Musim 1 : Mencari si Barramundi
Mencari si Barramundi
Tahun pertama setelah berhempas pulas mempelajari kaedah betul, dan penambah baikkan peralatan khusus melengkapi teknik pancingan Bottom Fishing. Pada akhir tahun 2012, perkenalan dengan Saudara Muhamad Asri pada spot pancingan dimana beliau adalah pemancing terkenal dalam sesi memburu ikan mega Selunsung. Semenjak dari itu, saya berusaha dalam mengadaptasikan diri untuk mengetahui lebih dalam teknik ini sebagai hobi yang mengujakan.
Pada asalnya, saya hanya punya 2 set pancing utama, satu set adalah ketetapan untuk riadah Casting, dan satu set lagi adalah kesesuaian Bottom fishing yang mana alat itu adalah spinning set. Beberapa kali datang bersama Saudara MA, saya banyak mempelajari seni bottom fishing ini. Seringkali membantu siudkan ikan pancingannya takkala kami bersama - sama memancing kerap di jeti Ameng Sepanggar dan tiang Jambatan Gayang sekitar akhir tahun 2012. Disinilah waktu juga giat menambah baik peralatan secara perlahan - lahan dan berkongsi info cara memancing mengikut pasang surut sesuai, dan pengunaan umpan disamping keseimbangan peralatan dan keselamatan yang utuh. Pada tahun ini juga melengkapkan diri dengan 5 set pancing mengikut kesesuaian teknik saranan kali ini.
Sesi 2013, pada tahun ini adalah target ikan idaman sebanyak 10 ekor sahaja. Ini kerana komitmen serta bakal menamatkan zaman bujang pada 2014. Maka, diri ini terhad juga mencari trofi idaman, oleh itu pada masa-masa terluang saya mencari info dan fakta dalam menguatkan lagi resepsi pemancingan ideal ini lebih spesifikasi. Berikut adalah hasil pemburuan 2013 Barramundi Hunter.
****************************************************
B0001, inilah ikan pertama dalam sesi memancing teknik Bottom fishing dilokasi Jeti Ameng Sepanggar pada spot jeti bertiang pada pondok pertama jeti ini, memancing waktu malam dan beroleh strike pada 1.20am tarikh 25. Januari 2013. Berat timbang rasmi ikan ini 3.3kilogram, memancing bersama rakan sekampung En. Yuszaimi.
****************************************************
B0002 ikan Barramundi berjaya dipancing spot tiang 4 Jambatan Gayang Tuaran, pada masa 1.10am tarikh 3. April 2013, ikan ini seberat 2.0 kilogram, oleh kerana masih dalam sesi pembelajaran, ukuran ikan ini adalah dengan panjang 555 milimeter dari hujung bibir hingga hujung ekor, manakala lilitan badan ikan ini adalah 478 milimeter. Pada masa ini, memancing bersama rakan iaitu saudara Ash dan Saudara Akid.
****************************************************
B0003, ikan ini berjaya ditrofikan secara solo pada tarikh 16. April 2013, masa ikan didaratkan pada sekitar 2.40am, mengunakan teknik Bottom fishing umpan udang hidup, lokasi tiang 4 Jambatan Gayang Tuaran, ukuran panjang ikan 853 milimeter dan manakala lilitan badan ikan ini adalah 586 milimeter, berat timbangan ikan ini adalah 8.6 kilogram.
****************************************************
B0004, Barramundi ini diperolehi pada tarikh 7. Jun 2013, masa dipancing 1.26am, teknik bottom fishing mengunakan umpan udang hidup, lokasi tiang 4, Jambatan Gayang, dan berikut adalah ukuran panjang ikan 585 milimeter, manakala lilitan badan adalah 408milimeter, berat rasmi adalah 2.8 kilogram.
****************************************************
B0005, atas permintaan kawan sekampung iaitu En. Yusrizal, En. Yuszaimi dan En. Herahman kami datang ke tiang 4 Jambatan Gayang Tuaran, waktu yang sama di tiang ini Saudara MA memburu bersama-sama. Tarikh 31. Ogos 2013, mengunakan umpan udang hidup, waktu strike 10.25pm, berat rasmi ikan ini adalah 2.4kg.
****************************************************
B0006, Barramundi memancing secara solo, lokasi tiang 4 Jambatan Gayang, masa strike 5.53am pada tarikh 5. September 2013. Panjang ukuran ikan ini adalah 707 milimeter, dan lilitan badan ikan adalah 406 milimeter. Berat rasmi ikan Selunsung adalah 4.2 kilogram, manakala ikan Merah seberat 1.1 kilogram.
****************************************************
B0007, teknik utama bottom fishing udang hidup, waktu strike 8.55pm tarikh 22. Oktober 2013, lokasi tiang 4 Jambatan Gayang, ukuran panjang 678 milimeter, manakala lilitan badan 386 milimeter, berat rasmi ikan ini adalah 2.6kg.
****************************************************
B0008, ikan ini berjaya didaratkan lokasi spot tiang 4 Jambatan Gayang Tuaran, tarikh strike ikan ini adalah 24. Oktober 2013, masa strike 11.14pm, ukuran panjang ikan ini adalah 695 milimeter, lilitan badan 403 milimeter. Mengunakan teknik bottom fishing berumpankan udang hidup, berat rasmi ikan ini adalah 3.7 kilogram.
****************************************************
B0009, lokasi spot pemburuan adalah tiang 4 Jambatan Gayang Tuaran, tarikh ikan ini strike adalah 26. Oktober 2013, masa ditrofikan 11.05pm, ukuran panjang ikan 585 milimeter, 333 milimeter ukuran badan, mengunakan teknik bottom fishing udang hidup, fdan berat rasmi ikan selunsung adalah 2.1 kilogram manakala ikan kerapu seberat 1 kilogram.
****************************************************
B0010, beralih pada lokasi pilihan Jeti Ameng Sepanggar, pada jeti atas punyai bertiang, tarikh ikan ini berjaya ditrofikan 16. Disember 2013, mengunakan teknik umpan hidup bottom fishing, masa dipancing adalah 10.35pm dengan berat rasmi adalah 3.8 kilogram.
****************************************************
Jumlah berat 10 ekor terjumlah bersamaan 35.5 kilogram.
Comments
Post a Comment