Barramundi?
Pengenalan
Barramundi umum digunakan dalam sesi perbualan, rujukan internet malah bahan terbitan buku rujukan dan artikel kajian berkaitan ikan ini. Selain nama tersebut, kepelbagaian nama tempatan (Malaysia) iaitu Siakap putih (Semenanjung), Selunsung (Sabah, Sarawak & Negara Brunei), bagi kaum Cina mengelar ikan ini Mang chau dan nama lainnya juga iaitu Ikan kakap putih (Negara Indonesia). Ikan ini mampu hidup dengan habitat air sungai paya bakau, air muara sungai dan air laut masin. Ikan ini sangat cenderung graviti fenomena alam air pasang dan surut sungai dan lautan. Mendiami persisiran laut, pantai serta pulau - pulau berhampiran, ikan ini mampu hidup dalam tasik buatan manusia mahupun tasik semula jadi, serta dalam kolam - kolam ternakan proses teknologi masa kini. Boleh dijadikan ikan perhiasan akuarium didalam rumah kesesuaian peralatan dan mudah dijaga dengan baik.
Identifikasi Barramundi
Identifikasi Barramundi
- Klasifikasi saintifik
Alam : Haiwan
Filum : Chordata
Kelas : Actinopterygii
Order : Perciformes
Keluarga : Latidae
Genus : Lates
Spesis : L. calcarifer (Bloch, 1790)
Sinonim : Holocentrus calcarifer Bloch, 1790 Coius vacti F. Hamilton, 1822 Pseudolates cavifrons Alleyne & W. J. Macleay, 1877 Lates darwiniensis W. J. Macleay, 1878 - Barramundi terdiri pengkelasan genus ‘Lates’ iaitu dari 11 pecahan spesis ikan ini iaitu seperti tersenarai dibawah;
1. Lates niloticus ( Linnaeus, 1758) (Nile perch)
2. Lates calcarifer (Bloch , 1790) (Barramundi)
3. Lates microlepis Boulenger , 1898 (Forktail lates)
4. Lates angustifrons Boulenger , 1906 (Tanganyika lates)
5. Lates mariae Steindachner , 1909 (Bigeye lates)
6. Lates stappersii (Boulenger , 1914) (Sleek lates)
7. Lates macrophthalmus Worthington , 1929 (Albert lates)
8. Lates longispinis Worthington , 1932 (Rudolf lates)
9. Lates japonicus Katayama & Y. Taki , 1984 (Japanese lates)
10. Lates lakdiva Pethiyagoda & A. C. Gill, 2012
11. Lates uwisara Pethiyagoda & A. C. Gill, 2012
(Wikipedia : Barramundi)
Negara kita (Malaysia) keberuntungan punyai ikan mega yang mana gelaran 'Raja muara sungai' atas limpahan ikan ini secara domestik perniagaan memelihara dalam sangkar sungai dan ada pengusaha kolam ternakan moden ikan ini bagi menjadi salah satu asas makanan sebagai perniagaan tempatan kita. Daripada 11 pengkelasan spesis tersenarai, Lates calcarifer adalah penghuni air sungai masin negara kita yang asalnya dari laut dan gemar ke sungai - sungai berpaya air bakau untuk mencari makanan yang mudah ikan ini, mengawan pada musim - musim tertentu, bertelur dikawasan tepian bakau dan batu - batuan dalam sungai , bangkar kayu kayan, tepian tiang jambatan dan lubuk - lubuk takat sungai yang punyai kedalaman dasar yang terdapat hidupan lainnya seperti terumbu karang sungai dan lumpur selut bakau dan banyak lagi.
Muhamad Asri, Mohd. Hafifi 2013.
Peranan Barramundi habitat sungai dan laut
Setiap habitat mesti punyai hidupannya dimana haiwan - haiwan yang akan menghuni dalam sungai dan sekitar sungai, Barramundi adalah rangkaian hidupan liar dalam mengimbangi alam flora dan fauna, kepentingan ikan ini pelbagai dimana juga sebagai salah satu agen pengawal hidupan lain akan pertumbuhan pesat haiwan kecil yang tidak menentu perkembangan dalam kualiti satu - satu sungai agar tidak tertumpu kepada spesis haiwan tertentu sahaja yang bakal didapati dalam habitat tersebut.
