Musim 6 : Firasat si Barramundi
Firasat si Barramundi
2018 adalah tahun kegemaran setelah banyak perkara telah dipelajari dan dipraktikkan sejak 2012, tahun cabaran yang sangat tinggi terutama komitmen sebagai bapa dan suami. Tajuk kali ini sangat istimewa, setelah 5 tahun melatih diri kearah efisyen memburu ikan target, tahun ini melangkah lebih gigih membina cerita dan plot secara skema berteras teori dan mengikuti data - data yang telah dihimpun sebanyak mungkin sejak dulu hingga kini.
Secara lazimnya, saya menjalankan aktiviti memancing mengikut pengalaman nasihat - nasihat dari orang lama serta rujukan internet applikasi mudah alih yang berkesan sinonim dengan dunia hobi memancing. Lantas membuka ruang dalam memilih tarikh - tarikh penting semasa ikan target meluas dari segi perkembangan koloni, kumpulan dan individu ikan ini aktif pada satu - satu rangkaian spot pilihan untuk saya berinteraksi dengan dunia ikan idaman ini sebagai fesi-pancing agar menjadikan trofi tangkapan yang bakal disemat dalam bentuk photo kenang - kenangan. Lokasi pilihan tidak banyak berbeza pada tahun yang sebelum ini, tiga lubuk utama tersebut dikekalkan dalam ekspedisi 365 hari membina tajuk dan jalan cerita pada kali ini. Lokasi pertama dalam tajuk kali ini adalah Jeti Ameng Sepanggar seterusnya Tiang - tiang Jambatan Gayang dan Tiang Jambatan Kuala Penyu.
Tahun ini juga saya dengan tenaga pengajar saya, membina satu kumpulan kecil dalam bersama - sama untuk memeriahkan suasana pemancingan statik bottom fishing, iaitu 'Sabahan Barramundi Hunters Group' yakni nama singkatan SBHG. Matlamat asal terciptanya kumpulan ini adalah memperuntukkan agar ahli - ahli sepakat menetapkan harga per sekilo bakal dijual pada peminat daging segar sang Barramundi, manakala SBHG juga merancang aktiviti ringkas dalam misi utama adalah menghimpun sebanyak mana ekor ikan target ini dengan jumlah 500 kilogram setahun bersama semua ahli SBHG, disamping juga semua ahli mempertandingkan seekor ikan terberat yang bakal menerima hadiah daripada rakan lainnya.
Maksud tajuk 'Firasat si Barramundi'
Ianya sinomin tentang prasangka dan kekuatan dalam keyakinan mencari ikan pancingan secara target. Berbekalkan data dan sumber rujukan, pengamatan tentang musim - musim ikan diet dan ikan bakal target. Selebihnya saya perlu hadiri berkali - kali dalam dunia sungai muara air masin agar lebih mendapatkan info bernas dan yang memungkinkan teori saya berkesan dalam situasi hobi pancingan secara berkala dan berjadual agar manfaatkan modal seiring keuntungan yang baik dalam sesi jual beli ikan tangkapan. Saya mesti mengurangkan kadar risiko melebihi pengunaan modal agar hobi ini boleh digunakan sebagai riadah yang boleh membina ekonominya tersendiri. 'Firasat' dalam pada kaedah pengamatan semasa melakukan aktiviti ringkas ini sejak musim ketiga melatih diri dalam empat deria utama semasa memancing dimana saya perlu peka terhadap deria 'lihat', 'dengar', 'rasa' dan 'hidu'. Latih tubi dalam firasat deria ini sangat penting untuk mengesan kehadiran aktiviti ikan dan apa sahaja semasa memancing secara statik dilokasi pilihan yang bakal membina carta dan data yang bersesuaian serta mendapatkan ikan target mengikut kaedah yang terbukti dan benar cara pengendaliannya.
Tajuk 2018 juga meletakkan diri lebih spesifikasi agar tidak tertumpu kepada teori sahaja, saya mesti ulangi setiap apa yang dipelajari pada tahun sebelum ini. Dimana keupayaan mengesan kehadiran ikan mega ini kawasan spot pancingan, mengetahui pada bila musim ikan ini berinteraksi pada lubuk - lubuk pilihan dan mengimbangi pelbagai aspek rangkaian data tentang dunia alam flora fauna supaya menguatkan lagi pengenalan ikan ini agar dedikasi cerita dapat disampaikan dalam bentuk ilmiah bacaan kelak. 'Firasat' ini juga mengisahkan saya ingin memilih satu - satu lokasi mengikut kesesuaian kedalaman sungai, tabiat ikan menghadirkan diri, keseimbangan air suhu dan tali arus sungai yang sesuai, akitiviti nelayan dan para pemancing tempatan mengikut konsep masa dan kewangan, menentukan pemilihan sesuai cuaca dan ramalan musim hujan atau kemarau yang berpanjangan atau sebaliknya. Apa yang penting data - data pancingan sejak dahulu hingga kini dirantaikan menjadi definisi sebagai kaedah pemilihan tarikh untuk membuat kerja - kerja lapangan bagi mengumpul bukti dan tangkapan spesimen secara bertauliah dan mengikut aturan mengikut kesesuaian pada masa kini.
Tercetusnya lima musim - musim utama sejak Barramundi Hunter diperkenalkan, saya untuk tahun kali ini akan mempersembahkan sebahagian tatacara sesuai memancing dalam kaedah peruntukkan masa, membina plot cerita dan terbitan artikel bacaan umum, dan membuat sedikit sebanyak secara ringkas kepentingan dunia hidupan liar seimbang kewujudan manusia dengan suasana moden serta manfaat sungai sebagai sumber penghubung 'kitaran hidup' agar legasi kehidupan diteruskan jika benar kita menghargai hutan - hutan dan sungai sekitarnya sebagai pemangkin satu - satu kawasan dengan jayanya.
Senarai dibawah adalah khusus cerita tentang dunia pemancingan 365hari untuk musim enam pada kali ini, berikut adalah keputusan riadah dengan hasil tangkapan mengikut sistem berjadual memilih tarikh keberkesanan untuk memancing:
****************************************************
Pada 1.1.2018, saya memulai sesi pemburuan ikan Barramundi ini dilokasi Jeti Ameng Sepanggar. Ini adalah kesan dari viral seekor ikan pada 31.1.2017 berat 4kg oleh saudari Marcella. Lantas, saya mengatur membina plot cerita setahun, membuka data - data lama dan jadual air pasang surut agar dapat ikan dalam sesi pembuka kata tajuk Firasat si Barramundi.
Hadir dilokasi ini sekitar jam 6.30pm 1.1.2018, dengan niat memancing selama 5 - 6 jam sahaja. Asalkan dapat seekor trofi Barramundi saya cukup berpuas hati sudah. Membawa pancing hanya 3 set sahaja, saya membeli udang hidup di kampung Rampaian laut, segera bergegas ke lokasi ini. B0058 ikan bernombor tag dan masa diperolehi ialah 9.05pm dengan berat Rasmi 2.96kg. Pada perkiraan saya masih boleh memancing dengan mendapatkan lagi seekor ikan mega, saya teruskan sahaja dan pada masa 10.42pm ikan Nombor tag B0059 berjaya didaratkan dengan berat 3.6kg. Jam menunjukkan 12.00mlm saya berkemas pulang untuk mendapatkan rehat secukupnya. Kerana 2.1.2018 adalah hari pertama anak Sulung saya memasuki dunia persekolahan taska pada 7.30am.
Melihat dari gambar diatas, saya hanya datang bersahaja tidak berpakaian lengkap dan juga tidak mengunakan kasut. Apapun, keselamatan semasa memancing saya mesti waspada agar saya tidak menghadapi banyak risiko yang mengakibatkan cedera.
****************************************************
Sekali lagi pada tarikh 6.1.2018, saya datang memancing dilokasi Jeti Ameng Sepanggar. Agak teruja juga kerana pada masa itu, saya ingin membuat tangkapan ikan sebanyak bilangan nombor tag ikan yang B0060. Ikan ini berjaya dilabuhkan pada 3.55am 7.1.2018 dan berat rasmi 3.55kilogram.
