Persediaan
Persediaan melakukan riadah memancing.
Memancing adalah satu aktiviti riadah yang menyihatkan, ianya hobi tergolong dalam segmen ringkas sukan lasak yang sangat popular pada masa kini. Mampu diaktivitikan secara individu dan ada juga dilakukan secara berkumpulan. Semasa memancing ianya terdedah kepada banyak risiko terutama hal - hal berkaitan keselamatan pada diri, kenderaan dan peralatan set pancing. Jesteru senarai dibawah adalah set lengkap rujukan peribadi saya bagi menjalankan sesi pemancingan agar licin urusannya dan kurangkan beberapa risiko dalam banyak perkara yang tak terjangka.
Kaedah dan peralatan MHM: Barramundi Hunter
Setiap aturcara punyai kelengkapan inventori yang baik dan mencukupi, keberkesanan dan kesesuaian peralatan juga dititik beratkan agar rutin hobi ini berjalan dengan baik semasa praktikal dilapangan. Kepelbagaian teknik serta kaedah pemancingan yang berkembang kini dengan idealogi tersendiri, manakala MHM amat gemar pada senarai dibawah dimana teknik kesesuaian yang mampu MHM rutinkan dan mendapat hasil tangkapan yang baik dan berbaloi untuk diusahakan. Berikut adalah teknik pilihan MHM:
1. Bottom Fishing
Sejak dahulu lagi teknik ini amat popular hinggalah masa kini, bagi MHM memperuntukkan 5 atau 7 set pancing dibawa dan bertandang pada spot pemancingan pilihan terutama kawasan dihuni ikan mega sang Barramundi. Oleh kerana Bottom Fishing merupakan kaedah pemancingan ideal yang boleh menjana tangkapan ikan secara berhemah dan mengikut aspek dan target tangkapan tertentu sahaja.
Dalam sesi memburu Barramundi, MHM sangat titik beratkan beberapa aspek terutama peralatan yang berkualiti. Bottom Fishing sinomin dengan alatan ringkas iaitu set pancing spinning dimana asas sebagai kaedah ini. Keutuhan Tali braided, perambut (leader), swivel, matakail dan alatan yang sangat membantu adalah reel pancing dan rod pancing.
• Tali braided, keutamaan adalah MHM memilih item ini mampu menahan asakan ikan yang mampu memasuki kawasan berisiko seperti tiram, dan kawasan yang mudah tersangkut dalam lubuk dasar air sungai. Sekurang - kurangnya, kemampuan tali dalam minimum 85lbs dan berdiameter sederhana. Selain itu, tali utama pilihan juga mampu memotong arus sungai, dan tidak mudah berkulut semasa pemancingan berlangsung. MHM setakat ini hanya mengunakan tali utama jenis 6 Xsulam dari pada produk Iguana iaitu 85lbs, 100lbs dan 150lbs.
• Perambut (Leader), MHM amat gemar memilih jenis Monofilament dan Fluorocarbon sebagai aset utama memancing ikan target ini. Kerana, perambut yang terbaik adalah lut sinar dan mampu menipu ikan walaupun berdiameter tebal dan lasak. Mengikut kaedah pilihan iaitu Bottom Fishing, perambut dengan kekuatan sinomin adalah minimum 80lbs bagi Monofilament, dan manakala bagi perambut jenis Fluorocarbon adalah saiz 40lbs dan tidak lebih dari 70lbs. Berikut senarai jenama Leader yang pernah MHM gunakan bagi pemancingan target Barramundi
+ Wave, Monofilament leader (100lbs dan 120lbs) 2013 - 2015
+ X-zoga, Fluorocarbon leader (40lbs dan 50lbs) 2015 - 2017
+ D.A.M, Fluorocarbon leader (50lbs) 2017 - 2019
+ Yuzori, (pink) fluorocarbon leader (50lbs) 2019 - 2020
Nota: jika diamati peralatan keseimbangan tali utama dan perambut pancing tercatat diatas, seakan tidak seimbang jika fluorocarbon dan braided dalam konteks lbs, MHM memilih item ini kerana tali utama lebih banyak terdedah risiko geseran tiram, bangkar dan banyak lagi yang didalam dasar sungai. Malah risiko sampah hanyut dipermukaan juga mampu mencederakan tali utama ini semasa statik dirancang memancing. Sebab itulah cara pemilihan MHM amat utamakan kekuatan lebih pada tali utama.