Barramundi juga ditelitikan cara kehidupannya dimana penjana bagi akses diet hidupan lain yang ingin memakannya seperti memerang, buaya, dan banyak lagi hidupan yang inginkan kelangsungan hidup. Ikan ini sangat sensitif persekitaran habitat lubuk didiaminya, jika sungai didiaminya tercemar ianya segera berhijrah ke tempat lain yang lebih selamat untuk dihuni. Dapat dirujuk kualiti air sungai yang baik sebagai pemangkin bagi kebanyakkan spesis hidupan mahupun ikan lain dalam proses hukum alam yakni ‘kitaran hidup’.
Dalam kualiti sungai air masin, ianya tidak terkecuali akan menerima impak fenomena alam semula jadi seperti musim tengkujuh, musim kering (kemarau) dan jika fenomena bencana seperti banjir, kerosakan tebing sungai akibat pembalakan dan bencana ‘red tide’ yakni Air Merah. Andai ini terjadi, ikan ini segera melarikan diri ke tempat lebih selamat iaitu laut lepas.
Barramundi sangat teliti dalam memilih satu - satu lubuk habitat yang berpotensi. Sama ada ikan ini menetap dikawasan tersebut, atau berhijrah dan membina taklukkan yang sangat luas dalam habitat air sungai berpaya bakau atau pinggiran laut serta muara. Lazimnya, ikan ini gemar memilih yang mendatangkan manfaat pada koloninya, Barramundi sangat gemar pada kawasan batuan besar pada tebing sungai atau kawasan - kawasan sungai sama ada pada sisi sungai malah dalam dasar sungai yang punyai rumah - rumah khusus yang semula jadi, kawasan seperti ini lebih beroksigen dan mampu bertindak balas dalam pemencahan air dipermukaan dan dalam aliran air dasar sungai lalu menghasilkan tindak balas agar adukan air berserta arus menjadikan suasana habitat lebih beroksigen dan lebih segar untuk penghuninya.
Pada hemahnya, Barramundi mementingkan kawasan yang banyak hidupan statik seperti tiram dan rumpai laut yang hidup kawasan perairan tersebut. Seimbang dengan itu, pada kawasan dasar sungai punyai pasir dan selut lumpur paya bakau yang kuat agar kombinasi perairan ini memberikan suasana nyaman pada hidupan dari bersaiz kecil hinggalah bersaiz besar.
Kawasan habitat yang punyai tahap teritip dan tiram yang sangat banyak adalah keutamaan Barramundi menghuni kawasan tersebut. Ini kerana lazim ikan kecil juga suka pada kawasan tersebut kerana hadirannya makanan yang banyak dikala zooplakton atau makanan lainnya mudah didapati kawasan ini. Sifat hidupan statik tiram dan teritip sangat baik pada kondisi kesuburan lubuk - lubuk ini terbina. Hidupan bercengkerang kalsium ini pada posisi tadahan arus air sungai menerima impak air keruh berlumpur atau selut, mampu dijernihkan serta merta mengikut masa peralihan air pasang dan surut sesuai dalam perairan tersebut. Inilah kawasan yang mampu menghadirkan ikan kecil dan ikan besar untuk berinteraksi sesama mereka bagi kelangsungan hidup.
Selain itu juga, sesetengah pengusaha dan masyarakat tempatan berusaha meminda kesesuaian dan mencipta tukun - tukun tiruan yang mampu dijadikan perumah oleh kebanyakkan spesis hidupan liar dalam air. Tayar terpakai, batu besar disusun ringkas sisi sungai, tiang - tiang kayu, arus moden dimana kewujudan jeti - jeti berada dalam sungai, sangkar ikan, malah jambatan besar dan kecil punyai tiang yang tertanam dalam sungai mengalir juga mampu membina spot menjadi rumah lubuk - lubuk ikan dan lain - lain spesis berhijrah kekawasan ini semestinya jika ada kehadiran hidupan statik tiram dan lain-lain dikawasan tersebut tampak terbinanya spot alam semula jadi yang baik.
Mohd. Hafifi, 2016.
Cara kehidupan Barramundi
Bagi pengkhususan bahagian ini, sedikit sebanyak tingkah laku dan gaya hidup ikan mega ini berinteraksi dengan suasana lubuk, spot atau kawasan singgahan sementara. Barramundi yang liar pada penghuni sungai lazimnya habitat yang mampu memberikan satu mekanisma hidupan yang lebih kecil dan jumlah yang banyak akan memberikan suasana sesuai dan kebarangkalian tinggi ikan mega ini menetap pada lubuk dihadirinya kekal dikawasan itu segelintir bilangan ikan mega Barramundi.
