Lubuk
Berkurun lamanya, aktiviti memancing telah diperkenalkan, pelbagai kaedah dan teknik disertakan sebagai cabang senario hobi pemancingan yang kian serba - serbi. Bagi pemancingan santai sesi 'Barramundi Hunter' apa yang diutamakan adalah sesi penjelajahan lubuk - lubuk ikan Barramundi yang lazimnya spesis ini mendiami, selain itu rancangan peribadi bagi teknik pancingan Bottom fishing dan teknik lainnya juga akan disediakan penceritaan ini merangkumi pemilihan daerah dan sungai - sungai yang berpotensi sebagai kajian dan penghasilan artikel dan ilmiah untuk menguatkan lagi sesi pemancingan sambil belajar dan berkongsi maklumat dan cerita pemancingan ideal mengikut kesesuaian arus masa kini.
'Barramundi hunter' adalah tugasan peribadi ini sangat khusus, ini kerana pemilihan berdasarkan mengikut teknik terperinci dalam memilih tempat - tempat prabayar jeti memancing atau sewaan bot memancing malah saya memilih juga spot pemancingan yang popular tempat - tempat umum yang bukan prabayar. MHM mewakili pemancingan santai memburu Barramundi pada penghasilan bacaan ilmiah dimana kawasan keutamaan ialah Pantai Barat Selatan Sabah, dalam pemerhatian MHM lebih kurang 35 sungai bermuara berteraskan air laut telah disenaraikan. Namun sebahagian kecil sahaja dipilih bagi sesi pemancingan ini dalam memilih spot pemancingan pada satu - satu tempat secara lazimnya, apa yang pasti MHM lebih berpandukan sungai - sungai yang mewakili daerah - daerah mengikut aliran sungai dari muara hinggalah ke tali punca sungai ini berkait rapat lazimnya sama ada sungai yang dinaik taraf dan keutamaan pada sungai - sungai masih utuh kesemula jadiannya.
'Barramundi hunter' adalah tugasan peribadi ini sangat khusus, ini kerana pemilihan berdasarkan mengikut teknik terperinci dalam memilih tempat - tempat prabayar jeti memancing atau sewaan bot memancing malah saya memilih juga spot pemancingan yang popular tempat - tempat umum yang bukan prabayar. MHM mewakili pemancingan santai memburu Barramundi pada penghasilan bacaan ilmiah dimana kawasan keutamaan ialah Pantai Barat Selatan Sabah, dalam pemerhatian MHM lebih kurang 35 sungai bermuara berteraskan air laut telah disenaraikan. Namun sebahagian kecil sahaja dipilih bagi sesi pemancingan ini dalam memilih spot pemancingan pada satu - satu tempat secara lazimnya, apa yang pasti MHM lebih berpandukan sungai - sungai yang mewakili daerah - daerah mengikut aliran sungai dari muara hinggalah ke tali punca sungai ini berkait rapat lazimnya sama ada sungai yang dinaik taraf dan keutamaan pada sungai - sungai masih utuh kesemula jadiannya.
Gambar rajah dibawah adalah memperincikan status bahagian pecahan yang mewakili daerah, setiap daerah tertera disenaraikan bagi mencari data dan maklumat terperinci agar dapat kesinambungan kepentingan alam semula jadi, dan fenomena alam juga dapat disertasi diselidik agar dimanfaatkan bahawa setiap pendataan membantu dalam sesi pemancingan strategi dan punyai kelebihan tersendiri. Senarai bahagian pilihan sesuai MHM dapat mengikut gambar rajah dibawah adalah
1. Kota Belud
2. Tuaran √
3. Kota Kinabalu √
4. Putatan
5. Papar
6. Beaufort
7. Kuala Penyu √
8. Sipitang
Pantai Barat Selatan Sabah pilihan MHM merangkumi daerah bermula dari Utara iaitu daerah Kota Belud hinggalah daerah pendalaman Sipitang kerana MHM amat mahir dalam konteks pendataan seimbang jadual air pasang surut yang ditetapkan oleh Jabatan Meteorlogi Sabah dan mengikut musim - musim kesesuaian dari kecilnya ikan diet hinggalah ikan target sang Barramundi untuk konsesi penstrukturan ilmiah dalam penulisan perihal pemancingan ideal masa kini.