Pada masa yang sama, saya dengan rakan - rakan SBHG memburu bersama - sama ikan pancingan ini. Namun kisah sebenar dalam tarikh ini adalah, pada sekitar jam 11.00 malam, saya menerima rentapan ikan mega tetapi salah memilih joran, ikan telah bijak membawa diri kebawah sangkar dan dalam pergelutan ini saya tewas kerana tali utama putus akibat bergeser dengan tiram pada tong drum yang dijadikan pelampung agar jeti ini terapung. Apapun syukur saya perolehi seekor ikan mega kali ini. Walaupun leka pada ikan hinjutan pertama.
****************************************************
12.1.2018 adalah genap 32 tahun bernafas sihat didunia, meminta restu isteri tersayang dalam sesi memburu ikan idaman target sempena ulang tahun kelahiran saya sendiri, maka ikan nombor tag B0061 berjaya didaratkan dilokasi Jeti Ameng Sepanggar. Bermula 5.00pm mengatur strategi pada masa 6.28pm dengan berat ikan 3.1kg. Syukur ada juga photo kenangan untuk tarikh kesukaan saya pada kali ini.
Selepas mendapat strike ikan B0061 seperti gambar diatas. Saya membuat perancangan dan strategi berkesan target ikan bersaiz mega mahupun mama. Sejak 13.1.2018, saya mengkaji beberapa faktor fenomena alam yang bakal dihadapi oleh kawasan negeri Sabah kelak. Iaitu Fenomena Supermoon. Jelas pada tarikh itu, saya akan bertandang ke lokasi lubuk - lubuk utama agar dapat ikan melebihi seekor kelak. Berpandukan air pasang surut dan peredaran Purnama besar, saya mesti memilih jambatan Gayang dan Jeti Ameng mencari ikan yang bakal ditrofikan kelak.
****************************************************
Pada tarikh 30.1.2018, saya telah memilih Jambatan Gayang bagi sesi pemancingan bottom fishing, tinjauan mendapati spot tiang 4 jambatan ini tanpa kehadiran orang memancing, segera ke tiang jambatan tersebut, saya mengatur setiap perancangan dan mengenal pasti kehadiran ikan bersaiz mega dan peka pada sekitar sungai akan aktiviti ikan kecilnya.
Sekitar jam 9.05pm, ikan nombor tag B0062 berjaya didaratkan dengan berat rasmi 3.02kg, maka saya mengatur lagi kesempatan bagi target ikan seterusnya dimana B0063 berjaya didaratkan pada masa 11.03pm dengan berat rasmi ikan 3.27kg.
12.00 tengah malam, supermoon fasa pertama melengkapi angkasaraya Sabah, sangat terang dan bersaiz luar biasa daripada bulan - bulan sebelum ini. Namun ianya ada sedikit lagi perlu dilalui sehari lagi kerana ada bahagian bulan masih tidak dipenuhi cahaya. Oleh kerana tahap cerah bulan ini berlaku, saya mengurangkan sedikit pergerakkan semasa memancing. Tetapi setiap sela setengah jam saya mesti membuat pemeriksaan umpan, agar kekal sihat atau umpan yang telah mati terus digantikan baru. Bertarikh 31.1.2018, pada masa 1.15am ikan dengan nombor tag B0064 berjaya didaratkan dengan berat rasmi 1.85kg. Oleh kerana, masih dalam tahap kemuncak ikan berinteraksi dengan suasana habitat dan bermandikan cahaya purnama, saya berjaya mendapatkan ikan tag nombor B0065 pada masa 1.50am dengan berat rasmi 3.6kg. Maka, saya teruskan juga kerana umpan udang hidup masih banyak dan masih daya hidup kuat, saya mengatur strategi pemancingan statik ini dengan jayanya ikan bertag nombor B0066 berjaya didaratkan pada masa 4.20am dengan berat rasmi ikan 1.9kg.
Berikutan kejadian ini, saya telah berpuas hati dengan hasil tangkapan saya dimana keseluruhan ikan mega saya berhasil. Namun, ada kisah yang dijadikan pengalaman semasa memancing sempena Supermoon ini. Pada waktu sekitar 6.10am saya menerima hinjutan ikan mega Barramundi yang keenam, saya tidak mengunakan teknik utama kerana umpan udang adalah terlalu kecil, dan saya gunakan set pancing kecil sahaja untuk memancing ikan lainnya seperti ikan merah atau ikan tambung. Waktu tersebut ketika air surut 0.2m, ikan terlalu mega untuk set pancing saya menahan pecutan. Tetapi ianya lemah dan dibawa kesisi tiang jambatan agar dapat didaratkan. Namun, malangnya saya menghadapi kesukaran untuk menyiud ikan ini kerana alat jaring siud saya tidak sampai kepermukaan air akibat batang siud terlalu pendek. Ikan kembali bertenaga dan memecut kembali dan terlucut dari matakail.
****************************************************
Hari ini 1.2.2018 adalah kemuncaknya Supermoon tahap sempurna, hari kedua bermula 31.1.2018 kembali beraksi sekitar 5.30pm memilih jeti Apung Ameng di Sepanggar, kelihatan semua spot pondok jeti ini dipenuhi oleh pemancing tempatan turut memeriahkan suasana pemancingan statik. Lokasi - lokasi kegemaran telah dipenuhi oleh orang ramai. Sedikit risau kerana, hanya pondok keempat dan ketiga sahaja kosong. Saya memilih pondok terakhir dan berharap mendapatkan ikan pada waktu kemuncaknya supermoon warna merah putih dan kebiruan. Tetapi amat sukar untuk mendapatkan reaksi ikan mega kerana waktu kemuncak sangat sunyi lokasi ini.
Memilih pada waktu air patah balik surut, saya fokus mengatur langkah untuk target ikan seterusnya. Pada masa 12.15am saya menerima hinjutan ikan mega dengan nombor tag B0067 dengan berat rasmi ikan ini 4.32kg. Waktu ini adalah saya memancing bersama kawan satu perumahan saya iaitu saudara Jourdan. Selain ikan selunsung, ikan jenahak juga berjaya didaratkan tetapi sangat kecil sekitar 0.6kg sahaja.
Melihat pada jadual air pasang surut, malah tahap kepurnamaan dan masih tingginya coefficient, saya ingin teruskan legasi memburu sempena supermoon untuk hari ketiga.
****************************************************
Setelah penat dari memancing di jeti Ameng Sepanggar, saya berehat secukupnya agar hari ketiga memburu ikan supermoon Barramundi diteruskan. Pada jam 5.00pm 1.2.2018 memilih tiang 4 Jambatan Gayang. Memulakan sesi pemancingan statik malam kali ini. Satu malam ditiang Jambatan ini tanpa hinjutan kasar. Namun tidak mematahkan semangat mengatur strategi pemancingan.
B0068 ikan ini berjaya didaratkan pada masa 6.45am bertarikh 2.2.2018 dengan berat rasmi 3.36kg. Waktu ini masih lagi pada tahap minimum 0.2m air sungai setelah surut. Kesukaran untuk mengambil ikan pancingan saya kerana batang alat siud jaring tidak mampu capai permukaan air. Mujurlah dua bot nelayan yang baru pulang dari laut, membantu saya menyiud ikan ini agar tidak terlepas peluang mendapatkan. Syukur alhamdulillah.
****************************************************
Pada 6.2.2018, kawan lamaku merupakan kaki pancing yang dahulunya kerap bersama memancing baru kembali dari semenanjung iaitu saudara En. Madli, dia mengajak aku ingin memancing bersama dijambatan Gayang merasai suasana lokasi lubuk. Setibanya ditiang 4 jambatan ini, salah seorang ahli SBHG juga ada pada masa yang sama Saudara En. AIS turut memancing. Tetapi dia hanya dapat bersama sekitar jam 10.30pm telah balik ada panggilan kerja segera.
Ikan nombor tag B0069 pada rajah dibawah strike lingkungan masa 6.25pm, seberat 1.92kg dicatatkan. Semasa melalui hari malam tersebut, cuaca tidak mengizinkan kerana angin kuat tambahan hujan lebat menyukarkan untuk target ikan seterusnya. Selesai memancing keesokan harinya 7.2.2018 saya dan kawan kembali sekitar 7.00am.