Mohd. Hafifi, 2014.
- Perangai dan tingkah laku
Barramundi, ikan ini bersifat memburu mangsa dietnya, sifat uniknya ini cenderung kepada bunyi bising atas permukaan air, gemar memeriksa dan mengejar benda hidup mampu dijamahnya dalam lingkungan habitatnya. Ikan ini sangat sensetif pada hidupan yang lebih besar daripadanya lalu melarikan diri dengan segera, ia sangat takut disuluh dan diganggu ketika berada dalam lubuknya.
Ikan ini cenderung pada air sungai yang aktif pasang surutnya, pada usianya dalam sekitar masih kecil bersaiz 0.1kg - 1 kilogram, ikan ini berkumpulan melebihi dari 10 - 20ekor atau lebih berenang dalam lubuk mereka huni. Apabila meningkat membesar dalam saiz 2 hingga 5 kilogram, kebanyakan ikan ini akan berpecah punyai kumpulan tersendiri sekitar 4 - 10ekor sekali berenang secara berkumpulan, pada waktu ini Barramundi mampu menukar jantina jika telah capai musim mengawan.
Apabila meningkat saiz besar sekitar 10 kilogram atau lebih, ikan ini kurang bersama dengan kumpulannya, ikan bersaiz ini kurang mampu memburu secara bersendirian dan akan menakluk kawasan sendiri dalam lubuknya yang luas. Barramundi bersaiz besar boleh dilihat gelagatnya dilubuk - lubuk jika terdapat aktiviti air pasang surut dan aktiviti ikan - ikan kecil yang menghuni sungai bersama dengan ikan ini. Namun begitu, saiz Barramundi yang besar memerlukan sokongan hidup, dalam satu kawasan yang dibawah taklukkannya, ikan Barramundi bersaiz sederhana iaitu jantina 'Jantan' akan memburu mangsa sesuai untuk diberikan oleh ikan Barramundi bersaiz besar (Bentina). Memburu secara berkumpulan sang Jantan mencederakan ikan bakal diet yang dilemahkan, dikepung lalu dibawa ke kawasan Barramundi bentina berada.
Mohd. Hafifi, 2018
- Berenang
Terdapat beberapa rutin renangan Barramundi dapat dilihat, ikan ini amat unik berenang mengikut arus air pasang surut yang aktif, manakala jika air sungai kurang arus yakni tenang (air tetap) ikan ini berehat dikawasan-kawasan dasar yang dalam atau berada disisi takat atau tebing dalam air sungai malah batuan besar yang aktif terumbu karangnya, tiang jambatan dan sebagainya. Ikan ini berenang mengikut ketetapan arus sungai mengikut halaju yang seimbang yang tidak memenatkan mereka semasa berenang. Kebanyakan ikan mega ini sering mencari lokasi - lokasi tadahan kurang arus sungai.
Jika diperhatikan ikan ini berenang seakan - akan tunduk sambil matanya melilau melihat permukaan air sungai dan lokasi dasar dalam habitatnya.
Adakala saiz besar sekitar 4 - 10 kilogram atau saiz lebih nampak berenang waktu malam berminat atas permukaan air sungai seperti dijambatan yang terangi cahaya lampu punyai garisan bayang - bayang jambatan tersebut, ia gemar mengikuti susur garisan bayangan tersebut sambil meronda kawasan jajahannya. Biasanya ikan ini berenang seekor ketika meronda sungai yang punyai bayang - bayang bergarisan.
Cara berenang ikan ini juga mengikut saiz berat mereka, jika masih muda ikan ini gemar meronda kawasan - kawasan yang mampu ditakluknya mengikut kumpulan, manakala jika ianya telah bersaiz sangat besar ikan ini berada dikawasan tetap satu - satu lokasi yang punyai kepelbagaian haiwan lain untuk sesi dietnya.
Terdapat teknik renangan yang dapat dilihat oleh ikan ini, iaitu renang sehala dan aksi akrobatik, renang sehala ialah ikan ini berenang santai sambil berkumpulan mencari makanan, ikan ini santai mencari ruangan dalam pelusuk lubuknya, asalkan ada aktiviti ikan kecil yang gemar buat bising dikawasan lubuk Barramundi ini maka sesi aksi memburu diet mereka mengepung dan menyambar (akrobatik) ikan - ikan kecil untuk kelangsungan dietnya.