Lokasi Pemburuan Barramundi oleh MHM
Seperti dalam gambar rajah diatas, peta diatas adalah merangkumi sebahagian besar kawasan negeri Sabah dalam modul gambar diatas terdapat 'tandaan' berwarna biru yang merujuk pemancingan MHM telah berhasil dalam mencari ikan target utama sang Barramundi. Maka dengan itu, maklumat dibawah adalah senarai lokasi pemancingan MHM telah lakukan dan berjaya deskripsikan sebagai panduan bersama.
****************************************************
Jeti Ameng Sepanggar
Lokasi jeti pemancingan antara terkenal dalam negeri Sabah khususnya kawasan pantai barat selatan, lokasi jeti ini dalam daerah Karambunai. Jeti ini pada pinggiran jalan utama ke Sepanggar Port (Perlabuhan Kapal kormesial kontena dan TLDM). Keistimewaan jeti ini adalah sememangnya untuk kaki pancing menjalani riadah hobi ini, yang menariknya ianya kawasan lubuk ikan Barramundi walaupun mengikut musim - musim tertentu.
Jeti ini benar - benar dibina didalam sungai dipanggil sungai Kaping dan menghubungkan terus ke sungai Kg. Batangan hinggalah ke muara Tanjung Badak, yang mana lingkungan jarak antara dua lokasi ini adalah 3.6 kilometer. Tidak jauh ke hulu terdapat satu keluasan seakan tasik besar digelar Laut Salut, yang mana Laut Salut ini sangat berhampiran dengan Politeknik Sabah. Jeti Ameng berada pada selekoh sungai yang menuju ke muara Tanjung badak.
Jeti Ameng ini sempena gelaran nama pekerja pertama Jeti ini dibuka, iaitu Mendiang Ah Meng. Terletak dibelakang bengkel Citybus dan jalan Utama. Jeti ini hampir dengan Nexus Karambunai.
Peta dibawah adalah pemandangan lengkap yang mana Laut Salut, dan Jeti Ameng pada bertanda bendera hijau benar - benar berada selekoh sungai ini terus airnya mengalir mengikut muara Tanjung badak. Selain menjadi pusat pemancingan ikan, jeti ini juga mengusahakan ternakan bibit ikan air masin.
Kordinat Jeti Ameng 6.098121,116.139205 |
Jeti Ameng dibina 75% binaan adalah pusat riadah pemancingan, manakala selebihnya ia menjalankan aktiviti memelihara ikan sangkar bagi jualan kormesial. Panjang ukuran keseluruhan jeti ini termasuk jeti bertiang dan jeti apungan adalah 648 kaki persegi.
Gambar diatas adalah pemandangan atas bagi Jeti Ameng dimana terdapat dua jenis pecahan iaitu Jeti jenis bertiang, dan Jeti Apungan. Jeti bertiang dibina mengunakan kayu dan beratapkan Zink. Terdapat 7 pondok utama disediakan oleh Jeti ini khusus disewa oleh para pemancing agar lebih selesa dan terjamin keselamatan semasa beriadah. Pada setiap pondok kawasan ini terdapat kemudahan lampu dan soket bagi kegunaan para pemancing.
Jeti tiang Ameng |
![]() |
Pemandangan Jeti tiang Ameng |
Seperti dua gambar diatas pemandangan jeti bertiang, terdapat kemudahan dan keselamatan dititik beratkan, tong sampah disediakan dan meja kerusi disediakan pada tiap - tiap pondok ditetapkan. Yang menariknya, kawasan pemancingan ini kedalaman sungai pada kemuncak 2.3m, ukuran air dari permukaan hingga ke dasar sekitar 12 - 14kaki sahaja.