Sekembalikan saya selesai memancing untuk bulan Febuari, niat hati saya hanya memiliki beberapa ekor ikan Selunsung sahaja dipancing peribadi, lantas untuk perancangan seterusnya pada bulan Mac juga telah dapat informasi bahawa sekali lagi Supermoon melanda dibumi Sabah. Mengatur masa dan strategi utama, merujuk data - data khusus kerana pemilihan mesti coefficient yang sangat jitu. Maka tarikh sesuai memancing adalah 1.3.2018 hingga 2.3.2018 di Jambatan Kuala Penyu.
****************************************************
Untuk pertama kalinya memancing di daerah Kuala Penyu, berniat untuk mengambil beberapa ciri utama data - data pemancingan statik sempena Supermoon pada hari yang dilalui. Setibanya dilokasi jambatan ini sekitar 5.30pm membuat perancangan rapi dan lokasi ini tiada kehadiran pemancing lain juga memudahkan saya mendapatkan spot - spot utama kawasan Pile cap tempat mencari ikan target.
Ikan pertama dengan nombor tag B0070 berjaya dipujuk pada masa 7.02pm dengan berat rasmi 2.75kg. Meneruskan sesi pemancingan ikan merah juga memeriahkan suasana pemancingan kali ini dimana sekitar masa 7.20pm berjaya didapatkan sekitar berat 1.2kg.
Pada 9.00mlm kelihatan Sang purnama muncul dengan terang keputihan. Supermoon yang ditunggu - tunggu ini akan membuatkan ikan mega beraksi mencari makanan ternyata jangkaan tepat pada tepian tebing sungai terdapat letupan - letupan besar dilakukan ikan - ikan tersebut. Segera memeriksa Kembali semua set pancingan saya membetulkan kedudukan melabuhkan umpan, dan beberapa kali juga rutin ini dilakukan akhirnya berjaya mendapatkan seekor mega bersaiz 4.45kg pada masa 10.45pm, nombor tag ikan rasmi B0071.
Membuat formasi teknikal pemancingan ini, sehingga 12.00mlm tiada kelibat ikan mega mencari makanan, pada jam 1.00pagi air surut laju kembali ke laut, melihat pada jadual air pasang surut air sungai ini hadapi surut melebihi 4jam berturutan dan memaksa saya melabuhkan beberapa set pancing kerana tidak mampu menahan arus kuat.
Tiada tangkapan selepas ikan kedua dijayakan, kembali kedarat 7.00am, syukur kehadrat Ilahi selamat sampai kerumah dalam keadaan sihat walafiat.
****************************************************
Oleh kerana musim - musim ikan mega berinteraksi baik dengan suasana sungai - sungai sekitar Pantai Barat Selatan Sabah, aktiviti seterusnya saya memilih Jeti Ameng Sepanggar dalam sesi pemancingan target sang Barramundi, memilih jeti apungan pada pondok kegemaran. Tarikh 27.4.2018 bermula 5.00pm mengunakan kaedah pancingan yang kekal hingga kini, coefficient yang sederhana, pada kemuncak air pasang dan surut menjelang, memperolehi ikan nombor tag B0072 dengan berat rasmi 3.91kg, suasana malam memancing tiada aktiviti ikan kecil dan mega, tetapi berjaya memujuk ikan tersebut pada masa 9.31pm.
****************************************************
15.5.2018 memilih tarikh yang sesuai dalam memburu ikan pancingan untuk bulan Mei, dalam keterujaan misi kali ini, saya berharap mendapatkan ikan bersaiz lumayan dan jikalau diberikan kesempatan lebih dari seekor semasa aktiviti 12 jam memancing ditiang 4, bermula 5.00pm berada destinasi, membuat data sedikit sebanyak proses pengenalan menyeluruh dalam perbandingan data - data sebelum ini.
Ikan target dengan nombor tag B0073 berjaya didaratkan pada masa 6.10am bertarikh 16.5.2018, penantian satu malam yang panjang selepas tewas ikan pertama yang berjaya melepaskan diri dari matakail, ikan terlalu kasar dan berkuasa penuh memecut segera setelah memakan umpan, namun setelah hadapi kejadian tersebut, saya bertungkus lumus memastikan semua persediaan dan perancangan rapi agar pada satu tahap sekali lagi coefficient menerima peratusan tinggi dan keadaan arus sesuai pada subuh menjelangnya terbit matahari membolehkan saya memujuk ikan di tiang 4 Jambatan Gayang pada tetapan umpan sihat dan mengunakan 4 set pancing secara rawak pada tali arus yang sesuai untuk melabuhkan umpan waktu ikan berinteraksi pada kawasan ini. Berat rasmi ikan kali ini adalah 4.46kg.
****************************************************
Pada tarikh 16.5.2018, saya hanya berjaya mendapatkan seekor sahaja ikan target, namun ada satu masa ketika pancing berada posisi bergelut dengan ikan target ianya tidak berjaya kerana semasa pancing berbalas aksi lawan ikan terlepas dari matakail. Selepas kejadian itu, terdapat letupan - letupan kuat ikan Barramundi mencari makanan sekitar tiang 4 Jambatan ini. Maka, atas kejadian ini saya segera memilih tarikh yang baik dan sama kekuatan coefficient agar dapat memujuk ikan - ikan mega ini pada masa akan datang.
Bertarikh 29.5.2018, saya memilih hari yang baik untuk memburu ikan idaman ini. Pada 30.5.2018 tepat jam 1.42am berjaya mendaratkan ikan mega tag nombor B0074 bersaiz 2.02kg. Mengunakan kaedah pemilihan kemuncak arus dan meneliti tahap aktiviti ikan kecilnya sekitar jambatan tersebut. Sekali lagi pada jam 5.24am saya berjaya memujuk ikan bersaiz mega nombor tag B0075dengan berat rasmi ikan ini ialah 2.39kg.
Oleh kerana dalam pahaman saya semasa memburu ikan ini. Kebiasaannya, jika ikan bersaiz mega selesai didaratkan, ikan bersaiz Mama akan menyusul untuk mencari makanan dilokasi tempat pemancingan saya adakan, mujur pada sekitar jam 5.51am ikan tag nombor B0076 berjaya didaratkan dengan berat rasmi 8.39kg. Saya mengukur ikan terberat sahaja ini dimana panjang ikan ialah 886 milimeter dan lilitan badan adalah 560 milimeter.
****************************************************
Selesai pada sesi utama target ikan Barramundi bulan Mei, untuk bulan Jun saya sangat teliti kerana pertengahan tahun, kebanyakkan air pasang besar pada siang hari, kawasan - kawasan menerima impak air pasang jenis ini jelas membuatkan kawasan pemancingan jambatan Gayang menerima satu koloni besar pada satu - satu kawasan teduhan, tanpa gangguan deruan bot nelayan mahupun bot pelancong, dan kesinambungan susunan alam semulajadi dimana musim hujan dan musim panas yang seimbang memaksa ikan mega bersembunyi pada satu kawasan tetap dimana keutamaan ikan ini adalah tadahan arus sungai yang baik alirannya.
Bulan yang istimewa, ramai pemancing sama ada ahli SBHG mahupun pemancing tempatan mendapatkan ikan target ini berterusan sejak awal bulan. Ini membuktikan bahawa air pasang besar menghimpunkan seluruh spesis ikan ini tertumpu pada satu kawasan sahaja, iaitu berhampiran tiang 4 Jambatan Gayang. Ada dikalangan nasihat para pakar ikan ini mengatakan adalah musim ikan besar mengawan.
Sehubungan tersebut, saya membuat rancangan terapi agar mendapat tempat sesuai agar masa memancing yang berlandaskan pengalaman dan keseluruhan rujukan. Hari pertama saya memilih tiang 4 Jambatan ini pada tarikh 5.5.2018 saya berada lokasi ini pada jam 6.00pm, ada 2 orang pemancing asalnya turut membuat pancingan target ikan ini, berkongsi lokasi spot saya dan mereka memastikan perancangan sempurna dan bakal menerima trofi ikan masing - masing. Ikan pertama adalah B0077 dimana berjaya didaratkan pada masa 1.22am dengan berat rasmi 1.04kg, manakala ikan ikan merah tersebut adalah seberat 1.17kg berjaya didaratkan sekitar jam 7.30am.