Jika air pasang surut tidak aktif, ikan ini berada dalam posisi tenang, ikan ini tidak gemar air yang kurang berarus kerana ketiadaan pasang atau surut arus ikan - ikan kecil secara rawak ada dimana - mana sahaja tidak berada dalam kumpulan, ikan bersaiz besar akan mengurangkan sesi memburu lalu berehat dilubuk-lubuk menanti aktif pasang surut bermula sekali lagi, namun Barramundi juga berselera ketika ini jika ada mengsanya berada permukaan sungai akan membuat sambaran mengejut iaitu renangan aksi akrobatik, Barramundi akan segera memakan mangsanya setelah dapat disambar tepat.
Mohd. Hafifi, 2013.
- Cara menghendap, bersembunyi dan mencari makanan
Barramundi menghendap adalah sifat utama dimana ia suka mencari kawasan tadahan arus dimana ada sebilangan kumpulan ikan bersaiz kecil berada kawasan tersebut.
Barramundi amat gemar bersembunyi didasar sungai ketika ada aktiviti permukaan air kelibat ikan - ikan kecil berkumpulan membuat kocakan air lalu menyambar dengan renangan laju.
Barramundi juga akan mencari makanannya iaitu kawasan pasir dasar sungai bagi mencari udang yang berkubur dan mencari kawasan tali jangkar jeti apungan sangkar berada dalam air sungai kerana terdapat udang dan ikan kecil berpaut pada tali tersebut ketika arus sungai aktif. Barramundi juga akan meronda kawasan-kawasan batuan dalam sungai juga mematuk secara menyedut dietnya.
Mohd. Hafifi, 2014.
- Kecenderungan pada cahaya
Barramundi sangat sensetif dalam habitat taklukkannya, ikan mega ini berinteraksi dengan alam fauna sama ada cahaya melalui peredaran Bulan penuh ataupun bulan gelap. Talaan cahaya bulan mengelilingi bumi melalui fasa-fasa jelas hukum semulajadi sesuai dalam gaya hidup ikan ini.
a) Barramundi punyai nurani dan perasaan yang baik dalam sesi kelangsungan hidup dalam satu-satu lubuk yang ditakluki oleh mereka. Ikan ini juga mengikuti fasa-fasa masa kepurnamaan dan sangat cenderung pada cahaya terang dari rembulan. Ertinya, kehidupan ikan mega ini juga bergantung penuh pada tahap kepurnamaan sesuai dan fasa kepurnamaan luar biasa (Supermoon).
b) Barramundi yang mana cenderung pada kawasan pencahayaan buatan manusia, dimana kawasan yang punyai cahaya lampu cerah. Kepelbagaian spesis hidupan merasa selesa jika kawasan lubuk didiami punyai siang cuaca yang baik, dan malam hari yang terang (lampu) akan menghimpunkan sebilangan besar koloni spesis ikan dan hidupan akuatik yang pelbagai. Kebiasaan ikan kecil akan berhimpun jika malam hari ada cahaya lampu menyinari kawasan perairan tersebut, gelagat dan kelibat ikan kecil inilah mampu menjana jalinan 'kitaran hidup'. Maka, aktiviti ini secara langsung juga memberikan ikan mega bersaiz baik menghuni kawasan tersebut kerana terdapat diet sesuai dan lubuk habitat yang selesa untuk koloni ikan mega ini.
Mohd. Hafifi (2013), James kuli (2018).
Anatomi luaran Barramundi
Adalah perlu mengkaji sedikit sebanyak ciri - ciri utama ikan ini secara morphologi luaran agar dapat kenali keseluruhan tentang serta peranan perincian ikan ini, adalah asas bagi seekor ikan kita ketahui terdapat kepala, badan dan ekor. Pengkelasan keatas seekor ikan Barramundi punyai senjata, seni bina abdomen ikan ini dan kesesuaian mengikut sari kata Glosari sainsifik juga baik dipraktikkan.
Gambar rajah dibawah seekor Barramundi adalah modul deskripsi mengikut empat bahagian utama ikan ini, mengikut kotak berwarna merah adalah bahagian Kepala dipanggil ‘Anterior’, dalam kotak kuning dipanggil ‘Dorsal’ yakni bahagian atas abdomen ikan, kotak hijau adalah bahagian Ekor diklasifik iaitu ‘Posterior’ dan didalam kotak biru bahagian Abdomen perut adalah ‘Ventral’. Pecahan ini mempunyai struktur binaan yang terdiri banyak otot dan sirip serta sisik, manakala reka bentuk lekuk, mulut dan mata juga ditelitikan mengikut turutan rujukan gambar ini.