Manakala pada jeti apungan pula, terdapat 4 buah pondok utama disediakan, aras jeti ini mengikut pasang surutnya sungai kawasan tersebut kerana jeti apungan dibina bahan kayu dan selebihnya mengunakan Tong drum sebagai pelampung mengukuhkan jeti ini berada atas permukaan air sungai.
Jeti Apungan Ameng |
![]() |
Pemandangan jeti apungan Ameng |
Selebihnya juga, jeti apungan ini mengunakan tali yang sangat besar sebagai tali jangkar agar berada pada posisi tetap dalam sungai dan tali - tali jeti apungan sangat banyak pada setiap sudut jeti ini. Pada setiap pondok terdapat kemudahan asas lampu dan soket dan pondok - pondok mengunakan atap zink. Selain itu, jeti apungan ini juga ditarafkan aset sampingan ada Sangkar ikan dalam 12 petak sahaja. Dan ada pihak yang menyewa tapak meletak kapal peribadi pada sisi jeti apungan ini dibahagian belakang lokasi pancingan.
Jeti apungan seperti rajah diatas, terdapat fasaliti dan pondok rehat untuk pemancing. Dalam gambar diatas juga terdapat sebuah kapal mewah yang lama telah meletak dikawasan ini. Kawasan tepian kapal itu sering kali memberikan letupan ikan bersaiz mega dan kawasan permainan ikan kecil.

Jarak antara Jeti pondok tengah dan tiang hijau berlampu ini adalah 164 kaki. Sering kali pada bawah tiang lampu ini ada lompatan kasar ikan mega dan ikan kecil yang berteduh ataupun berpaut kawasan tersebut.
Kelebihan Jeti Ameng, adalah sebagai perumah bagi ikan kecil dan ikan bersaiz mega, sila rujuk gambar rajah lokasi pemandangan atas keseluruhan jeti ini, terdapat kawasan tengah jeti ini kosong, pihak pengusaha jeti ini telah meletakkan sebilangan besar kuantiti tayar terpakai dijadikan tukun dalam kawasan jeti ini. Selain itu, mereka juga meletakkan tukun tayar disepanjang jambatan panjang jeti bertiang tepat dibawah dan pada setiap pondok - pondok yang disediakan kawasan jeti bertiang. Manakala dibawah jeti apungan tiada sebarang tukun diletakkan.
Merujuk gambar diatas adalah keadaan tukun - tukun ketika surutnya air sungai pada siang hari. Lebih kepada sebagai perumah dan kawasan tadahan yang baik kepada penghuni ikan kecil dan ikan mega yang suka suasana lebih hidup dan baik.
Kelihatan tukun tengah-tengah terletak spot pemancingan ini, dahulunya tukun hanya tayar buangan kini dihimpuni jutaan tiram dan kerang yang banyaknya. Jika air pasang dalam, tukun ini tidak kelihatan. Waktu tukun ini ditenggelami air adalah masanya ikan kecil dan besar memecahkan hening suasana spot ini. Seringkali jika berkesempatan, dapat menyaksikan letupan besar dipermukaan air jika kawasan ini mencecah 1.5m - 2.1m memberikan isipadu kawasan ini lebih hidup lebih segar untuk penghuni dalam air.
Manakala gambar dibawah juga adalah dahulunya tayar buangan yang dijadikan tukun kini dipenuhi tiram dan hidupan statik lainnya. Kawasan ini sangat popular sang kerapu dan ikan merah beristrirehat ketika ditengelami air sepenuhnya tukun ini. Kawasan ini adalah tadahan arus yang baik kerana lingkungan saiz tukun yang sangat besar dan banyak hidupan kecil dan bakal didietkan oleh ikan lain.
Gambar rajah diatas adalah rumpai air seperti lalang yang berada kawasan spot pemancingan ini. Seringkali akan kelihatan ikan kecil seperti ketambak, kelapia, kembura dan ikan lainnya berada santai dalam lalang ini ketika ditengelami air. Lebih gagah lagi, rumpai air ini berhampiran dengan tukun tayar dan amat sering kawasan ini diletupkan ikan mega yang kelaparan.