Pada asalnya sekitar jam 12.00am saya menerima satu rentapan ikan mega mengena umpan, ikan berjaya dilemahkan tetapi rakan bersama memancing tidak berjaya mendaratkan ikan kerana tidak dapat memasukkan ikan dalam siud jaring. Apapun syukur kehadrat ilahi saya berjaya mendapat ikan target walaupun saiz yang kecil tetapi berbaloi dipancing kali ini.
****************************************************
Pada tarikh seterusnya 6.6.2018 saya sekali lagi hadir tiang 4 Jambatan Gayang bagi memancing ikan Selunsung. Bahkan rakan SBHG iaitu Mr. JJ dan Mr. HA juga hadir pada lokasi yang sama. Bermula saya di spot pilihan 5.00pm, coefficient baik dan arus sungai serta cuaca mengizinkan dalam beriadah untuk hari keduanya.
Pada gambar diatas adalah hasil memancing semalaman tanpa hinjutan mega, namun berjaya mendapatkan saiz kecil Barramundi ditimbang iaitu 0.92kg. Masa ikan berjaya dipancing 1.35am pada tarikh 7.6.2018. Nombor tag ikan adalah B0078.
****************************************************
Pada 9.6.2018, saya datang lagi untuk memancing ikan target seterusnya, kemeriahan tangkapan ikan pancing oleh rakan lain membuatkan saya terus mencari ikan ini dalam koleksi peribadi kelak. Gambar dibawah adalah ikan dengan nombor tag B0079 berjaya dipujuk pada masa 5.23am bertarikh 10.6.2018. Berat rasmi ikan adalah 3.04kg dan teknik bottom fishing mengunakan udang hidup.
****************************************************
Bulan Jun sangat menyerlah bagi musim ikan ini mampu dipancing secara target. Pada 12.6.2018 saya hadirkan diri lagi pada spot pilihan dimana tiang 4, Jambatan Gayang untuk rasmi memancing ikan ini lagi. Gambar dibawah adalah hasil dimana ikan nombor tag B0080 berjaya didaratkan pada tarikh 13.6.2018 pada masa 1.24am. Berat ikan ini secara rasmi adalah 2.73kg.
****************************************************
Pada tarikh 19.6.2018 saya memancing lagi lokasi kegemaran Tiang 4, Jambatan Gayang dan hasil adalah seperti gambar dibawah dengan mengunakan kaedah utama Bottom Fishing dan umpan udang hidup.
Ikan ini berjaya dipujuk pada 20.6.2018 dalam masa 5.28am, nombor tag B0081 dan berat rasmi ikan ini adalah 3.92kg.
****************************************************
Bertarikh 3.7.2018, saya merancang lagi dalam memancing ikan target utama bagi tangkapan bulan Julai. Merujuk sumber - sumber tersedia, saya secara langsung memilih tiang 4, Jambatan Gayang bagi proses aktiviti seterusnya.
Dengan nombor tag B0082 ikan pada gambar rajah dibawah berjaya dipancing pada 4.7.2018 dalam masa 4.20am, ikan ini seberat 5.04kg.
****************************************************
Pada tarikh seterusnya iaitu 12.7.2018 saya memilih lagi tiang 4, Jambatan Gayang untuk sesi seterusnya. Konsep sempena latihan sebelum tibanya hari 'Pancing Santai SBHG siri 1'. Dimana pada hari tersebut ahli - ahli SBHG yang punyai masa terluang berentap dalam misi memancing dilokasi Jambatan Gayang Tuaran.
Apa yang menariknya ikan B0083 seperti gambar dibawah, cara pengumpanan pada teknik utama berbeza saya gunakan pada sebelum ini, dimana satu matakail diisi umpan udang hidup dua ekor, saiz umpan tersebut adalah sebesar jari kelinking orang dewasa, berpendapat adalah sukar untuk memujuk ikan mega jadi teknik pengumpanan ini berjaya dipujuk ikan pada masa 6.55am bertarikh 13.7.2018. Berat rasmi ikan Barramundi ini adalah 4.65kg.
****************************************************
Pada tarikh 14.7.2018 'Sabahan Barramundi Hunters Group' mengadakan sesi Pancing Santai bersama rakan ahli - ahli lain, saya salah seorang daripada mereka ingin turut memeriahkan suasana pemancingan statik seperti aturan kumpulan ini berlangsung riadahnya. Sesi cabutan pemilihan tiang jambatan dalam ketetapan saya perolehi tiang 4, Jambatan ini.
Saya berjaya memujuk ikan target idaman ini pada tarikh 15.7.2018 dalam masa 8.55am, ikan ini dengan nombor tag B0084 dengan berat rasmi 2.88kg. Terima kasih pada Mr. JJ dimana membenarkan saya mengunakan seekor udang hidup pada pancing penting masa ini.
****************************************************
Sebelum dua bulan hadir kesini, saya akan bertandang lagi ke lokasi Jambatan Kuala Penyu. Banyak cara dan memahami beberapa data dan himpunan serta tinjauan kes - kes sebelum ini saya mesti buat rujukan rasmi dalam memiliki hasil tangkapan apabila memancing kelak. Pemilihan secara terancang dan perlu mengikut lazim jadual pasang surut sesuai, musim ikan kecilnya, kepurnamaan, dan paling penting memahami waktu kemuncak coefficient yang lebih jitu. Apa yang paling penting malam tersebut adalah malam hari bulan purnama penuh, strategi utama dimana mengurangkan aktiviti pergerakkan sentiasa bersedia dan peka pada persekitaran air sungai kawasan pemancingan.
Pada tarikh 26.8.2018 , saya amat gemar memancing secara perseorangan, membawa bekalan umpan yang lebih mencukupi, dan saya tiba dilokasi jambatan sekitar 5.30 petang. Memulakan sesi pemancingan sekitar 6.10pm memperolehi seekor ikan merah bersaiz 1.1kg. Sejak 6.30pm hinggalah jam 12.00am 27.8.2018 masih belum dapat ikan mega Selunsung, kedatangan 4 orang sekawan dari daerah Kinarut turut memeriah kawasan tiang Jambatan ini untuk memancing bersama. Pada masa 12.28am, saya berjaya ikan tag B0085 dengan berat 4.79kg. Kembalikan lagi persediaan yang mengikut kesesuaian. Pada masa 4.30am sekali lagi ikan bersaiz Mama dengan berat rasmi 6.06kg didaratkan. Sekitar jam 5.30am adalah air peralihan kepada air waktu pasang, fokus dengan kaedah rasmi. Pada umpanan pertamanya dicuri ikan mega, saya segera mengambil pancing lainnya yang belum direntap umpannya agar dapat memujuk ikan yang telah tidak terkena matakail meletakkan kembali kawasan yang ada ikan mega, tidak sampai satu minit selepas dilabuhkan umpan disambar oleh ikan tag B0087 dengan berat 3.65kg pada masa 5.55am.
Saya sedar pada peringkat inginnya waktu terbit matahari, ikan akan memakan umpan lagi. Maka saya mengatur strategi memasang umpan dan menentukan kedudukan baik untuk umpan berlabuh pada sesuainya. Sekitar 6.05am saya memperolehi ikan Merah bersaiz 1.7kg. Segera menentukan kedudukan pancing. Cara memujuk ikan ikut pengalaman lalu, tepat jam 6.28am adalah kemuncak ikan bersaiz Mama mencari makanan berjaya didaratkan dengan berat rasmi 8.03 kilogram.
Catatan B0086 saiz ikan Mama berat 6.06kg belum lagi ada telur dalam perut. Manakala ikan tag B0088 adalah mama 8.03kg punyai telur yang besar.