- Anterior
Bahagian kepala yakni ‘Anterior’, punyai kulit lembut meliputi daging dan tulang tengkorak kepala yang utuh binaannya. Susunan sisik kecil menutupi seluruh bahagian ini, dalam penelitian bahagian kepala ikan ini terdiri tiga ciri penting iaitu Mata, Mulut dan Penutup Insang.
Dalam gambar rajah diatas, anak panah menunjukan bahagian lekukan pada dahi ikan ini dinamakan ‘Occiput’ dimana bahagian penting kepala ikan berstruktur yang tidak menghalang bebola mata ikan itu melihat pandangan secara terus keatas, selain itu bahagian tersebut adalah satu kelebihan ikan berenang dengan kelajuan tinggi memotong air dengan mudah kerana dari mulut hingga ke sirip tajam atas adalah kepala reka bentuk muncung tirus.
Bahagian atas seakan bonggol kepala tersebut dipanggil ‘Nape’, bahagian ini punyai isi daging berotot.
Mata, didapati peratusan penglihatan ikan ini juga terhad, ia hanya mampu melihat kebawah, keatas dan hadapan sahaja dan bebola mata ikan ini tidak mampu melihat secara badan statik bagi mengerakkan matanya kearah belakang, bebola mata ikan ini fleksibel memfokuskan pandangan keatas target dietnya, anak mata yang besar dan diyakini pengecaman mangsa diet untuk ikan ini mampu melihat dengan tepat dan tajam semasa mengejar dan mencari makanan.
Dalam bulatan hijau dalam gambar rajah adalah penutup insang, dipanggil 'Operculum' (Gill cover) penutup insang ini berfungsi banyak perkara, terutama menutup insang merah milik ikan ini.
Mulut, perhatikan struktur binaan otot mulut ikan ini, bahagian bibir bawahnya lebih kehadapan sedikit berbanding bibir atas, tercatat glosari iaitu 'Superior mouth'. Memberikan kelebihan ikan ini mampu menyambar, mengutip, menyedut dan memegang makanan dengan kekuatan rahang mulut.
Kepala ikan ini terdapat otot yakni daging kecil terletak dibahagian tengah diantara Bebola Mata dan Penutup insang (Gill cover) dan bahagian ini dipanggil ‘Isi Pipi’ yang mana diselaputi kulit dan sisik kecil tersusun baik, otot ini sangat membantu semasa ikan ini membuka seluas - luasnya dan refleks otot pipi ini mempercepatkan mulut ikan menutup. Perhatikan gambar diatas kawasan berhampiran mulut atas dan berwarna kuning ianya dipanggil 'Maxillary'. Berfungsi menyimpan kulit lembut mulut ikan ini.
Gambar diatas keadaan struktur rongga mulut ikan, perhatikan tepat pada bibir atas, seakan - akan isi daging berwarna merah pudar, sebenarnya itu adalah gigi namun dikenali sebagai 'Pharingeal teeth' (Pharyngeal) , keadaan rongga tersebut seakan - akan kertas pasir kasar. Kepentingan gigi kertas pasir kepada ikan ini adalah untuk memegang makanan tidak mudah tergelincir atau terlepas.
- Dorsal
‘Dorsal' merujuk kepada abdomen badan atas ikan, terdapat tiga ciri penting iaitu sirip tajam, sirip lembut iaitu dikategorikan dalam ‘Fins’. Garisan pada badan ikan juga penting dalam morphologi ikan Barramundi. Sirip tajam dalam bulatan hijau adalah ‘spinous dorsal’, sirip ini terbentuk seperti jejarum berbaris dan dikait selaput kulit lembut, berfungsi salah satu cara pengawalan badan semasa berenang, dan juga sebagai senjata jika diserang haiwan buas yang lainnya ingin memakan ia akan mentegangkan kedudukan jejarum tersebut mempertahankan dirinya.
Bulatan coklat adalah ‘soft dorsal’ yakni sirip lembut, bentuk kekal semasa renang ikan ini, sirip ini khusus digunakan sebagai pengawal cara renang semasa memecut dengan mudah, ianya juga sebagai pengimbang badan semasa ikan ini tenang, sirip ini lebih lembut dan sering mengikut rentak mengepak ekor telapak.