Kemudahan asas lainnya yang terdapat Jeti Ameng Sepanggar ialah tandas umum, tempat letak kereta, dan menjual udang hidup dan mini kantin.
![]() |
Pemandangan terbit matahari dan gunung Kinabalu |
****************************************************
Jambatan Gayang Tuaran
Jambatan Gayang nama yang sangat terkenal disebut jelata Sabah khususnya. Lokasi permai ini ibarat taman tema bagi kaki pancing.
![]() |
Jambatan Gayang Tuaran |
Pada kaki pancing yang ingin datang kesini boleh memancing pinggiran kawasan jeti ataupun ke tiang jambatan, terdapat dua buah jeti yang boleh disewa untuk riadah memancing iaitu jeti pak cik Asang dan Jeti Anjung Gayang.
Jeti pak cik Asang pada sisi sebelah kiri dan jika ingin ke jeti Anjung Gayang adalah sisi jambatan sebelah kanan setelah memasuki simpang dari jalan utama lalu menuruni bukit ke bawah jambatan ini akan terjumpa simpang Y dalam kawasan pinggiran sungai.
Gayang adalah nama sempena nama perkampungan yang berhampiran dengan jambatan ini. Kampung Gayang merupakan salah satu perkampungan pesat terdiri daripada pelbagai kampung - kampung yang lain dalam daerah Tuaran. Kampung Gayang benar - benar dipinggir sungai dan jambatan ini. Jesteru sebab inilah Jambatan Gayang terlakar dalam penamaan atas memudahkan para pengunjung mencari lokasi ini.
Jambatan Gayang adalah salah satu alternatif penghubungan antara tanah Tuaran dan sebahagian kecil tanah Karambunai yang mana jalan utama ini adalah Jalan Sulaman. Manakala air sungai mengalir adalah digelar sungai Mengkabong dan Jambatan ini antara jambatan yang berhampiran muara sungai Tanjung Badak lebih kurang jarak dalam lebih kurang 1.4 kilometer.
![]() |
Pile cap tiang 3 |
Panjang Jambatan ini adalah 300 meter, punyai 5 tiang utama tunggal namun hanya 3 buah tiang jambatan ini benar - benar berada didalam air sungai mengkabong. Pada setiap tiang - tiang tunggal tersebut punyai lantai sokongan dipanggil 'pile cap' pada ukuran sekitar 20 X 30 kaki persegi setiap 'pile cap' tiang tersebut. Maka banyak pengunjung gemar memancing ditiang jambatan ini kerana berada dalam sungai yang mengalir.
![]() |
Tiang Jambatan Gayang |
Bagi yang ingin berkunjung lokasi ini, Kordinat lokasi Jambatan ini 6.141472,116.154569, jalan Sulaman yang menghubungkan Kota Kinabalu dan daerah Tuaran dan lain - lain.
![]() |
Perkampungan nelayan, Kg. Terayung Tuaran |
![]() |
Pemandangan terbit matahari dari tiang 2 |
****************************************************
Jambatan Kuala Penyu
Jambatan Kuala penyu, yang terletak di daerah pendalaman Kuala Penyu Sabah, jambatan menghubungkan jalan utama dari daerah Membakut hinggalah ke daerah Menumbok Sabah. Sungai yang mengalir adalah gelaran Sungai Sitompok, rujukan peta dibawah jelas memberikan perincian tentang landskap hutan dan terdapatnya tasik besar hutan paya bakau dalam daerah tersebut.
Seperti jambatan Gayang juga, para pemancing sangat gemar ke kaki 'pile cap' tiang jambatan ini, namun bezanya tiang jambatan yang mudah dan boleh digunakan riadah memancing adalah tiang pada sebelah kiri sahaja jika anda datang dari muara sungai ini. Ertinya, hanya satu tiang tunggal sahaja boleh dimanfaatkan untuk riadah memancing ditiang jambatan ini.
