Musim 5 : Utara vs Selatan

Utara vs Selatan


Musim 5 setelah beberapa musim telah mengadaptasi diri dengan teknik pancingan 'Bottom fishing' sejak akhir 2012 hingga sekarang. Dalam sentimen saya banyak merujuk pakar kaki pancing teknik khusus ini, saya berbesar hati dalam membina satu data baru dengan menjemput saudara En. Muhamad Asri merangkap Mahaguru kepada diri ini berikutan dalam musim kali ini berentap untuk mempertandingkan hasil tangkapan ikan Barramundi dengan kaedah ditetapkan. Mujur beliau sungguh suka cita dalam seleksa musim kali ini iaitu tajuk lainnya 'pP vs Magic'. Objektif utama kami adalah memancing seberapa banyak ikan ini tetapi mempertandingkan ikan tunggal terberat yang bakal dinobatkan.

Musim kali ini, saya lebih gemar menceritakan cara pilihan teknik peribadi saya, tarikh - tarikh yang sesuai, dan mempelajari beberapa lagi cara baik untuk menguatkan lagi cara pemahaman saya kepada spesis ikan ini. Berdasarkan maklumat data terkumpul, rujukan ilmiah dan jadual air pasang surut yang efektif saya lebih spesifikasi dalam mengatur masa dan kesesuaian memilih spot yang bakal saya pancing untuk target tepat sang Barramundi untuk dijadikan piala peribadi.

Apakah maksud Utara vs Selatan?
Tajuk utama kali ini saya sangat gemar membuat analisa perbandingan musim - musim ikan pada 3 rangkaian spot pemancingan statik yang pernah saya buat sebelum ini. Apa yang menarik ialah, saya lebih mendominasikan 3 lokasi sekaligus teknik ini dalam memburu ikan idaman ini.


Objektif utama saya adalah membuat data tambahan dalam setiap spot yang bakal deskripsikan, matlamat utama adalah mendapatkan saiz ikan ini yang luar biasa. Dalam saya membina plot - plot ringkas, saya membuat perbezaan ketara gaya hidup ikan Barramundi pada 3 habitat liar yang sama kualiti perairannya namun berbeza pada musim - musim ikan kecilnya merangkumi sebagai diet ikan mega yang bakal dipancing. 

Lokasi pilihan utama masih kekal iaitu, tiang - tiang Jambatan Gayang di daerah Tuaran. Manakala pada daerah Kuala Penyu saya gemar memancing pada spot tiang Jambatan ini. Manakala membina cerita juga pada musim memancing di Jeti Ameng kawasan Sepanggar. Inilah dimaksudkan Utara vs Selatan dimana kawasan 3 spot ini pada posisi yang ideal sama maksud tajuk utama kali ini.

Berikut adalah hasil tangkapan Barramundi dan sedikit sebanyak dalam data diselitkan dan cara pemilihan spot mengikut tarikh dan lokasi dengan baik.

****************************************************
B0041 ikan pembukaan bagi tarikh pemancingan dari saya dimana lokasi keutamaan saya adalah tiang 2 Jambatan Gayang, mengunakan teknik Bottom fishing, ikan ini berjaya didaratkan pada 15.1.2017 dan masa adalah 1.50am, ikan ini seberat 6.3 kilogram.


****************************************************
Pada kali ini memilih tiang 4 lokasi spot Jambatan Gayang, beroleh 2 ekor tangkapan ikan Barramundi B0042 berjaya didaratkan pada masa 9.35pm bertarikh 10.4.2017 dengan berat ikan 2.7 kilogram. Manakala ikan B0043 berjaya didaratkan pada masa 5.40am bertarikh 11.4.2017 dengan berat 2.44 kilogram. Mengunakan teknik umpan udang hidup dan Bottom fishing. 


****************************************************
Pada sesi seterusnya saya berada dilokasi Jeti Ameng Sepanggar, kaedah utama Bottom fishing dan memilih pada spot jeti Apungan sebagai pentas pemancingan kali ini. Berikut data ikan yang berjaya didaratkan:

18.8.2017
1. B0044 | 10.34pm |2.09 kilogram
2. B0045 | 11.42pm | 2.13 kilogram
+ MJ | 11.42pm 0.98kg

19.8.2017
3. B0046 | 12.50am | 3.76 kilogram
4. B0047 | 3.47am | 3.43 kilogram
5. B0048 | 5.38am | 2.28 kilogram


****************************************************
B0049 memilih tiang 4 Jambatan Gayang, berjaya mendapatkan seekor barramundi pada 16.9.2017 dan masa 2.18am, berat ikan ini adalah 3.26 kilogram


****************************************************
B0050 saya memilih tiang 2 Jambatan Gayang dimana beroleh strike ikan ini masa 10.35pm bertarikh 21.9.2017. Ikan ini seberat 2.55 kilogram mengunakan teknik bottom fishing.


****************************************************
B0051 dimana saya kerap ke lokasi Jambatan Gayang memilih spot tiang 4. Tarikh ikan ini berjaya didaratkan adalah 12.11.2017 dan pada masa 4.23am, mengunakan teknik bottom fishing ikan ini seberat 3.34 kilogram.

****************************************************
Sekali lagi memancing dikawasan spot apungan jeti Ameng Sepanggar, saya beroleh 3 strike ikan target dan data adalah seperti berikut:
17.11 2017
1. B0052 | 7.53pm | 4.42 kilogram
2. B0053 | 10.47pm | 2.74 kilogram

18.11.2017
3. B0054 | 1.05am | 2.45 kilogram


****************************************************
Pada asalnya, saya telah datang Jambatan Kuala Penyu untuk target pancingan bagi memburu ikan idaman ini, sebanyak 3 kali hadir berlainan tarikh dan bulanan tetapi gagal membawa trofi.

Namun pada ikan B0055 ini, adalah trip bilangan kali keempat pancingan terakhir untuk kunjungan untuk 2017. Beroleh ikan ini pada tarikh 26.11.2017, masa ikan didaratkan 9.18am dengan berat ikan 3.09 kilogram, teknik khusus Bottom fishing berumpankan udang hidup.

****************************************************
Setelah berada posisi selesa memilih tarikh sesuai, saya memancing pada spot pilihan seterusnya iaitu tiang 2 Jambatan Gayang. 

Bertarikh 27.12.2017 mengunakan teknik rasmi pancingan, berikut data terkumpul bagi strike 2 ekor ini.

1. B0056 | 12.45am | 5.01 kilogram
2. B0057 | 5.28am | 3.23kilogram


****************************************************
Dalam masa setahun ini, sedikit sebanyak memperbaiki diri kearah pemancingan ideal, terancang tarikh - tarikh sesuai, membina dan membuat percubaan acara individu bagi memburu piala idaman ini. Saya banyak mengubah beberapa perkara dan penambahan set lengkap rujukan internet tentang applikasi 'ramalan air pasang surut' dan data kebarangkalian strike ikan ini.

Selain itu, peralatan ditambah kesesuaian diri dimana memperbaharui set pembelian perambut tangsi berkualiti, matakail yang sesuai dan penambahan baikkan peralatan pancingan masa kini. Setelah 365 hari berjaya dilalui, Berat keseluruhan ikan terkumpul dengan 17 ekor ialah 55.22 Kilogram

Jika anda ingin berminat jalan cerita artikel penuh 'pP vs Magic' sila klik pautan berikut.

Comments

Artikel Barramundi Hunter

Musim 4 : Lagenda Jambatan Gayang

Musim 7 : Hitam atau Putih

Musim 6 : Firasat si Barramundi