Diamati ikan Barramundi terdapat garisan pada badan, garisan tersebut dikenali ‘Lateral line’, garisan ini menentukan saiz badan, panjang dan menjarakkan antara bahagian ‘Dorsal’ dan ‘Ventral’ serta membezakan warna sisik antara badan atas (dorsal) sedikit gelap keperakkan warna sisiknya ataupun sisik keemasan. Dan bahagian bawah perut (ventral) ikan warna cerah putih sedikit keperakan warnanya.
Diamati ikan Barramundi terdapat garisan pada badan, garisan tersebut dikenali ‘Lateral line’, garisan ini menentukan saiz badan, panjang dan menjarakkan antara bahagian ‘Dorsal’ dan ‘Ventral’ serta membezakan warna sisik antara badan atas (dorsal) sedikit gelap keperakkan warna sisiknya ataupun sisik keemasan. Dan bahagian bawah perut (ventral) ikan warna cerah putih sedikit keperakan warnanya.
- Posterior
Bahagian ekor Barramundi bermula (Peduncle caudal) diikuti telapak ekor mana klasifikasi jenis ‘Rounded Caudal fin'. Saiz ekor yang sangat besar seimbang saiz badan ikan, mampu mengepak untuk berenang dengan impak kelajuan tinggi, bahagian ekor ini membantu membuat lompatan tinggi dipermukaan air yakni aksi Akrobatik.
- Ventral
‘Ventral’, bahagian bawah perut ikan, terdapat kulit lembut yang masing-masing memegang sisik saiz besar yang banyak, dalam bahagian ini terdapat tiga jenis sirip yang yang punyai peranan seperti berikut;
Didalam bulatan berwarna merah dalam gambar rajah atas adalah ‘Pectoral’, sirip sisian yang berperanan sebagai pengawal abdomen ikan semasa membuat renangan dan mengimbang dengan baik badan semasa renangan, ia juga berperanan Barramundi mengesan arus sungai semasa pasang dan surut.
Seterusnya dalam bulatan berwarna kelabu adalah dinamakan ‘Pelvic fin’, terdapat bilahan jarum tajam pada sirip ini, sama juga peranan bahagian ini dengan ‘Spinous dorsal fin’ sebagai senjata mempertahankan diri, membantu cara renang yang seimbang dan menentukan kelajuan semasa memecut didalam air.
Sirip dalam bulatan ungu dalam gambar rajah adalah ’Anal fin', peranan sirip ini sama dengan bahagian ‘Soft dorsal fin' sebagai pembantu pengimbang badan semasa renang dan menambah kelajuan renang semasa memecut di dalam air.
Wikipedia Barramundi, 2012
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Barramundi.
Fishbase, definisi glosari 2015
https://www.fishbase.in/glossary/Glossary.php?q=ripe+fish
Kamus Dwi-bahasa Malaysia/English, 2013
Buku teks rujukan Sains Sekolah Rendah / Menengah Kebangsaan Malaysia, Kitaran hidup serta alam flora dan fauna, 2014.
Bacaan rujukan format cara penulisan kajian, tesis dan artikel 2013.
Jadual air pasang surut air laut, Jabatan Meteorlogi Sabah, Malaysia. 2011 - terkini.
Tide4fishing, website 2015
https://tides4fishing.com/
Sumber Rujukan
Wikipedia Barramundi, 2012
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Barramundi.
Fishbase, definisi glosari 2015
https://www.fishbase.in/glossary/Glossary.php?q=ripe+fish
Kamus Dwi-bahasa Malaysia/English, 2013
Buku teks rujukan Sains Sekolah Rendah / Menengah Kebangsaan Malaysia, Kitaran hidup serta alam flora dan fauna, 2014.
Bacaan rujukan format cara penulisan kajian, tesis dan artikel 2013.
Jadual air pasang surut air laut, Jabatan Meteorlogi Sabah, Malaysia. 2011 - terkini.
Tide4fishing, website 2015
https://tides4fishing.com/
Terbaik guru.. Isi yang mantap. Kalau buat kajian kompom ini salah satu rujukan.
ReplyDeleteHaha, nnti sa perbaiki lagi ni bahgian, mesti upgrade ni ilmiah kelak
DeleteMntap sifu
DeleteTerima kasih Tuan
Delete