Jarak jambatan dengan muara sungai ini adalah 0.8 kilometer, pada sisi muara terdapat kepesatan pekan daerah ini, sungai ini juga jalan masuk bagi kapal besar nelayan mahupun para nelayan tempatan mengunakan bot - bot kecil. Manakala panjang Jambatan ini adalah 0.6 kilometer dan jalan diberi nama Jalan Bandau Kuala Penyu.
Jika diamati keluasan hutan simpan bakau masih terjamin kualitinya. Tidak hairanlah jika anda bertandang kesini jika berkesempatan melihat haiwan liar dan pemandangan yang hijau.
![]() |
Kepesatan sistem Jeti Sangkar sungai Sitompok |
Dalam sungai Sitompok ini, terdapat banyak aktiviti dalam perairan sederhana ini, populariti dalam sungai ialah kelibat para nelayan yang kerap ke laut dan sebahagian besar lebih kurang 15 buah jeti sangkar menternak ikan dan ada juga menternak ketam lembut.
Peta diatas menunjukkan keluasan penuh sistem perairan sungai Sitompok, yang pasti semakin luas kawasan air maka semakin luas juga hutan simpan dan kawasan bukit bukau dalam daerah ini.
![]() |
Jambatan Kuala Penyu |
Terdapat banyak perbezaan antara jambatan Gayang Tuaran dan jambatan Kuala Penyu Sabah, ianya adalah tiang Jambatan Kuala Penyu terdapat dua tiang tunggal yang berada dalam air sungai Sitompok, manakala jambatan Gayang terdapat 3 buah tiang yang berada dalam air sungai Mengkabong. Selain itu, tiang jambatan Kuala Penyu pada tiang - tiang tersebut terdapat pelantar bagi pemasangan lampu spotlight berkuasa tinggi. Tujuannya adalah keselamatan para kapal nelayan ataupun kapal domenstik tidak melanggar tiang utama dalam air ini pada waktu malam jika dipasang lampu nyalaannya.
![]() |
Tiang Jambatan Kuala Penyu |
Manakala tiang - tiang jambatan Gayang tiada kemudahan pelantar mahupun spotlight dipasang pada tiang tunggal. Selain itu, pile cap tiang jambatan Kuala Penyu dengan keluasan sekitar 25 kaki X 35 kaki persegi, ertinya lantai tiang ini lebih luas daripada lantai - lantai tiang Jambatan Gayang.
Nama sempena jambatan ini diletakkan kerana ianya seliaan penuh oleh Pihak pengurusan daerah Kuala Penyu. Maka, akan mudahlah orang datang ke lokasi ini jika dapat mengetahui pekan berhampiran muara sungai ini. Pada sebelumnya, feri adalah kemudahan asas sebagai perantara tebing pada kawasan perkampungan berhampiran dan menghubungkan terus dengan pekan Kuala Penyu. Kini wujudnya jambatan ini, kemudahan feri dihentikan dan jambatan ini asas keperluan menjadi perantara kampung seberang daerah dan pekan ini.
![]() |
Suasana terbenam Matahari di Kuala Penyu |
Bagi yang ingin berkunjung ke lokasi Jambatan ini, ini adalah Kordinat lokasi Jambatan ini adalah 5.565576,115.596063
****************************************************
Jambatan Yayasan Sabah
Pada lokasi pemilihan MHM adalah spot pemancingan umum iaitu Jambatan Yayasan Sabah, nama sempena kerana jambatan ini berhampiran bangunan Yayasan Sabah terletak dipinggir laut Teluk Tanjung Lipat.