****************************************************
Pada bulan September, dua tarikh pilihan untuk memancing pada spot pilihan Jambatan Gayang tidak berjaya mendapatkan ikan target utama. Pada asalnya saya pasrah kerana tidak berjaya mendapatkan ikan Barramundi untuk bulan kali ini. Namun, sedikit rezeki selepas berjaya mendapatkan duit sampingan dimana punyai stok jualan timah batu pancing. Rakan SHBG iaitu En. JT dan Mr. JJ berkenan membeli item ini.
Punyai modal yang baik, bergegas atur misi ke lokasi Jambatan Kuala Penyu, saya berada dilokasi pada sekitar jam 8.00pm tarikh 29.9.2018. Mengatur masa dan strategi, saya membuat perancangan rapi agar pada spot - spot tertentu saya bakal target ikan utama ini dan pada masa 12.28am tarikh 30.9.2018 ikan dengan nombor tag B0089 dengan berat rasmi 3.16kg. Syukur kehadrat Ilahi, walaupun hari tersebut tiada pilihan untuk meriadahkan sesi pancingan, air sungai berkeladak lumpur bakau dimana tali utama pancing saya dipenuhi selut lumpur bakau. Ikan kecil kurang galak bermain pada spot - spot tertentu, berjaya juga memujuk seekor ikan ini agar catatan bulanan sepanjang tahun target ikan ini berjaya dituntaskan kelak.
****************************************************
Pada awal bulan Oktober saya terpaksa tidak menjalankan sesi riadah pada pancingan mengikut ketetapan masa yang telah sah atur dalam misi 2018. Maka baki pancingan untuk Oktober adalah hanya sehari sahaja. Bertarikh iaitu 22.11.2018 saya memilih tiang 4, Jambatan Gayang dan berjaya memujuk ikan B0090 ini pada masa 11.39pm dan ikan ini seberat 5.61kg mengunakan teknik pancingan rasmi Bottom fishing.
****************************************************
Selama 6 musim mencari spot daerah keempat selepas tiga spot utama, syukur kehadrat Ilahi dipermudahkan lagi perjalanan pemburuan ikan Barramundi dan kali ini di Jambatan Yayasan Sabah Kota Kinabalu. Beberapa tahun lalu, lokasi ini telah beberapa kali viral tentang spot sungai ini iaitu Sungai Likas berair tembung dengan sungai Kingfisher dengan satu muara sungai di Tanjung Lipat malah ianya beberapa kali diumumkan oleh pemancing tempatan dalam sesi pertandingan dari 'GPS' dan beberapa kaki bottom dan casting berjaya mendaratkan ikan pancingan Barramundi sekitar sungai bermuara ini.
Pada bulan September 2018 sekitar bulan ini, beberapa pemancing tempatan berjaya mendaratkan ikan Barramundi, pada masa itu saya belum teruja kerana saiz ikan yang berjaya adalah sekitar maximum 5 kilogram anggaran dan viral - viral gambar tersebar sekitar 5 ekor sahaja. Namun pada November Mr dan Mrs Leonard berjaya beroleh ikan bersaiz Big Mama sekitar 12kg dan 8kg pada 6.11.2018. Secara personal, saya menjadi teruja dan cemburu hasil mereka, maka saya mengambil beberapa pendekatan umum bagaimana cerita pra pemancingan statik yang dilakukan oleh mereka.
Kehadiran pada 10.11.2018 pada sebelah petang sekitar jam 3.00 petang hingga 5.30 petang melakukan teknik pemancingan Casting sekitar jambatan tersebut. Terjumpa beberapa rakan baru, maka saya dapatkan beberapa info secara teknikal cara melakukan pemancingan yang sedikit risiko dalam banyak perkara. Pada sekitar 8.00 malam, saya kembali hadirkan diri ke lokasi Jambatan ini. Membawa satu set joran dan 2 ekor udang hidup sahaja dengan niat melihat suasana sebenar pemancingan kawasan ini. Tak banyak peralatan saya bawa, malah alat timbang digital pun tidak difikirkan untuk dibawa.
Percubaan mencari suasana lokasi ini bertukar menjadi pengalaman manis dimana saya menperolehi ikan Barramundi seberat 4.1 kilogram mengunakan timbangan gripper pada masa 10.11.2018. Masa ikan ini dengan nombor tag B0091 berjaya didaratkan 10.51pm. Sangat berbeza cara penangkapan ikan dikawasan pemancingan utamaku, memancing diatas jalan raya jambatan Yayasan Sabah ini. Ketinggian lebih kurang 12 meter dari aras sungai, mengunakan besi pagar jambatan ini sebagai penyadar set pancing. Apabila ikan telah penat. Seseorang kena berlari kebawah jambatan untuk ketebing sungai mendapatkan ikan ini. Mujurlah bagi kedatangan pertama kali beroleh seekor saiz mega ikan ini. Syukur kehadrat Ilahi. Namun, saya tiada tali besar untuk mengikat ikan ini dihidupkan dalam air sungai, sedikit gelisah kerana jika ikan mati, tempoh dibenarkan jangka masa kualiti daging masih sempurna adalah jangan melebihi 2jam atau lebih.
Oleh kerana tiada kemampuan alternatif hidupkan ikan ini. Jam 12.30am saya segera pulang membawa ikan ini untuk sesi sejuk beku dan setelah sampai dirumah, saya mendapat info bahawa, kawan - kawan yang masih di jambatan tersebut memperolehi ikan kedua selepas saya, berat rasminya sekitar 7 kilogram, sela beberapa minit kemudian ikan ketiga berjaya didaratkan oleh pemancing rakan lainnya juga dan beroleh saiz 4.8kg. Dalam hal ini, saya berhasrat kembali sekali lagi lokasi ini bagi fokus mencari saiz lumayan ikan target ini.
****************************************************
Sekitar 8.00pm 11.11.2018, saya berada di jambatan Yayasan Sabah tetapi kekecewaan saya adalah gagal mencari umpan hidup udang yang sesuai untuk digunakan. Mujurlah salah seorang ahli SBHG iaitu saudara MMW berada disana telah memancing awal tempat yang sama. Dia membenarkan saya mengunakan beberapa ekor udang saiz baik untuk kegiatan rasmi target ikan seterusnya. Berbekalkan dua set pancing saya pada posisi selesa kerana berada sangat tepi berhampiran tebing berbatuan sungai tersebut. Pada sekitar 10.50pm semasa air pasang, salah seekor udang hidup saya telah dirosakkan oleh ikan mega, bahagian ekor udang rosak teruk. Saya segera menukar umpan dan meletakkan tempat strategi kawasan yang mampu direnangi ikan bersaiz mega, tepat 11.10pm saya memperolehi ikan bersaiz Big Mama dengan berat rasmi 11.7 kilogram, ikan dengan nombor tag B0092.
Walaupun begitu, keadaan ikan saiz besar ini tidak mengizinkan, walaupun ditambat tali masukkan dalam air sungai. Ikan lemah dan mati sekitar jam 12.30am. Saya berpendapat, adalah tidak elok bagi saya membawa ikan ini pulang ke rumah, maka bernasib baik ada rakan membawa sebilah parang untuk sesi membahagikan daging ikan ini dan edar pada kawan - kawan terutama empunya udang umpan sebanyak 3 ekor kegunaan saya jadi afdal saya memberikan sedikit tangkapan saya kali ini. Selesai sekitar jam 3.00am saya telah selamat sampai dirumah.
Dengan itu, keputusan pancingan dari saya ikan pertama seberat 1.88kg dengan nombor tag B0093 berjaya pada masa 7.46pm bertarikh 22.11.2018. Manakala ikan kedua nombor tag B0094 dengan berat rasmi 5.31kg berjaya didaratkan masa 4.15am tarikh 23.11.2018. Kaedah pancingan kekal iaitu Bottom fishing mengunakan udang hidup.
