilihan pada waktu 5.30pm - 8.00pm hanya ukuran 1.5-1.7m sahaja. Ianya baik untuk sesi pemancingan statik. Manakala jadual dibawah rujukan pada masa pilihan terdapat aktiviti ikan didalam graf masa memancing MHM adakan.
Oleh kerana kali ini pemancingan santai, ketika ini tiada pemancing lain hadir untuk memancing kawasan ini. Pada masa ini kenderaan lalu lalang agak sibuk dan lancar. MHM membeli dua ekor umpan udang hidup saiz RM1.00 seekor dan membawa hanya dua set pancing sahaja.
Sepanjang masa pemancingan, tiada gangguan dan tiada kelibat ikan kecil pada masa priod tide berlangsung. Sungai ini agakkotor kerana terdapat banyak sampah hanyut mengikut arus pasang. Namun begitu, terhadap pemerhatian MHM lakukan ialah kondisi air sungai yang mana kabut gelap persekitaran sungai ini.
Oleh kerana masa memancing telah ditetapkan 7.45pm MHMberkemas pulang, umpan hidup amat segar dan masih hidup. Tiada gangguan dan kelibat ikan mega hador kawasan ini. Tiada tangkapan dan pemancingan MHM kali ini pulang tanpa ikan target.
Assalamualaikum sifu... Sifu tkde main teknik casting guna baitcaster equipment?
ReplyDeleteWalaikumsalam, utk casting saya kurang arif tentang teknik ini. Tetapi kemungkinan besar saya mencuba mempelajari teknik ini kelak. Maaf eya kerna diri ini masih ditahap pembelajaran
Delete