Jambatan ini adalah salah satu daya penghubung utama antara pusat bandar Kota Kinabalu dan pada kawasan pusat pentadbiran Sabah dan Universiti tempatan, laluan utama jalan raya ini diberi nama iaitu Jalan UMS, bagi kaki pancing konsensi spot ini adalah umum kerana spot pemancingan bukan prabayar. Namun, risiko keselamatan adalah tinggi dan jika ingin merasai suasana pemancingan ini, anda harus membawa rakan anda membentuk satu kumpulan pemancingan agar lebih terancang dan kesesuaian kerjasama agar mendapatkan ikan pancingan dikawasan ini.
Pada gambar versi terrain diatas, tandaan biru muda tersebut adalah kawasan pilihan pancingan santai MHM, tampak dua sungai berada dalam satu muara. Lokasi strategi ini adalah kawasan pusat pentadbiran Sabah. Dimana berhampiran dengan lokasi bangunan PPNS, bangunan Yayasan Sabah dan bangunan Innoprise.
Gambar diatas kredit pada Mr. Soufi diambil dari bangunan PPNS, jelas menyatakan terdapat dua aset laluan utama jambatan yang baik bagi infra strukturnya.
Menariknya lokasi ini, ianya adalah lokasi riadah sukan yang pelbagai. Dalam gambar diatas adalah satu tempat letak kereta bagi kemudahan pengunjung yang mahu hadir ke kawasan ini. Pada papan kenyataan diatas adalah penyataan lokasi laluan penguna bagi senaman ringan 'jogging', berbasikal dan lain - lain aktivitinya.
Pada gambar rajah diatas adalah aset yang perlu kita ketahui. Satu jambatan ini punyai dua tiang tunggal yang berada dalam sungai yang mengalir. Terdapat dua jambatan dalam gambar ini jelas juga terdapat 4 tiang jambatan yang kukuh seni binanya dan berada dalam sungai ini. Namun begitu, ketidak sesuaian jika kaki pancing ingin berada pada kaki jambatan 'pile cap' untuk tujuan pemancingan, kerana ianya jika air pasang melebihi 1.7m telapak tiang ini tenggelam sepenuhnya oleh air sungai yang bergraviti pasang surut.
Seperti permulaan pengenalan jambatan ini ada menyebut dua sungai untuk satu muara, oleh yang demikian sedikit sebanyak juga selitkan penceritaan tentang lokasi secara seluruhnya.
Dalam gambar diatas adalah mulut sungai Kingfisher, air yang mengalir pastinya telah melalui banyak kawasan dan perkampungan, kegiatan rasmi para nelayan kecil juga tampak dari kawasan pekan Inanam mampu hadir ke laut walaupun jaraknya jauh. Dalam gambar juga terdapat aset dinaik taraf iaitu 'Waterfront Kingfisfer' ianya adalah pentas dan selajurnya juga perkakasan kemudahan riadah sukan dan bagi pengguna untuk senaman bebas.
Manakala dalam gambar diatas adalah mulut sungai Likas, sungai yang mengalir baik dari segi struktur dinaik taraf pada tebing sungai ini ada talaan dinding batu yang kukuh binaannya. Tampak jelas dari perkampungan Likas hinggalah memasuki perairan dalam sungai dihulu seni bina dinding batu ini diadakan bagi mengelak hakisan air sungai pada tebing.
Ada dua perkara ingin diceritakan pada konteks gambar rajah diatas, iaitu bekas telapak 'pile cap' jambatan lama masih ada dan kelihatan menjadi kawasan tadahan arus seperti tiang - tiang jambatan yang baru prafungsinya bagi haiwan penghuni air dasar sungai mampu membuat kawasan rumah pada sisi batuan dan struktur tersebut. Manakala pada tebing sungai ini, terdapat bongkahan batu besar yang banyaknya ditempatkan pada sisi tebing, tujuannya untuk memperlambatkan hakisan air sungai pada tebing ini. Namun begitu, hidupan kalsium seperti Tiram sangat efektif membina koloninya untuk hidup melekat pada batu bongkah yang banyak tersebut, apa yang pasti nilai aset dibina tersebut memberikan positif pada kolibrasi hidupan sungai dan membuatkan sedikit sebanyak kawasan tersebut lebih segar dan lebih beroksigen kerana adanya hidupan statik maka kawasan tersebut adalah kawasan yang mampu dihuni ikan dan haiwan lainnya.