****************************************************
Pada tarikh 22.11.2018, saya mengatur lagi sesi pemancingan target ikan pilihan, ini kerana pilihan tarikh ini adalah hampir menyamai data semasa pancingan saya dahulu pada 26.11.2016, tarikh dimana air pasang surut yang sesuai memburu ikan mega. Dengan itu, keputusan pancingan dari saya ikan pertama seberat 1.88kg dengan nombor tag B0093 berjaya pada masa 7.46pm bertarikh 22.11.2018. Manakala ikan kedua nombor tag B0094 dengan berat rasmi 5.31kg berjaya didaratkan masa 4.15am tarikh 23.11.2018. Kaedah pancingan kekal iaitu Bottom fishing mengunakan udang hidup.
****************************************************
Pada asalnya saya telah bercadang untuk memancing secara fokus di spot utama Jambatan Gayang, namun banyak faktor dan kengkangan masa perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Oleh kerana coefficient bermula 4hb hinggalah 7hb. Disember adalah waktu pancingan yang baik memburu ikan idaman Barramundi, saya terpaksa menangguhkan tarikh pancingan ke tarikh yang baru kelak. Namun begitu, saya masih berpeluang memeriahkan suasana pancingan santai ini dengan menghadirkan diri dilokasi segera iaitu Jambatan Yayasan Sabah. Bermula 8.00 malam telah mendapatkan umpan udang yang sesuai, saya segera ke lokasi ini dan mendapati tiada kehadiran pemancing lain - lain, waktu tiba sekitar 9.00 malam.
Dengan mengunakan 2 set pancing dan berbekalkam 4 ekor udang hidup. Pada sekitar 9.20 malam ikan dengan nombor tag rasmi B0095 berjaya didaratkan dengan berat 4.2 kilogram pada tarikh 4hb. Disember 2018.
Memancing seorang diri dilokasi ini amat kurang digalakkan kerana lokasi ini terdedah banyak risiko terutama kenderaan lalu lalang kerana jambatan ini adalah jalan utama ke pusat bandar Kota Kinabalu.
Pengalaman besar apabila seorang diri berlawan ikan secara wink jarak antara permukaan air ialah lebih kurang sekitar 10 hingga 12meter. Cara terbaik adalah lemahkan dahulu ikan ini, bawa ke tebing sungai, saya terpaksa memegang sentiasa set pancing hingga menghampiri ikan ini di tebing sungai.
Firasat si Barramundi, tajuk yang sangat ku gemari dan sangat membuka minda dan pemikiranku sebagai pemancing bebas memburu ikan idaman dan menceritakan setiap detik kehidupan ikan ini secara harafiahnya. Namun, saya hanya mampu ketahap peringkat ke 5 (lima) sahaja mampu mendalami sifat semulajadi ikan Barramundi yakni tahap Big Mama. Moga bersua tahap ke 6 (enam) dan tahap ke 7 (tujuh) satu masa kelak jika diizinkan Tuhan semesta alam.
Banyak informasi ilmiah buku dan saluran internet saya dapatkan untuk gabungkan semua definisi teori dan tips agar ikan ini dapat dipancing secara target, berperingkat, menepati masa, dan mengikut aturan hukum alam dan peredaran semasa. Apa yang penting, setiap ikan dan bukti bergambar, timbangan kilogram, masa, tarikh dan peranan surut pasang laut dikemukakan sebagai asas dalam pengenalan ikan - ikan ini sebagai pemangkin dunia sungai bermuara air masin yang sinonim dengan alam fauna air bergraviti mengikut peredaran bulan mengelilingi bumi dan matahari. Semua data dan saluran pahaman perlu dikaitkan dan diserap sepenuhnya agar apa yang bakal dihadapi kelak perlu mengikut rutin sesuai dan disiplin strategi pemancingan yang lengkap dan teratur. Demikianlah sejak 2012 hingga kini, punyai seorang tenaga pengajar yang banyak membimbing saya iaitu orangnya En. Muhamad Asri dan kemunculan kawan - kawan yang ramai kini menguatkan setiap data terkumpul selama ini terbukti berkesannya teori dan tips pancingan ini mampu merealisasikan dunia hobi bukan sekadar suka duka ria bersahaja, tetapi sebagai matlamat diri dalam riadah sukan senaman bebas dan sebagai sesi penambah sumber pendapatan lumayan dan mampu 'dapur berasap' dengan usaha kental hobi sederhana ini.
Barramundi
Ikan ini digelar sebagai raja muara sungai berpaksikan air pasang surut yang seimbang. Ikan yang mampu mendominasikan banyak jenis perairan dan mampu berinteraksi dengan dunia masakini. Mampu ikuti rentak zaman berzaman sejak dahulu kala hingga kini zaman moden dan zaman yang penuh risiko dan tauladan yang segelintirnya sungai yang menyedihkan pada penghuni tetap hidupan dasar sungai akibat kerakusan dan sifat ketidak bertanggungjawab manusia pada sisa kumbahan, sisa sampah dan tiada perancangan baik memajukan sektor satu - satu pembangunan pesat dan sistem perparitan dan saliran air mengikut sistematik dan peringkat menjaga alam semulajadi sangat kurang dititik beratkan oleh masyarakat masa kini. Aku harap selepas membaca artikel mudah rencana ini, kalian berpesan - pesanlah sesama kita, bertanggungjawablah kita akan suasana persekitaran samada atas daratan mahupun didalam habitat sungai pada masa kini.
Ikan Barramundi adalah ikan yang mampu berhijrah dan mampu membina koloninya yang pesat pada satu - satu lokasi sungai berdasar dan lebih gemar pada struktur dan suka suasana bertiram dan tebing batuan dan apa sahaja yang mampu membantu kepesatan dunia hidupan berkalsium keras seperti tiram dan perumah dalam dasar sungai yang dipanggil takat sungai. Namun ikan ini cenderung pada persekitaran air jernih, maka itulah lokasi bertiram adalah kesukaan ikan ini kerana apabila satu kawasan yang penuh dihabitatkan oleh jutaan tiram, maka sungai yang berturutan mengikut aras pasang surutnya setiap per masa jam yang berperingkat mampu segerakan air sungai yang keruh dan kurang jernihnya akan pulih oleh hidupan statik tersebut kerana sifat utama tiram juga adalah membuatkan sungai pulih jernih dan mampu memberikan ruang rongga struktur pada satu - satu lubuk beroksigen baik dan membina satu lapangan sungai yang sihat dan baik sistem aliran sungai maka menghadirkan ikan sekecil anak jari hinggalah ikan sebesar pelukkan orang dewasa menghuni lubuk - lubuk pada satu - satu tempat.
Kita lazimnya sedar dan memegang konsep pepatah 'Ada ikan kecil, pasti ada ikan besar', namun kita tidak mampu meninjau dan menganggarkan bilangan ikan - ikan tersebut seberapa banyak telah hadir dalam lubuk tersebut menjadi pemangkin utama dalam sungai dan saiz ikan tersebut sebesar mana yang mampu berinteraksi dengan gaya bebas ikan mega hinggalah bersaiz monster, dalam ulasan - ulasan berikutan dalam artikel ini, moga dapat kalian menjiwai bagaimana ikan ini mampu ditafsirkan semasa hayat mereka dalam suasana seiring dengan peredaran masa kini yang kian mencabar dunia ikan liar bersesuai dengan habitat yang berubah - ubah dan berperanan yang sangat berbeza - beza pada setiap hukum hakam alam dan sungai mengikut penjadualan yang berperingkat dan mengikut rutin yang sesuai dan bersyarat mengikut kemampuan spesis ikan ini.
Barramundi adalah banyak pada tahap telur dan peringkat anak bersaiz sebiji guli hinggalah mampu bersaiz 100gram berenang secara berkumpulan. Peringkat tersebut saya telah berbincang dengan En. Muhamad Asri bahawa terdapat saiz mengikut kondisi kilogram ikan Barramundi tersebut diberi peranan sebagai ikan - ikan ini bersaiz seperti berikut
1. 0.0kg - 0.1kg = baby
2. 0.2kg - 1.4kg = anak ikan
3. 1.5kg - 5kg = mega
4. 6kg - 9kg = mama
5. 10kg - 16kg = big mama
6. 17kg - 29kg = monster
7. 30kg - tiada had limit = titan
Apa yang cuba saya sampaikan, setiap kondisi berat ikan Barramundi, ianya memainkan peranan masing - masing dalam istilah kerjasama. Sifat semulajadinya adalah ikan pemangsa, namun kondisi berat ikan mengikut tahap pangkatnya adalah efektif semasa mereka bekerjasama pada dalam satu - satu lubuk utama.
