Musim 3 : Memburu mega Barramundi
Memburu mega Barramundi
Musim kali ini juga jerihnya dalam membuka tirai pemancingan pada spot utama jambatan Gayang dan Jeti Ameng, memilih jadual air pasang surut yang efektif pada tahun kali ini. Namun permulaan tahun ini dimusimkan obor - obor dan menjejaskan sedikit musim pemancingan pada spot utama ini.
Pada akhir bulan Febuari 2015, sekali lagi impak bencana Red Tide memenuhi sungai sekitar jambatan Gayang dan Jeti Ameng. Saya terpaksa membuka ruang untuk diri mencari kawasan pemancingan yang sesuai untuk musim kali ini. Selama 4 hingga 5 bulan bencana air merah melanda sungai mengkabong hinggalah perairan politeknik.
Memburu mega Barramundi, tajuk kali ini khusus untuk saya merantau ke daerah baru dalam sesi riadah pemancingan Bottom Fishing, awal Mac 2015 saya bertungkus lumus mencari maklumat terperinci tentang Jambatan daerah ini, mengunakan sumber rujukan dan sesi kongsi strike dalam facebook oleh kaki pancing sekitar daerah ini banyak membantu dalam sesi kali ini. Mengunakan aplikasi Maps, kajian air pasang surut dan kesesuaian kedalaman sungai diambil kira. Sinonim juga dengan kaedah pengumpulan maklumat daerah ini saya harus mencari data - data kepelbagaian spesis ikan yang menghuni dalam sungai dan sekitar pesisir pantai daerah ini.
Pada pertengahan Mac 2015, saya mencari maklumat bagaimana untuk sesi memancing di tiang Jambatan Kuala Penyu. Terima kasih pada Saudara Thomas Wong kerana hari pertama datang ke lokasi ini, dia berikan lokasi tepat dan cara menyewa bot untuk pergi ke tiang Jambatan ini, Saudara Thomas dan kawannya memancing pada hari pertama kehadiran saya ke lokasi ini mempermudahkan lagi sesi saya mengenal pasti spot pilihan ketiga ini.
Musim ke 3 adalah sesi beranikan diri keluar dari spot pemancingan utama. Merantau dan membina cerita pemancingan ideal, perkongsian maklumat, dan memahami sebahgian besar pra-fungsi khazanah alam semulajadi sebagai ceritera Musim memburu ikan tersohor menjadi idaman semua kaki pancing pada zaman era 2000.
Berikut adalah hasil pancingan siri ketiga musim Memburu mega Barramundi 2015.
B0015, hari pertama dalam sesi memburu di tiang Jambatan Kuala Penyu, tarikh 25. Mac 2015, memancing dengan kawan dan kenalan baru waktu itu, terjumpan geng kaki pancing GPFC, waktu ikan ini berjaya didaratkan ialah 2.07am, ukuran panjang ikan 547 milimeter, ukuran lilitan badan 336 milimeter, berat rasmi ikan adalah 1.82 kilogram, bonus ikan merah sekitar 1 kilogram saja. Photo bersama Saudara Din Squad.
****************************************************
B0016, hari ketiga selepas pernah sekali datang menduga tetapi kumpau bagi memancing di tiang Jambatan ini,. Pada kali ini tarikh memancing 8. April 2015, masa ikan ini berjaya didaratkan 11.30pm, mengunakan tenik umpan udang hidup bottom fishing, ukuran panjang ikan 673 milimeter, 415 milimeter ukuran lilitan badan ikan selunsung. Berat rasmi ikan adalah 3.35 kilogram. Waktu ini memancing secara solo.
****************************************************
Pada siri kehadiran saya bersama adik ipar saya ke lokasi Tiang Jambatan Kuala Penyu, beroleh target pancingan dengan cemerlang, berikut maklumat tentang hasil pancingan pada kali ini.
Musim 3: Memburu Mega Barramundi
Jambatan Sitompok Kuala Penyu
Bottom fishers | Udang putih
B0017
10.50pm | 2.5.2015
P: 730mm | L: 448mm | B: 4.08kg
B0018
11.12pm | 2.5.2015
P: 726mm | L: 413mm | B: 3.75kg
B0019
3.00am | 3.5.2015
P: 705mm | L: 422mm | B: 3.91kg
B0020
4.15am | 3.5.2015
P: 540mm | L: 322mm | B: 1.67kg
+ ikan MJ
2.67kg
10.50pm | 2.5.2015
****************************************************
****************************************************
Pada kali ini juga selepas kehadiran sesi ke 5 hadir spot tiang Jambatan Kuala Penyu yang mana pulang dengan tangan kosong, kehadiran kali ke 6 bersama kawan baik Saudara Jesse Angit pada kali ini berjaya mendapat 2 trofi ikan idaman. Berikut adalah maklumat ikan berjaya didaratkan.
B0021
11.23pm | 27.9.2015
P: 616mm | L: 372mm | B: 2.47kg
B0022
11.41pm | 27.9.2015
P: 477mm | L: 298mm | B: 1.33kg
****************************************************
****************************************************
B0023, bilangan kehadiran ke tiang Jambatan Kuala Penyu kali ke 7, bersama rakan baik Saudara Jesse Angit kami memancing bersama-sama di spot ini pada tarikh 8. November 2015, ikan terdukung berjaya dinaikkan masa 11.22am, ukuran ikan dimana panjangnya adalah 578 milimeter, manakala lilitan badan adalah 353 milimeter. Ikan tertimbang dengan nilai 2.04 kilogram.
****************************************************
2015 juga adalah tahun yang mengembirakan saya dan isteri, benarlah orang kata, bila ada ahli keluarga baru, murah rezeki selalu. Kehadiran cahaya mata anak lelakiku benar-benar mengubah nasib banyak hal terutama rezeki. Syukur alhamdulillah, berkat dari usaha dan sabar, banyak perkara baik-baik menyusuli kami sekeluarga tahun ini.
Pada tahun ini, saya sangat teliti dan memilih tarikh - tarikh khusus sahaja. Hanya 12 kali kouta pemancingan dalam setahun 2015, ini kerana masa bersama keluarga sangat perlu kerap dan penting untuk memilih sahaja tarikh sesuai untuk beriadah hobi. Daripada 12 kali kouta pemancingan saya pilih 7 kali hadir ke lokasi tiang Jambatan Kuala Penyu beroleh 5 kali datang membawa trofi 2 kali pulang dengan tangan kosong, ianya berlainan tarikh. Manakala, pada awal tahun 2 kali datang hadir spot tiang Jambatan Gayang, dan pada akhir tahun datang kembali 3 kali turun memancing juga pulang dengan tangan kosong. Target bagi ikan terkumpul tidak capai sasaran iaitu 9/10 ekor sahaja. Apapun rezeki keluarga dipermudahkan dan syukur selalu.
****************************************************
Berat terjumlah keseluruhan dari 9 ekor ialah 24.42 kilogram
****************************************************
Berat terjumlah keseluruhan dari 9 ekor ialah 24.42 kilogram
Comments
Post a Comment