Tips membeli item leader (perambut) semasa membeli pastikan ianya kegunaan berkali - kali dan efektif dengan teknik pemancingan, jenama dan model adalah pilihan kalian, namun kaedah baik adalah membezakan harga pada model - model perambut yang sangat banyak pada masa kini. Kenal pasti dahulu harga keseluruhan segulung perambut tersebut, dan bahagikan harga jumlah itu dengan panjang perambut tersebut (cth: RM94.00 / 30 meter = 1 meter panjang bernilai RM3.13) buat juga kiraan pada perambut jenama lainnya, sangat beza kerana produk perambut tidak seragam harga dan jumlah panjang segulung pada kebanyakkan item terjual. Ertinya anda memilih pembelian item ini berdasarkan harga 1 meter.
• Matakail, terdapat banyak jenis matakail popular masa kini, ada yang produksi penjenamaan yang sangat digemari, dan ada yang jenama yang bersederhana. Malah jenis besi dan kesesuaian juga pelbagai pada masa kini. MHM amat gemar dalam mengunakan jenis matakail seperti Circle hook, chinnu Hook, Soi hook, double hook dan jigging hook. Apa yang pasti keutamaan MHM adalah matakail yang punyai kekuatan batang utama seperti modul (3 X strong) atau (4 X strong). Senarai dibawah adalah Mata kail berjenama pilihan MHM.
+ Demon Circle 7/0, Mustad.
+ Circle Hook 4X Strong 4/0, Gamakatsu.
+ Double Hook 2/0, Owner
+ Chinnu Hook No. 18, Mustad
+ Soi Hook 3/0
+ Jig Hook 1/0, Expert.
• Swivel, MHM sangat cerewet dalam sesi pembelian aset ini, hanya dua jenis swivel yang sangat digunakan oleh MHM iaitu, Swivel single, dan Swivel Bearing. Saiz keutamaan mengikut talaan max kilogram kekuatan swivel tersebut. Bagaimanapun, jenis dan jenama tidak diutamakan. Namun, pra-fungsi swivel bearing sistem adalah keutamaan.
• Rod pancing, MHM tidak memilih tentang jenama dan jenis Rod pancing diperbuat plastik atau fiber. Yang pasti, MHM amat teliti dalam memilih mengikut kesesuaian dan seimbangnya lengkap alatan utama iaitu braided yang mengikut disiplin dan tahap kemampuan peralatan tersebut. Rod yang baik semasa Bottom fishing adalah rod yang mampu menerima tekanan arus air sungai dan kurang membengkok. Kesesuaian cincin rod yang besar agar memuatkan diameter tebal braided juga penting. Terdapat dua segmen aturcara pemancingan MHM iaitu posisi kawasan tadahan arus dimana set pancing yang sederhana kekuatan sekitar 10 - 30 lbs yang mana set pancing ini mampu menerima beban batu dan umpan sekitar 180gram sahaja, dan posisi kawasan lawan arus kesesuaian rod pancing adalah 20 - 40 lbs, berat beban mampu angkat 250 gram dimana batu pancing dan umpan ditalakan. Kesemua rod pancing MHM gunakan adalah panjang melebihi 6 kaki.
• Reel pancing, pada item ini MHM amat suka amati peranan Reel pancing dalam konteks Bottom Fishing, bagi kesesuaian reel pilihannya adalah sekitar tidak lebih saiz reel 5000, serta kemudahan lainnya iaitu reel yang mampu dinaik taraf dan mudah dikendalikan serta tidak terlalu mencabar dalam sesi baik pulih mahupun semasa pemancingan berlangsung. Selain itu, keutamaan pemilihan reel yang sesuai adalah ringan dan spool reel mampu mengisi sejumlah panjang braided yang dimasukkan, namun minimum 85lbs adalah diameter yang sederhana tebal, maka adalah pasti panjang tali braided dalam 140 meter atau lebih.
• Perambut batu pancing, tali tangsi yang baik dan bersederhana saiz lbs serta diameternya, peranan sebaiknya perambut ini mampu menahan beban dan memotong arus air dan diutamakan adalah tangsi tali yang jernih. MHM memilih skala 30lbs maksimum agar mudah dikendalikan. Apa yang pasti, adalah perlu tali perambut batu pancing mudah putus apabila tersangkut pada risiko dalam dasar sungai. Sering kali batu pancing akan berada dikawasan yang mudah tersangkut dan perlu dileraikan supaya pemancingan lebih spesifikasi dan berjalan dengan baik.