Bermula pada peringkat anak ikan, barramundi bersaiz ini sangat gemar bersama - sama dalam satu kelompok bilangan yang sangat banyak. Sekitar satu platun besar melebihi 100 ekor lebih atau kurang. Saiz barramundi peringkat anak ikan juga suka pada sesi penghijrahan, mereka akan sedaya upaya mencari kawasan - kawasan baru untuk memburu sesi diet mereka. Namun begitu, ikan Barramundi pada saiz masih sangat kecil seringkali menjadi spesisnya sendiri, iaitu koloni Barramundi lain yang dewasa juga mampu menyenarai saiz Barramundi kecil sebagai diet mereka.
Apabila anak ikan Barramundi terselamat dalam banyak risiko semasa tumbesarannya dalam habitat. Menjangkau pada peringkat dewasa sekitar 1.5kg - 5kg, saiz wajar ini membina kumpulan baru masing - masing dengan kawasan tersendiri. Apa yang pasti sekitar 2 - 7 ekor bersifat ikan predator dan skala tumbesaran peringkat ini keseluruhannya adalah jantan, kumpulan kecil dewasa ini biasanya akan mencari sang ikan Barramundi bentina bersama - sama, biasanya kumpulan baru jantan ini akan mencari saiz Mama atau Big Mama, kawasan ikan bersaiz besar adalah sungai bermuara kerana kebanyakan sungai bermuara adalah mulut utama sungai dan punyai kedalaman sesuai dan salah satu peluang ikan - ikan ini berhimpun memburu bersama - sama kerana jika ada aktiviti air pasang surut, ikan kecil dari laut lepas juga berminat untuk memasuki sungai bermuara dalam skala yang sangat banyak, contoh terbaik adalah ikan bilis, anak ikan putih, ikan kembura atau ikan belanak dan macam - macam lagi ikan penghijrah bakal didietkan oleh Raja Muara sungai.
Mengawan,
Apabila ikan dewasa jantan menjumpai ikan bentina sesuai, ikan jantan sahaja lingkungan 2 - 7 ekor menjaga sang ikan bentina, secara baiknya cara ikan - ikan ini berenang ialah sang bentina pada aras rendah dan jantan berenang aras atas. Ikan secerdas kumpulan ini akan sentiasa mengamati peredaran masa dan disiplin mengikut jadual air pasang surut secara menghafal dan mengikut perangai dan suasana lubuk mereka tetapkan. Terdapat banyak jenis pasang surut air sungai, namun ketika sesuai waktu ingin mengawan pada posisi air stabil yang tiada arus sungai atau kurang sangat berarus. Ini kerana pada posisi renangan masing - masing, sang ikan - ikan jantan akan berada diatas bentina dan melepaskan sperm agar jatuh kebawah mengena pada sang bentina. Waktu ini, kumpulan ikan tersebut akan mengeluarkan aroma bauan lendir mereka bagi menyudahkan sesi mengawan. Namun, jantan tidak akan meninggalkan ikan bentina kerana semasa bertelur ikan ini kurang dapat memburu dietnya. Jadi ikan - ikan jantan akan berusaha mencari kumpulan ikan kecil untuk dicederakan, sifat barramundi jantan sangat unik dimana cara mereka memburu seakan - akan kumpulan serigala. Mangsa dilemahkan, Mangsa diet tersebut dikepung dibawa kekawasan ikan bentina agar dapat dimakan mudah disambar kerana dietnya sudah kurang bermaya. Rutin ini berlanjutan sehinggalah ikan Barramundi bertelur.
Tentang bahagian penerangan mengawan, bukti - bukti telah berjaya dicatatkan dalam mana gambar pada B0074, B0075, B0076 dan bukti seterusnya adalah B0085, B0086, B0087, B0088. Lihat turutan masa ikan berjaya didaratkan semestinya ikan jantan dahulu berjaya didaratkan, barulah ikan bersaiz mama berjaya dipujuk. Oleh itu, gunakan matakail yang tidak perlu disintak joran, perambut yang mampu menipu ikan agar apabila ikan memakan agar kurang risiko terlepas atau lucut.
Tumbesaran peringkat Mama,
Pada peringkat tumbesaran kian dimiliki sang Barramundi, pada skala 5kg hinggalah 9kg, ikan ini dahulunya adalah sang Jantan akan menukar diri kepada sang bentina, apabila fesi ini berlaku, ikan bertukar jantina ini terpaksa melalui fasa bersendiri dahulu sehingga dicari dan dijumpai oleh ikan barramundi dewasa yang baru. Pada peringkat saiz ini kami mengelarkan adalah Mama, masih bersaiz dewasa yang sesuai, mampu mengikut memburu bersama - sama walaupun kurang kerap bersama, tetapi jika pada posisi bertelur ikan ini sangat agresif dan kuat. Ikan Barramundi, setiap kali meningkat umur melalui fasa - fasa kepurnamaan, ikan ini mengawan apabila berat badan bertambah, dari 6kg adalah sesuai fasa bertelur peringkat awal, 7kg pada peringkat bertelur kedua hinggalah ia mencapai saiz 10kilogram dimana tahap ini adalah berlainan sedikit cara pemikiran ikan tersebut. Pada posisi telur, gambar ikan pada B0014 (pada tahun 2014) adalah ikan bersaiz 5.71kilogram dimana setelah dipotong terdapat selaput kantung bekas telur ikan ini didalam perut anggota badan ikan tersebut. Kita dapat pahami bahawa ikan Barramundi adalah ikan yang melepaskan telur.
Tumbesaran bersaiz big mama,
Apabila menjangkau ikan bersaiz Big mama, anggaran ikan ini seberat 10 kilogram hinggalah 16kilogram, ini kerana dengan gelaran sesuai pada peringkat ini adalah Big Mama, ikan bersaiz ini amat jarang dijumpai semasa memancing, namun ianya tidak mustahil jika berjaya dipujuk. Sifatnya mengikut pada saiznya, ikan ini akan berada posisi tetap pada satu - satu lubuk, saiz ikan ini amat gemar pada posisi tebing atau ada struktur binaan kukuh dalam sungai. Ianya berlegar - legar kawasan jajahannya sahaja. Kurang dapat memburu dengan pasangan jantannya. Dan mengharap ada ikan sakit yang dibawa olah kumpulan jantan dipersembahkan kepada sang bentina untuk disambar jamah. Big Mama biasanya akan menghabiskan waktu pada siang didalam kawasan yang sunyi dan berteduh arus. Pada malam hari, Big Mama akan berinteraksi dengan habitatnya kerana ikan ini akan mengeluarkan bau aromanya sekitar lubuk tersebut. Cara ikan ini meminta bantuan atau memanggil ikan jantan agar ada bahagian makanan yang sesuai dengannya. Sifat Big Mama lainnya juga adalah penakut pada makhluk lebih besar daripadanya, malah ikan bersaiz ini mampu membawa kelompok besar ikan jantan jika lubuk didiami dicemari oleh sampah, bahan kimia dan banyak lagi. Apabila kes ini berlaku, ikan akan memencilkan kawasan tersebut kerana bahaya pada spesis mereka untuk menjalani kehidupan seharian. Lagipun, jika sungai tercemar, ikan kecil didietkan kelak telah pun melarikan diri daripada kawasan tersebut maka tempat itu hanyalah lubuk kosong tanpa penghuni.
****************************************************
Demikianlah, ini adalah sebahagian sahaja tentang bagaimana saya membuat pengamatan kehidupan ikan ini, saya memegang pada nasihat orang ramai bahawa pepatah lama mengatakan 'lain padang lain belalangnya, lain lubuk maka lain perangai ikannya'. Jadi saya harap sedikit penulisan dari kisah ini dapat menambah kredit ilmiah pada rakan - rakan yang suka pada ikan ini untuk pancingan target anda kelak.
