Musim 2 : Target si Barramundi

Target si Barramundi 

Tahun kedua dalam sesi pemburuan ikan idaman sang Selunsung, tak banyak perkara yang saya titik beratkan pada tahun ini. Kebanyakkan mencari maklumat tentang gaya hidup ikan mega ini, mempelajari khusus tentang saintifik dan pengunaan peralatan yang sesuai. Masih dalam peringkat pembelajaran, namun tahun ini terhad kerana Sungai mengkabong hinggalah Kawasan teluk Salut Politeknik mengalami bencana alam semula jadi iaitu air merah (Red Tide). Selama 3 bulan untuk sungai ini benar - benar pulih sedia kala. Maka, dalam tempoh tersebut saya mencari kepelbagaian ilmiah serta fakta tentang dunia Barramundi merujuk buku dan artikel diwujudkan dalam internet. 

Selain daripada itu, saya mengumpul data - data lama seperti pemancing lama yang berjaya daratkan ikan mega ini pada spot - spot keutamaan saya ingin pergi. Maklumat - maklumat penting juga seperti hasil tangkapan sungai dan laut daripada para nelayan sekitar kampung Gayang dan Sepanggar diambil kira. 

Secara lazim juga, saya perlu menyediakan maklumat fakta kewujudan Jambatan Gayang dan Jeti Ameng Sepanggar. Info bernas dan setiap spot pemancingan mesti sebilangan besar akan menghasilkan pemancing yang berkaliber juga saya senaraikan dalam sesi kali ini.

2014, musim yang sukar untuk dilalui mencari trofi ikan idaman sang Selunsung. Menunggu habisnya musim fauna Red tide pada dua spot utama. Namun tidak membataskan saya untuk mengerjakan sesi ini banyak telah terhimpun data lengkap dan sebahgian besar mungkin berguna untuk para anglers kelak.

Berikut adalah hasil pancingan Barramundi bagi Musim 2:


B0011,  sebelum kejadian red tide, saya sempat mendapatkan satu trofi untuk pembukaan cerita musim 2, tarikh ikan ini didaratkan 22. Januari 2014 pada masa 12.35am, musim hujan kuat ketika berlawan dengan ikan ini dilokasi tiang 2 Jambatan Gayang, ikan terdukung dengan berat rasmi 4.5 kilogram.

****************************************************

B0012, pada 3. Febuari 2014 sekali lagi memancing bersama En. Yusrizal dan En. Yuszaimi di tiang 2 Jambatan Gayang, mengunakan teknik Bottom fishing umpan udang hidup, ikan berjaya didaratkan pada masa 6.10am. Ukuran panjang ikan ini 650 milimeter, lilitan badan adalah 384 milimeter, berat rasmi ikan ini tepat pada 3.0 kilogram.

****************************************************

B0013, setelah hampir 2 - 3 bulan kejadian air merah (Red tide) dialami oleh sungai sekitar jambatan Gayang, kembali beraksi memburu ikan pancingan di lokasi tiang 4 Jambatan Gayang. Memancing bersama Mohd. Noah dan Yusrayhan kawan sekampung di malam hari bertarikh 6. May 2014 ikan ditrofikan pada masa 12.55am, ukuran ikan ini adalah panjang 510 milimeter, manakala lilitan badan ikan adalah 318 milimeter, berat rasmi ikan ini adalah 1.56 kilogram.

****************************************************

B0014, ikan ini ditrofikan pada 30. Oktober 2014 masa ikan didaratkan 3.07am, mengunakan umpan udang hidup harimau dengan kaedah pancingan Bottom fishing. Lokasi pancingan pilihan tiang 2 Jambatan Gayang Tuaran, ukuran panjang ikan 717 milimeter, lilitan badan ialah 624 milimeter dengan berat rasmi ikan ini ditimbang 5.72 kilogram. Ikan ini baru melepaskan telurnya kerana kepompong telurnya masih berada dalam perutnya.


****************************************************
Tahun ini adalah kegembiraan tak terhingga untuk saya dan pasanganku Cik Norhana tanggal 18. April 2014 tarikh ijab dan kabul kami dijadikan suami dan isteri yang sah. Alhamdulillah kehadrat Ilahi menpermudahkan urusan kami. Memperuntukkan masa rehat dari hobi selama beberapa bulan khas untuk resepsi kami adakan meriah dan ala kadar. 


Pada sesi tukar dulang, resepsi pernikahan kami diserikan lagi pemberian mempelai dari pihak keluarga isteriku dimana menghadiahkan reel kegemaran model baru. Syukur, tak tersangka pilihan isteriku sangat tepat.


Apapun 2014, adalah musim 2 diwujudkan oleh saya dalam penceritaan yang sederhana dan sesi hobi yang ideal dan teratur. Banyak perkara terlengkap pada waktu 2014 selain alam perkahwinan, hampir separuh juga pencarian ilmiah berkaitan dengan 'Barramundi Hunter' tertulis dalam buku catatan dan kini terlakar dalam blog rasmi ini. 

****************************************************
Jumlah keseluruhan berat terkumpul dari 4 ekor adalah 14.78 Kilogram.

Comments

Artikel Barramundi Hunter

Musim 4 : Lagenda Jambatan Gayang

Musim 7 : Hitam atau Putih

Musim 6 : Firasat si Barramundi