• Batu Pancing, sinomin tentang item ini secara langsung kita dapat bayangkan besi timah yang dileburkan menjadi batu pancing mengikut kesesuaian kaedah pemancingan. MHM gemar memilih beban berat batu pancing 150gram bagi mengikut pada tadahan arus, manakala semasa air bergraviti pasang atau surut saiz batu pancing 200gram juga adalah pilihan bagi kawasan yang menerima arus sungai yang kuat.
Selain prafungsi sebagai pemberat, batu pancing adalah item yang baik mengekalkan kedudukan target tempat umpan ingin ditentukan kawasan kerap ikan mega berada. Disamping itu juga, reka bentuk dan jenis besi juga sangat penting.
Rencana: bayangkan anda berada ruang tamu rumah, dan diluar halaman ada bunyi letupan kuat, semestinya kamu akan keluar kawasan rumah mengenal pasti apakah bunyi tersebut. Begitu juga pemikiran ikan mega, dilubuknya ia santai menghendap mangsa secara tiba - tiba ada bunyi letupan dipermukaan air, maka ia akan suka datang mencari apakah bunyi tersebut. Walhal, batu pancing didasar sungai, ia akan jumpa umpan pancing berenang bebas lalu memakannya jika berselera atau dalam keadaan lapar.
Keselamatan pengunaan masa dan etika berpakaian
Dalam menjalani kegiatan memancing ikuti saranan dan cara rutin dalam hobi ini, ikuti kaedah dan pengunaan masa yang selaras dengan kemampuan diri terutama tahap kesihatan dan kewangan kita agar rutin hobi ini dapat dijalani dan menitik beratkan keselamatan sebelum, semasa dan selepas memancing. Berikut adalah beberapa senarai yang baik untuk peka dalam aturcara semasa berhobi:
- Tempoh masa memancing seharian, bumi kita terdapat peredaran siang dan malam, kesesuaian memancing dan kelengkapan keselamatan perlu dititik beratkan, adalah baik jika mengambil ubat anti-malaria yang boleh diperolehi dengan mudah di hospital dan klinik. Bagi memancing disiang hari bagi tempoh yang lama saranan mengunakan losyen sunburn agar kulit tidak terdedah kepada cedera akibat menerima lebihan cahaya matahari dan mengakibatkan lecur pada kulit, atau memilih baju lengan panjang yang mampu tadah cahaya matahari. Bagi memancing waktu malam, saranan adalah memilih menyediakan untuk diri jaket panas dan baju hujan, ini penting tidak menerima ketidak stabilan suhu dalam badan diri mengakibatkan selesma atau demam semasa atau selepas memancing.
- Jenis pakaian sebagai keselamatan yang baik semasa melakukan hobi memancing adalah jenis yang tidak mudah koyak, mengimbangi suhu badan kita dan pilihlah yang meliputi keseluruhan badan kita. Pilih kain yang mampu cepat kering dari basah peluh atau akibat hujan. Gunakan cermin mata yang sesuai semasa melakukan teknik pemancingan, carilah cermin mata yang mampu mengurangkan silau mata, mengelak kecuaian lure atau matakail tersasar kearah bebola mata kita. Gunakan kasut dan berstokin yang sesuai, bagi mengelak terkena serangan ikan yang telah didaratkan, dan perlu untuk kita mengawal suhu panas kaki kita tidak menerima risiko ‘Reput fros’. Gunakan sarung tangan, semasa mengendalikan ikan pancingan, sarung tangan juga tidak menerima lebihan cahaya matahari, dan apabila pancingan tersangkut dalam air sarung tangan mampu minimumkan risiko tercedera akibat keutuhan tali brided yang dikendalikan bagi dipegang untuk dilepaskan dari tersangkut atau putuskan tali dengan kaedah paksaan.
Keselamatan kenderaan dan kelengkapan alat ganti
Bagi memastikan melicinkan rutin hobi memancing ini lebih teratur dan jaminan keselamatan, mengunakan kenderaan adalah alternatif menghubungkan rumah dan destinasi pilihan lokasi memancing, adalah penting menitik beratkan kesesuaian kenderaan digunakan dan kemudahan baik semasa perjalanan tiada masalah-masalah yang menjejaskan dan mengambil masa yang lebih akibat kenderaan rosak.
- Pastikan kenderaan anda telah baik pulih servis, air radiator mencukupi dan bateri dalam keadaan baik talaan cas.
- Memastikan cukai jalan dan permit kenderaan dikemaskini.