Apa yang cuba saya sampaikan, setiap kondisi berat ikan Barramundi, ianya memainkan peranan masing - masing dalam istilah kerjasama. Sifat semulajadinya adalah ikan pemangsa, namun kondisi berat ikan mengikut tahap pangkatnya adalah efektif semasa mereka bekerjasama pada dalam satu - satu lubuk utama.
Bermula pada peringkat anak ikan, barramundi bersaiz ini sangat gemar bersama - sama dalam satu kelompok bilangan yang sangat banyak. Sekitar satu platun besar melebihi 100 ekor lebih atau kurang. Saiz barramundi peringkat anak ikan juga suka pada sesi penghijrahan, mereka akan sedaya upaya mencari kawasan - kawasan baru untuk memburu sesi diet mereka. Namun begitu, ikan Barramundi pada saiz masih sangat kecil seringkali menjadi spesisnya sendiri, iaitu koloni Barramundi lain yang dewasa juga mampu menyenarai saiz Barramundi kecil sebagai diet mereka.
Apabila anak ikan Barramundi terselamat dalam banyak risiko semasa tumbesarannya dalam habitat. Menjangkau pada peringkat dewasa sekitar 1.5kg - 5kg, saiz wajar ini membina kumpulan baru masing - masing dengan kawasan tersendiri. Apa yang pasti sekitar 2 - 7 ekor bersifat ikan predator dan skala tumbesaran peringkat ini keseluruhannya adalah jantan, kumpulan kecil dewasa ini biasanya akan mencari sang ikan Barramundi bentina bersama - sama, biasanya kumpulan baru jantan ini akan mencari saiz Mama atau Big Mama, kawasan ikan bersaiz besar adalah sungai bermuara kerana kebanyakan sungai bermuara adalah mulut utama sungai dan punyai kedalaman sesuai dan salah satu peluang ikan - ikan ini berhimpun memburu bersama - sama kerana jika ada aktiviti air pasang surut, ikan kecil dari laut lepas juga berminat untuk memasuki sungai bermuara dalam skala yang sangat banyak, contoh terbaik adalah ikan bilis, anak ikan putih, ikan kembura atau ikan belanak dan macam - macam lagi ikan penghijrah bakal didietkan oleh Raja Muara sungai.
Mengawan,
Apabila ikan dewasa jantan menjumpai ikan bentina sesuai, ikan jantan sahaja lingkungan 2 - 7 ekor menjaga sang ikan bentina, secara baiknya cara ikan - ikan ini berenang ialah sang bentina pada aras rendah dan jantan berenang aras atas. Ikan secerdas kumpulan ini akan sentiasa mengamati peredaran masa dan disiplin mengikut jadual air pasang surut secara menghafal dan mengikut perangai dan suasana lubuk mereka tetapkan. Terdapat banyak jenis pasang surut air sungai, namun ketika sesuai waktu ingin mengawan pada posisi air stabil yang tiada arus sungai atau kurang sangat berarus. Ini kerana pada posisi renangan masing - masing, sang ikan - ikan jantan akan berada diatas bentina dan melepaskan sperm agar jatuh kebawah mengena pada sang bentina. Waktu ini, kumpulan ikan tersebut akan mengeluarkan aroma bauan lendir mereka bagi menyudahkan sesi mengawan. Namun, jantan tidak akan meninggalkan ikan bentina kerana semasa bertelur ikan ini kurang dapat memburu dietnya. Jadi ikan - ikan jantan akan berusaha mencari kumpulan ikan kecil untuk dicederakan, sifat barramundi jantan sangat unik dimana cara mereka memburu seakan - akan kumpulan serigala. Mangsa dilemahkan, Mangsa diet tersebut dikepung dibawa kekawasan ikan bentina agar dapat dimakan mudah disambar kerana dietnya sudah kurang bermaya. Rutin ini berlanjutan sehinggalah ikan Barramundi bertelur.
Tentang bahagian penerangan mengawan, bukti - bukti telah berjaya dicatatkan dalam mana gambar pada B0074, B0075, B0076 dan bukti seterusnya adalah B0085, B0086, B0087, B0088. Lihat turutan masa ikan berjaya didaratkan semestinya ikan jantan dahulu berjaya didaratkan, barulah ikan bersaiz mama berjaya dipujuk. Oleh itu, gunakan matakail yang tidak perlu disintak joran, perambut yang mampu menipu ikan agar apabila ikan memakan agar kurang risiko terlepas atau lucut.
Tumbesaran peringkat Mama,
Pada peringkat tumbesaran kian dimiliki sang Barramundi, pada skala 5kg hinggalah 9kg, ikan ini dahulunya adalah sang Jantan akan menukar diri kepada sang bentina, apabila fesi ini berlaku, ikan bertukar jantina ini terpaksa melalui fasa bersendiri dahulu sehingga dicari dan dijumpai oleh ikan barramundi dewasa yang baru. Pada peringkat saiz ini kami mengelarkan adalah Mama, masih bersaiz dewasa yang sesuai, mampu mengikut memburu bersama - sama walaupun kurang kerap bersama, tetapi jika pada posisi bertelur ikan ini sangat agresif dan kuat. Ikan Barramundi, setiap kali meningkat umur melalui fasa - fasa kepurnamaan, ikan ini mengawan apabila berat badan bertambah, dari 6kg adalah sesuai fasa bertelur peringkat awal, 7kg pada peringkat bertelur kedua hinggalah ia mencapai saiz 10kilogram dimana tahap ini adalah berlainan sedikit cara pemikiran ikan tersebut. Pada posisi telur, gambar ikan pada B0014 (pada tahun 2014) adalah ikan bersaiz 5.71kilogram dimana setelah dipotong terdapat selaput kantung bekas telur ikan ini didalam perut anggota badan ikan tersebut. Kita dapat pahami bahawa ikan Barramundi adalah ikan yang melepaskan telur.
Tumbesaran bersaiz big mama,
Apabila menjangkau ikan bersaiz Big mama, anggaran ikan ini seberat 10 kilogram hinggalah 16kilogram, ini kerana dengan gelaran sesuai pada peringkat ini adalah Big Mama, ikan bersaiz ini amat jarang dijumpai semasa memancing, namun ianya tidak mustahil jika berjaya dipujuk. Sifatnya mengikut pada saiznya, ikan ini akan berada posisi tetap pada satu - satu lubuk, saiz ikan ini amat gemar pada posisi tebing atau ada struktur binaan kukuh dalam sungai. Ianya berlegar - legar kawasan jajahannya sahaja. Kurang dapat memburu dengan pasangan jantannya. Dan mengharap ada ikan sakit yang dibawa olah kumpulan jantan dipersembahkan kepada sang bentina untuk disambar jamah. Big Mama biasanya akan menghabiskan waktu pada siang didalam kawasan yang sunyi dan berteduh arus. Pada malam hari, Big Mama akan berinteraksi dengan habitatnya kerana ikan ini akan mengeluarkan bau aromanya sekitar lubuk tersebut. Cara ikan ini meminta bantuan atau memanggil ikan jantan agar ada bahagian makanan yang sesuai dengannya. Sifat Big Mama lainnya juga adalah penakut pada makhluk lebih besar daripadanya, malah ikan bersaiz ini mampu membawa kelompok besar ikan jantan jika lubuk didiami dicemari oleh sampah, bahan kimia dan banyak lagi. Apabila kes ini berlaku, ikan akan memencilkan kawasan tersebut kerana bahaya pada spesis mereka untuk menjalani kehidupan seharian. Lagipun, jika sungai tercemar, ikan kecil didietkan kelak telah pun melarikan diri daripada kawasan tersebut maka tempat itu hanyalah lubuk kosong tanpa penghuni.
****************************************************
Demikianlah, ini adalah sebahagian sahaja tentang bagaimana saya membuat pengamatan kehidupan ikan ini, saya memegang pada nasihat orang ramai bahawa pepatah lama mengatakan 'lain padang lain belalangnya, lain lubuk maka lain perangai ikannya'. Jadi saya harap sedikit penulisan dari kisah ini dapat menambah kredit ilmiah pada rakan - rakan yang suka pada ikan ini untuk pancingan target anda kelak.
Comments
Post a Comment