Tidak jauh dari jambatan Yayasan Sabah, terdapat satu aset daripada PPNS dimana ianya dipanggil 'Heli pad', binaan ini merangkumi seni yang mana diletakkan dalam laut Tanjung Lipat, ianya amat hampir dengan muara sungai Likas ini. Sebagai satu aset tetap, ciri Heli pad ini dibina adalah mengunakan tiang pailing yang dicerucuk hingga dasar tanah yang berkali - kali disambung agar tiang pailing ini tertanam dengan kukuhnya, merujuk pada gambar diatas terdapat banyak tiang dalam sungai yang mengalir mengikut paksi pasang surut bergraviti. Apa yang pasti ianya menjadi kawasan tadahan arus dan tadahan cahaya matahari dan ini meransang para penghuni sungai dasarnya gemar berinteraksi suasana Heli pad ini.
Pada gambarajah diatas, sisi tebing laut yang dibina seiring kewujudan Bangunan Yayasan Sabah sejak era 80an atau 90an (tiada maklumat tepat mengenai seni bina ini bila dinaik taraf). Tujuan utama binaan sisi bongkah semen keras adalah untuk mengelakkan hakisan ombak pada tebing tanah yang mana bangunan Yayasan Sabah berpacu megah ditanah ini. Kelihatan pada sisi semen ini terdapat himpunan tiram yang mampu membuat rumah dibongkahan ini. Tampak juga ikan kecil sering kelihatan bermain - main pada sisi tebing ini kiranya ikan kecil berpaut agar arus dan ombak dapat direnangi oleh ikan ini.
Keseluruhan aset binaan pada gambar rajah diatas memperincikan tentang dunia Jambatan Yayasan Sabah, anggaran kedalaman sungai muara ini sekitar 3 hingga 4 meter jika air pasang penuh sekitar 2.0m. Aktiviti bot nelayan kecil juga sering kali dilihat berulang alik. Manakala, terdapat beberapa aset mudah alih dimana paip PVC yang berkualiti berada tebing dan ditenggelamkan didasar sungai untuk menghubungkan dari tanah Likas dan tanah pusat pentadbiran Sabah.
Gambar rajah diatas adalah suasana jalan raya Jambatan Yayasan Sabah yang sesuai riadah memancing, lokasi seperti gambar diatas adalah spot pancingan santai yang kian popular. Jelas ketara pada laluan pejalan kaki jambatan ini mewujudkan sempadan antara penguna pejalan kaki dan kenderaan bermotor dan jentera berat, maka keselesaan ini tampak mengurangkan sedikit risiko kenderaan melebihi garisan putih kerana , pejalan kaki ini ditarakan dari permukaan tar jalan raya sekitar 150 milimeter dinaikkan permukaan laluan pejalan kaki ini. Manakala pagar jambatan ini diperbuat besi utuh dan mampu dijadikan penghadang baik serta para pemancing gunakan kelebihan aset disebut sebagai alat penyandar pada set pancing semasa memancing dikawasan ini.
****************************************************
Panduan dalam mengunakan pemetaan, MHM lebih jitu mengunakan 'Google maps' dalam perkongsian lokasi spot - spot dan daerah - daerah pilihan untuk merealisasikan dunia memancing MHM adakan. Keseluruhan gambar peta perkongsian diatas adalah dari Applikasi 'Google Maps' dalam pandangan versi 'Terrain' ianya sangat sesuai dalam penelitian reka bentuk landskap bumi Sabah dimana keutamaan saya perlu mengetahui ketinggian bukit bukau, banjaran, kawasan bandar, dan perkampungan yang berhampiran kawasan pemancingan terpilih serta banyak lagi maklumat lain boleh membantu. Selain itu juga, versi 'Terrain' juga sangat efisyen dalam anggaran keluasan fauna alam hutan bakau dan keluasan sungai serta panjang antara muara dan hulu sungai. Manakala semasa menceritakan suasana pemancingan, adalah perlu MHM mengambil sedikit sebanyak photo sesuai mengunakan kamera dan mencari sumber sahih kewujudan jambatan dan spot jeti pemancingan umum juga diambil kira.