- Membawa lesen memandu dan kad pengenalan semasa melakukan kegiatan memancing.
- Memeriksa kelima - lima tayar termasuk tayar gantian berkeadaan baik angin mencukupi dan bunga tayar yang elok
- Alatan baik pulih kenderaan mencukupi.
- Peti keselamatan juga mencukupi (first aid)
- Lampu kenderaan depan (putih) dan merah (berhenti) serta lampu kuning (isyarat masuk simpangan) seluruhnya perlu baik menyala.
Peralatan keselamatan barangan dan alatan memancing
Semasa ingin membawa peralatan memancing, adalah perlu keselamatan inventori memancing diambil kira, yakni alatan pancing tidak rosak akibat semasa dalam perjalanan jauh mahupun dekat, oleh demikian kita perlu peka pada kualiti pemancingan kita mengikut produk kita gunakan agar tidak bermasalah semasa memancing, berikut adalah senarai alatan membantu menjamin keselamatan peralatan memancing kita;
- Rod bag, hardcase atau barrel adalah aset baik semasa perjalanan jauh menaiki kenderaan atau ikuti penerbangan kapal terbang, gunakan alatan saranan ini kerana memudahkan kita membawa rod pancing yang lebih dalam sekaligus, kualiti produk terjaga dimana semasa dalam kenderaan suhu tidak menentu dan pengendalian alatan tidak kasar semasa memasukan alatan memancing dalam kenderaan.
- Soft bag rod Biasa semasa membeli alatan pancing rod segelintir produk berjenama baik sertakan soft bag untuk rod tersebut, ini adalah salah satu cara kita menjaga kualiti alatan tersebut, semasa membawa, simpan dan selepas mengunakan rod pancing dalam keadaan basah, soft bag mampu menyerap air tersebut dan mengurangkan risiko karat segera pada rod milik kita.
- Tool box alat mudah alih ini sangat membantu, dimana alatan kecil ditempatkan satu tool box bagi memudahkan membawa sekaligus alatan memancing terpilih ke lokasi memancing, alat ini tidak mudah merosakan peralatan semasa didalam box dan mudah kita mengatur cara alatan memancing pada satu - satu tempat tersebut.
- Soft bag reel, Bag diperbuat kain utuh dan mampu menyerap segera air selepas selesai memancing dan satu cara menjaga kualiti alat kita tidak terdedah kepada geseran dan hentakan semasa membawa peralatan memancing kita
- Bag perambut Bag ini mampu menyimpan sebilangan perambut dan matakail kita sediakan untuk semasa memancing, menjimatkan ruang didalam tool box dan mengurangkan pengunaan masa lebih semasa dilokasi kita tidak kelam kabut menyediakan perambut yang khusus.
Keselamatan peralatan set pancing semasa dipraktikalkan.
Stand pancing
Alat ini dikategorikan dalam aset keselamatan yang sangat penting, semasa memburu ikan idaman adalah berkesan untuk memastikan peralatan dalam keadaan baik dan tidak mudah rosak, stand pancing sangat membantu dalam kerja - kerja memburu ikan target, untuk saya adalah pemancing yang membawa set sebanyak 5 pancing sekaligus, maka stand pancing adalah aset pembantu yang baik untuk misi memburu ikan idaman.
stand pancing yang baik dimana diperbuat daripada besi kukuh dan berat. ini penting untuk mengekalkan kualiti aset dan berat besi tersebut untuk tidak segera tumbang akibat dipecut ikan mega. Stand pancing perlu diikat dengan tali dan ditambat pada tiang jambatan agar jika menerima hinjutan pancing mengena ikan mega stand pancing tidak terjatuh terus ke dalam air lokasi pemancingan, adalah penting sentiasa peka untuk menjaga peralatan memancing agar tidak rosak atau segera mengambil pancing yang telah dipecut ikan target
- Klip Pengikat
Tujuan alat seperti gambar dibawah adalah jaminan alat memancing tidak hilang dalam kadar segera akibat pecutan ikan mega yang mampu menjatuhkan stand pancing lalu menjatuhkan peralatan kita, mengikat tali lalu diikat pada stand pancing yang telah diikat pada tambatan tali yang ada ditiang jambatan atau jika dijeti ikat pada pagar yang menempatkan alatan pancing kita. Keselamatan alat pancing perlu agar kita tidak mengalami kerugian dan kehilangan ikan pancingan, selain itu adalah penting kita memilih klip pengikat yang utuh kualitinya tahan impak rosak dan tahap ketahanan takat air masin mampu memberikan karat pada klip. Pengikat klip tertera gambar dibawah adalah yang terbaik dan diperbuat besi utuh steel.
![]() |
Klip Pengikat |
- Lonceng pancingKebanyakan pemancing teknik bottom mengunakan alat ini, ia berfungsi agar kita peka pada hinjutan ikan setelah memakan umpan, lalu kita segera mengambil pancing yang berada di stand pancing. Bagi waktu malam alat ini sangat efektif, diletakkan pada hujung teps alat pancing, dan menentukan beza posisi alat pancing yang disediakan melebihi satu pancing apabila dihinjut ikan, dan langkah selamat agar pemancing peka segera mengambil pancing yang terkena untuk didaratkan dari kehilangan pancing itu ditarik jatuh ke dalam air tempat pemancingan kita.langkah baik untuk memastikan lonceng berkeadaan baik digunakan, adalah jenis besi yang mudah karat kerana lonceng ini jenis mengeluarkan bunyi yang kuat, manakala penyepit lonceng diperbuat daripada produk plastik, ini adalah untuk menjaga kualiti peralatan kita daripada kerosakan luka daripada lonceng yang menyepit teps rod. Tips tambahan, jika anda sayangkan rod pancing milik anda dari kerosakan calar, beli satu gulung kecil gam pembalut plastik untuk pendawaian eletrikal, potong sedikit gam dan letakkan pada teps kekerapan kita meletakkan lonceng pancing, ianya langkah sebagai alas semasa lonceng menyepit teps dari merosakan kualiti pemancingan kita.
![]() |
Lonceng pancing |
Tali besar
Terdapat dua kepentingan tali besar semasa memancing ianya amat membantu, antaranya ialah jika memancing di tiang jambatan, kita yang membawa stand pancing perlu ikat keliling tiang jambatan untuk jadikan tali tambatan, manakala tali seterusnya diikat kepada stand pancing dari tali tambatan, alat ini diprosedurkan sebagai peralatan keselamatan peralatan memancing.
selain itu, tali besar ini juga boleh dijadikan sebagai tali mengikat ikan yang telah didaratkan, memasukan tali kedalam mulut lalu dikeluarkan di insang ikat simpul dan sedikit longgar agar insang dan mulut ikan tersebut tidak rosak atau mudah luka, ikat tali tersebut pada tiang dan lepaskan ikan tersebut kedalaman sungai agar hidup sehingga anda benar pulang selepas memancing ikan masih segar bernyawa, kualiti daging ikan terjaga dan menjimatkan pengunaan ais beku dalam cool box semasa memancing ikan.
Siud jaring
Alat Siud penting semasa memancing, ia adalah pembantu berkesan semasa ingin mendaratkan ikan yang telah memakan umpan dan terkena pancingan kita, alat siud mestilah baik mempunyai keluasan bukaan mulut dan panjang ekor jaring yang utuh tali dan ikatan - ikatan jaring tersebut. Kesesuaian alat ini bergantung pada spot pemancingan, jika berada ditiang jambatan, panjang galah besi termasuk bulatan besi teranyam jaring adalah lingkungan 10 - 14kaki. Manakala jika pada jeti sesuai mengikut had limit 10 kaki sahaja.
Tips baik semasa mengunakan Siud untuk mendaratkan ikan pancingan, semasa ikan bergelut dipermukaan, pastikan ikan tersebut lemah akibat penat dan tidak agresif. Jangan sesekali ingin siud ikan pancingan anda melalui ekor, ikan pancingan itu akan merasa geli lalu panik jika siud terkena pada telapak ekor, akibatnya ikan mampu melompat kuat dan kesilapan besar adalah ikan mampu terlepas akibat longgar tali pancing dan ikan mudah lucut daripada matakail.
Surat khabar lama, bakul plastik, Peti sejuk beku dan sangkar pelampung
Peti Sejuk beku adalah satu alat penting sewaktu memancing, alat ini adalah tempat hasil pancingan ikan dimana tempat ikan tersebut disejuk agar kualiti daging ikan terjamin baik dan adalah penting semasa mengunakan alatan ini, jangan terdedah suhu sekitar tempat memancing yang panas atau terdedah kerap cahaya matahari.
Semasa ingin memasukkan ikan dalam peti sejuk beku, disarankan adalah semua jenis ikan tangkapan perlu dibalut plastik. Ianya baik agar ikan tidak cepat berubah warna dan rosak akibat menerima lebihan air walaupun ianya keadaan air sejuk. Kualiti ikan bergantung pada ia menerima suhu sejuk sahaja.