'Google Maps' sangat mudah digunakan, apa yang menarik minat MHM mengunakan aplikasi ini, MHM boleh mengukur dan mengunakan bezaan jarak antara spot - spot terpilih agar definasi musim - musim ikan serta alam fauna dapat dimanfaatkan data yang boleh membantu mengenali kebiasaan hidupan haiwan berinteraksi dengan alam semesta (Kepurnamaan & fajar matahari) dan alam flora fauna yang seimbang mengikut paksi peredaran bumi.
Seperti dalam wancana sebelum ini, reka bentuk bumi terhadap bukit bukau dan banjaran sangat penting pada satu - satu spot pemancingan, kita tahu sungai bermuara punyai daya pasang surut mengikut peredaran bulan mengelilingi bumi, namun begitu aspek dalam hukum alam seperti hujan dan banjir perlu dititik beratkan dalam konsep pendataan semasa. Semakin besar landskap bukit dan banjaran yang mengalirkan air limpahan hujan pada takungan mengalir mengikut anak sungai hingga ke sungai - sungai utama, semakin kuat daya graviti tekanan pada sungai dan laut. Ini memberikan impak sama ada daya tahan alam fauna menerima lebihan hujan sekata mahupun bencana alam yang tak diingini.
Dalam dedikasi penyenaraian perkampungan dan pekan atau bandar berhampiran kawasan spot pemancingan, ianya satu isu penting bagaimana ikan liar ini berinteraksi dengan dunia masa kini. Setiap lokasi yang ada masyarakat tempatan menghuni, mesti ada kesinambungan baik dan buruk dari habit manusia yang tak keterbatasan. Pastinya arus moden dan tradisional dalam penangkapan ikan ada wujud dalam satu - satu tempat, risiko pembuangan sampah sama ada terkawal atau sebaliknya, dan sistem ketidak terurusnya bidang pembalakan bakau atau menembok tanah baru sekitar sungai juga memberikan impak pada sungai semulajadi. Semua ini boleh disenaraikan dalam penelitian 'Google Maps' walaupun anggaran masa menaik taraf posisi dan pembaharuan peta mengikut peredaran masa, sekurang - kurangnya aplikasi ini sangat membantu dalam pembentukkan data bernilai.
Laut, kita sedia maklum setiap pantai ada pesisiran, muara dan tebing dalam dasar laut. Ikan Barramundi adalah ikan penjelajah, ianya ikan yang mampu mendominasikan air laut dan air sungai sebagai habitatnya, dalam aplikasi Google Maps, kita secara langsung dapat maklumat terperinci akan rujukan yang kita mahukan. Oleh demikian, banyak perkara seperti penghijrahan ikan laut masuk dalam sungai, atau sebaliknya. Kita dapat menilai kualiti sungai berdasarkan penghuni bebas spesis ikan dan hidupan lainnya yang pelbagai dalam konsep kitaran hidup yang seimbang.
Namun begitu, MHM tidak mengunakan Google maps sahaja, applikasi lainnya juga perlu dirujuk salah satunya adalah dari Apps Explorer bagi memahami dan melihat kesesuaian serta lingkungan kawasan-kawasan yang mewakili daerah setiap sungai semula jadi mahupun buatan manusia dalam satu -satu bahagian kawasan Pantai Barat Selatan Sabah ini.
Bagi memastikan juga lokasi piluhan lebih majmuk dan ideal untuk dirujuk kelak, MHM Gemar mengambil foto suasana spot pemancingan dan mengunakan gambar Versi Satelite pada Google maps agar mudah memahami lokasi pemancingan diadakan.
Comments
Post a Comment