Semasa ingin memasukkan ikan dalam peti sejuk beku, disarankan adalah semua jenis ikan tangkapan perlu dibalut plastik. Ianya baik agar ikan tidak cepat berubah warna dan rosak akibat menerima lebihan air walaupun ianya keadaan air sejuk. Kualiti ikan bergantung pada ia menerima suhu sejuk sahaja.
Sangkar pelampung adalah satu alat mudah alih yang mudah, harga murah dan lebih spesifik menjaga ikan hasil tangkapan lebih berkualiti untuk dibawa pulang selepas memancing, pemancing kebiasaan memilih sangkar pelampung kerana tidak mengunakan lebih duit membeli ais beku seperti cara Peti Sejuk beku.
jika anda tidak mempunyai Peti sejuk beku atau sangkar pelampung malah tidak punyai tali panjang yang utuh, jika anda mendapat ikan mega dan ingin menjaga kualiti daging ikan tidak rosak segera, gunakan surat khabar lama, bungkus ikan tersebut baik - baik bagi langkah ikan tidak dihinggap oleh lalat yang mampu bertelur bahagian tertentu pada ikan, dan jika boleh gantungkan ikan anda, pastikan tiada air pada badan ikan agar kelembapan daging tersebut mempercepatkan daging ikan reput atau busuk, jika ingin letak dilantai tanah atau konkrit, alaskan sesuatu yang tebal agar daging bahagian bawah tidak terdedah rosak teruk akibat suhu panas atau tidak menerima kelembapan lantai tersebut.
Jenis umpan memancing ikan Barramundi.
Seperti kita ketahui kepelbagaian diet ikan Barramundi adalah sukar kita tentukan dan perolehi segelintir umpan tersebut, ada juga umpan hidup sangat sukar ditemui dan ada juga yang sukar untuk diberi penjagaan baik dimana umpan akan cepat mati, berikut adalah senarai umpan dan diet tetap ikan Barramundi;
![]() |
Udang Hidup Putih |
![]() |
Udang hidup Harimau |
Cara menjaga umpan hidup dan alat - alat yang digunakan
Ada 5 tips menjaga Umpan udang hidup untuk semasa perjalanan jauh dan semasa memancing.
- Memastikan tong atau baldi simpanan umpan udang dalam keadaan bersih dari minyak, cat, garam kering (air kering), kotoran - kotoran lain yang membuatkan umpan mudah panik atau tertekan keadaan semasa dalam tong simpanan yang boleh mengakibatkan umpan hidup akan mati.
- Mengunakan mesin oksigen yang baik dan stabil pengudaraan, sama ada pilihan aset elektrik mahupun mengunakan bateri.
- Gunakan batu oksigen yang berbuih besar, elakan ‘buih kecil kekal’ kerana akan membuatkan buih - buih ini dipermukaan menutup permukaan air dalam tong umpan mengakibatkan udang cepat ketakutan dan kesukaran berenang jika terlalu banyak buih.
- Semasa mengambil air sungai, jangan guna air sungai dikala tengahari dan juga selepas hujan, kerana air panas waktu tengahari buatkan udang hidup kepanasan dan tidak bermaya, air sungai yang selepas hujan adalah tawar dan akan membuatkan udang enggan dan malas berenang lalu mati secara perlahan - lahan.
- Sekiranya anda membawa umpan perjalanan jauh dan didalam kereta anda tidak mengunakan penghawa dingin, membeli ais batu dalam plastik kecil (taburkan segenggam garam didalam bakul berisi ais) atau mengambil air laut (punyai takat masin tinggi) keraskan menjadi ais sebotol air mineral 500ml lalu rendam dalam air tong simpanan umpan hidup anda, pastikan suhu air dalam bekas umpan hidup berkeadaan sejuk jangan biarkan udang anda tidur, kerana udang lain yang masih sedar akan mencederakan lalu memakan secara perlahan - lahan udang yang telah lemah, jika udang mati maka cecair otak udang itu meruap dalam air tong turut mematikan udang - udang lain. Kelebihan menaburkan garam pada ais adalah tujuan ais tahan lebih lama begitu juga mengunakan air laut menjadikan ais beku, garam dan air laut bersifat masin jika dalam keadaan kesejukan melampau dan keras ais batu, kadar cair lebih lama berbanding air biasa dan sebagainya.
Comments
Post a Comment